Thursday, December 20, 2012

Alhamdulillah.....Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah ...itulah ucapan syukur yang Ummi selalu ucapkan kerana:

Telah diberi berjaya melalui tarikh kritikal 14 November 2012,di mana Ummi telah ditakdirkan melalui sekali lagi major operation.kali yang ke 3 sepanjang perjalanan hidup ini.....

Segalanya mengingatkan kembali ketika usiaku di awal 30an juga buat pertama kali telah melalui major operatian....kali ke 2 pula ketika usia 34 tahun..rupanya sekali lagi terpaksa melaluinya sekali lagi ketika di usia emas ini...Ya Rabb hanya Engkaulah sahaja yang Maha tahu apa2 yang tertulis dalam takdirku...Moga ianya semua menjadi kafarah dosa2ku sebelum menemuiMu...

" Pagi tadi Ummi masuk OT pukul 9.00 sampai 1.50 mi...". Beritahu anakku setelah aku sedar sepenuhnya dari bilik OT dan diletakkan dibilik ICU serta bilik rawatan 11.

Ummi hanya benar2 sedar petang itu sekitar 3.50 petang 14 Nov.. Antara perkataan yang pertama teringat ketika itu, " Long..Ummi belum solat zohor..".Masih Ummi ingat terpaksa memberi penerangan pula sekalipun sangat lemah ketika itu, apabila nurse yang merawat mengatakan dengan konfidennya pada Ummi.
" Makcik kan boleh qadha' solat..Ini tak sehat sangat ni....". Terangnya pada Ummi. Lantas Ummi menjawab, " Tidak boleh qadha', sbb MC ni masih sedar dan ingat serta boleh solat..".

Lantas jururawat terus pergi meninggalkan along membantu Ummi untuk menunaikan solat jamak ta'khir itu..

Aku terfikir sendirian, di hospital ini ramainya pesakit yang masih sedar dan mampu solat tidak solat dengan alasan ' susah '...
Kakitangan hospital pula tidak begitu bersedia membantu pesakit untuk melakukan solat, apatah lagi mengingatkan solat, bahkan tak mustahil ramai yang jahil hukum dan cara2 menunaikan solat bagi pesakit. Ya seperti jururawat yang menasihatkanku agar meng qadha' kan sahaja solatku...

Agaknya di sekolah kejururawatan, perlu ada Modul/Silibus Tambahan bagi jururawat Muslim iaitu : Feqh Ibadah bagi perawat di hospital yang antara kandungannya bagaimana dan apa peranan jururawat, para doktor dalam membantu pesakit menunaikan solat dan ibadat2 yang lain. 

Jika semua bahagian perawatan untuk pesakit, ada specialist tertentu yang disediakan, cth: Selain dari para dr yang merawat, melawat di wad2, ada Fisioterapi, Kaunseling, konsultasi  imej bagi yang mengalami komplikasi kuman spt bengkak dll..kenapa tidak di sediakan seorang guru/ ustaz,ustazah/pembimbing solat/pembimbing agama bagi pesakit yang memerlukan..??

Sungguh ibadah dalam Islam merupakan satu dari terapi jiwa dan fizikal juga. Moga2 dengan ketaatan yang dilakukan walaupun dalam keadaan sakit, mampu menjadi ubat yang menyegerakan kesembuhan.....juga jikalah sakit menjadi punca/sebab saat kematian yang hampir kepada pesakit, si sakit tetap dalam keadaan Taat menunaikan solat kerana adanya kemudahan hospital bagi yang memerlukan..

Alangkah besarnya ganjaran bagi sesiapa yang membantu seseorang tetap taat menunaikan ibadah terutama  solat pada waktunya...kerana solat bukan sahaja Tiang Agama tetapi amalan yang sangat besar di sisi Allah tuntutannya dan amalan pertama yang akan di hisab nanti...

Tetapi malangnya realiti di hospital2 hari ini, ramai si sakit ..dahla sakit, kurang atau tidak mengambil berat aspek ibadah. Bahkan malang dianggap " susah/payah" pula. Kebanyakannya hanya bergantung kesembuhan kepada dr dan ubat tetapi boleh melupakan aspek ketaatan kepada Allah yg sepatutnya diimani sebagai Pemberi sakit dan Pemberi Kesembuhan...!!  Hospital juga tiada/kurang kemudahan yang disediakan yg mendorong pesakit beribadah....semuanya pandai2lah pesakit dan keluarga...

Oleh kerana Ummi tidak sedar sepenuhnya hanya bila sudah masuk waktu asar barulah Ummi dapat menunaikan solat zohor dan asar jamak ta'khir...dgn berbaring...jzkk along....
Bila Ummi melihat gambar yang dihantar hubby ke Family WhasApp...." Biar betul..mcm jenazah sahaja lagaknya..". Komen Acik kepada gambar tu...

" Saat Acik melihatnya di dalam kuliah , Acik sangat terkejut dan sedih...melihat Ummi dalam situasi itu..Biar betul Ummi ni". Beritahu Acik kepada Ummi sambil menunjukkan gambar itu, kerana Ummi sendiri tak perasan adanya gambar tersebut.

