Monday, October 4, 2010

Penampilan Daie yg Wibawa....

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Cara tutur kata dan penampilan seorang pendakwah akan menarik perhatian orang yang mendengar dan melihatnya kerana pada dasarnya jiwa manusia cenderung dan tertarik dengan penampilan yang indah dan baik.

Dari sini kita boleh melihat bahwa yang dipilih sebagai pegawai-pegawai pemasaran hasil keluaran sesuatu kilang adalah orang-orang yang berpenampilan menarik di samping kualiti produk yang terbaik.

Pada hakikatnya, dakwah adalah menawarkan sebuah risalah dan landasan pola berfikir yang tercermin dalam :

1. Akhlak.

2. Keperibadian.

3. Penampilan.

Imam Hasan Al-Banna pernah ditanya :

"Kenapa kamu tidak menyusun buku?"

Beliau menjawab :

"Tugas aku bukanlah untuk menyusun buku kerana buku biasanya akan diletakkan di perpustakaan dan amat sedikit sekali orang yang mahu membacanya. Berbeza halnya dengan seorang muslim, ia adalah 'buku yang sentiasa terbuka' ke mana pun ia berjalan, itu adalah dakwah."

Betapa ramai pendakwah yang tidak pandai bercakap dan berkhutbah tetapi dengan rahmat Allah, ramai mad'u yang berdiri di sampingnya.

Ini disebabkan oleh :

1. Getaran jiwanya.

2. Pantulan wajahnya.

3. Kelembutan perasaannya.

4. Penampilan yang simpatik.

5. Keimanan yang mendalam (al-iman al-amiq).

6. Kefahaman yang tepat dan menyeluruh (al-fahmu ad-daqiq)

yang dimiliki oleh seorang pendakwah.

Ini bukanlah merupakan perkara yang baru kerana ia sudah ada sejak masa-masa awal perjalanan dakwah Islamiah.

Kita boleh menyaksikan sahabat Dihyah Al-Kalbi ra, delegasi Rasulullah saw yang diutuskan untuk menemui Heraklius, penguasa Romawi.

Dihyah ra termasuk dalam deretan sahabat yang terkemuka. Ia mempunyai bentuk tubuh badan yang baik dan wajah yang tampan.

Suatu ketika (tatkala menyampaikan wahyu), Jibril as pernah turun dengan menyerupai Dihyah ra. la bukan termasuk ahli Badar. Peperangan yang pertama kali ia ikuti adalah perang Khandaq. Ia juga ikut serta dalam perang Yarmuk sebagai pemimpin pasukan ketumbukan.

Mush'ab bin Umair ra juga berwajah tampan dan berpenampilan simpatik. Ibnu Sa'ad menceritakan dalam ‘Thabaqat’nya.

"Ibu Mush'ab adalah wanita yang kaya raya. Ia memberikan sebaik-baik pakaian dan sebaik-baik wangian untuk Mush'ab. Seluarnya buatan Hadhramaut. Rasulullah saw pernah bersabda, 'Aku tidak pernah melihat di kota Makkah ini orang yang lebih indah rambutnya, lebih halus pakaiannya, dan lebih banyak kenikmatannya, daripada Mush'ab bin Umair ra.'"

Ja'far bin Abu Thalib ra yang meraih ‘syahadah’ (kesyahidan) dalam perang Mu'tah juga berwajah tampan dan berpenampilan menarik. Beliau termasuk delegasi yang diutus oleh Rasulullah saw kepada para raja dan penguasa.

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata bahwa ada seorang laki-laki tampan yang datang kepada Rasulullah saw lalu berkata,

"Ya Rasulullah, sesungguhnya saya adalah orang yang suka keindahan dan saya telah diberi oleh Allah keindahan itu seperti yang engkau saksikan sehingga saya tidak suka jika ada orang yang melebihi saya meskipun hanya berupa sandal. Apakah ini termasuk sifat sombong?"

Rasulullah saw menjawab :

"Tidak, sesungguhnya yang dimaksudkan dengan sifat sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan (menghina) orang lain." (HR Abu Daud)

Begitu pula seorang pendakwah yang hidup dalam sebuah masyarakat atau yang menjadi utusan pada sebuah yayasan atau jamaah, hendaklah sentiasa berpenampilan baik dan berakhlak mulia.

Sebuah ungkapan mengatakan :

"Kejayaan sebuah misi akan bergantung kepada si pembawa misi tersebut."

Penampilan dan akhlak yang baik akan membuatkan orang yang baru sahaja memandangnya menjadi tertarik dan simpati. Maka kita akan menjumpai ada sebahagian orang yang menggantungkan kepercayaan melalui pandangan matanya.

