Wednesday, June 27, 2012

Allahu Akbar . . . .dunia ini bukan tempat melarikan diri dari Allah. . .
Di mana2 Allah pasti melihat dan dekat dgn anda. . . .
Bahkan tiada satupun yg tersembunyi dariNya. . . .

Wahai insan. . .kembalilah kepadaNya. . .
Gabungkan dirimu bersama pejuang kebenaranNya . .
Jgn ada di hatimu hati ingin berpaling. . .
kerana itu petanda celaka kerana hatimu dihambat nafsu dan dunia. .

Ingat satu hari nanti . . .Allah akan menyoal Di mana?
 adakah tempat untuk lari. . . ? ? Ainal mafar. ? ?

Di hari perhitungan itu semua mata tunduk takut , hina dina di hadapanNya. . .
Amanah perjuangan ini akan ditanya. . .
Di mana kamu. . .
Siapakah gerombolan yg kamu uliti dulu di dunia. . .
Yg mendambakan jihad di jalan penuh luka inikah. . ? ?
Atau jalan penuh mawar mekar beracun. . .
mari kita bersama
memuhasabah diri sebelum
waktu nya terlewat. .
moga ada jalan kembali. .
Moga ada ruang kembali. . .
sebelum waktunya tamat. .!!!
Allahu Akbar! !!
Itukah dia. . .
hari yang ditentukan Allah semakin hampir
Hari penentuan
Adakah aku
di kalangan yang dirahmati
atau celaka
ITULAH HARI PERHITUNGAN
adakah jd penghuni Syurga atau neraka
Itulah hakikat perjalanan hidup ini. .

melihat situasi yg berlaku kini
aku tidak mengingat yg lain
lebih aku gerun dan takut dari janji akhirat yang semakin mendekat
azabMu ya Allah. . . yang tak terperi
segala amal bakal disoal
tiada jaminan adakah aku bisa terhindar

sekoyong aku teringat sepurnama yg lepas
tika membaca hadis Ar Rasul
kesah Baginda diperingat Jibril
akan perihal ummatnya
yang bakal jd penghuni neraka
sekoyong itu Ar Rasul pengsan
dek tersangat hiba dan sedihnya
mengenang nasib ummat
yang bakal menghuni azab
kerana ramainya mereka
yang tidak sempat bertaubat
dan mengekal dosa dosa
sehingga ajal tiba

Ketika Ar Rasul memberi nasihat
akan azab pd sahabat
wajah lantas berubah. .merah. .marah!!
ramai yg tidak ingat. . .!!
kerana Baginda saat mikraajnya diperlihat
azab neraka dgn pancaindera Baginda yg mulia
bukan mimpi tapi di depan mata, telinga
aduhai. . .
jika disedari setiap kita
tiadalah waktu yang kita dpt gembira
. . . .
di saat sunyi ini
moga Allah terus membangkitkan hati
dengan hikmah, mata hati
ilmu yang memimpin
diri dan tingkahlaku
menjadi hamba
yang sentiasa
sedar diri
erti erti kehidupan
gerak denyut nadi
yang menjadi
warna warna zaman
agar terus melakar amal
selagi ada qudrat
yang dikurniakan.

ya Rabb ampunilah kami. . .
hamba2Mu. .
Aku spontan menukilkan karya ini seusai pemakluman Dr Mohd Morsi diumumkan sebagai pemenang dan sekaligus selaku President Mesir selepas Revolusi...
Sejarah Dunia Berputar Semula......
Segalanya masih awal. .
tapi aku cukup yaqeen. . .
bahawa GELOMBANG INI gelombang akhir
yg Allah &RasulNya sebut dan ulang
Bahawa gelombang perubahan yg akan
memayungi alam
Tidak dapat dihalang. . .
Kerana Allah yg menghendakinya
buat kali terakhir
sebelum tiba hari kehancuran. . .
lihat. . . .! semua isyarat kecil & besar
Allah telah bentang & dedahkan
hanya mukmin yang sadar
akan faham akan fenomena Alam yg telah direncanakan. . .

ku amati dua ulasan yg mendalam. .
Dr Yusof Qardhawi dalam bukunya
Rome ke dua hancurnya di zaman ini. .

Sheikh badie mengulas kehinaan Israel dlm surah Israk ayat 7
juga tak lama lagi. .

