Indahnya erti "ukhuwwah lillah"....
Ummi cukup yakin jika kita bersahabat kerana Allah dan bertaqwa kepadanya pasti kita akan merasa nikmat iman.....medium perhubungan masa kini sesungguhnya amat mudah,murah dan yg jauh... dirasai amat dekat.....
Pengalaman Ummi ,berhubung dgn sahabat seantero pelusuk tanah air dan dunia ...yg niatnya hanyalah kerana mengembangkan silatur rahim menjadi sejarah dalam hidup...
Betapa tidak, perkenalan melalui YM dgn seorang ukht( dalam gambar yg di tengah2)
dari sembang2 biasa akhirnya kini ukht Syikeen adalah PSU WJIM Melaka....!
Ternyata beliau gembira kerana akhirnya dia juga mampu menjadi seorang daie yg menyumbang tenaga dalam menggerakkan dakwah ini..moga persahabatan kami akan berkekalan sampai ke akhirat sana....!!
Pertemuan Ummi dlm gambar ini merupakan pertemuan buat pertama kalinya setelah sekian lama berkenalan dan berhubung melalui YM... Sesungguhnya kemudahan teknologi hari ini boleh menjadi alat yang boleh dimanfaatkan untuk membantu sesama insan hingga akhirnya tunduk dan patuh menjadi hamba Allah yg kembali taat dan patuh kepada Yang Maha Berkuasa. Yang Maha Pencipta yang hanya mahu hambaNya tunduk menjadi hambaNya bukan kepada yg lain...!!!
Ummi Wardah,
KL.
No comments:
Post a Comment