Namun Alhamdulillah saat itu telah berlalu sebulan dahulu....setelah warded hampir satu bulan , menjadi penghuni Wad 14 HKL, Ummi kini berehat di rumah dan merasa lebih sihat..

InsyaAllah moga Allah mudahkan Ummi melalui rawatan seterusnya bermula tahun baru 2013 di Seri Kota Klang.

Perjalanan ini masih panjang lagi......

Sunday, November 11, 2012

Hari yang di tentukan..Apakah Esok Masih Ada....

Esok 12 Nov Ummi akan ke HKL lagi..
Kali ini akan masuk wad utk rawatan lanjutan..
14 Nov tarikh yg ditentukan..insya Allah

Ya Allah aku berserah padaMu..
Engkaulah Yang memberiku sakit
dan Engkau sahaja Yang mampu menyembuhkan..

Walaupun yakin ini ujian..
Kuserah pada takdirMu
Aku hanya diberi ikhtiar
Entah sembuh entah tidak
segalanya di tanganMu

Namun aku yakin jika Engkau kehendaki
Engkau Yang Maha Gagah
Engkau Yang Maha Perkasa
Berilah padaku kekuatan dariMu
Sungguh..!!
segalanya mudah sahaja dengan izinMu...

Ilaika anab...
Ilaikal Masir

Ummi Wardah
26 Zulhijjah 1433H

Wednesday, November 7, 2012

USA President Election...2012

" Itu ....Obama Menang lagi.....oo...". Kata Apek yang sedang membaiki paip di bilik air rumah Ummi hari ini...

Uncle sokong mana...?" Soalku menduga....

" Sama saja loo...Itu Lomni ka Obama ka..menang atau kalah, tala hal...kita buat keja juga..".

Pokok Yahudi...???

700 POKOK ZAITUN DIMUSNAH DALAM SEBULAN SETENGAH YANG LALU UNTUK DIGANTIKAN DENGAN POKOK GHARQAD

Pokok Gharqad atau dikenali sebagai Nitraria Retusa dalam bahasa Latin adalah sejenis pokok darat yang mampu hidup dengan bekalan air yang minima. Pokok yang berbunga kuning kehijauan ini tidak banyak manfaatnya kepada manusia. Daunnya tidak boleh dibuat sayur, buah dan bunganya juga tidak boleh dimak

an. Namun Yahudi sangat berbangga dengan pokok berkenaan.

Biarpun mereka mendustai kerasulan Muhammad SAW, namun mereka seakan-akan percaya dan bimbang di atas perkhabaran Rasulullah SAW bahawa Yahudi akan dikalahkan oleh umat Islam pada akhir zaman dan yang menyelamatkan mereka ialah pokok gharqad.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر فيقول الحجر أو الشجر يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي خلفي فتعال فاقتله إلا الغرقد فإنه من شجر اليهود

“Tidak akan berlaku qiamat hinggalah orang Islam memerangi kaum Yahudi hingga menyebabkan Yahudi terpaksa bersembunyi di sebalik batu dan pokok kayu. Lantas batu atau pokok kayu berkata, “Wahai orang Islam, wahai hamba Allah, ini dia Yahudi di belakangku. Maka marilah kamu, bunuh dia.” (Semua pokok akan berkata begitu) kecuali pokok gharqad kerana sesungguhnya ia adalah antara pokok Yahudi.”
“Tidak akan berlaku qiamat hinggalah orang Islam memerangi kaum Yahudi lantas orang Islam membunuh Yahudi hingga menyebabkan Yahudi terpaksa bersembunyi di sebalik batu dan pokok kayu....."

Yahudi mengatakan Muhammad pendusta. Tetapi hati kecil mereka percaya bahawa Muhammad adalah Rasul. Masakan tidak! Mereka kini sedang giat menanam pokok gharqad di serata bumi Palestin. Pokok-pokok zaitun milik umat Islam dicabut, ditebang, dibakar dan dimusnahkan sesuka hati.

Dalam tempuh sebulah setengah yang lalu, lebih 700 batang pokok zaitun milik umat Islam dimusnahkan oleh pendatang Yahudi. Perbuatan mereka dikawal oleh tentera Israel. Pemilik kebun tidak dibenarkan masuk ke tanah mereka untuk mempertahankan tanaman mereka.

Isu yang berlaku ini dilihat sebagai satu mukjizat Rasulullah di mana ia membenarkan apa yang dikhabarkan oleh baginda tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhir zaman. Juga menunjukkan bahawa dunia sudah semakin berpenghujung.

Gambar: Seorang ibu tua Palestin memeluk pokok zaitun yang hendak dimusnahkan oleh pendatang Yahudi.