Ayoh kita lihat. .sebahagiannya lagi . .yg berlaku di sini. .
1987 bila Al Quran diangkat dari mushaf. . .
kami warga SAMTSH jd saksi. .
dikata silap cetak. . .
Pakar Astronomi pula membuktikan
kebenaran dlm surah Ar Rahmaan
Langit sudah mula terbelah
bila tanda bagai mekar mawar ditemui diufuk langit. . .
Aaaaaghh. . .Allah Maha Benar segala janjinya.

2004 Tsunami Aceh ganas membadai nusantara
Itu permulaan berterusannya tsunami , gempa dan gempa di seluruh benua. .

Israel sudah membena tembok Khaiber
menjadi penjara terbesar di dunia bg palestina
mereka sudah berkumpul di sana
Tasik Tiberia sudah semakin surut . .
bukankah dikata bila Dajjal keluar dari perutnya
akan diiringi 70,000 orang israel. . ? ?

ditanah yg dijajah . . .
ditanam sudah pokok gharqad. .
buat pelindung dari musuh. .

saat penentuan antara hak dan batil
bagi Allah ia sangat dekat
hanya mukmin yang ikhlas akan sadar
bahawa dunia ini dalam perjalanan
di titik akhir yang hampir

ya Allah jadikanlah
aku seorang dari saksi kebenaran ini. . .
sehingga ku genggam dlm kerdip
saat bertemuMu. .
Ummu sofiah

Wednesday, June 20, 2012

Alhamdulillah...
Hasbunallahu wanikmal wakill....

20 Jun speprti biasa tarikh rawatan chem ke 4 Doxcy (ke 8  dari ubat yang pertama ). Rawatan Day -Care seperti biasa...Alhamdulillah berjalan lancar..

selepas selesai Ummi meneman hubby gi ke pejabat JIM Pusat dan selepas itu meneman gi meeting lagi lepas tu ke kedai arab di Jalan TAR dan makan malam dgn sekeping sawerma arab  berkongsi hidangan...dgn asirr miss miss...

Balik dari KL ni jam sudahpun menunjukkan 10 malam...selepas bersiap2 ummi minum air rebusan pokok kayu putih. Selepas itu anak2 Ummi Along dan Angah memicit tangan kanan Ummi yang sedikit bengkak akibat tusukan jarum untuk memasukkan tiub pagi tadi yang kurang tepat mengenai urat darah yang sepatutnya. Alahamdulillah setelah diurut nampak susut bengkak yang tak sakit tu..selepas itu Ummi pun bersiap untuk tidur....

Alhamdulillah setakat ini Allah masih memberi ummi kekuatan ..dan masih boleh menggunakan tenaga badan ini untuk beramal..

Alhamdulillah...
" ...Dan sekiranya kamu bersyukur pasti Allah akan tambah nikmat atas kamu...".

Hasbunalllhu Wanikmal Wakilll
KepadaMu sahajalah ya Allah aku bertawakkal...

Wahai rakan pembaca yang ditakdirkan sama, mari kita beringat2 dgn pesananku ini:

" Moga sakitku tidak menjadi alasan untuk aku tidak beramal yang terbaik di sisiMu ya Allah..!!
sebaliknya teguhkanlah kesabaranku dan tingkatkan kekuatanku menghadapinya...

Sungguh... kesakitan,kesusahan ini tiada sedikit pun taranya dgn segala kesakitan, kesusahan, penderitaan di akhirat nanti....

Di dunia ini Insya Allah, Allah pasti memberi jalan dan jalan keluar serta pertolonganNya jika kita bersungguh2 berusaha apa sahaja yg halal serta memohon penuh ikhlas kepadaNya. Tetapi di akhirat TIADA pertolonganNya kecuali yang dikehendakiNya dan berjaya dgn segala ujian hidup di dunia ini tanpa syirik padaNya..Siapakah yang dapat memastikannya kita akan dapat pertolonganNya...!!

Oleh itu jangan sesekali berputus asa..berikhtiarlah berubat jika sakit...berdoalah setulus hati jangan sesekali jemu...

" Mohonlah kamu akan  pertolongan Allah dengan sabar (tekun/bersungguh2) dan dirikanlah (jangan tinggalkan ) solat. sesungguhnya solat itu amat berat kecuali kepada orang yang solatnya sampai penuh khusuk (dipelihara dgn baik segala syarat rukunya serta salatnya berjaya mendidik diri muslim yang positif dalam dan diluar solat).".

Aminn...Istajib Ya Rabb..Jadikanlah aku orang yang berjaya....

Ummi Wardah.

