Saturday, January 30, 2010

Tazkirah dari seorang pejuang......!!!


Walaupun dlm keadaan sakit dan masih dalam rawatan tetapi hari ini beliau telah melakukan 4 program yg berkaitan dgn kerja-kerja kebajikan dan kebenaran...

Amat mengujakan betapa kesakitan bukan alasan untuk tidak melakukan perkara besar dalam hidup seorang daie...

Tazkirah ringkasnya, Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara amat mengharukan. diubah sedikit yg related dgn diri al-akh: Sakit sblm sangat sakit, sebok sblm sgt sebok, miskin sblm sangat miskin,susah sblm sangat susah, hidup sblm mati.

Ummi amat2 terharu bila al-akh mengirim sms kpd ummi semasa dlm perjalanannya ke China untuk berubat yg beliau akan mendoakan kesihatan Ummi.....Moga dgn doa orang yg sakit yg tiada dilindungi dari perhatian Allah untuk dikabulkan.

Doa Ummi moga Al-akh juga diberi kekuatan untuk sembuh dan terus bekerja demi kebenaran ini..!!

Ummi Wardah,
KL.

Ruh itu umpama tentera yang berbaris.....!

Indahnya erti "ukhuwwah lillah"....

Ummi cukup yakin jika kita bersahabat kerana Allah dan bertaqwa kepadanya pasti kita akan merasa nikmat iman.....medium perhubungan masa kini sesungguhnya amat mudah,murah dan yg jauh... dirasai amat dekat.....

Pengalaman Ummi ,berhubung dgn sahabat seantero pelusuk tanah air dan dunia ...yg niatnya hanyalah kerana mengembangkan silatur rahim menjadi sejarah dalam hidup...
Betapa tidak, perkenalan melalui YM dgn seorang ukht( dalam gambar yg di tengah2)
dari sembang2 biasa akhirnya kini ukht Syikeen adalah PSU WJIM Melaka....!

Ternyata beliau gembira kerana akhirnya dia juga mampu menjadi seorang daie yg menyumbang tenaga dalam menggerakkan dakwah ini..moga persahabatan kami akan berkekalan sampai ke akhirat sana....!!

Pertemuan Ummi dlm gambar ini merupakan pertemuan buat pertama kalinya setelah sekian lama berkenalan dan berhubung melalui YM... Sesungguhnya kemudahan teknologi hari ini boleh menjadi alat yang boleh dimanfaatkan untuk membantu sesama insan hingga akhirnya tunduk dan patuh menjadi hamba Allah yg kembali taat dan patuh kepada Yang Maha Berkuasa. Yang Maha Pencipta yang hanya mahu hambaNya tunduk menjadi hambaNya bukan kepada yg lain...!!!

Ummi Wardah,
KL.

Friday, January 29, 2010

Riadhah....& Remaja !

































Dulu-dulu semasa Ummi remaja, kami tidak perlukan aktiviti bersenam atau bersukan...sbb kami anak kampung. Setiap hari beriadhah secara tak langsung melalui setiap kerja yang dilakukan. Contohnya; pagi2 ke sekolah kayuh basikal paling kurang 3-4 batu pergi dan balik...Bahkan ada yang lebih..! Itu yang kami dulu sehat2 belaka. Di kelas jarang yang berani tunjuk mengantuk ketika cikgu mengajar. Ditambah pula ramei cikgu kami yang garang2...

Jika di sekolah ya memang ada...Ummi juga merupakan pemain simpanan pasukan 'netball' sekolah SK Pt 6. Pasukan ksekolah kami antara yang diigeruni di daerah kami.. Wlpn hanya selaku pemain simpanan, Ummi juga terpaksa mengikuti aktiviti latihan bermain bola netball secara intensif. Boleh dikatakan setiap petang ada sahaja latihan, terutama jika ada perlawanan yang akan disertai diperingkat daerah...

Sepanjang pemerhatian ummi, Ummi melihat betapa ramainya anak2 murid Ummi yg mengalami obesiti. Juga ada yang masih muda sudah mengalami pelbagai penyakit spt; ..cancer,diabities, darah tinggi dll....

Fenomena pemakanan hari ini yang tidak berapa sihat walaupun sedap ditambah pula dengan pencemaran udara dll yang agak keritikal maka jika pun beriadhah ia boleh pula menyebabkan tidak sihat jika terdedah dgn udara dan cahaya matahari.

Akhirnya jika kita dalami kita akan merasakan "Sesungguhnya perlindungan yang boleh menyembuhkan serta yang melindungi dari bahaya penyakit itu han yalah Allah sahaja....
Justeru di samping menjaga pemakanan, emosi dll maka berusaha beribadah dgn sebaik mungkin, juga memanjatkan doa kepada Allah amat bermanf aat. Bahkan bagi muslim ia perlu dibuat dengan seikhlas/sekhusu' yg mampu dilakukan. Ia bisa menjadi ubat yg amat mujarab bagi mukmin.

Bersama meraikan ahli keluarga.......(2)







Sesekali ahli keluarga perlu berkumpul atau beraktiviti bersama..

Bila berkumpul akan melakukan atau melaksanakan kerja2 bersama2. Setelah sekian lama Ummi dan family tidak dapat bersama atau berkumpul bersama semua ahli keluarga, kami sepakat ingin bersama mengadakan 'makan mlm' kami dgn ber barbeque...

Dengan persiapan yg sederhana kami akhirnya dapat meraikan semua ahli keluarga dgn hidangan barbeque yg disediakan bersama2.....
Sebenarnya itulah pertama kali ummi dan famili membuat barbique sendiri di rumah, sejak berpindah di rumah kami di Bandar Puteri.

Sekitar pukul 10.00 malam kami semua siap dah berkemas semua alatan yg telah digunakan...

Selesailah makan malam kami dgn perasaan gembira. Ummi ,abah paling gembira kerana dapat menggembirakan anak-anak yang agak lama kurang diraikan kerana kesebokan kami berdua. Moga sesekali kesempatan untuk bersama dgn aktiviti rengkas yang telah diadakan bagi menggembirakan semua ahli keluarga akan mengukuhkan lagi silatur rahim dan kasih sayang ahli keluarga...yang penting anak-anak gembira...

Tengoklah betapa Sofiah Kauthar yang amat gembira kerana agaknya inilah pertama kali dia melihat bagaimana menghidupkan/membuat bara api untuk membakar daging, ikan dll. Melihat dgn seronk dan bersemangatnya sofiah membantu kakak2nya mengipaskan bara api dan mengunjukkan bahan makanan yang akan dipanggang...dan setelah selesai bersama2 merasai hasil usaha 'bakar sendiri' makanan yang dimakan mlm itu...

Moga anak2 terus berusaha menjadi anak2 yang bijak menggunakan masa bagi menyantuni ahli keluarga seterusnya....

Ummi,
Bdr Puteri.

Tuesday, January 26, 2010

Antara Buku The National Bestseller....!

Tip-tip Cemerlang daripada Al-Quran...

Suatu hari Ummi & family ke kedai buku Popular di JJ di Botanic.....JJ Klang ni 10 minit perjalanan drp rumah Ummi. Antara banyak2 buku yang dipamerkan ialah buku2 yg terlaris jualannya...

