Tuesday, June 15, 2010

9 Syuhada Flotilla Mavi Marmara.....


Mereka telah menunaikan janjinya kpd Allah

Shuhadah inshaAllah. Allahumagfirlahum warhamhum wa anta khair raheemin.
Lest we forget!

Putting Names To Faces

Lawrence of Cyberia

June 3, 2010

A brief introduction to the nine Turkish people shot dead on 31 May 2010, by Israeli soldiers who attacked the Turkish vessel M.V. Mavi Marmara, as it attempted to transport humanitarian aid to the people of the Gaza Strip.

1. Ibrahim Bilgen, 61, an electrical engineer from Siirt. Member of the Chamber of Electrical Engineers of Turkey. Married with 6 children. (link - link - link - link)

Ibrahimbilgenn2

2. Ali Haydar Bengi, 39, from Diyarbakir. Graduate of Al-Azhar University, Cairo (Department of Arabic literature). Married with 4 children. (link)

Ali haydar bengi

3. Cevdet Kiliçlar, 38, from Kayseri. Originally a journalist, later an aid worker with the Humanitarian Relief Foundation (IHH). Married with two children. See him participating in an IHH African relief project here. See his Flickr photos here. (link - link)

Cevdet Kiliçlar


4. Çetin Topçuoglu, 54, from Adana. Former amateur soccer player and taekwondo champion, who coached Turkey's national taekwondo team. Married with one son. See his Facebook page here. (link - link)

Çetin Topçuoglu

5. Necdet Yildirim, 32, an IHH aid worker from Malatya. Married with a three-year-old daughter. (link)

Necdet yildirim

6. Fahri Yaldiz, 43, a firefighter who worked for the Municipality of Adiyaman. Married with four children. (link)

Fahri Yaldiz

7. Cengiz Songür, 47, from Izmir. Married with seven children. (link - link)

Cengiz songur

8. Cengiz Akyüz, 41, from Iskenderun. Married with children aged 14, 12 and nine. (link)

Cengiz Akyüz


9. Furkan Dogan, 19, student at Kayseri High School; planned to become a doctor. Son of Dr. Ahmet Dogan, Assoc Prof at Erciyes University. A Turkish-American dual national, with two siblings. (link - link - link)

Furkan Dogan

(This post liable to change as more details become available).

Ummi berdoa moga kami juga diberi anugerah spt mereka...

Ummi Wardah.

Monday, June 14, 2010

Peringatan Bagi anak2 Ummi......

Libasukum libasuttaqwa (Pakaian Kamu Adalah Pakaian Untuk Bertaqwa)

Jadikanlah ia pegangan. Berpakaian yang menepati 'SYARAK' bukan yang hanya mengikut fesyen semata tanpa mengambil kira petunjuk agama/dijadikan begitu menjadi tasabbuh dgn tabarruj. Ia.... berpakaian hanya dik kerana ingin kelihatan ANGGUN....lalu tujuan asal pemakaian ke arah ' ketaqwaan' sudah diambil mudah.

Pakaian juga menggambarkan iman...?

Berpakaian juga merupakan ujian khasnya kepada kita wanita /lelaki. Mahu mengikut fesyen terkini...?, mengikut jenama terkini..?Mengikut standard harga dgn ekonomi kita terkini...? Mengikut kesesuaian kedudukan terkini..?Semuanya ia gambaran IMAN.

Yang terbaik ialah yang digambarkan bahawa pakaian itu lambang ketaqwaan. Ia petanda minima dikenali sebagai muslim/muslimah yang soleh/solehah. Bagaimana ...Iya Al-Quran tidak meletakkan 'fesyen tertentu' tetapi garis panduan amnya tetap ada..Antaranya:

i- Al-Ahzab:33 Pesanan kpd isteri2 Ar-Rasul: Maksudnya,
" Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya". (dari segala perkara yang keji).

ii- Al-Ahzab: 59 Maksudnya:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

iii- An-Nur:31 Maksudnya;

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".


IV- Hadis riwayat Muslim :


Abi Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda,

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Ada dua golongan penduduk neraka yang belum aku lihat sekarang ini. Satu kaum yang bersama mereka cambuk-cambuk seperti ekor sapi yang dipakai untuk memukul orang. Wanita-wanita mereka berpakian namun telanjang, bergaya pundak mereka dan berpaling dari kebenaran. Kepala mereka seperti punuk unta kurus, mereka tidak masuk surga dan tidak mencium baunya. Padahal baunya tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Muslim)

Dalam Surah Al-Akhzab selepas turun ayat2 berkaitan tatacara tingkahlaku yang layak bagi para isteri Rasul & sudah tentunya wanita mukminah, Allah memberi peringatan TEGAS Tiada pilihan lain dari ketetapan itu kecuali perlu taat dan patuh akan perintahNya.

Al-Akhzab:36


" Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata".

Allahu A'alam..Moga kita tetap mendapat petunjuk dgn AlQuran.

Ummi Wardah

Sunday, June 13, 2010

Hayati yg benar dgn Baseerah...

Risalah dari Dr Muhammad Badi’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin,

21 Mei 2010


Palestin jantung umat

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, beserta keluarganya dan para sahabat serta orang-orang yang mengikutinya ..


Palestin masih menjadi pusat konflik dunia sejak Allah membuka kota Al-Quds untuk Umat Islam dan kuncinya diterima oleh Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.

Sejak waktu itu, musuh-musuh umat terus-menerus membibitkan konflik dari satu waktu ke waktu yang lain. Maksud dan tujuan mereka adalah untuk mengusir rakyat Palestin dari bumi yang diberkati Allah di sekitarnya.

Tentera Salib dalam Perang Salib yang berlangsung selama dua abad telah berusaha mengambil alih dan merebut kembali tanah yang telah dibebaskan oleh Islam. Biarpun dalam beberapa waktu mereka berjaya menguasai namun setelah itu mereka pergi seperti orang-orang yang zalim yang lain, hingga akhirnya muncul gerakan Zionis yang telah dicetuskan oleh Barat untuk menjadi penjajah di jantung hati umat Islam iaitu bumi Palestin. Mereka terus bekerja untuk mengosongkan tanah dari penduduknya yang asal, merampas dan menduduki seluruh hak milik umat Islam dan Kristian dan melakukan ancaman tempat-tempat suci mereka.

