Friday, January 8, 2010

Selamat Musafir...Abah














Selamat bermusafir...Abah..
moga diberkati perjalanan pergi dan baik juga sepanjang di sana..

Hari ini 7.45 pagi Ummi hantar babah ke LCCT . Destinasi abah ke Bandung....
Ummi ditemani Angah dan adik Sofiah

Agak lama abah tak ke luar negara. Last ke luar negara juga ke Indon. Itu yang Ummi tengok dalam passportnya. Paling selalu ke overseas masa abah kerja di Proton. Agak Ummi kerana kerja di syarikat otombil negara memerlukan hubungan dengan pelbagai syarikat kereta di merata dunia. Rasanya USA dan China sahaja yang abah tak pergi.

Ummi masih ingat oleh kerana kekerapan ke luar negara sampai pernah abah sebut ke Ummi," Orang selalu kata ke luar negara bunyi macam glamour..tp bagi abah tak berapa suka...penat betul. Antaranya kerana duduk amat lama dalam flight bagi perjalanan yang jauh. Di negara yang di tuju kena pula menyesuaikan diri dengan perubahan masa, iklim......almaklum masa /appoinment meeting mereka hanya memerlukan beberapa jam/hari, lps tu balik dan meneruskan kerja seperti biasa. Belumpun lagi habis mengembalikan tenaga dan diri dgn perubahan iklim semasa di luar negara....".

Abah kekadang jadi mudah kurang sihat dan demam.

Tapi itu dulu............skrg abah dah kadang-kadang sahaja ke luar negara. Namun dalam negara pun abah amat sebok sekali. Selalu tiada di rumah. Ada ketikanya banyak komunikasi harian hanya melalui h/p..........

Ummi ..sedari awal perkahwinan...perlu belajar menerima realiti..Itulah kehidupan yang perlu dilalui.Kerana babah juga milik ramai....selalu Ummi membayangkan betapa jika ayah dalam keluarga seorang yang amat sebok seumpama Perdana Menteri, bagaimanakah komunikasi mereka sekeluarga.........Apakah mereka tetap 'beroleh bahagia'...apakah tips2 berguna yg jadi rutin amalan mereka.....!!

Namun amat Ummi kagumi bagaimana Ar-Rasul yang menjadi pemimpin amat hebat. Dalam kesebokan mengurus negara masih dapat menunjukkan qudwah paling mulia dalam rumahtangganya. Bukan sebuah rumahnya...tetapi pernah 9 buah rumah isteri-isterinya sekaligus....Subhanallah " Rahmatan Lill Alaminn...."

Namun sebagaimana resam insan yang berumahtangga, rumah tangga Ar-Rasul juga pernah bergolak dgn conflict, yang ada ketikanya amat mendukacitakan Ar-Rasul & ahli keluarganya bahkan sahabat2 Ar Rasul sendiri. Antara kesah yang menggegarkan : kesah Hadisul Ifki, Kes tuntutan nafkah para isteri nya, Kesah perselisihan antara isterinya oleh bahana rasa cemburu dll . Sehingga akhirnya diberikan inzar/pemutus dari Rabbul Jalil atas isu2 yang berlaku.

Sesungguhnya segala yang berlaku dalam rumahtangga Ar-Rasul ia berlaku tanpa disembunyikan kepada ummat..Maha benarlah Allah sesungguhnya tiadalah ia kecuali Wahyu yang diwahyukan...............ان هو إلأّ وحى يوحى
kerana semuanya adalah " sesi pembelajaran/pendidikan terbuka" lisanul hal kepada ummah sepanjang zaman. Ar-Rasul & Ummahatul Mukminin menjadi contoh terbaik buat ummah. Allahumma solli ala Muhammad waala ali sayyaidina Muhammad..........
Ummi amat suka mendengar nasyid Raihan/The Zikr bila menyanyikan lagu...Rasullullah...
Antara liriknya: Rasullullah dalam mengenangmu.......Amat besarnya jasamu Ya Rasullullah...

Dalam isu-isu rumahtangganya semua yang berlaku akhirnya ' disana satu penegasan bahawa hakikat manusia & tanggungjawab di dalam rumahtangga semuanya menjurus bahawa rumahtangga itu mesti dibina untuk membantu agar manusia tidak hilang punca dari matlamat pembinaan baitul muslim. Ia itu menyempurnakan amanah kepimpinan (khalifah) agar kekal menunaikan tuntutan beribadah kepada Allah...Sebab itulah dikatakan; dengan perkahwinan akan terselamatlah separuh dari iman.....

Bahkan perkahwinan dan rumahtangga ruang dan peluang suami,isteri, anak-anak serta ahli keluarga merebut peluang mengumpul ganjaran Allah sebanyak mungkin untuk bekalan menemui Pencipta....

Mungkin kita pernah mendengar penceramah bercerita/buku yang dibaca dlm hal ehwal rumahtangga, segalanya digambarkan ' PAHALA" belaka. Memada sekadar contoh Ummi nukilkan yang masih diingati: Memberi nafakah kepada keluarga amat besar pahalanya,hingga seorang suami, (juga isteri pastinya) yang memenuh keperluan nafkah batin isterinya. Seorang isteri menuangkan air untuk diminum suaminya amat besar ganjarannya. Seorang isteri yang melahirkan anak pahala syahid dan seorang isteri yang menafkahkan hartanya kerana membantu suaminya yang miskin tak terkira ganjarannya di sisi Allah dll....Segalanya pahala dari Allah....! Alangkah bahagianya insan (suami isteri & kaum keluarganya): senyum,duka,sabar,amal,cekal dan segalanya adalah pahala dan anugerah dari Allah belaka...

Namun ini semua...hanya dapat difahami, direbut peluangnya,diusahakan bersungguh2 dengan sedar,dirancang dan azam yang tinggi. Moga akhirnya dapat dikecapi/dinikmati dgn syukur oleh mereka yang berilmu,beriman,ikhlas dan TINGGI TAWAKKALNYA kepada Allah Yang Maha Pencipta. Memastikan keluargaya terus istiqamah meneruskan amanah semata2 kerana Allah...!

Buat anak2 Ummi...yang dikasihi:

" Dalamilah ilmu antara hak dan batil, antara iman dan kufur, antara halal & haram, fahamilah semua tanggung jawab sebaik mungkin. Dari tanggung jawab sebagai anak, pelajar, sahabat, jiran, ahli masyarakat dll, agar bila sampai masa Allah takdirkan 'sampai jodoh', anakda semua jadi insan yang cukup bahagia kerana FAHAM erti sebenar amal & ikhlas, dan apa yang sedang diamalkan dan kenapa dan untuk apa........!!? Semua perlu dicari, dibina berterusan selagi hayat masih ada........".

Moga anakda semua bisa terus bahagia....
Ummi & Abah akhirnya hanyalah rakan seperjuangan dalam bahtera menuju ta'abbud kepada Allah Yang Esa. Yang baik/buruk adalah pilihan diri kita masing2 .Semuanya akan dipersoalkan di Mahsyar nanti...

Moga kita dapat bersama dlm bahagia di Syurga nanti..!!!
Tempat yang kekal abadi..... Benar..... di sini hanyalah amanah2 dan satu perjalanan menuju destinasi....
Bila sampai masa, tak kira tua/muda, sihat atau sakit kita kan dijemput menemuiNya.

Ummi Wardah.
Bdr Puteri,
9 Jan. 2010.

No comments:

Post a Comment