Bila Ummi pandang2 waah...buku Tips-tips Cemerlang daripada Al-Quran yg dikarang oleh sahabat Ummi Dr Daniel rupanya MasyaAllah...merupakan buku yg hebat jualannya di Malaysia. Di kedai buku ini jika buku yg sdg laris di pasaran ia di letak di tempat yg berlainan....tinggi dan mudah orang melihatnya. Biasanya jika ke kedai buku pasti Ummi tengok dahulu apakah buku2 yang sedang hangat di pasaran dulu barulah melihat buku2 yang lain....

Kelmarin bila mengisi slot tazkirah Ummi manfaatkan 2 tips yang disebut di dalam buku ini untuk perkongsian dgn akhwaat. Mukaddimah kecemerlangan hakiki dinyatakan bila kita meletakkan memasuki syurga Allah sebagai target kejayaan. Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia.Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat...

Selanjutnya tips yang Ummi sampaikan dari buku ini ialah:1) Cemerlang dengan menjadi Global Champion .Org Islam perlu berasa izzah/bangga dan mulia dgn Islam. Umat Islam perlu mempengaruhi dan memimpin dunia berdasarkan kebenaran dan keadilan,serta menjadi contoh terbaik bagi golongan lain. Tindak tanduknya mesti berdasarkan amar makruf dan menjauhi kemungkaran dalam masa yang serentak.
Dalam Al-Quran ia membahasakan ciri ini dgn 'Ummatan Wasata.'. Wasatha: berarti yg terbaik. Individu yg berasa bangga dengan Islam akan menghiaskan dirinya dengan ciri-ciri yg terbaik berteraskan Islam.

Tips ke 2; Cemerlang dengan Iman Dan Takwa: Takwa adalah fomula kebahagiaan muslim sebagai penyelesai masalah yang dihadapi. Muslim yg bertakwa akan diilhamkan oleh Allah Allah petunjuk bagi menyelesai masalahnya . Juga takwa adalah penyebab murah rezeki...

Harapan Ummi ,Ummi ingin terus cemerlang dan berkongsi hakikat kecemerlangan itu dgn seramai mungkin yang boleh berkongsi dgn Ummi...

Sesungguhnya Mukmin mesti meletakkan target "berjaya dgn Cemerlang" setiap apa yang diusahakannya. Sesungguhnya tiada "GAGAL" dlm diari seorang muslim....
Plan your work and Do your Plan...!

Ummi Wardah.
Bdr Puteri.

Kad dari sahabat2 di UK,IRE..Terima Kasih..Syukran..Akhwaati..!!




Syukran ala zikrayaat....Ana wallahi maakum qoreeban.....

Al-Arwaah junudun mujannadah ..wama taarafa miniha i'italafa...wama tanakaraa ikhtalafaa...( Sesungguhnya ruh2 ini umpama tentera yang berbaris sehati sejiwa...mana2 ruh yg serasi dia akan selesa dan dekat dihati, mana2 ruh yg bertentangan dia akan berselisih/tak serasi dan tidak selesa....)

Justeru selama ruh kita sehaluan dan sejiwa dgn matlamat kehidupan yg sama kita jika bertemu atau berjauhan dia akan tetap rasa kehangatannya. Kekadang tak kenal pun sebelumnya tetapi bila bertemu seolah rasa seperti sudah lama berkenalan dan bersama....MasyaAllah. Moga Allah anugerah antara kita nikmat ukhuwwah ini dan dikekalkan sehingga kita menemuiNya...

Lantas bila menerima kad yg indah ini, hati ummi rasa amat terharu dgn ingatan dan kasih sayang yang diberikan....amat2 teringat tika bersama dgn semua ...wlpn ia hanya seketika..namun nikmat ukhuwwah menjalinkan hubungan dan keakraban antara kita ...

Moga kita diketemukan lagi di sini...tanah air yg tercinta..

Ummi Wardah.

lagi mengenai isu solat org yg sakit....

Ummi panjangkan catatan ini, moga ada manfaatnya..
Bila bercerita mengenai sakit dan solat, rupanya ramai org yg sihat apatah lagi sakit senang2 je tinggalkan solat...atas bermacam2 alasan...
Allahummajalna muqimas solah........

Assalamualaikum,

Bhg 6.

Kini saya hendak sentuh tentang kiblat pula. Kiblat juga boleh jadi isu sehingga menyukarkan seseorang untuk mengerjakan solat.

Apabila seseorang itu berada di satu tempat dan dia tidak mempunyai sebarang pedoman yang boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat, maka secara umumnya dia boleh melihat kepada tempat terbitnya matahari. Oleh kerana matahari terbit di sebelah timur maka berdasarkan kedudukan kita di Malaysia, Makkah berkedudukan di sebelah barat (arah matahari tenggelam), maka kiblat adalah sebelah barat condong ke utara sedikit iaitu arah barat barat laut (condong sekadar ~ 20 darjah). Tetapi jika kita berada di sebelah barat Makkah, contohnya di Benua Eropah atau di Afrika maka Mekah berkedudukan sebelah timur. Pedoman kita pada kedudukan ini ialah pada arah matahari terbit iaitu ke arah timur dengan sudut-sudut condong tertentu berdasarkan di negara mana kita berada.

Kalau kita berada di luar yang ada pokok-pokok di negara kita dan tidak pasti di manakah kedudukan matahari, maka kita boleh berpandu kepada kewujudan 'lichen'. Lichen adalah sejenis simbiont (dua hidupan yang saling bergantung satu sama lain) iaitu kulat dan sejenis tumbuhan 'photobiont' seperti alga hijau. Lichen tidak boleh hidup di bawah sinaran matahari yang kuat. Oleh kerana itu ia biasa hidup pada permukaan batang pokok atau batu ke arah utara atau selatan. Dengan ini kita boleh menentukan secara kasar kedudukan timur dan barat untuk membantu kita menetapkan arah kiblat.

Panduan ini wajar dimasukkan dalam 'buku survival kit' kita jika kita tersesat di dalam hutan atau ketiadaan kompas.

Apa yang saya gariskan di atas ialah apabila kita bebas bergerak dan tidak terhalang untuk mengadap mana-mana arah kiblat sekalipun. Persoalan yang saya hendak kemukakan di sini ialah bagaimana seorang yang sakit dan tak boleh bergerak hendak solat mengadap kiblat sedangkan dia tahu di mana kedudukan kiblat tetapi tidak mampu memusingkan badannya untuk mengadap ke arah kiblat tersebut. Ini juga boleh menjadi alasan untuk seseorang meninggalkan solat kerana salah satu dari syarat sahnya solat tidak dapat dipenuhi iaitu mengadap kiblat.

