




2 hari berada di desa Perancis bersempena dgn perayaan Hari Natal 2007. Seawal pagi menanti kotla ada sambutan meriah yang diadakan di gereja ke..? Kerana penempatan kami hanya beberapa meter sahaja dgn sebuah gereja kecil di kampung ini...
Ummi memerhatikan ke arah jalan, jika ada berbondong kereta datang ke gereja...nyata tiada..!!! .Ummi melihat-lihat ke arah gereja...juga ...sepi sahaja. Tiada nampak kelibat penduduk berkumpul ramai, Tiada kedengaran lagu-lagu gereja berkumandang...!! Jika ada pasti dapat didengar..!! kerana hanya beberapa meter sahaja gereja dari tempat ummi berdiri.
Pukul 7 pagi hanya kedengaran loceng gereja berdering beberaa kali, selepas itu sunyi sepi....gereja dan sekitar kg sunyi umpama tiada perayaan, ..tiada berpenghuni..!! Tiada sambutan perayaan sehebat di Malaysia jika tiba hari natal. Bahkan sepanjang perjalanan dari Kota London sehingga ke Dublin, perayaan Krismas hanya disambut sederhana sahaja, bahkan di sesetengah tempat tak terasa perayaan itu disambut pun...
Betapa jika di M'sia ...terlebih2 menyambut berbanding tempat penduduk yang terpadat penganut keristian ....!!
Mungkinlah musim sejuk, bersalji pula. Semua aktiviti keluarga didalam rumah sahaja. Kami keluar rumah penginapan kerana aktiviti riadhah . Main perang-perang/baling2 salji yang dikepal2. Masing kumpulan mepertahankan patung eskimo yang dibuat. Selepas 20 minit semua peserta lari masuk ke dalam bangunan penginapan. tak tahan sejuk.
betul sepeti dalam peti ais...amat2 terkenang tanah tumpah airku...Malaysia bumi yang nyaman...tidak sejuk dan tidak terlalu panas....
Alhamdulillah.....
Catatan Ummi Mar


No comments:
Post a Comment