Tuesday, January 14, 2014

Kembali lagi .................syukur pada ilahi.

" Nikmat tuhan kamu yang manakah  yang kamu dustakan.."

Diberi semula nikmat sihat, sukar  selepas melalui fasa sakit dan susah, amat2 dirasai hanya bagi yang melalui. Sungguh orang kata yg ditakdirkan perlu redha dan sabar. Namun hakikatnya ridha dan sabar itu suatu anugerah Allah yg juga diberi bagi mereka yang dikehendakiNya.

Sekalipun sakit adalah satu ujian dan tarbiah diri tetapi yang berjaya melaluinya dengan jayanya jika kita berpegang teguh dengan keimanan kepada Allah. Kerana iman itu menjadi asas kekuatan utuk terus sabar menanggung segala kesusahan dan kepayahan ketika diuji. Jika Iman tidak menjadi asas diri benar.....sakit boleh menyebabkan seorang itu kufur dan bertambah ingkar.

Berapa ramai yg diuji dengan ujian; sakit, susah, sukar, miskin ia mudah meninggalkan perintah Allah bahkan bersangka buruk pula dgnNya. Ramai yang diuji dengan sakit dan kesusahan mudah melanggar etika dan norma yang menjadi pegangan dan panduan...bahkan menjadi lambang akhlak mulia seseorang. Waliyazubillah..

Justeru mohonlah selalu agar Allah tetap menjadikan diri kita thabat dan istiqamah dengan keimanan yg sempurna ( salimatul iman ) ugaa yang kukuh, keyakinan yang benar.

Syukur padaMu ya Allah atas segala kurniaanMu. Kupohon padaMu agar hidup terus diberkati......

  


Saturday, October 5, 2013

Friday, September 27, 2013

KENANGAN BERSAMA BONDA HJH HABSAH

Ini saat Bonda masih tegak berdiri...
Ummi berkesempatan membawa Bonda melawat Zoo Negara...tak sangka alangkah gembiranya bonda hari itu..walaupun aku amat bimbang jika Bonda kepenatan. Rupanya itulah kali pertama Bonda melawat zoo dan sangat gembira dan teruja...

Tuesday, September 10, 2013

ahli Baru 2013

Alhamdulillah tahun ini bertambah kembang keluarga asas kami menjadi 8 orang. Bertambah kota lelaki . Bertambahlah kawan babah.
Insya Allah tahun depan bertambah lagi 2 orang lagi ahli keluarga baru...
menanti dengan doa dan harapan. Peliharalah keduanya ya Allah dengan santunanMu ya Rabb...

Duduk Bantah

Perihatin...
Muslim tak mungkin redha apa yang dilakukan ke atas saudara seagamanya dgn zalim...
Sahabatku di Mesir dibunuh , dizalimi ...apakah aku akan diam membisu...
Moga aku ada alasan yg kan jadi jawapan di Mahsyar atas kesaksian yg aku saksikan ke atas sahabatku seagama di Mesir, Suria Palestine dll....