Yang pertama, kita hendaklah mengetahui, syarat-syarat sah solat itu ialah dalam keadaan biasa. Dalam keadaan tidak biasa maka di sana ada pengecualian- pengecualian. Saya kongsikan pengalaman ketika menjalani rawatan haemodyalisis. Rawatan haemodyalisis adalah selama 4 jam setiap sesi. Meskipun jadual haemodyalisis bermula jam 3 petang untuk sesi ke tga (ada tiga sesi iaitu pukul 7, pukul 11 dan pukul 3). Bagi yang menjalani sesi ke 3 bererti dia harus mengerjakan solat asar ketika rawatan haemodyalisis. Kedududkan kerusi dan mesin haemodyalisis sudah ditentukan dan tidak boleh di alih. Jika kedudukan tadi bertentangan dengan kiblat bagaimanakah seseorang itu hendak mendirikan solat dalam keadaan tidak mengadap kiblat bahkan membelakangkan kiblat. Ada orang mengambil sikap tangguh atau qada' solat ke waktu lain sesudah rawatan. (soal wajar tidaknya qada' telah kita bicarakan sebelum ini). Sebenarnya ketiadaan pengetahuan menyebabkan umat Islam meninggalkan solat ketika rawatan dialysis sedangkan di sana ada kemudahan-kemudahan yang membolehkan kita menyempurnakan solat dalam situasi tersebut. Malah ada beberapa kekeliruan yang saya berpandangan wajar diperbetulkan terutama oleh pihak Jabatan agama. Ada yang menganggap oleh kerana darah belum kering (meskipun tempat di mana jarum dicucuk untuk cuci darah ditampal dengan plaster) maka tidak sah solat. Ada yang sampai mengumpulkan 4 waktu solat dan mengerjakannya sekali gus pada sebelah malam atau keesokkan harinya semata-mata kerana menunggu darah tadi kering.

Dalam keadaan di luar kemampuan kita untuk mengadap kiblat, maka solatnya di manapun arah kita mengadap. Kita tidak perlu pula menyuruh misi tukar kedudukan mesin dan kerusi yang mana ini sudah tentu menimbulkan masalah. Niatlah seperti biasa dan solatlah dalam keadaan duduk. Sebaiknya bersedialah dengan wudhu sebelum memulakan rawatan dialysis. Namun jika wudhu terbatal sementara menunggu masuknya waktu solat, sebaiknya disediakan air sekadar secawan untuk membasahkan anggota wudhu. belajarlah mengambil wudhu dengan air yang sedikit (janganlah kita terlalu terikat dengan hukum feqah yang kita belajar iaitu mesti dengan air sekurang-kurangnya dua kolah). Islam tidak pernah menyulitkan umatnya. Yang penting air yang digunakan itu dipastikan bersih dari unsur-unsur yang mengandung najis.

Apabila saya berada di ICU ketika fasa pemulihan, maka saya solat dalam keadaan berbaring. Di mana kaki saya mengadap maka di situlah arah kiblat saya. Saya sendiri tidak pasti di mana arah kiblat sebenarnya (kerana terlupa membawa kompas). Namun jika saya tahupun arah kiblat dan kedudukan katil hospital tidak mengadap ke arah kiblat, apakah saya perlu menyuruh misi supaya tukar kedudukan katil? Ini namanya mencari masalah dan mencari nahas... Sudahlah kita berada di negara bukan Islam kemudian mendesak mereka pula menukar kedudukan katil untuk mendirikan solat. Makin menebal lah prejudis mereka kepada umat Islam yang tidak tahu membawa diri dan memaksakan kehendak kita untuk mempraktikkan tuntutan agama kita. (Bahkan kalau kita berada di hospital di Malaysiapun, kebetulan katil hospital tidak mengikut arah kiblat, kita tidak perlu menyusah diri kita dan pihak hospital meminta mereka mengubah kedudakan semata-mata untuk mengadap kiblat? Solatlah pada arah manapun, insyaAllah akan terima dan solat kita sah insyaAllah.

Ini adalah berdasarkan kepada ayat Quran yang semua orang sedia maklum "Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; maka kemanapun kamu menghadapkan wajahmu, di sanalah Wajah Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Meliputi dan Maha Tahu". (QS. al-Baqarah/2: 115).

Di sini saya nak sentuh juga solat di dalam kapalterbang. Hari ini hampir semua kapalterbang (negara-negara Islam) ada screen yang menunjukkan arah kiblat ketika pesawat berada di udara. Jika kita berada dalam kapalterbang negara umat Islam seperti Saudia, Qatar airways, Jordanian Air dan seumpamanya, maka jika ada ruang bolehlah kita bentangkan sejadah dan solat mengadap arah kibliat yang ditunjukkan. Saya pernah berada di dalam penerbangan di mana ramai umat Islam solat secara bergilir-gilir pada tempat lapang di dalam plane - terutama di ruang sebelah pintu. Tetapi jika kita berada di dalam kapalterbang British Airways, atau Qantas, Cathay Pacific, JAL, PanAm maka jika kita merasa tidak selesa dan tidak selamat sebaiknya kita solatlah di tempat duduk kita - ini untuk mengelak dari menarik perhatian dan menimbulkan keresahan terutama di dalam suasana islamofobia begitu mencengkal minda masyarakat barat. Bagi sebahagian masyarakat barat mereka yang solat, menyimpan janggut, memakai tudung sering dikaitkan dengan keganasan dan ekstrimis. Solatlah seperti biasa sebagaimana solat yang kita lakukan dalam keadaan duduk. Soal kiblat sekali lagi tidak timbul dalam situasi sedemikian.

Pendekkata, Hendak seribu daya, tak hendak tak payah...

Dr Hafidzi Mohd Noor

Sunday, January 24, 2010

Walimah anak sahabat ...

Pn Aliah & Musab Dr Sahrim....

Tamatlah sudah kursus Acik....






Wow...sebulan telah pun berlalu...!!
Sepanjang tempoh itu dari 27/12 hinggalah hari ini 24/1 acik telah bersama teman2nya dlm MHI di Kem Lembah Genting....

Hari ini Ummi,abah Along dan Sofia telah mengambil kesempatan sambil mengambil acik kami jadikan perkelahan sekeluarga...
Apa lagi begitu seronok Sofia,Along dan Abah memuaskan diri mandi sungai di dalam kawasan kem...

Ummi Wardah,
Kem Lembah Genting..

Sejenak bersama dlm program santai.......



Ahad 22/1..Ummi bersama akhawat di Klang....
Agak lama tidak bersama di dalam program umum di daerah sendiri...
Wlpn hanya seketika,Ummi bersama keluarga hadir dlm tazkirah rengkas sempena program riadhah WJIM Klang. Ada sahabat lama dan ramai yang baru....
Tahniah buat semua sahabat... berpeluang berkongsi pengalaman dengan sahabat Klang dalam program yg cukup santai ini..di taman rekreasi Setia Alam.

Ia mengimbau kenangan lebih 20 tahun dahulu tika Ummi selalu bersama siswi2 di dalam banyak program bimbingan.....hingga akhirnya ummi ditemukan jodoh juga dgn bekas student di IPTA berhampiran..

Zaman remaja menjadi siswi zaman berbunga bahagia...mana tidaknya ditemukaan dgn sahabat2 yg sejiwa dalam idealisme bersama membangun jiwa pembela kebenaran pasti menjadi kenangan sepanjang perjalanan hidup yg amat membahagiakan. Hingga kini nikmatnya disyukuri. Nikmat bersahabat dlm rahmat keimanan. Moga Allah kekalkan rahmatnya hingga saat pertemuan dgnNya....


Ummi Wardh.

Fasilitator Ko-Kurikulum 1 2010



Sabtu 22/1 Ummi sekali lagi diminta menjadi fasilitator program PK Ko-Ko bagi kursus pengerusi dan SU persatuan dan Kelab. Progrm bermula pukul 10.30 pagi dan berakhir 12.45 tghri..
Perkongsian mengenai Merancang dan menggerakkan aktiviti Persatuan/Kelab.