Israel tidak dapat bertahan hidup kecuali dengan menjalin hubungan dengan orang lain

Pada hakikatnya Zionis Israel lebih hina dan lebih lemah walaupun ketika mereka kuat dan tidak dapat dikalahkan. Ini dibuktikan di mana mereka berusaha mempromosikan diri mereka sendiri dan mempromosikan kekalahan dari anak bangsa kita secara psikologi.

Al-Quran menggambarkan sifat pengecut mereka dengan begitu jelas dan terang.

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمْ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلاَّ بِحَبْلٍ مِنْ اللهِ وَحَبْلٍ مِنْ النَّاسِ

Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia”. (Ali Imran:112)

Tanpa menjalin hubungan dengan orang lain (وَحَبْلٍ مِنْ النَّاسِ ) seperti yang disebutkan Al-Qur’an maka suatu umat akan menjadi lebih hina. Apa yang dimaksudkan dengan menjalin hubungan dengan orang lain? Iaitu suatu unsur yang diambil mengikut keadaan berikut:

1 – Tali yang pertama ialah hubungan musuh-musuh Islam dan seluruh instrumen yang ada. Oleh kerana negara haram Israel tidak memiliki ciri sebuah negara yang stabil dan aman, maka ia bergantung pada sokongan moral, politik, media, ekonomi, dan ketenteraan dari Barat dan Timur, dan bantuan kewangan yang mencurah-curah masuk ke Negara Yahudi serta pendirian politik yang tidak adil diumumkan secara terang-terangan. Ini salah satu sumber kekuatan dan kelangsungan hidup mereka sekalipun dasar mereka adalah lemah, kebaculan jiwa mereka, dan sekalipun banyak kesukaran yang mereka terpaksa tempuhi.
Kita lihat perjanjian damai “Deklarasi Balfour”, telah memberikan peluang kepada mereka yang tidak berhak dan yang tidak layak memilikinya. Kita melihat mereka pernah membuat latihan bersama satu ketumbukan tentera daripada gabungan Tentera Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua. Begitu juga kita melihat AS dan Soviet Union dengan pantas memberikan pengiktirafan terhadap kewujudan negara haram Israel hanya berselang tiga minit setelah deklarasi dan pengumuman dibuat. Juga contoh lain yang berbentuk bantuan ketenteraan dan politik yang tidak terbatas banyaknya.

Pun begitu sekalipun hubungan mereka dengan Amerika dan Eropah nampak rapat dan terbentang luas, namun hubungan tersebut tidak akan kekal, akan terputus dan kembali seperti yang telah Allah tetapkan ke atas mereka; iaitu menjadi bangsa yang hina dan malang, Insya Allah. Hal ini sebagai balasan di atas perbuatan yang mereka lakukan seperti pelanggaran, kekejaman dan penghinaan yang memalukan bagi kemanusiaan.

2 – Tali yang kedua – dan sangat dikesali – adalah hubungan yang lemah, hambar, dipandang rendah, hina dan hilang keyakinan di dalam hati orang-orang Arab dan umat Islam. Kemudian sikap berat sebelah yang dipamerkan oleh beberapa regim dan kerajaan terhadap Negara haram Israel, bahkan ada yang sanggup membantu dan bergabung dengan mereka dalam melakukan berbagai kejahatan dan jenayah yang mereka lakukan, dan yang lebih serius dari itu adalah menyebarkan pemahaman yang salah bahawa regim Zionis benar-benar dapat hidup bersama entiti lainnya. Padahal pada waktu yang sama Al-Qur’an telah menegaskan dalam bentuk reality sebenar – dan ditambah oleh sejarah masa lalu dan terkini – tentang tabiat dan hakikat perasaan mereka terhadap kita.


Allah berfirman:

هَاأَنْتُمْ أُوْلاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمْ الأَنَامِلَ مِنْ الغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ . إِنْ تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِنْ تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا بِهَا وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا لا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا إِنَّ اللهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, Padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada Kitab-Kitab semuanya. apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata “Kami beriman”, dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): “Matilah kamu kerana kemarahanmu itu”. Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati. Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan”. (Ali Imran:119-120)

Al-Quran menambah tentang tingkah laku mereka yang selalu melanggar perjanjian. Allah berfirman:

أَوَكُلَّمَا عَاهَدُوا عَهْدًا نَبَذَهُ فَرِيقٌ مِنْهُمْ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لا يُؤْمِنُونَ

Setiap kali mereka mengikat janji, segolongan mereka melemparkannya, bahkan sebahagian besar dari mereka tidak beriman”. (Al-Baqarah:100)

Tetapi sebahagian orang Arab tidak mahu mengambil pelajaran, tidak mahu belajar dan tidak mahu memahami itu semua.

Negara Haram Israel akan lenyap dan hancur

Sesungguhnya kehebatan dan kemuliaan bangsa Yahudi Zionis adalah sementara kerana ia diperolehi bukan melalui cara yang sebenar. Jikalau dibiarkan Zionis bersendirian tanpa hubungan dengan pihak lain pastilah mereka kembali pada asal asul mereka yang hina dan rendah, lemah dan tidak berdaya. Mereka tidak akan mampu menewaskan umat kita dengan kekuatan yang mereka ada sebaliknya mereka hanya mampu dek kerana kelemahan dan kealpaan kita.
Ada ungkapan menyebut; “Sekiranya anda meletakkan tangan di pintu yang memang telah terkopak sudah tentulah pintu itu akan terjatuh. Ini menjadi bukti bukan tangan anda yang kuat tetapi kerana pintu itu yang telah terkopak”.

Al-Qur’an secara terang mendedahkan sikap pengecut mereka:

لأَنْتُمْ أَشَدُّ رَهْبَةً فِي صُدُورِهِمْ مِنْ اللهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لا يَفْقَهُونَ . لا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلاَّ فِي قُرًى مُحَصَّنَةٍ أَوْ مِنْ وَرَاءِ جُدُرٍ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى

Sesungguhnya kamu dalam hati mereka lebih ditakuti daripada Allah. yang demikian itu kerana mereka adalah kaum yang tidak mengerti. Mereka tidak akan memerangi kamu dalam Keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. yang demikian itu kerana Sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti”. (Al-Hasyr:13-14)

Setiap kali para mujahidin dari anak- anak bangsa diberi peluang masuk dalam medan jihad yang sebenar dan bertempur dengan mereka, ternyata mereka tidak mampu bertahan di hadapan tentera pejuang kebenaran.

