Wednesday, April 7, 2010

Gegar lagi......

Tsunami alert lifted after earthquake hits Indonesia

Map

A tsunami alert has been lifted after an earthquake with a magnitude of 7.8 hit the Indonesian island of Sumatra.

The quake's epicentre was 204km (127 miles) northwest of Sibolga on Sumatra's coast, at a depth of nearly 48km, the US Geological Survey said.

Three aftershocks were reported in the northern province of Aceh, but there were no reports of casualties.

Indonesia sits on the Pacific Ring of Fire, one of the world's most active areas for earthquakes and volcanoes.

It has recently been struck by a string of quakes; one off Sumatra in September killed more than 1,000 people.

The latest quake - the largest in the area since March 2008 - struck at 0515 on Wednesday morning (2215 GMT on Tuesday).

Although the Pacific Tsunami Warning Center initially said a small tsunami would possibly hit coasts within 100km of the quake's epicentre, a destructive widespread tidal wave was said to be unlikely.

Japan's Kyodo news agency reported blackouts in Medan and Banda Aceh, the capital of Aceh Province.

Local television reported that people rushed to higher ground in some areas.

Gurindam Ali Haji...

Ini gurindam pasal yang kelima:

Jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,


Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan dari yang sia-sia.


Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.


Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.


Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.


Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.




Ini Gurindam Pasal Yang Ketiga

Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,
niscaya dapat daripadanya paedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senunuh.

Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat


Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjaian yang membawa rugi.

RH - baca dengan teliti, tadabbur dan InsyaAllah tinggi hikmah dan ingatannya.



Gurindam yg di tulis semula oleh sahabat Ummi.........

Ini gurindam pasal yang keempat:

Hati itu kerajaan di dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggotapun rubuh.


Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.


Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.


Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.


Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.


Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.


Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perompak yang amat gagah.


Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.


Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur.


Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.

Pekerjaan takabbur jangan direpih

Sebelum mati dapat juga sepih

RH

Tuesday, April 6, 2010

Laa.....Mane Sofia nie...

Tengah bercerita kepada Angah,macam mane Sofia boleh tertinggal bas hari ini...

Adik gi beli air di kantin kan Ngah..pas tu adik tengok bas dah takda..
Tu yang tertinggal tu...

Lepas tu adik nangis la...
kawan adik suh gi pejabat sekolah..
tu lah...diorang tanyala , " Ini no telefon Abah ke Ummi..
Tu yang diorang call babah.


Itulah yang diceritakan Sofiah Kauthar bagaimana dia boleh tertinggal bas hari ini. alhamdulillh dia tahu apa yang perlu dibuatnya untuk mengatasi masalah....
Alhadulillah ..Ummi bersyukur di sebalik peristiwa yang agak mendebarkan Ummi juga Acik petang nie, kerana Sofia 'belajar membuat keputusan' & bagaimana 'mengurus krisis yang berlaku tiba-tiba'. Moga ada kebaikan baginya dari sesuatu peristiwa yang berlaku.....

Ummi Wardah,
Moga tak berlaku lagi tertinggal bas.
Bahaya...

Mesyuarat UBK di PPD Klang

Salah seorang kaunselor menyuarakan pandangannya isu-isu UBK di sekolah..

En. Adnan Mansor Pegawai Kaunseling Daerah PPD Klang sedang menyampaikan topik Pengurusan Unit Kerjaya dan PRS di sekolah menengah.

Bertukar-tukat pandangan dan pengalaman

Ummi, rakan2 kaunselor dari SAMTH, SAM Nurul Iman dan KISAS. nie semua kaunselor di sekolah agama....

Ummi gembira ditemukan dengan 2 orang ex-student yang sudah menjadi rakan sekerjaya. Pn Yusnita,berbaju ungu telah pun menjadi kaunselor cemerlang 2009. Bekas anak murid sekitar tahun 1985-1990.

Pertukaran kerjaya dari guru subjek selama lebih 20 tahun kepada guru kaunseling sepenuh masa, sesungguhnya menambah warna-warna kehidupan Ummi...khasnya di fasa akhir dalam perkhidmatan pendidikan ini..!
Yang pasti rasa amat bersyukur, gembira kerana sentiasa merasa bertenaga bila berkawan dengan orang-orang muda...
Sesungguhnya matlamat kami " Membangun jiwa insan menjadi orang yang mulia, bahagia, cemerlang dan amat berguna buat dirinya,keluarganya, masyarakat , negara dan alam seluruhnya..".
tiada yang lebih bahagia dari tugas membangun jiwa manusia kembali ke fitrahnya ...!! Insan yang muflihun, faizunn dan muttaqun..........
Ya Rabb kekalkan daku dalam amal ini ..

Ummi Wardah.

Monday, April 5, 2010

25 Tahun Al-Hira'


Yang nie Tuan Zulkiflie Tuan Ismail & isteri Pn Fatimah Hayat.Ummi doakan keduanya terus menjadi pasangan yang bahagia. Dah lame tak dengar cerita..tup-tup ternampak gambar nie sempena 25 tahun Hira'. Ummi tumpang gembira & pahala..Kiranya Ummi membantu jadi macthmaker keduanya hingga akhirnya Alhamdulilah bertemu jodohnya... Moga jodohnya berkekalan ke anak cucu.
Ini antara kenangan manis Ummi selama menjadi Guru Kaunseling di SAM Bestari. Bukan sahaja membimbing murid tetapi menjadi penyambung silaturrahim kekeluargaan pula..