Ummi amat gembira kerana semua peserta hampir 80 orang memberikan respon yang baik sepanjang sesi. Bagi Ummi ia suatu kepuasan bekerja bila sering dapat berkongsi apa yg kita ada dengan orang lain. Moga ia boleh menyumbang dalam pembangunan sahsiah bakal2 generasi pimpinan ini di masa akan datang..Ummi amat yakin semua peserta yang mengikuti program kali ini mereka yang amat positif untuk ditingkatkan ke arah menjadi pimpinan sekolah yang cemerlang.

Ini dibuktikan bila sesi bengkel nampaknya kumpulan2 telah menunjukkan keupayaan bakat kepimpinan mereka. Setiap kumpulan memahami seorang pengerusi persatuan mesti bijak bermimpi. Ialah mesti boleh membayangkan impiannya mengenai kelab/persatuan yg dipimpinnya wajah/bentknya pada tahun 2010.

Moga sumbangan Ummi diberkati Allah...

Ummi Wardah
SAMTH.

Saturday, January 23, 2010

Tahniah buat anakda Asma & teman seperjuangan...

Tahniah..!!
Itulah yg Ummi dapat ucapkan buat anakda Asma' Nahar yg Ummi telah hantar menyertai program ini sebulan lamanya...
Moga pengalan,ilmu yg ditimba membantu menjadikan anakda anak yg benar2 solehah, tabah menjalani kehidupan yang masih panjang, ujian yang masih mencabar........
Ummi love You so much


Salam~
Sedikit perkongsian untuk semua
Team KBM KL telah berkesempatan bersama pejuang-pejuang muda peserta MHi di Kem Lembah Genting mulai
jam 4 petang 22 Jan sehingga 1 tgh 23 Jan 2010.
Sembang-sembang dengan mereka, rupanya sebelum itu mereka telah berjaya melalui lebih 50 slot pengisian. Banyak juga tu..
Sudah penuhlah ilmu di dada dan kayalah pengalaman mereka.
Alhamdullilah, di penghujung MHi ber KBM pula. Peserta 57 orang, ikhwah 38 orang, akhawat 19 orang.
Turut hadir pada sebelah malam 22 Jan akhi Shahruzzaman dari JIM Hulu Selangor bersama anaknya dan kami dibantu oleh pasangan pengantin baru Akh Farid 'Chef Wan' dan isteri dari JIM Hulu Langat.
Esok harinya kami hanya tinggal berempat ~ ana dan suami (Pak Kay KL), Pak Andak ( akhi Hussen Kari).
Alhamdulillah, temui ramai anak-anak aktivis JIM dari seluruh negara, tak tersebutkan namanya..


gambar 1

Peserta akhawat bersedia untuk slot pagi 23 Jan 2010.


Setelah hampir sebulan, kesemua mereka adalah teman-teman yang sangat akrab..
Slot bersama teman sejati.






..bersambung..

Faridah Maludin
Ummi Ida KBM KL

Jadi Fesilaitator/Motivator....

Sepanjang Januari 2010...ini Ummi bersama rakan setugas sebok mengendalikan latihan untuk murid2 sekolah dari tingkatan 1-6 STAM.

Hari jumaat 22/1 pula Ummi bersama beberapa orang PRS mengemas bilik operasi UBK yg amat2 berabuk....
Habis sebahagian kertas2 lama kami buang...planningnya Ummi ingin UBK membudayakan 5S dalam bilik operasi Unit Bimbingan di sekolah...

Antara azam dan harapan Ummi untuk tahun 2010 ingin melihat UBK memaparkan imej positif berpandukan:

  • UBK Mesra- dgn 4 langkah strategik:
  • - i) Bilik UBK lebih Kondusif & Teraputik- memohon ditingkatkan keadaan bilik UBK supaya lebih mesra pelanggan dari aspek keceriaan,keselesaan (teraputik,kondusif). Cuba untuk memastikan diketahui apa & di mana semua barang yg ada di bilik UBK. Sistem 5S (Sisih,Sapu,Susun,Sistem, Sentiasa Amal) cuba diamalkan dgn perkongsian semua rakan setugas dan PRS. Ini bukanlah suatu yg mudah, tp perlu usaha dan azam yg kuat untuk merialisasikannya...Pada Ummi jika tempat kerja kita selesa...kitalah yg akan rasa bahagia...

  • -ii) Siri Pengenalan UBK kpd semua warga sekolah. Pengenalan pertama telah dibuat dalam perhimpunan Mingguan 22/1 yg lalu. Ummi perkenalkan semua Kaunselor dan warna tema UBK 'ungu' dan PRS.
  • iii) UBK mengamalkan-Tadbir Urus yang baik(Good governmance)- memastikan UBK membudayakan: a) Kerja berdasarkan perancangan strategik. b) Sistem fail yg dikemaskini. Moto UBK: Plan Your work & Do Your Plan- cuba diamalkan.
  • iv) UBK Dekat di hati- i)Memberi khidmat sedia dan ceria. ii) Mengaktifkan Unit PRS,Kelab Kerjaya, SLAD,PROSTAR & Skuad Denggi. Ada target kejayaan dlm pertandingan yg disertai di peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan. iii) Berkongsi maklumat dan berita. sebaran aktiviti melalui laman web sekolah,buletin dan iklan.
  • Bersambung....

Saturday, January 16, 2010

Buku dan Hadiah ...............

Setiap bulan pasti ade buku baru...!!
Itu..jadi kelaziman abah..

Hari minggu ini Abah tiada lagi....
lantaran tugasnya maka Abah bermusafir lagi....

Hari ini Ummi pula menghadiri mesyuarat seperti biasa. Memandu hingga ke Gombak juga jadi rutin bila ke pejabat di Melawati. Memandu sendirian perjalanan satu jam dari Kelang, Alhamdulillah moga Allah terus memberi kekuatan. Inilah antara pengorbanan Ummi di jalan yang dipilih ini. Namun hati rasa bahagia kerana Ummi bertemu,berbincang dengan sahabat yang ikhlas..mendambakan seluruh kehidupan di jalan dakwah ini.

Moga berkekalan dan iltizam serta istiqamah bepanjangan....

Semalam tika abah balik ketika tengah malam sudah pun berlalu , abah sempat menghadiahkan ummi sebuah buku....
Moga Ummi terus membaca, perihatin dan siap sdia dengan ilmu dan maklumat. Jikapun amal perlu digarap, kesihatan dan penjagaan diri perlu sentiasa di perhati....di sedari..Ialah orang kata bekerja mengikut qudrat...yg kekadang Ummi mudah terlupa bila tgh begitu asyik bekerja....

Moga dapat dihabiskan membacanya.
Ummi Wardah
Bdr Puteri.

Cinta & Perkahwinan.......





Notsalgia CINTA & Perkahwinan....
ِAntara memori indah..!
Buat Ummi dan Abah....

Kad Ucapan tersimpan rapi, dibelek2...sehingga kini..!
Jadi Ingatan,kenangan serta simpanan, Memori bersejarah...
Bagi Ummi & Abah....
Antara Ummi dan Abah ..bercinta.... hanya setelah diakad nikah...Alhamdulillah,
Rasa terus bercinta dari mula hingga kini..
Walaupun muda sudah berlalu
Jika berjauhan pasti resah...
Hp,email,kini..blog dan facebook jadi, penaut rindu......