Allah berfirman:

لَنْ يَضُرُّوكُمْ إِلاَّ أَذًى وَإِنْ يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمْ الأَدْبَارَ ثُمَّ لا يُنْصَرون

Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudarat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). kemudian mereka tidak mendapat pertolongan”. (Ali Imran:111)

Semua pasukan penentang Zionis Yahudi yang terdiri dari pendokong kebenaran dan pengikut Al-Banna, pengikut Yassin, Rantisi dan semua pasukan pejuang yang bersih dan benar terhadap musuh Zionis menjadi bukti kukuh dan terkini tentang leburnya kesombongan dan keangkuhan ini, menelanjangi lemahnya kekuatan regim Zionis yang mengaku mempunyai kekuatan yang tidak boleh ditewaskan!.

Jalan menuju pembebasan Al-Quds dan Palestin

Tidak diragui bahawa kemenangan sudah kian hampir dan saat membebaskan tubuh dan jantung umat kita dari sebarang kezaliman dan kekejaman pasti akan datang, terutama setelah umat ini mulai sedar dari terlena dan setelah majoriti umat di mana mereka saja berada mampu membezakan antara yang baik dari yang buruk. Tidak sekali-kali bagi pemerintah yang hina dengan mudah melakukan penyelewengan fakta kepada majority umat selepas melihat apa yang berlaku di selatan Lebanon dan Gaza yang mendedahkan hakikat sebenar Yahudi Zionis adalah umpama kertas sahaja. Namun kita harus melakukan perkara berikut:

1 – Mula melakukan proses perubahan dalam diri kita terlebih dahulu, dengan membina keperibadian muslim sejati yang memiliki aqidah yang sahih, yang melaksanakan pengabdian kepada Allah Yang Maha Esa dalam dirinya, dan percaya dengan janji Allah, sehingga umat memiliki ikatan yang erat dengan Allah dengan ikatan iman yang kuat dan kukuh, menyandarkan kepada kekuatan-Nya sebagai kekuatan yang mampu menghilangkan perasaan lemah, menyandarkan kepada ketinggian-Nya yang mampu menghilangkan perasaan hina, dan menyandarkan kepada iradah dan kehendak-Nya yang mampu mengukuhkan tekad dan mengatasi kelemahan untuk merubah dirinya, dan berani menghadapi protokol kelima dari Yahudi Zionis yang hina. Justeru melalui asas yang kukuh inilah generasi pembawa kemenangan mampu menyelamatkan Baitul Maqdis. Demikianlah rumusan yang diyatakan oleh Nabi saw tentang generasi pembawa kemenangan ketika baginda bersabda:

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ، فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ، يَا عَبْدَ اللَّهِ، هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ

Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga terjadi perang antara umat dan orang-orang Yahudi, lalu umat Islam memerangi orang-orang Yahudi, lalu mereka bersembunyi di balik batu dan pohon, namun batu dan pohon akan berbicara: wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini ada dibalik saya orang Yahudi, ke marilah dan bunuhlah dia”. (Muslim).

Wahai Muslim .. Wahai hamba Allah .. sesungguhnya janji Allah hanya mampu dicapai sekiranya seorang muslim memiliki sifat ubudiyah yang tulen dan murni kerana Allah. Cara untuk mencapai tujuan itu adalah melalui tarbiyah yang seimbang yang berpaksi dari akidah yang suci dan tidak dicemari oleh yang lainnya dan Islam yang syumul dan menyeluruh tanpa mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagiannya atau mengabaikan bahagian yang kami sebutkan tadi.

2 – Usaha yang terus menerus dan tanpa henti menyatukan umat dalam satu kata sebagaimana firman Allah:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا

Dan berpegang teguhlah pada tali Allah dan jangan bercerai berai”. (Ali Imran: 103),

Islam telah membuktikan kebenarannya menyatukan umat dalam satu bangunan besar, keturunan yang berbeza, dihubungkan dalam wadah yang satu, menciptakan peradaban yang mampu memberikan kebahagiaan Timur dan Barat, menaburkan kebaikan di dunia dan melindungi hak-hak negara-negara Arab dan Islam.

Di dalam sejarah kita sebenarnya mempunyai pengajaran berharga ketika Salahuddin Al-Ayubi membebaskan Al-Quds dan membersihkan negara dari saki baki Tentera Salib yang telah menguasainya selama dua ratus tahun.

3 – Menyokong perjuangan yang di lakukan oleh para pemuda dan komando jihad di Palestin yang rela mengorbankan jiwa mereka, yang mampu menggentarkan Yahudi Zionis, merimaskan tempat tidur mereka sehingga mengecutkan hati mereka sampai ke kerongkongan mereka.
Inilah Yahudi Zionis mendekati saat kekalahannya sedangkan kebenaran mendekati saat kemenangan dan maju ke hadapan. Nabi saw bersabda:


لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ، على عَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ وَلا مَنْ نَاوَأهُم

Umatku akan tetap berada dalam kebenaran dan tampil melawan musuh mereka, tidak gentar terhadap orang yang menyakiti mereka, dan yang berusaha menjauhi mereka

Sungguhpun saudara-saudara mereka telah memperlecehkan mereka dan negara-negara Arab yang berdekatan membiarkan mereka berseorangan, namun mereka tetap melawan dan bertempur dengan Yahudi Zionis. Ini merupakan khabar gembira bagi para mujahidin yang tetap teguh berada dalam kebenaran. Sabda baginda: “..Sampai Allah memutuskan urusan-Nya sementara mereka tetap seperti itu (teguh dengan pendiriannya)”, lalu para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah, di manakah mereka?”. Jawab baginda; “Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis.” (Ahmad)

Karena itu menyokong dan membantu warga Al-Quds dengan harta dan senjata serta berbagai bentuk bantuan lainnya adalah suatu kewajiban yang suci, bukan dengan bersekongkol dengan Zionis Israel dan bersimpati dengannya.

4 – Berusaha mencari dan mendapatkan sokongan orang awam tempatan dan antarabangsa untuk kepentingan isu Palestin, dengan menjelaskan ruang lingkup permasalahan kepada masyarakat dunia, bekerjasama dengan semua pertubuhan masyarakat (NGO) di seluruh penjuru dunia, dan bekerja untuk membina asas informasi yang mampu menyaingi serangan media Zionis yang sudah pasti dapat memberikan manfaat.

Dalam hal ini kita menyambut baik masyarakat di Eropah dan dunia yang memimpin kempen bantuan kemanusiaan yang bertekad akan menuju ke Gaza, dan mendeklarasikan diri untuk berada di tengah-tengah warga Palestin sebagai pemilik kebenaran.


