Friday, February 26, 2010

Majlis sambutan Maulidur Rasul Bdr Putri 1431 Hijrah.





Sambutan Maulidur Rasul Bandar Puteri tahun ini telah disambut hari ini 13 Rabiul Awal.1431 Hijrah. Dihadiri sekitar 400 orang, termasuklah meraikan kumpulan anak2 yatim dari 4 buah rumah anak yatim, Para Janda/Armalah dan Orang Miskin di taman Bandar Puteri dan daerah Klang.

Sambutan dimulakan dengan acara perarakan oleh para remaja Bandar Puteri mengelilingi laluan sekitar taman. Seterusnya majlis dimeriahkan dengan persembahan Nasyid, oleh remaja sekolah dari SAMT Sultan Hisamuddin.

Satu ceramah/tazkirah telah dsampaikan oleh As-Syeikh Abdullah Fatani. Tajuk yang difokuskan dalam tazkirahnya berkaitan " Menyantuni anak Yatim".

As-Syeikh memulakan ceramahnya dengan mengingatkan betapa Ar-Rasul sangat menyayangi 3 golongan; iaitu, Anak Yatim,Orang Miskin dan Janda. Rasullullah ketika kecilnya adalah seorang anak yatim .Baginda amat memahami perasaan ,kehidupan seorang anak yatim. Itu antara sebab mengapa Ar-Rasul amat sayang kepada mereka.


1






Diceritakan sekumpulan orang yang kasar/berhati keras atau ' ' dl bahasa Kelantan, datang berjumpa Ar-Rasul meminta nasihat supaya boleh berhati lembut. Ar-Rasul menasihatkan mereka supaya berbakti kepada anak yatim, usap rambut mereka, berbuat baik kepada orang2 miskin, dan kasihilah para janda. Sesungguhnya dengan berbuat demikian insyaAllah hati akan jadi lembut. Bahkan pahala bagi yang menyantuni 3 golongan ini pahalanya seumpama orang yang berjihad di jalan Allah dan pahala orang yang solat malam tak henti-henti.

Pesanan As-Syeikh kepada para anak yatim di depannya; Syukuri kehidupan ini. Jangan sedih kerana jadi anak yatim. Jadilah orang yang berakhlak mulia, berusaha menjadi orang yang terbaik. InsyaAllah, Allah sayang kamu dan memberi kepada kamu kebaikan yang banyak. Antaranya kamu bersyukur kerana terlepas dari dosa besar yang banyak dilakukan oleh orang yang ada dua ibubapa kerana derhaka kepada ibu bapa.

Syeikh juga menceritakan beliau juga sebenarnya 60 tahun dahulu anak yatim. Ayahnya meninggal dunia ketika umurnya 4 tahun kerana mati berjuang mempertahankan tanah air Patani dari askar penjajah Siam. Selepas itu ibunya membawanya ke Makkah dan disanalah beliau membesar dan belajar sehinggalah berumur 30 tahun, barulah beliau kembali ke tanah airnya semula.

Ketika menyebut anak yatim hatinya amat2 tersentuh, kerana ia mengingatkan dirinya ketika kecil. Syeikh mengakhiri tazkirahnya dengan pesanan yg bersungguh2 buat para anak yatim di hadapannya," Heh..kamu anak2 yatim, jangan sedih jadi anak yatim. Berusahalah jadi orang yang berguna dan berilmu. Contohi seperti Rasullullah. Seorang anak yatim yang hebat, cemerlang ".

Selepas habis ceramah anak-anak yatim mengerumuni As-Syeikh untuk bersalam dan bergambar. Ummi terfikir sendiri melihat kejadian yang berlaku. Alangkah baiknya anak2 yatim ini berbanding yang bukan , betapa selepas diingatkan terus berbondong2 menghampiri As-Syeih untuk bersalaman.....anak2 yang lain walaupun duduk di sebelah mereka tiada pula yang bangkit menyusuli perbuatan anak2 yatim ini....MasyaAllah berbahagialah mereka yang menyantuni anak2 yatim.


Majlis seterusnya diteruskan dengan pemberian sumbangan kepada semua anak yatim dan orang miskin serta para janda dan anak-anak kecil. Selepas itu semua hadirin diminta bersalawat bersama-sama. Pukul 12 tengahari jamuan makan dengan lauk daging lembu aqiqah pula.

Itulah program komuniti yang berlangsung hari ini, sederhana tapi meriah dan amat baik kerana dihadiri oleh semua kumpulan komuniti penduduk. Dari yang kaya,miskin bahkan anak yatim. Tahniah kepada penganjur yang berusaha sebaik mungkin untuk menjayakan sambutan Maulidur Rasul yang simple tetapi meriah. Moga Allah memberkati usaha yang telah dilakukan sebagai amal soleh.

Ummi turut serta bersama anakda Sofiah Kauthar.
Ummi Wardah
Bdr Puteri.

No comments:

Post a Comment