Moga bila anak-anak membaca
Anakda bisa berkongsi rasa bahagia...
Inilah cita-cita abah & Ummi
Dalam menggapai bahagia
Baitul Muslim penuh cita....cinta mulia
Moga Allah memberkati kita semua
Baiti Jannati dianugerah Allah
Hidup & Mati dalam perjuangan
Memburu Kemuliaan sebenar......!!
القرآن دستورنا...الرسول قدوتنا..... الموت فى سبيل الله أسمى أمانينا......!

Di antara barang kenangan yang masih Ummi simpan dengan sebaiknya , sepanjang perkongsian dalam membina keluarga, ialah Kad2 Ucapan antara Ummi dan Abah semasa tempoh pertunangan dan awal perkahwinan......!!!

Ummi masih teringat...Kad Ucapan Aid Fitri tahun1987 . Wlpn tempoh pertunangan yg sengkat ia merupakan satu tempoh yang amat mendebarkan....benarlah orang kata tak perlu bertunang lama2...bahkan menjadi budaya arab di Egypt bila di sebut bertunang/Khitbah...pasangan siap dijabkabulkan...cumanya sementara menunggu hari kenduri walimah mereka tidak serumah....
Namun jika bertemu,berhubung ia tidak menimbulkan dosa dan fitnah, lantaran mereka sudah pun suami isteri yang sah....

Kad yg ummi beri,...Akh Nahar (Abah) membalasnya dgn kad yang sama, ditambah dgn puisi nukilannya, yang ditulis di muka akhir kad. Ummi berfikir2 sendirian......

"Aargh....! begitu besar harapan 'bakal suami' buat bakal ibu kepada anak2 putera & puteri nya nanti...!!

Kad yg cantik,...Berwarna 'pink', Abah gantung dan membacakannya... di wad bersalin SMC Port Kelang, (Mei,1988 ) selepas Ummi melahirkan puteri sulong kami Ummu Hani....

Esoknya.....dengan ditemani Akh (Allahyarham) Husni Zaim yang memandu kereta dari hospital ke rumah..sekali lagi Abah membuat kejutan...Abah menghias rumah sewa kami.... indah, kerana 'menyambut orang baru' katanya.....! Wajah berseri2 senyuman menguntum. Tanda kegembiraan tak terperi. Terpancar diwajah abah...sesungguhnya, saat itu..hingga kini, masih jelas terpampang nyata di depan mata....................

" Kini............... Ummi amat memahami dan menghargai....... betapa dalamnya kasih Abah buat Ummi dan anak-anak yang dicintainya...sepenuh jiwa raga...!!....".

Sudah lebih 21 tahun Ummi menyimpan kad -kad itu dengan baik..dalam folder sijil2 Ummi....
setiap kali Ummi membukanya pasti Ummi akan membelek2nya ...seketika...
membaca bait2 puisi yang abah tulis ketika tempoh pertunangan ummi & Abah dulu....
Menyebabkan Ummi tersenyum sendiri.....
Doa dan harap , Moga Allah terus memberkati hidup yang bahagia
Selama hayat dunia hinggalah Akhirat..............!

Ummi Wardah
Bdr Puteri,
16 Jan.2010
* Khas buat Abah yg sdg berada jauh ...di Bkt Tinggi
Jakarta.

...

Friday, January 15, 2010

SOLAT wajib ditunaikan bila2 dan di mana2......

Perkongsian pengalaman seorang sahabat Ummi mengenai kewajipan solat, semasa di ICU moga ada manfaat untuk anak2 dan pembaca Blog Ummi juga:


- persoalan solat (3)



Assalamualaikum,

Bhg 3

Pada peringkat awal ana cuba untuk solat mengikut waktu, tetapi oleh kerana seringkali tertidur (waktu tidur tak menentu sebenarnya) atau masih mamai, maka ana lakukan solat jama'. Ini untuk memastikan tidak tertinggal solat.

Solat jama' juga memerlukan ilmu dan kebiasaan. Seringkali kita dapati umat Islam yang tidak meninggalkan solat enggan menggunakan kemudahan yang disediakan dalam Islam dalam bab solat ini. Apabila bermusafir mereka lebih selesa untuk berhenti pada setiap waktu solat dan mengerjakan solat penuh tanpa mengqasar dan/atau menjama'kan solat tersebut. Hujah mereka ialah sekarang amat mudah mengerjakan solat kerana masjid dan surau ada di mana-mana termasuk di R&R. Persoalannya di sini ialah bukan kerana sekarang banyak masjid/surau. Solat jama' adalah sunnah Rasul SAW dan merupakan sedeqah daripada Allah SWT. Jadi apabila seseorang itu mendirikan solat qasar/jama' bererti dia memperoleh 2 pahala. Satu pahala mengerjakan solat dan dua kerana menghidupkan sunnah Nabi. Ini ditambah pula dengan mengambil sedeqah yang diberikan oleh Allah. Apakah kita tidak teruja untuk menerima sedeqah dari Allah? Bukankah kita ini miskin, semuanya milik Dia termasuk batang tubuh kita ini dan apa jua yang menjadi milik kita hanya dipinjamkan sementara oleh Dia. Jika kita memahami hakikat diri dan hidup ini maka kita tidak akan teragak-agak untuk merebut sedeqah dari Allah SWT.

Solat qasar (2 rakaat) kemudian himpun 2 waktu dalam satu solat, pahalanya lebih dari solat penuh dalam waktu-waktunya? Mungkin inilah reaksi sebahagian umat Islam yang kurang memahami kelebihan solat jama' qasar. Soalnya bukan banyak atau sedikit, tetapi sejauh mana kita berusaha untuk mengikuti jejak Rasul SAW dengan menghidupkan sunnahnya. Lagi pula seseorang itu terpaksa bersusah payah untuk berehnti pada setiap waktu dalam perjalanannya. Logiknya lagi banyak dan dikerjakan dengan penuh susah payah lagi, pahalanya kurang dari mereka yang solat jama qasar? Sekali penilaian Allah bukan mengikut logik akal manusia. Seperti kata Sy Ali, jika agama itu mengikut akal manusia, maka sudah tentulah sapu khauf (sapu alas kaki) dilakukan pada tapaknya. (tetapi tidak, sapu khauf adalah pada sebelah atasnya). Logiknya bahagian yang terdedah pada kekotoran dan wajar dicuci ialah pada tapak alas kaki, namun syariat menetapkan menyapu sebalah atas kaki).