Justeru pengorbanan yang mulia dan darah yang suci yang dipersembahkan oleh para pemuda Palestin adalah merupakan ‘pendahuluan’ menuju kemenangan yang sudah dekat, insya Allah. Allah berfirman:

فَسَيُنْغِضُونَ إِلَيْكَ رُءُوسَهُمْ وَيَقُولُونَ مَتَى هُوَ قُلْ عَسَى أَنْ يَكُونَ قَرِيبًا

Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan berkata: “Bilakah itu (akan terjadi)?” Katakanlah: “Mudah-mudahan waktu (kemenangan) itu dekat”. (Al-Isra:51)

Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw beserta keluarganya dan sahabatnya …
Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.

Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com

Dicopy semula
Ummi Wardah.

Jejak Kasih.....


Gambar ustazah Rogayah Bahrun, berbaju merun disebelah anakda Marhamah
.. di majlis pertunangan anakdaMarhamah. Anak sulung beliau...

Seorang teman kuliah dulu...[1978-1981] Ust Rogayah Bahron biasa Ummi panggil Kak Gai. Ku jejaki kasih kami kembali....

Kenangan Ummi bersahabat dengan Ust. Rogayah Bahrun ketika di YPTIK.,dia memberitahu Ummi ketika selamat melahirkan anaknya yang sulung dahulu ya ..lebih 20 tahun dahulu ,
" Anak Kak Gai diberi nama Marhamah sempena nama kamu Marhamah..!".
Tahniah!! rupanya kini anakda Marhamah sudah bertunang. Moga disegerakan akadnya dan dipanjangkan jodohnya dan dianugerahi rahmat dan sakinah...

Ustazah Rogayah antara sahabat karib Sabahan Ummi, team diskusi subjek tika jadi siswi Kuliah Syariah dulu...Kak Gai orangnya bijak, aktif dalam persatuan siswa, antara pelajar cemerlang, suaranya cukup lantang, berani berhujjah di pentas, sangat menjaga sahsiah muslimah dari segi pakaianya. Masih teringat bila dia memberi komen yang tegas kepada siswi yang masih berpakaian kurang menepati tuntutan syariat di dewan ketika program mahasiswa ..!!
Zaman tu ramai siswi senior yang amat 'hormat/segan' dengan beliau atas kelebihannya walaupun kami masih di tahun 1,2...

Beliau seangkatan Ummi ketika di dalam AJK HELWI YPTIK ketika Ummi di tahun 2. Eeemmm...bersambung lagi..

Terkini...!
Alhamdulillah dah dpt berhubung melalui FB dengan anakda Marhamah. MasyaAllah satu medium yg boleh dimanfaatkan untuk jadi penghubung silaturrahim...Yg jauh terasa dekat...Yg telah miss-context bisa dijalin semula...Alhamdulillah.

Terkini lagi..!!
InsyaAllah hari ini 16 June 2010/3 Rejab 1431 Hijrah, InsyaAllah Ummi akan ke LCCT KLIA, Sepang untuk bertemu anakda Marhamah dan Bondanya Ust Rogayah. MasyaAllah jejak kasih yg begitu pantas di alam maya akhirnya insyaAllah menjadi realiti bersemuka hari ini insyaAllah....!! Qaddarallahu lanaa.....
Pagi tadi Alhamdulillah telah diberi kesempatan berhubung melalui telefon....MasyaAllah.

Terkini!!!
I.Allah kami sekeluarga akan menghadiri walimah anakda Marhamah dgn pasangannya En. Nasir di Dewan MUIS Kota Kinabalu pada 12 Dis.2010.
Moga2 nusafir diberkati Allah...
24/11/2010

Moga Allah mudahkan persahabatan menuntut ilmu dulu ( fi sabilillah) selepas lebih 20 tahun dan ukhuwwah fillah ini..!

Ummi Wardah.

Friday, June 11, 2010

GAZA; Percikan Kebebasan dan Harga Diri Dunia


Risalah dari DR. Muhammad Badi’, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin, 04-06-2010
9/6/2010 | 27 Jumada al-Thanni 1431 H | 339 views
Oleh: Abu Ahmad

Penerjemah:

Abu ANaS

_______

Segala puji bagi Allah, salawat dan salam atas Rasulullah saw beserta keluarganya dan sahabat-sahabatnya serta orang yang mengikutinya hingga hari kiamat, selanjutnya…

Bahwa kemerdekaan merupakan fitrah bagi manusia, bahkan ia merupakan nikmat dan anugrah Allah untuk semua makhluk-NYa, karena itu tidak berhak bagi seseorang – apa pun bentuknya – mengekang kebebasan orang lain, dan hal tersebut tercermin dalam diri orang yang beriman kepada Allah; dimana tidak ada paksaan pada setiap orang atasnya ..

لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ

”Tidak ada paksaan dalam agama” (Al-Baqarah: 256)

Karena itu kebebasan yang tertinggi di dunia ini adalah mereka yang menyatakan bahwa semesta ini ”Hanyalah milik Allah semata …”, dan “Peribadatan hanya kepada Allah semata”;

yang keduanya merupakan derajat dan kedudukan tertinggi dalam kebebasan dan kemerdekaan terhadap 3 sembahan lainnya; Tuhan batu, Tuhan manusia dan tuhan hawa nafsu, dan memerdekakan manusia dari kekuatan taqlid, penyembahan manusia dan kekangan syahwat; hal tersebut terwujud dengan kemuliaan menuju hakikat yang jelas dan Allah yang Maha kuasa, yang Maha Esa dan tempat bergantung..

dan suatu Negara tidak akan mampu mewujudkan kebebasan dan kemerdekaannya dari penghambaan kepada yang lainnya kecuali jika mampu membebaskan setiap individu darinya. Inilah makna firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak merobah Keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”. (Ar-Ra’ad:11)

Dan untuk mendapatkan hak hidupnya para pemimpin umat harus memperjuangkan kehidupannya dalam kebenaran.

