Thursday, February 4, 2010

Sehari ...di sekolah..

Hari ini merpakan antara hari yang amat sebok di sekolah.
Apataknya....ada 5 aktiviti dijayakan .Pagi bermula 8.00 pagi semua murid telah berkumpul di dataran sekolah kerana menyertai Larian Rentas Desa...

Pada pukul 9.30 pagi pula delegasi dari SMP Semarang, Indonesia pula datang bertandang ke sekolah....


Delegasi dari SMP,Jepara,semarang.

Masa yang sama di adakan pula ceramah kesihatan mengenai Cancer di Dewan Sekolah. Semua pelajar dikumpulkan didewan sekolah setelah mengikuti rentas desa...

Pada pukul 10.00 pagi pula diadakan majlis meraikan sahabat yang akan bersara Pn Raudhah dan Pn Nawal yang akan bercuti selama 3 tahun, kerana mengikut suami ke luar negara, france. kami juga meraikan balu kepada Allahyarham Ustaz Solehan Ahmad Pn latifah menghargai hidmat bakti suami beliau di sekolah ini. kami berpakat menyediakan hidangan ...bermacam2 hidangan lauk pauk yang disediakan oleh guru-guru dan kakitangan....

Pn Latifah merupakan rakan sekuliah Ummi semasa di universiti. Kami juga tinggal di asrama yang sama..banyak kenangan beraktiviti zaman kami di kampus dulu...bersama dalam program anak negeri Selangor BKANS Nilam Puri dan dalam Persatuan Mahasiswa YPTIK, Nilam Puri Kelantan... ustaz Solehan pula senior kami di kuliah....Sudah sampai masanya Allah menyahutnya kembali setelah bertahun2 sabar dgn derita penyakit diabities.....Mengenangkan ini Ummi amat insaf sesungguhnya Ummi juga merasa sesungguhnya Ummi juga hanya diberi 'masa kecederaan'.....yang entah esok lusa akan tamat tempohnya......

Di sebelah petang pula Ummi bersama rakan kaunselor mengendalikan Program Belaian Kasih yang bermula pada 29-31 Januari 2010. seramai 33 orang murid telah turut serta dalam program yang diadakan.









Pn Latifah PK Pentadbiran ,SMK Sri Andalas. Klang.
diraikan dalam majlis rengkas di sekolah.



Ummi Wardah,
SAMTH
Klang.

No comments:

Post a Comment