Ada juga yang berhujah, dahulu tidak ada banyak kemudahan. Sekarang seseorang itu boleh menggunakan kapalterbang dan menuju destinasi yang jauh dalam waktu yang sengkat. Hujah ini seolah-olahnya menunjukkan bahawa tidak ada dalam pengetahuan Allah, di masa akan datang (sekarang) teknologi akan mencapai tahap yang begitu maju seperti ini. Kerana itu syariat Islam tidak berubah mengikut masa dan circumstances. Allah maha tahu dan setiap sesuatu yang disyariatkan adalah sesuai untuk semua tempat dan masa. (Contohnya sekarang meskipun ada highway dan ada kemudahan R&R, namun kita berhadapan pula dengan kemungkinan berlaku kesesakan jalanraya - seseorang itu boleh terperangkap dalam kesesakan sehingga luput waktu sembahyang. Bulan ramadhan adalah contoh yang jelas. berapa ramai warga kota yang berbuka dalam kereta dan sampai rumah apabila telah masuk waktu isya')

Oleh itu ana menyarankan agar amalan solat jama qasar ini dijadikan budaya oleh umat Islam. Apakah yang membolehkan seseorang itu mengerjakan solat jama' . Bukan shj ketika musafir, tetapi apa bila ada hajat yang mendesak spt berada dalam keadaan bahaya, sakit yang (sukar utk menyimpan wudhu contohnya, atau sering pengsan/mamai, terikat dgn perkara tertentu spt exam (ini amat perlu terutama mereka yang berada di negara memisfera utara dan selatan di mana waktu siangnya pendek pada musim winter, doktor yang sedang menjalankan operation yang kadang-kadang memakan masa yang lama). Pengajarannya mesti ada ilmu dan jangan terlalu terikat dengan mazhab. Dalam keadaan biasa kita beramal dengan fiqh as-syafiiyah. Tetapi dalam keadaan tertentu kita kena ada fleksibiliti. Ini juga memerlukan seseorang itu mempunyai pengetahuan yang mencukupi. Dan ini sangat perlu dijadikan priority dalam hidup kita - kerana kita memerlukannya dalam keadaan-keadaan yang tidak biasa spt apabila terlantar sakit.

Pokoknya jangan tinggal solat: kerana Allah yang tahu semua kesusahan kita telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk menjalankan kewajipan kita kepadaNya. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan agama itu sulit bagi kita.

Bersambung, solat dalam keadaan tidak bersih? Bagaimana?

Hafidzi MN

Thursday, January 14, 2010

Liciknya mereka.....diberi betis mahukan peha pula.....!


Semakin pelek2 org Nasara ini di Nusantara.....di dunia Asia Tenggara ini, di negeri2 rumpun Melayu...Simbolik penggunaan perkataan Allah ingin diciplak mereka atas kejayaan mereka menyebarluas agama kritian di Indonesia dan ingin di versikan langkah & strategi yg sama di M'sia....!!

Tidak hairan boleh jadi semakin pelek2 mereka....sedangkan Ummi pernah sebutkan dahulu ketika Melawat Europe 2007 ...pengalaman melihat mereka, umat kristen di negara 2 itu amat2 sederhana...sehinggakan tidak begitu terasa seperti sambutannya di nusantara ini.....Bahkan banyak gereja ditinggalkan sehingga ada yang dapat dibeli dan dijadikan masjid pula oleh muslim di sana.....

Ummi copy contoh pelek2 mereka....satu blog yg Ummi terjumpa . Cerita mengenai komen warga Indonesia Kristian.....:

"........Jakarta, Secara halus MUI pusat maupun Pamekasan menolak penggunaan Bahasa Arab oleh Nasrani, yang nantinya dipergunakan dalam menyanyikan lagu-lagu maupun khotbah Natal. Seperti dilansir Detik.Com, Metro TV akan menayangkan perayaan Natal yang salah satu lagunya berbahasa Arab itu ditanggapi oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), yang meminta panitia lebih berhati-hati. Lagu Natal berbahasa Arab bisa disalahpahami.
“Kalau di Indonesia ada kidung berbahasa Arab, nanti disangka qasidah oleh masyarakat Islam. Apalagi di pedesaan,” kata Ketua MUI Amidhan melalui telepon, Kamis (24/12/2009).
Menurut Amidhan, umat Nasrani di Timur Tengah tentu saja berbahasa Arab saat misa di gereja. Mereka yang tidak memahami bahasa Arab tidak bisa membedakannya dengan khutbah di masjid.
“Nah, kalau memang ingin membumikan bahasanya, kenapa tidak memakai bahasa yang ada di Indonesia. Misalnya bahasa Madura, Jawa atau Sunda,” papar Amidhan.
Amidhan menjelaskan bahasa Arab bukan monopoli umat Islam. Namun di Indonesia bahasa Arab banyak digunakan dalam istilah-istilah yang diasosiasikan dengan Islam.
Dia menjelaskan pernah ada protes masyarakat soal Madrasah Al Kitab, tapi maksudnya Al Kitab itu Injil. Padahal madrasah itu identik dengan sekolah Islam.

“Jadi yang mendesain acara harus hati-hati. Walaupun cuma lagu, itu bisa memancing. Panitia harus menjelaskan alasan mereka menampilkan lagu berbahasa Arab dalam acara itu,” pungkas Amidhan.

Huuh....memang amat licik dlm langkah mencapai tujuannya....

Ummi Wardah.

Tetiba Ummi terkenang zaman remaja:

Antara memori indah Ummi semasa remaja, ketika umur amat belia....

Semasa Ummi belajar di SAMT SAAS, Bt 38 S.Bernam. 1978......

Walaupun hanya setahun cuma, namun kenangan indahnya tak dapat Ummi lupa. Ia suatu 'zikrayaat al -Jameelah" dalam hidup...

Ummi belajar di Ting. 6 SPA. Di kelas hanya ada 6 orang sahaja pelajar puteri. Kami duduk dalam satu barisan puteri. Namun kini Ummi tak tahu di mana mereka...Apakah masih hidup atau tiada....Yang Ummi masih ingat seorang menjadi pegawai wanita di senuah pej agama...di negeri ini.Seingat Ummi dulu dia di sekolah adalah antara pelajar puteri popular, juga di hati cikgu2...kerana kebaikannya...! Yang lainnya Ummi panjatkan doa moga mereka terus bahagia.....

Lebih 21 orang murid yang lain semuanya putera sahaja. Namun di zaman Ummi belajar dulu umur standard bukanlah ukurannya...yang penting kemahuan untuk belajar...

Justeru di kelas Ummi hanya beberapa orang termasuk Ummi yang standard umur bertepatan dengan tingkatan. Maksud Ummi bila di tingkatan 6 Bawah umurnya 17 tahun +. Kawan2 ummi , ada yang telahpun berumur 20,21-24 tahun. Orang kata tidak hairan jika ada yang berhenti sekolah kerana sudah sampai seru, untuk mendirikan rumahtangga. Di kelas juga ada yang "couple" sesama rakan sekelas...!! Khabarnya ada yang bertemu jodoh akhirnya..Alhamdulillah..Namun ada juga yang 'kecewa'...Mungkinkah mereka terlibat dlm gelora Cinta Monyet...???

Bercerita mengenai subjek, antara subjek paling Ummi kurang gembira ialah Tarikhul Adab Al-Arabiy dan An-Nusus/Syaair Al-Arabiy....Kerana ia memerlukan pelajar menghafal sejumlah Syaiir arab yang kebanyakannya panjang2.....

Alangkah terkejut Ummi bila pertama kali Ummi menjadi guru, pada tahun 1985, Ummi diminta mengajar sastera arab yang Ummi paling tidak gembira mempelajarinya dahulu...Ya.... 8 tahun sebelumnya....

Namun 'kecintaan' ummi kpd bahasa Arab ini berubah 350 darjah...