Lagi gambar di: www.ibnu-ismail.blogspot.com

Indahnya Ukhuwwah

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُرْ‌حَمُونَ ﴿ ١٠﴾

Kurakamkan ayat ini buat 3 sahabat karibku yang dikasihi:
Ukht Maswati Abd Muttalib, Ukht Rosliya Abas




juga 
Ukht Dr Roziaton Hashim

Moga Allah temukan kita nanti di Syurga.. 

Ummi ingin ucapkan terima kasih atas segala bantuan, pertolongan dan sokongan kalian selama ini. Moga Allah akan membalas dengan yang terbaik dari sisiNya.


Ke HKL ...buat kesekian kalinya

Esok datang lagi...

Setelah disahkan tiada komplikasi jantung yang dihidapi...esok  8 Nov 2012, Ummi akan ke HKL lagi...
Sepanjang bulan Okt. Ummi telah menjalani ujian Hortel dan Eko....keduanya bagi bagi memastikan jantung ummi berfungsi dgn baik...Entah kenapa semasa di buat ujian jantung kali pertama ada degupan kurang normal pada jantung Ummi....

Seingat Ummi sebelum ujian dijalankan ia , Ummi dan Abah hari itu berulang alik 3X dari bangunan Blok utama ke Tingkat 1 ( Klinik Pembedahan Am) ke Bilik Pakar Bius  yg terletak di Tingka 4.Jarak antara keduanya  hampir 200 meter. Seharian kami di hospital...Hari itu hari yang amat memenatkan....ialah kami seharian di hospital dari pukul 9 pagi hingga 5 petang..ya Allah moga ia jd kafarah dosa kami ya Allah.....jzkk Abah krn setia menjadi teman sepanjang tempoh itu..

Agaknya disebabkan penat ianya memberi kesan pada degupan jantung Ummi Allahu A'alam...sehingga akhirnya tarikh 12/10 yg telah ditetapkan oleh pakar Miss Ainaa, telah ditangguhkan sehingga entah bila pula appoinment berikutnya...

Adakah ianya akan berjaya...???

Hanyalah Allah yang Maha Tahu akan perkara yang akan datang....

Tawakkaltu ilallah..

Moga apa yang akan berlaku ia yg terbaik buat Ummi...


Anggota tubuh yg menjadi nadi kpd fungsi tubuh zahiriah....namun kita ada lagi tubuh yg tersembunyi iaitu ' Ruh' yg berkait rapat dgn qalbu dan basyirah.....sesungguhnya tubuh yang sihat itu apabil kedua2 tubuh ini sihat. Tubuh lahiriah nya sihat begitu juga tubuh ruhiy nya juga sihat.


DI MANAKAH HATI KITA...??

Nas al-Quran menyebut hati itu berada di dalam dada.
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ
ertinya: maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat berakal (memahami) atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. (Al-Hajj: 46)

Ayat ini secara terang-terangan menaskan:
-Akal terletak di HATI, bukan di KEPALA.
-Dan hati pula terletak di dalam DADA.

Ayat ini sekaligus menolak pandangan ahli falsafah yg mengatakan akal terletak di otak. Sebetulnya, akal terletak di HATI, cuma fungsinya berkait rapat dengan kesihatan otak. Jika ada masalah di otak, maka akal yang terletak di hati akan terjejas.

WWW.MUZIR.WORDPREE.COM
Ya Allah moga diberi kesihatan yang sebaiknya kepada kedua2 tubuhku yg zahir dan batin ya Rabb...

Ummi Wardah

Wednesday, October 24, 2012

Puasa Hari Arafah 1433

Esok ...Hari Arafah....
di sunatkan kita berpuasa pada hari tersebut kerana kelebihannya..


Memetik kata2 sahabat yang mengesani hati dan sanubari...

Syukran..ya Ukhti:

1) " Mari kita sama2 puasa Hari Arafah. Moga2Allah ampunkan dosa2 kita setahun lalu dan setahun akan datang. Siapa yang tidak merebut keampunan Allah bereti dia tidak takut kepada api neraka. Siapa yang tidak takut kepada api neraka bererti dia tidak sayang kepda dirinya. Siapa yang tidak sayang kepad.a dirinya bererti dia tidak hargai nikmat hidup yang Allah beri. Siapa yang tidak hargai nikmat hidup yang Allah beri, alangkah malang dan kasihannya. Takut2 termasuk dalam golongan orang yang buta hati. Kalau sudah buta hati tiada guna cahaya walau seterang matahari..".
Ust Maznah Daud
2) 
اللهم بلغنا يوم عرفه وأجعل لنا فيه دعوة مستجآبه                                                                    

terbayang hari kita akan dibangkitkan semula dan berhimpun, "
Ukhti Sumayyah Abdul Aziz
 3)           Ia datang setahun sekali untuk kita membuat refleksi...bonus dan kesempatan Allah tawarkan kepada kita untuk memohon keampunan kepadaNya...seiring dengan para hujjaj di Makkah...jom mereka yang saya kasihi...usah lepaskan peluang ini, semoga Allah perkenankan segala doa kita, ameen " 
Ukht Norhayati Siddik.

JOM KITA PUASA ESOK......