Wednesday, June 26, 2013

Tetiba teringat salah satu maksud hadis dalam kumpulan 40 hadis An Nawawi, Peliharalah hakAllah pasti Allah akan memelihara kamu...

Kita mampu memelihara hak Allah dengan sempurna dan sebaik2nya ketika kita dalam keadaan sihat dan kuat. Sihat dan kuat sinonim dengan zaman kita muda dan bertenaga. Justeru waktu terbaik kita beramal ketika kita masih muda. kerana orang muda mampu melakukan banyak perkara kerana kekuatan minda dan fizikalnya.

Justeru sewajarnya ketika masih kuat dan bertenaga peliharalah hak2 Allah sebaiknya, moga Allah memelihara kita ketika kita tidak upaya samada sakit atau tua.

Muda hanya sekali. Jika kita mahu terpelihara ketika tua dan sakit jagalah hak2 Allah sebaikya dari kita masih muda belia yang hanya sekali di dalam perjalanan hidup kita.