Tarikh 25/9 hingga 4/10 merupakan tarikh2 yang Ummi amat kerap ke hospital.....
Bermula dgn tarikh 25/9...Ummi dgn abah ke HKL yg pertama menemuai Miss Aina Pakr bedah di klinik Payudara. Berbincang agak panjang dgn dr Pakar Pembedahan ini juga merupakan Ketua Unit Pembedahan di sini.
Selepas itu menemui pula Pakar Bius di klinik Anestesia.....setelah diamabil darah dan check jantung terus berbincang dengan dr pakar....dr tidak dapat memberikan jawapan positif prosedur seterusnya kerana jantung tidak begitu memeuaskan...lalu ummi dirujuk ke bahagian rawatan jantung di klinik Am di tingkat 1.
Selepas solat zohor , Ummi dan abah ke klinik Am menyerahakan laporan yang diberikan dr serta mengambil tarikh rawatan lanjut dgn pakar antung pula..
Jika jadi dan Allah kehendaki dr telah memberikan tarikh2 berikut buat Ummi:
27/9 ke klinik Kesihatan Kecil Bandar Botanik monitor BP,jantung dan Urin Test.
1/10 ke Kelinik Kesihatan Kecil Bandar Botanik lg...just ambil bacaan BP shj.
2/10 Ambil darah di Lab Darah HKL, untuk ujian jantung
3/10 ke tempat yg sama ambil bacaan BP dan jumpa dr dan diminta mkn ubat rawatan darah tinggi pula...
4/10 Temu janji dgn pakar jantung dan sesi Kaunseling
9/10 Temu janji dgn Miss Aina dan Dr Bius lagi...
10/10 akan masuk wad dalam proses surgery
12/10 tarikh surgery jika Dr Pakar jantung memberikan jawapan yang positif..
Mengenang tarikh2 ini Ummi membayangkan adakah dapat Ummi menghadirkan diri ke program Muhayyam/Perkemahan DPN yang akan berlangsung 5-7/10...??? Hati Ummi memang berbunga ingin menyertainya, apatah lagi kerana ia akan di adakan di sebuah pulau. Ada pulak aktiviti memancing yg Ummi minati semasa kecil dulu2 di kampung....Wlpn Ummi tahu pasti Ummi tidak dapat menyertai semua acara yang diadakan..Pada Ummi dapat turut serta pun dah amat syukur, kerana arif kemampuan diri...
" Takpalah tak dapat trecking dan berkayak..dulu2 kan dah lalui semua itu...". Hati ummi berdailog sendirian bagi menenangkan diri sendiri...aaaggrh...Alhamdulillah. Team kami pula akan bertolak pd 4/10 mlm....
Ummi hanya berserah pada Allah , jika ada kebaikan maka berilah peluang menghadirinya .
Sungguh Ummi yakin jika Allah kehendaki Ia akan memberikannya menurut apa yang dikehendakiNya..berlaku....
Kini Ummi benar2 pasrah segalanya pada ketentuannya..baik penyertaan ke Muhayyam ini dan juga proses rawatan yang akan dilalui selanjutnya...
Ummi mendapat rasa "amat tenang" dan " Tidak Keluh Kesah" " Happy utk menikmati hidup dgn masa dan peluang beramal yg ber Q yg masih diberi Allah ini" bila segalanya ummi rasakan Allah Maha melihat, Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dalam mengatur kehidupan manusia dan alam ini segalanya...Ooohhh...Syukur Alhamdulillah...!!!
Ayuh para pembaca yang diberi situasi yang sama atau serupa ...mari kita terus tingkatkan amal terbaik yang kita mampu, walau apapun keadaan kita selagi Allah masih memberi nyawa, masa dan peluang....
Ingat para pembaca maksud hadis Rasullah," Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara....antaranya Hidup sebelum Mati....". Selagi ada hidup berusahalah..
Moga Allah ridhai serta ganjari amal ikhlas kita...
Alhamdulillah tarikh 15/9 yg lepas merupakan rawatan akhir Chemo yang Ummi jalani di HKL. kesemua rawatan sebanyak 10 kali telah habis dilalui dgn izin Allah jua. Namun Ummi berserah pada Allah apakah akan dianugerahi kesembuhan penuh selepas ini...
Sebenarnya dari awal rawatan dr telah mengingatkan Ummi agar dapat memahami dgn jelas bahawa semua rawatan ini hanyalah ikhtiar , hakikatnya harnyalah Allah yg amat mengetahuI..Aminn.
Kini Ummi pasrah pdaMu ya Allah...Engkaulah yang mentakdirkan sakit dan hanya Engkau jugalah yang boleh menyembuhkannya......
Jika ada kebaikan dalam kehidupan ini panjangkanlah umurku dan berilah padaku kekuatan dan kesembuhan...jikalah sebaliknya yang terbaik buatku...akhirilah hidupku dgn khusnul khatimah...
sungguh hidup matiku untukMu ya Allah tetapkanlah aku dalam IMAN DAN AMAL yang Engkau redhai...
25/9 nanti tarikh utk bertemu pakar surgeon pula.....
Amin.....
Wassalam.
YB Saari Sungip dan Ukht Aliza sedang menziarahi seorang sahabat kami Hj Abu Bakar Bachok yg sedang terlantar sakit.....
Moga Allah memberi yang terbaik buat akh A.Bakar dan keluarganya. Mengingat ini, Ummi terkenang satu persatu teman2 Ummi yang ditimpa sakit ...satu persatu telah kembali....
Yang terbaru arwah Kak Zaiton yang ummi kenali lewat ziarah wad di PUSRAWI awal Jan 2012, sebelum Ummi memulakan rawatan chemoteraphy....Dr Surgeon yg merawat Kak Zaiton, amat comfident dan mengesyorkan rawatan.....
Minggu lepas bila Ummi temui beliau sekali lagi....dr amat2 tidak comfident dgn rawatan2 yang disediakan hospital." semua ...hanya utk kawalan .....bukan harapan utk sembuh....". Dr sebut tentang kak Zaiton yg telah menjalani semua rawatan ...rupanya sehari sebelum Ramadhan Kak Ton telah dijemput kembali...
Ummi masih terngiang2 lagi suara Kak ton saat Ummi call seminggu sebelum Ramadhan yg lepas. " Insya Allah kton nak jumpa dr minggu depan ni....". Rupanya itulah perbualan talifon terakhir ummi dgn Kton. moga Allah ampuniKton dan digolongkan di kalangan solihin....Pasti suatu hari Ummi juga akan kembali ...Moga kita ditemukan di syurga...
Allahumma Amin...
Ummi Wardah
23 Sept 2012
Moga Allah memberikannya sabar
# Sahabat Ummi Hj Abu Bakar ( dlm gambar) telah pun kembali kepada Allah pada okt 2012 . Ummi dan abah sempat ziarah dan bersolat janazah di rumahnya di Taman Titiwangsa.sebelum Ummi ke HKL ditemani Angah...Moga Allah yarham digolongkan di kalangan solihin...Al Fatihah.