Thursday, February 4, 2010

Aktiviti abah bila cuti.......sdg berkebun.....


Abah memang selalu sebok. Sebok sokmo....
Tetapi jika berkesempatan antara yang akan abah buat ialah memotong rumput di taman kecil kami...orang kata cukuplah untuk mengeluarkan peluh. jika lapang kami selalunya akan turut tolong menyapu rumput dan membersihkan pokok2 yang ada. Selalu juga kami bergotong royong buat kerja membersih halaman rumah yang kecil sahaja tu...

Tetapi dek kesebokan kami nampaknya bibik pembantulah yang banyak membantu mengurus dan menjaga pokok2 serta halaman rumah yang tak seberapa tu...Alhamdulillah bibik kami orangnya cukup baik dan amat suka bercucuk tanam...

Moga kami dapat melakukan sebaiknya menyantuni bibik sepanjang dia bersama dgn kami. Bonda Ummi yang tinggal bersama juga nampaknya amat senang dengan bibik kami ini...

Apa pun syukur Alhamdulillah.

Ummi Wardah.
Bdr Puteri.

No comments:

Post a Comment