Islam datang untuk membebaskan manusia dari peribadatan selain kepada Allah. Sungguh indah ungkapan Rib’i bin Amir:

إِنَّ اللهَ أَخْرَجَنَا لِنُخْرِجَ الْعِبَادِ مِنْ عِبَادَةِ الْعِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ رَبِّ الْعِبَادِ، وَمِنْ جُوْرِ الأَدْيَانِ إِلَى عَدْلِ الإِسْلاَمِ، وَمِنْ ضِيْقِ الدُّنْيَا إِلَى سِعَةِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Sesungguhnya Allah mengutus kami untuk mengeluarkan umat ini dari penyembahan kepada hamba sahaya menuju penyembahan kepada Allah Ta’ala yang satu. Mengeluarkan manusia dari kezaliman berbagai agama kepada keadilan Islam. Membebaskan manusia dari sempitnya dunia menuju luasnya dunia dan akhirat.”

Itulah inti dari kisah Musa dengan Fir’aun, dan keteguhan beliau membebaskan Bani Israil dari perbudakan sebagaimana firman Allah SWT:

وَتِلْكَ نِعْمَةٌ تَمُنُّهَا عَلَيَّ أَنْ عَبَّدْتَ بَنِي إِسْرَائِيلَ

“Budi yang kamu limpahkan kepadaku itu adalah (disebabkan) kamu telah memperbudak Bani Israil”. (As-Syuara:22)

Wahai umat di seluruh dunia ..

Bahwa kemerdekaan dan kebebasan semua manusia tidak akan tercapai kecuali di bawah naungan Islam, yang memberikan kebebasan kepada semua orang yang tinggal di bawah naungannya, tanpa ada perbedaan antara iman dan iman lainnya, antara jenis kelamin, antara warna kulit, antara jabatan, seluruhnya memiliki kebebasan dan kemerdekaan yang sama, manusia seluruhnya berasal dari nabi Adam, dan nabi Adam berasal dari tanah, tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atas non Arab, dan bagi non Arab atas Arab kecuali taqwa… Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal”.(Al-Hujurat:13)

Apakah ada yang lebih agung dan mulia dari sikap Umar dihadapan pegawainya di Mesir Amru bin Al-Ash saat anaknya meludahi seorang warga Nasrani dan bangga dengan kedudukan ayahnya, lalu berkata: Ambillah dari anak seorang yang mulia. Lalu dikisahkan darinya dan Umar berkata:

مَتَى اسْتَعْبَدْتُمْ النَّاسَ وَقَدْ وَلَدَتْهُمْ أُمَّهَاتُهُمْ أَحْرَارًا

“Kapan kamu memperbudak manusia, sedangkan ibu-ibu mereka telah melahirkan mereka dalam keadaan merdeka”

Islam – dan masih dan akan tetap, Insya Allah- adalah sebagai payung rahmat, keadilan, kebebasan dan kesetaraan meluruskan suatu bangsa dan menyeluruh bagi semua manusia.

Kebebasan adalah Kewajiban

Imam Al-Banna sejak awal dakwah telah menyeru dengan lantang bahwa kebebasan adalah kewajiban Islam, ia berkata: “Jika dikatakan kepada kalian: kepada apakah kalian menyeru? Maka katakanlah: kepada Islam, yang dibawa oleh nabi Muhammad saw, dan pemerintahan bagian darinya, sementara kebebasan adalah salah kewajibannya. Dan jika dikatakan kepada ini kalian: ini adalah politik. Maka katakanlah: ini adalah Islam, dan kami tidak mengetahui pembagian ini. “

Lalu Imam Al-Banna menambahkan perkara ini dengan lebih jelas, beliau berkata: “Adapun kami sebagai politisi, adalah karena kami peduli dan memiliki perhatian terhadap urusan umat adan bangsa kami, dan kami percaya bahwa kekuatan eksekutif merupakan bagian dari ajaran Islam, berada dalam lingkupnya, menyatu dalam ketentuan-ketentuannya, sementara kebebasan politik dan kebanggaan nasionalis merupakan salah satu bangunannya, dan kewajiban dari kewajibannya, dan kami akan bekerja keras untuk menyempurnakan kebebasan ini serta memperbaiki alat pemerintahan ini; kami juga demikian, kami percaya bahwa kami tidak datang dengan sesuatu yang baru; ini tentunya telah difahami dan diketahui bagi setiap Muslim yang mempelajari Islam dengan baik, dan kami tidak mengetahui dakwah kami dan tidak dapat membayangkan arti dari keberadaan kami kecuali untuk mencapai tujuan tersebut, dan kami tidak akan keluar sedikitpun dari dakwah menuju Islam .. karena i Islam tidak hanya terbatas pada khutbah, nasihat dan bimbingan belaka, namun senantiasa membutuhkan perjuangan dan jihad:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”. (Al-Ankabut:69)

Wahai para aktivis hak asasi manusia ..

Ini adalah agama kami, dan inilah kedudukan kebebasan dalam Islam kami, dan kami telah menerapkannya, dan kami menjadikannya sebagai kenyataan dalam kehidupan umat manusia sehingga memberikan rasa senang, kebahagiaan dan kenyamanan ..

Jadi apa yang kalian bawa?!

Apa yang kalian bawa adalah hasil dari tindakan biadab, bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam pembukaan Deklarasi Universal hak asasi Manusia , dan bahwasanya penerapan hukum yang melindungi hak asasi manusia adalah agar tidak ada keterpaksaan bagi seseorang pada pemberontakan melawan tirani dan ketidakadilan. Disebutkan dalam pasal (3): “Setiap orang berhak untuk hidup, mendapatkan kebebasan dan keamanan pribadinya” dan pasal (5): “Tidak berhak bagi seseorang melakukan penyiksaan atau hukuman atau kekejaman, atau tindakan tidak manusiawi atau merendahkan martabat atas orang lain”.

Apa yang kalian lakukan terhadap manusia wahai dunia yang modern dan berperadaban?!

Seluruhnya adalah kehancuran seperti sebelumnya, perang dunia bukanlah bagian dari umat Islam yang melakukannya, baik diatas bumi yang subur dan gersang, jatuhnya bom atom atas Jepang, terbunuhnya jutaan rakyat di Eropa, pembantaian warga Al-Jazair dari Perancis, pembantaian warga Libia dari Italia, dan apa yang dilakukan oleh Inggris di Mesir, Syam, Irak, India, Pakistan dan Afghanistan, telah memenuhi lembaran-lembaran sejarahnya, begitupula Amerika dalam Perang di Vietnam dan perang di Korea, dan agresi segitiga Negara besar atas Mesir (Inggris, Perancis dan entitas Zionis), serangan Zionis atas Mesir pada tahun 1967, dan perang di Afghanistan yang pernah dilakukan oleh Uni Soviet, lalu Amerika bersama pasukan sekutunya, perang antara India dan Pakistan perang atas Irak, Somalia dan Yaman .