PANDANGAN KASIH SAYANG

Rasulullah saw bersabda :

"Barangsiapa memandang saudaranya dengan kasih sayang niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya."

Apakah pandangan yang dimaksudkan oleh hadits di atas?

Adakah ia pandangan sekilas lalu atau pandangan yang dipenuhi keteduhan dan kasih sayang?

Yang dimaksudkan oleh hadits di atas adalah pandangan yang ditujukan pada hati dan mengajaknya berbicara dengan lemah lembut.

Umpama seperti sebuah kamera, hanya dengan satu petikan butang dapat menangkap gambar yang sangat indah.

Itu semua tidak akan dapat direalisasikan kecuali dengan pandangan yang :

a. Tulus dan suci.

b. Penuh kasih sayang.

c. Penuh rasa cinta kerana Allah.

Mata adalah alat terpenting bagi seorang pendakwah dan merupakan wasilah yang memberi kesan yang sangat besar bagi pendakwah.

Ini adalah kerana ketika seorang pendakwah memandang saudaranya sesama muslim dengan penuh kasih sayang, seakan-akan ia telah memberikan hartanya yang paling berharga.

Jika pandangan seseorang yang dipenuhi oleh rasa dengki sahajapun mampu menghancurkan, maka pandangan yang penuh cinta dan kasih sayang juga sangat berpengaruh dalam menghantarkan kepada kebenaran yang akhirnya dapat mempereratkan barisan dan memperkuatkan bangunan. Ini merupakan kekuatan terpendam yang dimiliki oleh manusia.

Apa yang kita sembunyikan dalam hati akan tersingkap dengan tatapan mata. Seorang muslim adalah cermin bagi saudaranya.

Allah swt berfirman :

"Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui suatu apa pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur." (QS An-Nahl : 78)

Suatu ketika seorang pendakwah diundang untuk memberikan ceramah di suatu perkhemahan musim panas di salah satu negara Arab. Pendakwah itu sudah biasa mengenali pemuda-pemuda yang ikut serta dalam perkhemahan itu.

Tatkala pendakwah itu datang ke tempat itu pada waktu yang telah ditentukan, ternyata tidak seorang pun menyambut kedatangannya. Beberapa saat kemudian ada beberapa pemuda yang berjalan dengan berhati-hati serta penuh malu menuju ke arah pendakwah tersebut dan itulah yang menyebabkan mereka mendapat hukuman dari ketua perkhemahan mereka.

Suasana pun menjadi sangat kaku dan ianya berlangsung agak lama sehingga pada masa solat berjamaah dan santapan makan pun suasananya masih terasa kaku.

Kemudian pendakwah itu dipersilakan untuk memberikan ‘taushiah’ (nasihat). Pendakwah tersebut sama sekali tidak menyinggung kejadian yang baru sahaja berlaku yang belum pernah dijumpainya sebelum ini.

Setelah acara selesai, dia pun pulang, tetapi khuatir dengan kejadian suasana kaku seperti itu jika tidak diluruskan, pemuda-pemuda tadi akan tercelup atau terbiasa dengan perilaku yang bertentangan dengan ruh dakwah dan ukhuwah Islamiah.

Di atas rasa tanggungjawab tersebut, beliau menyempatkan diri untuk bertemu dengan pemuda-pemuda tersebut.

Dalam pertemuan itu beliau mengatakan :

"Sesungguhnya apa yang saya alami pada pertemuan pertama di perkemahan itu membuatkan saya sedih. Jika peraturan perkemahan adalah seperti itu (iaitu : tidak boleh menyambut tetamu), maka itu adalah sesuatu yang sangat keterlaluan. Peraturan tentera sekalipun tidak melalaikan etika memuliakan tetamu yang mesti disambut dengan hangat, lebih-lebih lagi jika tetamu itu adalah tetamu undangan. Tambahan pula ini adalah perkhemahan berbentuk lslamik.

Rasulullah saw bersabda :

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia menghormati tetamunya." (HR Muslim)

Sebenarnya apa yang saya alami di waktu itu boleh saya jadikan sebagai tema ucapan saya dengan menunjukkan di mana letaknya kesalahan sikap itu namun manhaj dakwah mengajarkan agar saya tidak marah hanya kerana perasaan peribadi. Oleh kerananya, saya tahan perasaan marah saya demi menghormati petugas perkemahan itu. Meskipun pada waktu itu saya boleh membahasnya secara singkat dan dengan sindiran sahaja, tetapi saya lebih mengutamakan ketaatan dan berjalan sesuai dengan peraturan perkemahan.

Kaidah kita dalam memberikan nasihat itu adalah :

Hendaklah nasihatmu terhadap saudaramu kamu lakukan :

a. Dengan sindiran dan bukan terang-terangan.

b. Untuk membimbing kepada kebenaran bukan untuk menyakiti.