Thursday, June 7, 2012

Yang Kembali Tak mengira Usia...Bila Ajal Tiba Ia Tidak akan ditangguhkan ... 
Buku Tinggalan Al Marhumah Ukht Siti Hasanah Hamzah yang telah di publish oleh PTS


Pengkebumian jenazah adik Muaz di tanah perkuburan sg tiong, muar .. Allayarham meninggal dunia lemas ditelan ombak laut semalam petang di Penang, ketika mengikuti Program Leader's anjuran Ikramteens Pusat .
Anakda Muaz peserta yang duduk di tengah
 
2012/06/07
GEORGETOWN: Seorang remaja lelaki mati lemas selepas ditarik ombak kuat semasa berehat di tepi Pantai Kerachut Teluk Bahang dekat sini hari ini.

Semasa kejadian 2 petang itu, mangsa Muaz Munawir, 16, dikatakan berehat bersama beberapa rakannya selepas mengikuti aktiviti merentas hutan anjuran Kelab IKRAM Teens yang bermula semalam.
Pengarah program, Mohd Hafiz Abdul Hamid, berkata pada ketika itu keadaan laut agak bergelora dan ombak tinggi tiba-tiba datang dan menarik mangsa hingga ke tengah laut.
"Muaz terus hilang dari pandangan kami, selepas setengah jam baru kami jumpa mayatnya terapung tidak jauh dari kawasan pantai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Hafiz berkata, program kem bina diri membabitkan 105 remaja dari seluruh negara itu dijadual berakhir esok.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Balik Pulau untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke kampung halamannya di Muar, Johor.

Terdahulu, ombak kuat sehingga 3.5 meter dilaporkan melanda sekitar pantai Pulau Pinang berikutan perubahan angin monsun timur laut kepada angin barat daya.



Catatan sahabat2 atas pemergian  seorang ibu muda....
Siti Hasanah Hamzah:

Salam,

Sayu hati sewaktu di tanah perkuburan tadi bila melihat si anak sulung arwah dibawa melihat liang lahad jenazah ibunya yang bakal ditimbus...apalah yang dapat dimengertikan olehnya yang baru berusia empat tahun. Air mata akhirnya turun melebat tanpa dapat dikawal...

Mengenali arwah ukht Siti Hasnah Hamzah sewaktu pembabitan dalam KARISMA dahulu. Insya-Allah tidak sedikit jasa beliau dalam dakwah dan tarbiah. Moga beliau aman dan bahagia di sana, ditempatkan bersama para salihin...

"Perjuangan kita masih jauh beribu batu,
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan,
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau,
Bagai semalam kau bersama kami.."

-WaN aM-


Siti Hamisah Manan <shm.jim@gmail.com>
Semalam hati begitu sedih dan pilu mendapat berita tergempar memberitahu seorang ukhtie yg dikenali telah kembali kerahmatullah...Airmata terus tumpah..wajah uktie Hasnah yg sentiasa mekar dgn senyuman terbayang-bayang sehingga hari ini. Kakaknya memberitahu arwah ketika accident sedang menyusukan anaknya. Bila accident berlaku beliau melindungi anaknya sehingga menyebabkan dirinya cedera parah. Pagi ini dari status Pn Ainon PTS, arwah telah meninggal buah tangan yg manis semanis wajah ukhtie Hasnah yg tidak pernah wajahnya dilihat melainkan sentiasa tersenyum..... namanya akan sentiasa hidup terutama di kalangan remaja yg membaca buku ini kini dan hari-hari seterusnya.. al fatihah

Ana coretkn ini sbg tanda kasih sayang dan hormat ana terhadap Almarhumah.

Seorang yang amat mentaati suami.
Seorang yg bijak mebahagikn masa
Seorang yg penyabar dlm urusan rumah tangga.

Seorang yang sentiasa tersenyum, manis dan cantik.
Meninggalkan sebuah buku yg telah dipublish oleh PTS

Seorang yg sentiasa cuba menghadiri usrah walaupun kepenatan dan terpaksa bersilat dgn anak2 nya yg masih kecil.

Semasa appraisal mlm jumaat lalu, beliau satu-satunya yg tidak dapat menulis her dream list for the next 6 months utk ana pantau dan bantu. Katanya macam mental blok..Kami duduk melepak2 "memaksa" Zaujnya Naufal makan bihun sup makcik Nora sampai pukul 12 lebih...



Sesungguhnya Allah meyayangi hamba2Nya.Moga Allah mmudahkn hidupnya di alam barzakh dan dmasukkan ke jannah.

Amin

NAT