.
berbagai perang yang terjadi di Libanon, dan Bosnia dan Herzegovina, Kosovo dan Chechnya .. perang di Palestina; Di Jenin dan di Gaza .. Dan lain Sebagainya, dan lebih mengenaskan lagi adalah tidak sejengkal tanahpun di muka bumi ini kecuali ada darah yang mengalir diatasnya, dan ditambah pula dengan pembunuhan terhadap anak-anak, wanita dan orang tua serta warga sipil dan orang-orang yang tidak berdosa, penghancuran masjid-masjid, pusat dan kantor

lembaga-lembaga bantuan yang menginduk pada PBB

dan tidaklah Allah mematikan api perang yang mereka sulut kecuali mereka nyalakan lagi di tempat yang lainnya, dan perang yang terjadi di dunia adalah karena

mereka pelakunya!!!!.

Sungguh benar firman Allah:

كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا

“Setiap kali mereka menyalakan api perang, maka Allah mematikannya dan sungguh mereka di dunia senantiasa melakukan kerusakan di muka bumi”. (Al-Maidah:64)

Dan tentang rasisme telah terjadi dan tidak ada yang merasa bersalah .. Apa yang dilakukan Amerika terhadap suku Indian kulit merah, kulit hitam dari Afrika sebagai saksi yang nyata, dan apa yang dilakukan oleh Barat saat ini merupakan tindak pengekangan kebebasan dan kemerdekaan umat Islam dan pengebirian terhadap hak-hak mereka, pelanggaran terhadap kehormatan mereka;n menyerang masjid-masjid, membakar dan mengotorinya merupakan bukti yang diketahui oleh yang jauh ataupun dekat.

Tentang penjara ketidakadilan dan penyiksaan di sel Guantanamo, Abu Ghraib dan penjara rahasia di Irak, di Eropa, di Pakistan dan entitas para perampas (Zionis), dan banyak lagi penjara di Negara-negara Arab dan Islam, semua itu tidak lagi membutuhkan bukti; karena semua Negara, Pemerintah, organisasi internasional dan lembaga-lembaga internasional lainnya mengakui akan semua itu.

Inilah yang dimaksud dengan rahmat (kasih sayang) kalian terhadap untuk kemanusiaan, dan keadilan kalian ditengah umat manusia, kesetaraan terhadap sesama manusia, dan kebebasan serta demokrasi yang kalian serukan dan banggakan.

Palestina; luka yang terus menganga dan darah yang terus mengalir

Wahai orang-orang yang mengaku merdeka di Barat ..

Wahai orang-orang yang merasa bijaksana di seluruh dunia ..

Bukankah sudah saatnya kalian menarik tindak kezhaliman dan kebiadaban kalian, melakukan perbaikan terhadap apa yang dirusak oleh orang tua kalian, sebagaimana kalian telah menanam entitas zionis di negeri kami secara zhalim, karena itu wajib bagi kalian menariknya secara adil dari bumi kami…

Bukankah sudah saatnya bagi seluruh masyarakat yang terusir dari negerinya dan rumahnya untuk dapat kembali dan menikmati kebebasan, dan menikmati udara dan kebaikan negerinya sendiri…

Bukankah sudah saatnya bagi warga Palestina untuk menikmati kebebasan, harga diri dan martabatnya di rumah dan negeri mereka sendiri..

jika kalian tidak melakukannya maka selamanya wilayah tersebut tidak aman dan duniapun tidak akan aman .. Tidak ada seorangpun yang akan merasa bahagia dan merasa aman dan selamat, selama rakyat Palestina tidak menikmatinya, dan mereka (warga Palestina) tidak akan menikmatinya kecuali dengan lenyap dan musnahnya entitas perampas zionis dari wilayah tersebut.

Konvoi kapal kebebasan akan memberikan alasan dihadapan Tuhannya!!! ( Di MAHSYAR NANTI)

Bahwa darah para syuhada dan yang terluka yang berasal dari konvoi kapal kebebasan untuk menghancurkan dan menghentikan blokade di Gaza tidak akan sirna sia-sia dihadapan Tuhannya, justru ini akan mengeluarkan dunia dari kebisuannya terhadap tindak kejahatan zionis, sebagaimana hal tersebut menarik perhatian akan adanya embargo sepihak, dan butuh segera dibuka dan dihancurkan, dan memasukkan aktor baru dalam melakukan konfrontasi dan perlawanan dengan Zionis sang penjahat dunia, semua itu akan dihisab oleh Allah dan tidak akan hilang disisi Allah, dan darah yang mengalir ini akan berubah menjadi kutukan dan kemarahan atas Zionis, sebagaimana akan merubah keseimbangan konfrontasi di kawasan itu, selamat kepada mereka yang meninggal mendapatkan syahadah, dan kami berharap kepada yang cedera semoga cepat sembuh dari lukanya, serta dapat kembali dengan selamat kepada mereka berada dikonvoi kapal kebebasan.

Gaza memberikan inspirasi kepada kita jalan menuju kebebasan dan kemuliaan

Adapun jalur Gaza telah telah memberikan kepada bangsa Arab dan Islam gambaran dan saksi hidup yang seharusnya menjadi pelajaran berharga bagi setiap muslim, para penguasa dari berbagai negara, seakan mereka meneriakkan seruan kepada kita: “Jangan takut kepada haekal yang menisbatkan dirinya sebagai penguasa terhadap manusia, dan menuntut untuk tunduk terhadap keinginan mereka, sekalipun dengan menyerahkan kebebasan, kehormatan dan martabat mereka.. bahkan untuk menyerahkan iman dan tanah air kepada pasukan penjajah dan perampas ..

Seakan mereka berteriak: Iman tak terkalahkan, sekalipun panjang perjalanan, namun umat pasti menang ..