Kalau dulu Ummi merasa payah dan susah, kini setelah dapat menguasainya Ummi amat2 cintai Bahasa ini....Keindahannya menggamit hati nurani....Bila membaca Al-Quran amat merasa indah & nikmatnya bahasa ini....Jiwa terasa dekat dgn maksud & tujuan ayat2 Yang Maha Pencipta ini....Alangkah indahnya bahasa/kalam Allah ini...

Ya Allah berilah peluang pada Ummi ini, agar terus menjadi pejuang mempertahankan bahasa ini...sehingga akhir hayat Ummi...

Ummi perturunkan satu syair dari penyair yang agung di zaman Jahiliyyah. Salah satu syair yang pernah Ummi menhafaznya dahulu....Syair yg memenangi sayembara Syair di zaman itu yang digantung di Kaabah sebagai penghargaan kepada penyairnya...!!!

Syair Al-Mu’allaqot :

Diantara Hikmah Zuhair Bin Abi Sulma

Perang yang begitu dahsyat berkecamuk antara kabilah ‘Abs dan kabilah Dzubyan hanya dikarenakan pacuan kuda, perang ini berlangsung hingga 40 tahun lamanya, maka dua orang pembesar dari kabilah lain yaitu Haram bin Sinan dan Al-Harits bin ‘Auf berupaya mendamaikan kedua kabilah tersebut dengan menanggung kerugian akibat perang yang dialami oleh kedua belah pihak, dan akhirnya perangpun berhenti. Hal ini memberikan kekaguman yang luar biasa bagi diri Zuhair bin Abi Sulma sehingga ia menciptakan sebuah Qosidah yang begitu indah dalam rangka memuji kedua orang tersebut. Zuhair berkata :

سئمت تكـاليـف الـحياة ومن يعش ثـمانين حولا- لا أبا لك – يسـأم

وأعـلم مـا في اليوم والأمـس قبلـه ولكنني عن علم ما في غـد عـم

ومـن هـاب أسبـاب المـنايـا ينلـنه ولـو نـال أسباب السـماء بسلــم

ومن يجعل المعروف في غير أهله يـعــد حـمـده ذمـا عــليه فيـندم

ومهما تكن عند امرئ من خـليقة ولو خالها تخفى على الناس تعلم

لأن لـسان الـمـرء مـفـتـاح قــلـبه إذا هو أبدى مـا يـقول من الـفـم

لسان الفتى نصف و نصف فؤاده ولم يبق إلا صـورة اللحـم والدم

Aku telah letih merasakan beban kehidupan

Sungguh aku letih setelah hidup delapan puluh tahun ini

Aku tahu apa yang baru saja terjadi dan kemarin hari

Namun terhadap masa depan sungguh aku buta

Barang siapa yang lari dari kematian sungguh akan menemuinya

Walau ia panjat langit dengan tangganya

Barang siapa yang memuji orang yang tak pantas dipuji

Maka esok hari pujiannya itu akan disesali

Seorang manusia tentu memiliki tabiat tertentu

Walau ia sangka tertutupi pasti orang lain akan mengetahui

Itu karena lidah seseorang adalah kunci hatinya

Lidahnyalah yang menyingkap semua rahasia

Lidah itu adalah setengah pribadi manusia dan setengahnya lagi adalah hati

Tidak ada selain itu kecuali daging dan darah sahaja


Amat dalam maksud tersirat si penyair dlm puisi ini....!!

seindah zaman Ummi menghafaznya ..bait demi bait..di belakang rumah ayah di kg dulu ...bila menghadapi ujian2 dan peperiksaan...

Namun sudah menjadi tabiat ummi dahulu, Ummi suka menghafaz subjek awal sebagai persediaan . Amat tidak suka persediaan peperiksaan yang last minute, kerana ia amat menyusahkan...Rupanya amat berbaloi usaha Ummi bila dalam SPA 1978 Ummi antara murid cemerlang dlm peperiksaan.....!


Akhirnya Ummi dapat menjejakkan kaki ke menara gading...walaupun jauh di Negeri Cik Siti Wan Kembang atau Serambi Mekah...!!.

Tunggu kenangan Ummi seterusnya....

Ummi Wardah

Bdr Puteri

Klang.


Pengalaman seorang sahabat berkaitan penggunaan kaliman Allah oleh non-muslim


Ini pengalaman seorang sahabat Ummi Pastinya membuatkan kita berfikir,berilmu,bermaklumat Bahawa sesuatu itu berlaku pasti tidak kebetulan,.....hakikatnya penuh perancanaan..!!! Fikirlah........

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's a fact!) Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah. . bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya.. Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka.. Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat M’sia di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan "rumah allah"...mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi malaysia mengamalkan demokrasi-sekular......


Ummi Wardah,
just copy

Wednesday, January 13, 2010

Hasil kreatif kumpulan

PMD Tingtan 3





Program PMD samtsh 2010

Gambar2 sekitar program yag dikendalikan.

Wlpn penat, Ummi rasa berbaloi dan tetap gembira. Mengendalikan program motivasi atau Program Maju Diri setiap hari bermula dengan Ting. 1,2,3,6Bawah Stam dan Tingkatan 5 esok memang memerlukan ketahanan diri dan stamina serta semangat yang kuat.Namun melihat wajah2 ceria anak-anak murid Ummi terasa satu kepuasan.

Ummi dapat turut berkongsi idea,ilmu dan kemahiran untuk membina jati diri anak2 didik ianya terasa suatu kepuasan. Namun dengan usia Ummi 50 tahun pasti bukan seperti seorang yg berumur 35 tahun. Jikalah Ummi mengenang ini, Ummi terasa 'seorang tua', tetapi bila terkenang Ar-Rasul mula menjadi Rasul ketika usia mencecah 40 tahun dan mula berperang dan menjadi pemimpin negara ketika berumur 55 tahun, Azimm Jiddan!!....
Ya..... Baginda bukan seorang muda. Tetapi seorang Dewasa/Tua , namun cukup bertenaga, berpengalaman dan berkemahiran...Sungguh jika sekarang 55 tahun adalah had minimum tempoh pencen wajib bagi kakitangan awam ...rupanya bagi Rasullullah saw qudwah bagi seorang DAIE, ia merupakan permulaan satu era baru dalam kepimpinan dan tanggung jawab ...Memikul amanah yang paling besar selaku pemimpin Ummah dan mengetuai satu Daulah...!!!!

Terkenang Ibu para Mukminin yang pertama Sy. Khadijah ketika membantu Ar-Rasul usianya sudah 55 tahun. Walaupun beliau hanya berkesempatan 7-8 tahun sahaja menjadi pembantu yang hebat kepada pejuangan awal Ar-Rasul dalam era pembinaan rijal Al-Awwalun, namun Khadijah hingga saat akhir hayatnya mendambakan diri untk perjuangan suci ini...tidak pernah mengaku kalah bahkan terus 'sabar' menyumbang jiwa raga & harta demi menunaikan amanah Ilahi kepada suami yang tercinya.....membina generasi yang benar2 bertaqwa.......

harta,jiwa raga diserahkannya
kerehatan,kegembiraan dikorbankannya
Demi perjuangan suci
membantu suami yang tercinta
Mununai amanah dan janji
Hidup dan mati kerana Agama yang suci!

