Wednesday, March 31, 2010

Anda Stress..........?

Hari ini 31 Mac 2010 Ummi beserta sahabat sekerjaya menghadiri bengkel "pengurusan Stress" anjuran Unit Kaunseling PPD Klang dan In Fiution Sdn Brhd (tak ingat tepat) nanti Ummi betulkan . Kursus bermula dari 8.00 pagi hingga ke pukul 1.00 diadakan di Hotel Holidy Inn..Glenmerie, S.Alam. Hampir 70 orang para kaunselor sekolah menengah dan rendah daerah Klang turut hadir.. Jumpa teman lama yang sekursus semasa di UM dulu Cr Salina.dan bekas anak murid ummi yang sudah menjadi kaunselor sekolah juga...

"Best la Kmar kursus di sini... ..!" Ujar Cr Rafidah, rakan Ummi seusai kursus tengah hari tadi. Dewan kursus betul-betul menghadap padang Golf saujana mata memandang...ya la kita yang menjadi penghuni bandar selalu hanya melihat pemandangan hutan batu sahaja. Sesekali melihat kehijauan padang yang melaut...hati pasti rasa tenang dan damai. Sesuai dengan tajuk kursus Pengurusan Stress.

akan bersambung....

Hotel Holiday Inn Glenmerie bersebelahan DRB Hicom tempat baba kerja dahulu, selama lebih kurang 5 tahun..Hotel ini antara yang kami kunjungi kerana meraikan 'ulangtahun perkahwinan kami'. Makan berdua sahaja....masih ingat lagi abah memesan hidangan menu Japanese...hemm..pertama kali Ummi tahu sambal jepun 'Wasabe'....emm.Tak boleh nak makan lah ummi.

baba juga bawa kami sekeluarga ke sini bila DRB meraikan keluarga staf dalam majlis berbuka puasa, tazkirah serta solat terawih berjamaah, suatu ketika dulu....

DRB Hicom 10 minit perjalanan dari SAM Bestari, sekolah di mana ummi berkhidmat juga 5 tahun. 2004-2008. Ditakdirkan kami berdua sama tahun berpindah kerja. Hujung 2003 Baba bertukar dari PROTON ke DRB , dan 2009 berpindah pula dari DRB ke tempat Baba bertugas sekarang. Begitu juga Ummi . 2003 berpindah ke SAM Bestari, Subang Jaya dari SAMT Hisamuddin klang, dan 2009 berpindah pula dari SAM Bestari ke SAMTH klang semula.

5 tahun tempat kerja berhampiran memberi peluang dan ruang 'saat membahagiakan diri' di celah2 kesebokan tugas kerjaya dan dakwah...Alhamdulillah.. Banyak kenangan indah bersama. Kadang-kadang 'makan tengahari,sarapan pagi dan makan bekal bersama-sama. Sesekali jalan-jalan window shopping di Sunway atau Subang prade dll berdua sahaja... dan yang selalu ke program atau mesyuarat di KL jika weekdays pasti bersama pergi dan balik.............Agaknya jaga sekolah dan DRB pasti ingat kami ..yang balik tengah malam/dinihari kerana masuk kawasan sekolah/DRB untuk mengambil kereta yang di parking di sekolah Ummi atau di tempat kerja Baba di DRB.
Akan bersambung.....

1 comment:

  1. ummi dengan babah sangat comel dan sweet.

    tak sabar nak tunggu ummi share pasal pengurusan stress tu.

    ReplyDelete