Generasi pertama SMI Hira' . Dah jadi orang2 terkenal belaka...

Ummi Wardah.

Sunday, April 4, 2010

Program Komuniti di Klang

Mini Karnival ini disertai juga oleh Group pminat Volswegen.

Gerai Pace dan Raudhatus Sakinah.

Para pelawat pelbagai kaum duduk di khemah utama
Gerai pameran
PDRM turut mengadakan pameran

Yang ini dari Unit Anti Dadah Kebangsaan. Herba-herba di depan
mereka tu antara yg digunakan untk pencegahn dan pengubatan
penyakit menggunakan kaedah rawatan herba.


" Herba-herba nie untuk pelbagai jenis penyakit spt darah tinggi, kencing manis dll. Semua di blend lepas tu tapis dan diamalkan minum..". Pegawai yg bertugas memberi penerangan kepada Ummi." Ada cara penggunaannya bertulis..? nanti lupa..". Tanya Ummi. " OOh..takda..Ini kita bagitau kekawan adik beradik jer..". balas pegawai itu selanjutnya sambil memberi pos gambar ini....



Gerai PEMADAM bersebelahan dengan Gerai MAIS

Pendaftaran Warga Emas

Kaunter pendaftaran oleh Rela.


Pameran oleh Group Rukun tetangga/Rela

Hari ini, Ummi dan Abah berkesempatan melawat pameran2 di Mini Karnival Kesihatan.,seusai menghadiri Daurah Nuqaba' daerah Klang. Program ini diadakan di perkarangan masjid Kg Bt Belah berdekatan dengan bangunan Sri Hira'. Program anjuran pelbagai pihak JKK Kg Bt Belah, JK Masjid, JIM Klang. Progra telah dirasmikan oleh YB Dr Rani, ADUN Meru.

Pameran pula disertai oleh pelbagai pihak dari agensi2 kerajaan,NGO dll. Gerai jualan yang menjual pelbagai makanan dan lain juga dibuka di sekitar masjid. Ummi juga melihat pelawat pelbagai bangsa turut datang berkunjung ke gerai-gerai yang ada.

Catatan Ummi Wardah,
4 April 2010.

Align Center

Saturday, April 3, 2010

Kursus Kepimpinan Wanita

Dr Roslainy sedang memberi penerangan mengenai Dasar Wanita Negara.

Prof. Dr Zeenat Kauthar memulakan penerangannya berkaitan CEDAW
dan implikasinya kepada wanita ..


Begitu bersemangat Dr Zeenat menerangkan betapa pentingnya
kita memahami kedudukan wanita hari ini di dunia dan bagaimana
dan apa yang wajar kita lakukan bagi memartabatkan wanita.


Sebahagian hadirin yang hadir sebagai peserta

KW sedang mempersilakan Prof. Dr Zeenat ke hadapan.

Hari ini Ummi berkesempatan bersama wanita-wanita menghadiri kursus kepimpinan wanita, anjuran Pejabat Ketua Wanita JIM Pusat. Alhamdulillah sangat bermanfaat..! Sedar tak sedar banyak perkara yang berlaku kepada wanita hari ini sebenarnya merupakan suatu perancanaan yang amat-amat halus sehalus jiwa wanita..Wanita yang halus selalu dikaitkan dgn tanggapan sebagai lemah,punca kegawatan moral, second class comunity,diskriminasi terhadap wanita....Benarkah ianya begitu..? Kenapa jadi begitu..?
Lalu kita juga mendengar para pejuang wanita yang di kenali dgn Feminis dll...Slogan mereka selaku "Pembela Wanita" amat lantang didengari di seluruh dunia.!!

Bagaimana kita wanita muslimah..?Bukankah Islam cukup membela hak-hak wanita..? Apakah mungkin kita juga perlu menjadi pembela wanita seumpama golongan yang lantang bersuara itu..? Perlukah kita berselogan sama seperti mereka..? Apakah kita juga perlu memperjuangkan sama apa yang mereka sepakati?

Ataukah kita sebenarnya memperjuangkan hak kita sama slogan dgn mereka tanpa tahu hakikat apa yang kita perjuangkan..!! Lantaran kita hakikatnya hanya jadi "Pak Turut Buta"..? Mungkinkah kita dipaksakan apa yang tak sepatutnya kita lakukan dek kerana kita jahil hakikat sebenar? Ataupun sudah tersasar dari petunjuk Ilahi, lantas berbicara,bertindak hanya berdasar akal dan hati...

Selusurilah hakikat ini..moga kita benar2 jadi pembela wanita bagai Khadijah, Aisyah, Asma, Khawlah Al-Azwar, Zainab Radiallahu anhum dll. Para pembela wanita yang menjunjung pembelaan wanita sebagaimana tertera dalam Al-Quran dan As-sunnah.

Gelaran Ummahatul Mukminin, Allah yang memberinya, pasti buka percuma! bagaimanakah kita 'muslimah hari ini' mahu menampilkannya dalam diri dan kehidupan para wanita, Bahawa sebenarnya wanita muslimah, mereka cukup terbela dan menjadi pembela. Ikutan para wanita semuanya....

Moga Allah terus memberi hidayahNya
buat Ummi di akhir perjalanan ini..!
Terus teguh..
Turut memegang panji-panji pembela wanita..
Hingga ke akhirnya!

Ummi Wardah
Bdr Puteri