Ummi amat2 bersyukur kerana Allah telah memberi peluang kepada Ummi untuk menerusakan perjuangan yang dirintis oleh suami isteri yang mulia ini Muhammad bin Abdullah Rasullullah saw dan Sy Khadijah bt Khuwailid Ummul Mukminin....

Mengingati siri perjuangan keduanya ...hati berasa2 dekat dan ada kesinambungan tugas yang diwarisi...moga ia suatu yang benar2....Ya Allah terimalah amal hambaMu...., dan menepati apa yg diwarisi ini sejalan dgn tugas Baginda dan isterinya....!!!! Aminn..

Namun akur dengan fizikal seorang wanita, juga amat merasa lemah fizikal....semalam Ummi tersa amat2 letih ...selepas asar Ummi amat terasa hilang stamina. Bila ummi ingat2 semula, rupanya Ummi tak makan seharian kecuali air kosong...gara-gara bila sangat penat Ummi tak lalu makan....Bila ummi makan ptg hari badan terasa longlai tak bermaya.....
Namun setelah berehat seketika Alhamdulillah Ummi tersa sedikit bertenaga untuk meneruskan bagi menghadirkan diri di mesyuarat/taklimat di pejabat pusat.

Namun musyuarat yang sepatutnya 8.30 malam ummi hanya dapat bersama dlm majlis taklimat pada pukul 10.00 malam.....orang kata hadir di hujungnya...Alhamdulillah abah ...sekali lagi menjadi teman setia menghantar dan menemani ummi sepanjang menghadiri mesyuarat dan taklimat seperti selalu.....jazakumullahu khairan...abah!

Emmm...sehingga minggu hadapan barulah berakhir program PMD ini bila tingkatan 4 mendaftar ke sekolah.....pada 20 Jan. 2010.
Moga Allah terus memberi kekuatan....apakah ada lagi peluang di masa akan datang !!

Ummi Wardah
SAMTH,Kg Jawa Klang.

Saturday, January 9, 2010

Lagi mengenai larangan Kalimah Allah...........

Pandangan Ustaz Zaharudin Abd. Rahman (UZAR )

Larangan Kristian Guna

Nama Allah : Ulasan Ringkas

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net


Meh kita dapatkan banyak maklumat sebelum kita sendiri menggunapakai suatu hukum.
Ummi Wardah

Bdr Puteri.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal".

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini

SUDUT HUKUM

Berikut di atas tadi adalah petikan berita Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009.

Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.

Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.

Setelah melakukan penilaian terhadap pelbagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).

Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.

Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.

Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujjah kumpulan yang menolak.

Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada pengertian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.

Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.

TETAPI ..

Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.

Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.

Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.

Dalam konteks Malaysia menurut perkiraan saya, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal.

Lebih lagi, apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang.

Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah. Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun hujjah dari sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan amat patut dilakukan, sama ada untuk tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setaip keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian).. Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah, dan ruang konflik antara agama yang amat mudah ternyala api pergaduhan.

Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah diskrip menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya.

Cuma kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian?. Fikirkan... diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya.

Kesimpulannya, secara peribadi saya berharap agar rayuan keputusan yang akan dilakukan oleh KDN berjaya mencapai keputusan sebaiknya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

فلسطين ................أرض الوطن


PALESTINA...............القدس

تمتد مرتفعات الجليل نحو خمسين كيلو متر من نهاية سهل عكا غربا إلى مشارف طبريا وتقاربها نفس المسافة إلى الحدود من لبنان شمالا إلى سهل مرج ابن عامر جنوبا.صفات جبال الجليل فهي، في كثير من الأحيان. لا تعدو أن تكون تلالاً مستديرة واضحة الخطوط مكسوة بالعشب. أهم الجبال :

  1. جبل عامر : الارتفاع بين 300- 600 متر
  2. جبل الجرمق: وهو الأعلى ويصل ارتفاعة عند القمم إلى 1100
  3. جبل كنعان: قرب مدينة صفد يرتفع حتى 841 متر تقريباً
  4. جبل الطور (طابور): ويبدو هذا الجبل كأنه قبة ضخمة تتوسط هذا الجزء من السهل ويصل الارتفاع 580 متر.
الخارطة الطبوغرافية لفلسطين
  • جبال نابلس :

تقع هذه الجبال إلى الجنوب من مرج ابن عامر شمالاً، وتمتد إلى الجنوب من مدينة نابلس . وإذا أضفنا إليها جبل الكرمل الذي يبدأ عند مدينة حيفا ويصل إلى مجدّو ثم يتصل بها حول جنين. كانت الرقعة التي تشغلها قريبة من الرقعة التي تشغلها مرتفعات الجليل. وفي الشرق تطل هذه الجبال على الغور الذي يفيد نهره (الأردن) من المياه التي تحملها إليه الأودية مثل وادي الفارعة وبعض الأنهار.

وهذه الجبال، على العموم، أقل ارتفاعاً من جبال الجليل. و فيها جبل واحد يقرب ارتفاعه من ألف متر (جبل جريزم قرب نابلس). أما جبل الكرمل فيبلغ أعلى ارتفاع فيه 550 متراً.

وقد أثرت عوامل التعرية في جبال السامرة فخددت فيها أودية كثيرة بعضها ضيق عميق، والبعض الآخر واسع بحيث سمح للغرين أن يستقر فيه ويكون سهولاً داخلية ضيقة لكنها خصبة. إلا أن جبال السامرة عموماً. إذا قوبلت بجبال الجليل، أفقر في الموارد الطبيعية. والطبقات الظاهرة على السطح هي، في الغالب من النوع الطبشوري تتخلله بعض نتوءات من البازلت، ولذلك كانت تربتها أفقر وينابيعها أقل كثيراً من جبال الجليل. وتصلح جبالها لرعي اما وديانة ا فيستقر بها بعض السكان.

  • جبال القدس والخليل :

إلى الجنوب من نابلس، على ما ذكرنا، تتداخل جبال السامرة بجبال القدس والخليل، التي يتراوح ارتفاع القسم الأكبر منها بين خمسمئة وألف من الأمتار، وبسبب قلة الأمطار التي تسقط عليها فإن عوامل التعرية لم تفعل فيها فعلها في جبال السامرة، لذلك فإن الأودية العميقة وخطوط الارتفاعات غير المنتظمة التي نراها في هذه الجبال أقل منها في تلك. وتظل هذه الجبال مرتفعات متصلة تكون هضبة عالية. فلما تختلف طبيعيتها من مكان إلى آخر. وتظهر الصخور الكلسية الطبشورية على السطح. وتكون في الغالب عارية أي لا تعلوها التربة، والصفات الطبيعية الغالبة عليها مناطق صخرية جرداء واسعة، وصخور متفرقة متباعد وبعض الأخاديد التي تقع على جنبات التلال، وهي في الغالب جافة وإن كان ثمة مجار للمياه الجوفية وبعض الكهوف. ويغلب عليها أن تكسو أجزاء صغيرة منها نباتات من نوع الأنجم والنباتات الشوكية. هذه هي «برية القدس» العارية الجرداء الغبراء.

وتمتد هذه الجبال إلى الجنوب من مدينة الخليل (خليل الرحمن) بحيث تتصل بالنقب، على أنه بين الجبال والنقب يمتد انخفاض من الشرق إلى الغرب، وهو أقل إنخفاضاً من الجبال المذكورة، وتربته الغرينية رقيقة جداً.