Saudaraku sekalian, sesungguhnya orang seperti saya ini datang ke tempat ini dengan melalui perjalanan yang panjang dan meletihkan serta menempuh jalan ribuan batu.

Saya datang kepada kamu dengan perasaan rindu dan kasih sayang tanpa ada tujuan duniawi dan tujuan peribadi.

Saya datang untuk melihat wajah-wajah kamu dan itulah nikmat yang sangat besar yang dapat menghilangkan rasa penat dan lelah setelah menempuh perjalanan yang panjang.

Pandangan inilah yang sering terukir dengan untaian kata yang amat indah :

“Barangsiapa memandang saudaranya dengan pandangan penuh kasih sayang,

maka Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya.”

Allah swt berfirman :

"Bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Rabb-nya di pagi dan

petang hari dengan mengharap keridhaanNya, janganlah kedua mata kamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (QS Al-Kahfi : 28)

Apakah setelah semua ini kamu mengharamkan pandangan itu dan menghalangi datangnya ‘maghfirah’ (ampunan) Allah swt?

Tidakkah kamu mengetahui dari perjalanan hidup Rasulullah saw, betapa berharganya nilai sebuah pandangan?

Marilah kita lihat bagaimana kisah Ka'ab bin Malik ra, seorang sahabat yang termasuk dalam deretan sahabat-sahabat yang tidak ikut serta dalam perang Tabuk.

Allah swt menurunkan hukuman kepada ketiga orang itu, di antaranya adalah Ka'ab bin Malik, iaitu agar seluruh kaum muslimin tidak menjalinkan hubungan dengan mereka.

Ka'ab berkata :

'Kaum muslimin telah memencilkan kami selama lima puluh hari hingga bumi ini terasa sempit dan rasanya tidak ada tempat kembali kecuali Allah swt. Sayalah yang paling teguh di antara ketiga orang tersebut.

Saya masih tetap ikut solat berjamaah di masjid dan masih tetap pergi ke pasar walaupun tidak seorangpun yang mengajak saya berbicara.

Saya datang kepada Rasulullah saw yang di waktu itu sedang duduk di masjid selepas mengerjakan solat. Saya mengucapkan salam lalu saya duduk di sebelahnya sambil sesekali memandang kepada beliau. Tatkala saya menatapnya, beliau memalingkan wajahnya.

Saudaraku sekelian, hukuman itu datangnya dari Allah swt. Meskipun demikian, Rasulullah saw yang diutus sebagai rahmat bagi sekelian alam masih tetap memandang kepada Ka'ab ra dan begitu juga dengan Ka'ab yang masih berusaha untuk mencuri pandang.

Hukuman itu adalah untuk pengajaran dan tarbiyah dan bukan untuk balas dendam. Jika kita kehilangan pandangan yang penuh kasih sayang, maka kita telah kehilangan rahmat kehidupan.

Setelah pembicaraan tentang pentingnya pandangan itu selesai, ramai di antara pemuda-pemuda tersebut yang menangis serta air mata mereka membasahi pipi-pipi mereka.

Beberapa hari kemudian ramai di antara pemuda-pemuda tersebut yang mengirim surat mengungkapkan kebenaran apa yang telah pendakwah itu sampaikan.

Siapakah pendakwah tersebut?

Beliau adalah Abbas Hasan As Siisi, seorang dari generasi pertama yang mendapat tarbiyah secara langsung dari Imam Hasan Al Banna. Beliau merupakan seorang yang mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman tentang rahsia hati.

Generasi pertama didikan Imam Hasan Al Banna itu benar-benar telah mengetahui rahsia hati manusia. Oleh kerananya, langkah yang mereka tempuhi memang diorientasikan untuk membersihkan hati mereka dengan hidayah llahiah terlebih dahulu dan kemudian setelah itu mereka memberikan pengetahuan dan pengalaman yang mereka dapatkan kepada orang lain.

Maka dari semua itu, kita dapat memahami bahwa sesungguhnya pendakwah yang mendapat bimbingan adalah mereka yang menyampaikan sesuatu kalimat :

1. Tepat pada masa dan tempatnya.

2. Berkesan pada jiwa.

3. Memberi pengaruh kepada akal.

4. Bermanfaat.

Ini adalah kerana kata-kata adalah dakwah, maka tingkat kesedaran dan ketelitian berkadar lurus dengan usaha-usaha menyentuh dan mengetuk hati sehingga objek dakwahpun menyambutnya.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilham-ilham yang baik sehingga kami mampu untuk memahami rahsia hati ini lalu berusaha untuk mengetuk pintunya, membuka ruangannya, memenuhi dinding-dindingnya, berinteraksi dengan perasaan-perasaan yang mendiaminya serta membimbing dan mengarahkannya ke suatu matlamat yang suci dalam mengagungkan Pencipta dan Pemilik hati ini iaitu Allah Jalla Jalaaluh.

