Wednesday, February 24, 2010

Satu Perjalanan...Setiap penyakit pasti ada ubat penyembuhnya

Sekali lagi Ummi bermusafir ke negeri Serambi Mekah. Demi usaha mencari ubat penyembuh. Perjalanan yang dilalui tetap memberi pengajaran. Sepanjang perjalanan, melihat kebesaran Allah pada penciptaan alam yang terbentang.

Kadang2 ketika bermusafir inilah kita ditemukan dengan peristiwa dan perkara2 di luar jangka. Akhirnya menjadikan kita mensyukuri dan tambah merasa rendah diri kepada yang Maha Pencipta. Amat dekat di hati bahawa kita di dalam perhatian dan muraqabahNya. Saat kita di uji rupanya di situlah jiwa,minda dan ruh Kita amat 2 terasa dilihat langsung dalam pengamatan Allah. Akhirnya , mengukuhkan keimanan kita pada pada Qada' dan QadarNya. Upaya yang dinugerah hanyalah usaha ikhtiar namun segalanya adalah milikNya jua.








Langit & awan dua mahluk Allah yang menjadi tanda kebesaran Allah yang Maha hebat. Bumi hijau yang terbentang luas menjadi nikmat kepada kehidupan manusia. Rabbana Ma Khalaqta haza bathila, Subhanaka faqina azabannaar.......!!

Abah berkesempatan bertemu penulis novel yang terkenal dan novelnya telah difilemkan, dimana diceritakan sedang hangat di panggung wayang di Indonesia. Penulis novel Bila Cinta Bertasbih; Bapak Habiburrahman Assirazi.

Ummi juga berkesmpatan bertemu dengan 'romemate' lama semasa belajar di Kaherah 1980an dahulu, Ust. Tempawan. Jazakallahu khairan, kerana menyantuni Ummi dari masa tiba di airport ,di penginapan dan meminjamkan kami kereta anakda Usamah sepanjang kami di sana. Taklupa juga pertemuan tak disangka dengan seorang lagi 'roommate' ummi Ust. Normah,yang sama-sama berkuliah di Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri hinggalah di Kaherah juga sekitar tahun 1979-1980an.

Kedua2 sahabat ummi ini walaupun bukan orang Kelantan tetapi sudah berubah lahjah bahasa dari Kedah dan Selangor menjadi oghe Kelate belako. Begitulah aturan kehidupan, yang paling utama keduanya masih teman/sahabat ummi yang sama dalam perjuangan dakwah ini. Masih terasa hangatnya nikmat ukhuwwah tika saat kami sama remaja, belia 30 tahun dahulu....Moga Allah kekalkan nikmat ini selamanya....Amin.


Kesempatan bertemu sekali lagi, sekalipun di usia warga emas dan anak2 yang semakin membesar dan dewasa rupanya tetap menjadikan kita mensyukuri betapa kasih Allah menjadikan diri kita terasa masih muda dan bertenaga...kerana kita masih bersama dalam rangkaian bahtera ini...!!

ummi Wardah
badar Puteri.

No comments:

Post a Comment