Jika pada suatu saat rakyat ingin hidup # maka harus menerima takdirnya
Malam pasti akan berlalu # sementara ikatan pasti akan lepas

Bahwa mereka menyeru kepada kita dan kepada musuh-musuh kita: Bahwa umat Islam tidak akan pergi dan tidak akan mati, namun mereka tetap hidup bersama para syuhada, sementara anak-anak mereka hidup membawa syahadah, karena itu selamat bagi mereka yang menggapai syahadah sehingga mendapat kehidupan yang baru untuknya dan kehidupan dan kemuliaan bagi umatnya

Mereka meneriakkan kepada kita:

Bahwa kebebasan tidak bisa dicapai dengan dari para penjajah dan perampas nan keji,!

tidak bisa dengan mengemis dari meja perundingan!,

dan tidak akan keluar para penjajah dan perampas kejam sepanjang sejarahnya kecuali dengan melakukan perlawanan,!

dan umat Islam tidak akan menggapai kebebasannya kecuali dengan jihad, !

sementara sejarah perjuangan menuju kebebasan tidak ditulis dengan tinta melainkan dengan tetesan darah!,

sungguh bijaksana orang yang mengatakan:

Tidaklah dapat diraih sebuah tuntutan hanya dengan angan-angan # namun dunia harus diraih dengan perjuangan

Dan tidaklah suatu kaum menjangkau keinginannya # kecuali jika kaki-kaki mereka mau berjalan

Seakan mereka memberitahukan kepada kita: “Bahwa Blokade (pengepungan), kelaparan dan pembunuhan tidak akan membuat gentar para pencari kebebasan dan kemerdekaan, setiap sesuatu pasti akan terasa kecil jika dalam rangka meraih jalan Allah dan untuk memerdekaan negeri dan keinginan”.

Mereka berteriak kepada dunia yang merdeka bahwa untuk membuka blockade dan ketidakadilan hanyalah dengan sebuah resolusi internasional yang adil, bukan dengan paksaan pada mereka dengan resolusi internasional sepihak dan tidak adil.

Kami sampaikan kepada dunia seluruhnya: “Tibalah saatnya bagi kalian memukul dengan tangan besi terhadap entitas zionis sang perampas, yang tidak hanya melanggar hak asasi internasional di Palestina , namun juga telah melakukan pelanggaran yang luas hingga seluruh dunia, terutama kejahatannya yang keji terhadap kapal kebebasan di perairan internasional”.

Sungguh sangat aneh urusan dunia ini .. seluruh negara terkejut dan tersentak bahkan beramai-ramai bergerak untuk menghentikan pembajakan kapal yang terjadi di perairan Somalia, sehingga Dewan Keamanan PBB melakukan rapat mendadak dan mengirim angkatan laut multinasional dari semua bangsa bergerak memberikan keputusan dengan cepat; untuk menghentikan dan melakukan penghadangan terhadap pembajakan tersebut, sementara pada sisi lain mata mereka buta, tangan seakan tidak mampu bergerak, lidah terbungkam terhadap sebuah kapal yang sengaja dinodainya dengan darah dari puluhan bangsa dan negara oleh Zionis, menginjak-injak martabat mereka, melecehkan kedaulatan mereka .. Seolah-olah PBB dan Dewan Keamanan tidak dibentuk dan didirikan kecuali hanya untuk kepentingan entitas Zionis dengan resolusi internasional yang tidak adil, kemudian melindunginya dengan berbagai resolusi yang tidak adil pula!.

“Kami sampaikan kepada saudara kami di Palestina: Bersabarlah wahai warga Palestina, karena kemenangan adalah butuh kesabaran sesaat, dan fajar kemenangan pasti datang, dan janji Allah pasti datang:

وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ . وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَنُرِيَ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا مِنْهُمْ مَا كَانُوا يَحْذَرُونَ

“Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir’aun dan Haman beserta tentaranya apa yang se- lalu mereka khawatirkan dari mereka itu “. (Al-Qashash:5-6)

Wahai para pemimpin Negara Arab dan Negara Islam ..

Wahai pemimpin Lembaga dan organisasi Islam ..

Wahai pemimpin Liga Arab ..

Majulah kalian untuk mengakhiri blockade terhadap suadara kalian di Gaza .. berikanlah kemudahan pada kafilah yang berjalan menuju Palestina, jangan takut dengan Amerika yang senantiasa mendukung Zionis, dan terus menutupi kejahatan mereka dan jangan takut terhadap Zionis; karena telah tampak kelemahan, ketidakmampuan dan ketidakberdayaan mereka, dan cukuplah bagi kalian berada dalam kehinaan selama hampir empat tahun, dan majunya kalian saat ini lebih baik bagi kalian, walau kapal kebebasan telah mendahului kalian, dan hadirkanlah para syuhada karena kalian tidak sedikit dari mereka, kelak akan diikuti oleh yang lain, meskipun apa yang dilakukan terhadap pelanggaran pertama dari kejahatan Zionis keluar dari semua aturan, norma-norma dan konvensi internasional.

Dan ketahuilah bahwa blokade pasti akan berakhir dari Gaza, sama ada kalian maju atau mundur, sama ada kalian bergerak atau diam…namun kami suarakan ini dihadapan kalian sebagai aplikasi sebuah kecemburuan dan fanatisme Islam, hak-hak ukhuwah Islam dan hak bertetangga; niscaya kalian mendapatkan kemuliaan dan bersih dari rasa malu.

Dan ketahuilah Wahai umat Islam bahwa jihad sekarang ini menjadi wajib ain, dan para penguasa – jika mereka sadar pasti akan segera menyerukan Jihad – hendaknya tidak membelenggu kebebasan bangsa dengan rantai-rantainya, dan bukalah pintu perbatasan untuk para mujahidin. Allah berfirman:

وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa”. (Al-Hajj:40)

Dan ketahuilah pula bahwa kebatilan tidak akan pernah menang dalam pertempuran melawan yang hak, jika bertemu antara dua seteru “al-hak dan al-batil,” maka terjadi antara keduanya beberapa putaran dan babak, bisa jadi kedustaan terus berlanjut dan unggul, namun pertempuran akan berakhir dan kemenangan akan berpihak pada yang hak, dan itulah rahasia firman Allah:

وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

“Dan akhir dari itu semua adalah untuk orang-orang yang bertaqwa” (Al-Qashash:83)

Dan firman Allah:

إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

“Sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap”. (Al-Isra:81)

Dan sebagai wujud dari firman Allah:

وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ

“Sungguh, Kami pasti benar-benar menolong orang-orang beriman”. (Ar-Rum:47)

وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ* بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ* وَعْدَ اللَّهِ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ

“Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman, karena pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendakiNya. dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang. (sebagai) janji yang sebenarnya dari Allah. Allah tidak akan menyalahi janjinya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (Ar-Rum:4-6)


Di copy semula

Ummu Wardah

Monday, June 7, 2010

Gambar-gambar bersama dlm program LL4G

Juga di Demo LL4G

Demo LL4G bersama anakda Asma' dan Nusaibah

Ummi bergambar bersama rakan Wan Fauziah, Wan Ahmad
Nizar dan familidi RTM


Bergambar sekeluarga selepas selesai rakaman live
Palestine Kami BersamMu
TV1 Ahad 7 Jun 2010.