Ameen Ya Rabbal Alameen

WAS

Wednesday, September 29, 2010

Istanbul...Turki


Masjid biru...antara bumi yg akan dikunjungi satu hari i.Allah...

Monday, September 27, 2010

Serangan tentera Yahudi...ke atas kapal kemanusiaan Mavi Marmara

Detik-detik cemas Mavi Marmara di serang tentera komando Israel ala lanun laut....di periran antara bangsa..

Wednesday, September 22, 2010

Raya ..1431 Hijrah..!



Sempat ambil gambar Abah dgn baju barunya....purple gitu...
tema sambutan Raya Irshad katanya...

Sambutan Hari Raya Irshad. Kelihatan di gambar Dr Melasutra,Ust Khadijah

Mohamad Asa'd mohd Tamyes dan isteri...Salwa
juga 'tailor keluarga' yang baru....
Gembira ditemukan semula dengan adik beradik di Hari Raya....Along baru jer balik dari Tanah suci sepangang hujung Ramadhan.

Di tengah sawah padi yang gersang.........ya proses
penanaman semula, tanah dibajak kali pertama..

Misi Kemanusiaan ..A2G



Dr Zain Kandar, ketua misi dari IKRAM...dlm pasukan Viva Palestina.
IKRAM menyumbang beberapa buah van yg akan jadi ambulan di Gaza nanti..






Monday, September 20, 2010

Pesanan bermanfaat Buat Ibu-bapa dan para BAKAL dr.....

Catatan sahabat Ummi. Moga nasihatnya menjadi panduan juga buat anak2 murid serta ibu bapa bagi anak2 murid Ummi.

Setiap tahun bila pemilihan ke T4 diadakan, isu hangat yg sering berlaku di sekolah antara pihak pengurusan sekolah dan ibubapa. Juga antara kes yg dikendalikan oleh UBK ialah bila anak dan ibu/bapa berbeza pendapat.

Ibu/Bapa mahu anaknya di aliran Sains Tulin kerana ingin anaknya menjadi seorang Dr suatu hari nanti, sebaliknya si anak tak minat mempelajari antara subjek utama di aliran Sains Tulin: Biologi. Hakikatnya si anak tak suka jadi Dr tetapi belajar juga di T4 aliran sains tulin kerana ' tak mahu melukakan hati' ibu bapa.

Ada kes, Pelajar Kelas Sains Tulin T5 sebelum pengesahan calon dilakukan sekitar Mac, telah memohon tidak mahu mengambil Biologi dan cuba menukar dgn subjek lain....dan mcm@ lagi yg kadang2 memeningkan 'cikgu' di saat2 akhir untuk memenuhi harapan/keperluan mereka...

Moga2 pesanan ini ada manfaat yang boleh dikongsi....

Salam Syawal,

Khusus buat:

· Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)

· Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas

Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan ( 1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.

Anak-anakku,

Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.

Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!

Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.

Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui.

Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.

Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.

Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.

Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,

Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.

Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!

InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.

Dr.Har

Thursday, September 16, 2010

keluarga ummi

ummi,Hj Nahar, us.Hj Mohd Tamyes, Hjh Norsiah
baris belakang, Sofiah Kauthar dan Ummu Hani Nahar




Barisan hadapan,dari tepi ke kanan; Ustazah Hjh Siti Zainon (anak ke 6) Hj Mohd Anuar (anak ke 4) isteri Hjh Normah Ahmad dan bondanya.
Yang tengah2 bertudung putih Bonda Hjh Hafsah HjIkhsan. Sebelah kiri bonda, Kekanda sulong kami Ustaz Hj Mohd Tamyes dan isteri Hjh Norsiah beserta cucunya. Dua berikutnya Adinda Siti Rohimah (anak ke 10,bungsu) dan Ust Siti Khadijah (anak ke 9).
Barisan belakang: Abdullah Nasih, Ustaz Hj Isa Wardi (anak & suami Ust Siti Zainon) Ustaz Mohd Labib B Hj Annuar,Ustaz Mohd Fathi B Mohd Tamyez, Mohd Akram B Mohd Tamyes dan isteri,Cikgu Norfaizah,Abd Muiz B Mohd tamyez, Noraqilah Bt Mohd Tamye (pelajar perubatan di Indon)Ustaz Lukmanul Hakim B Mohd Tamyez dan Usamah B Mohd Tamyez
.

I.Allah gambar keluarga yang lain menyusul .....

Ummi Wardah.