Abah di Stadium Malawati, Shah Alam program Solat Hajat for LL4G.
Turut kelihatan di dalam gambar
YM Tengku Sahrom wakil Aqsa Syarif,
YB Halimah Exco Selangor dan YB Shah Alam, Khalid Samad.


12 peserta LL4G...diraikan ......



Surah Al-Akhzab...yang memberi peringatan......


Setahu Ummi mereka pergi dan balik dengan biaya para penyumbang seluruh Malaysia. Bukan di taja oleh mana2 parti politik. Mungkin dibebaskan dgn suaka politik.??...atau eemmm..dipolitikkan?....Allahu A'alam...Ummi 'yaqeen' yg tlh ,sdg dan akan berlaku dgn izin Allah maka Ia jadilah..!!

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. (Yaa Siin 36:82)

Penggunaan perkataan " Innama" dlm bahasa arab (adat khasrin dlm uslub Qasr salah satu Muhsinat Balaghiah, anak-anak murid Ummi di T5 BAT harap masih ingat lagi) Hanya kata2 Allah itu sahaja....JADILAH...! maka jadilah ia..Eemm macam 'magic' yg selalu dilihat di tv tu..

Doa Ummi...
Moga langkah misi 'kemanusiaan' seterusnya terus mampu digerakkan dgn penuh bijaksana, sebelum, semasa dan selepas misi berlangsung....! Moga apa yang lepas dijadikan iktibar & pengajaran untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Masih terdengar-dengar kata2 ketua delegasi LL4G Dr Norazman dalam majlis meraikan mereka di Shah Alam pada hari Ahad lepas, seusai pertemuan mereka di rumah PM, " Walaupun sudah di ambang jihad, namun Allah belum menganugerahkan lagi ' SYAHID' kepada mana-mana di antara kami, agaknya masih banyak 'hutang' yang kami belum selesaikan lagi...". Terangnya penuh makna petikan dlm ayat ini: " Antara mereka Telah Selesai menunaikan janjinya(lalu gugur syahid)..."

Orang yang syahid itu orang yang telah selesai/menghabiskan satu tugasan.....Ummi melihat beliau seolah mahu menitis air mata ketika mengulangi maksud ayat ayat ini bila beliau mengesahkan ketika melihat rakan se misi "syahid' di depan mata..!! sekalipun baru mengenalinya dalam misi kapal Mavi Marmara itu..." Ya betul.. saya lihat mereka memang telah selesai tugas/pekerjaannya..."Terangnya lagi hiba..

Dalam tazkirah yang disampaikan oleh Presiden Haluan Dr Abdullah Sudin pula, beliau menyebutkan beberapa kali betapa perlunya dalam amalan kita khasnya misi LL4G/kemanusiaan ke Gaza ini sifat ikhlas dan benar serta ketulusan dan ketaqwaan diutamakan sebagai syarat asas dalam ibadah yang diterima dan dinilai oleh Allah s.w.t.

Sungguh, Ummi mengikuti pengkesahan mereka dengan pengamatan tersendiri. Pengkesahan panjang berkaitan peristiwa dan perjalanan mereka dalam misi kemanusiaan dari awal lagi.. di Malaysia, di Turki sebelum musafir, juga perjalanan dalam kapal Flotilla Mavi Marmara serta pengalaman dikasari tentera zionist, berasa nyawa di hujung senapang dan di dalam penjara Bir Yasin sehingga sampai di KLIA, Di Dewan Seksyen 17, Shah Alam dan di Studio TV1...

Pengamatan Ummi mengimbau kesah sejarah para sahabat, betapa sahabat agung Khalid AlWalid menangis ketika ajal menghampirinya kerana ia amat2 mengharapkan 'SYAHID' di medan tempur tapi janji dan takdir Allah menentukan ia mati di rumahnya. Begitu juga Syaidina Umar matinya di rumahnya. Sedangkan sahabat yang memandikan beliau amat pilu apabila mendapati tiada satupun ruang di tubuh Amirul Mukminin yang tiada kesan/bekas luka kerana banyaknya menyertai peperangan di medan jihad qital.....Tanda2 yang akan kekal menjadi bukti ketika bertemu Allah nanti....

Apakah 'tanda' yang akan kita persembahkan nanti di hadapan Allah..?? Kita khasnya para wanita/ muslimah hari ini selalu mendambakan tubuh yang selalu 'mulus, halus' tiada cacat cela.....Bahkan amat2 risau bila 'tercalar' ketika kem dll umpamanya..!Ya Rabb sedangkan para sahabiah/sahabat mengharungi peperangan,kesusahan dgn luka dan calar balar bahkan cacat....demi 'menunaikan dan menyempurnakan janjinya dgn Allah'!!

Kita mungkin juga sakit, cacat dll tapi banyaknya bukan kerana 'jihad' tapi sbb yang lain2nya....Mungkin disebabkan "banyaknya makan, kesebokan mencari habuan dunia sehingga lupa tugas asasi kpd Allah,Burnout/Stress dgn pekerjaan yang sia-sia, Jahil yang membelenggu diri, mengikut nafsu dll " Ya Allah lindungilah kami dari 'fitnah dunia' ini..

Sungguh Maha Benarlah janji Allah yang mengatakan,

" Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun". (Al-Akhzab:23).
"(Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". ( Al-Akhzab:24)

Ungkapan " menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka" amat2 menggetarkan jiwa Ummi...
i- Apakah di kalangan orang-orang yang berjihad juga ada sifat2 munafik...?
ii- Lalu segala kepayahan yang dilalui itu hakikatnya 'menjadi seksaan Allah'di dunia.??
iii- Jika ia beringat lalu dengan siksaan itu ia bertaubat, maka Allah akan menerima taubatnya...??

Ya Allah Ummi pohon padaMu , Kekalkanlah jiwa ini dan ahli keluarga Ummi semuanya agar tetap memelihara ikhlas dalam amal, istiqamah dengan tugas,amanah dan thabat dan tinggi mujahadah dan azam di jalanMu...dihidup,dimatikan hanya semata di dalam jalanMu ya Allah . Janganlah Engkau sesatkan kami setelah Engkau beri petunjuk dan hidayahMu pada kami...Aminnn...

Ummi Wardah.
Bdr Puteri