Tuesday, March 16, 2010

Pesanan Dr kepada yang ingin menceburi bidang kedoktoran..

Berikut perbualan teman2 ummi berkaitan dr & kareer kedoktoran. Kedua2nya dr yg dah lama berkecimpung dalam bidang itu.
Just to share dgn harapan yg membaca (khasnya anak2 murid Ummi) mesti....be a positive thinking....and be open minded...

Salam Dr Zol,

As far as I know, kebanyakkn medic student cukup faham pengorbanan yang diperlukan untuk mengambil medic sebab ini yang mereka sudah lakukan semasa sekolah dulu. In fact, anak saya yang bongsu prestasinya semakin meningkat, bukan menurun sebab dia semakin rajin, Yang dapat masaalah hanya segelintir kecil sahaja.

Semua yang Dr Zol sebut itu adalah benar, namun demikian saya percaya ia hanya benar bagi doktor yang tidak mempunyai keikhlasan dalam bekerja dan diri sendiri tidak cukup matang untuk menangani masaalah orang sebab masaalah diri tidak selesai,

Having said that, saya sendiri sarankan kepada student yang nak masuk medic, fikir masak-masak adakah ini yang dikehendakki sebagai kareer sebab ia bukan glamor tapi kerja yang tidak boleh slack.

Lagi satu fakta yang tidak diketahui ramai adalah bahawa kadar doktor yang lulus setiap tahum semakin meningkat sehingga kini tidak dapat ditampung training untuk houseman. Dalam masa 5 tahun akan datang, hospital kerajaan tidak dapat ambil semua graduan bekerja selepas habis housemanship. Mungkin akan jadi sepertimana berlaku di India dimana doktor terlalu ramai ,,,kena migrate untuk dapat kerja.

Dr Su

aslkm
Facts are facts!
Bila dah masuk medik baru menyesal! Orang lain cuti sebab cuti panjang tapi pelajar medik kena belajar sebab tak banyak cuti. Lepas tu housemanship 2 tahun (bukan 1 tahun seperti dahulu sebab doctors sekarang sangat2 manja!! jadi training terpaksa dipanjangkan) , 3 tahun MO , 4 tahun utk masters. All in all 14 tahun utk masters. Orang lain dah boleh PhD. Tambah 5 tahun lsgi utk diiktiraf sebagai betul2 consultant.
Its a very competitive world.

Anyway to be frank standard medik overseas memang teruk (yg UK atau australia saya tak tahu sebab tempat saya bekerja tak ada dari sana) dan Malaysian Medical Council memang tahu perkara ini. Politik kadang2 lebih kuat dari kuasa MMC!!

Dan mereka sedikit sombong. Macam mana nak impress consultant yg akan melihat kpd housemen dan kemudian akan memilih doktor yg akan bertugas di bawahnya utk jadi future specialists. Kemungkinan mereka tidak sedar yg kami sentiasa melihat mereka dan kami boleh reject nama2 mereka dari senarai yg dicadangkan kpd kami, sebelum bertugas dgn kami.

Consultants are fighting to get dedicated doctors, and we are also fighting to reject them if we are not happy with them. In the end no consultant will want him or her. Kalau kes macam ni, selalunya berakhir di forensic medicine where you are dealing with dead bodies!!
Itulah ceritanya

drzol

Cerita ini moga ada pedoman bagi anak2 murid Ummi yg sedang/akan menceburi bidang kedoktoran. Selalu Ummi berpesan dalam program kerjaya di sekolah, jangan pilih aliran kerana glamor/ikut kawan/sbb ibu-bapa shj. Pastikan yang ANDA pilih ialah jatidiri ANDA sendiri. Kerana anda yang akan melalui cabaran sebenar meniti perjuangan dalam pilihan anda itu..Moga tidak ada kesal di tengah/dihujung jalan...!!
Ummi tetap mendoakan anakda semua akan bahagia dan gembira serta berusaha sepenuh jiwa raga dalam menggapai harapan dan cita-cita di hari muka..!!!

Ummi Wardah.
SAMTS Hisamuddin.
GKSM.

1 comment:

  1. salam dr... saya tak tahu apa bidang yang saya minat.... sudah ambil ujian kerjaya pun masih ragu dgn result .... tp dalam otak cuma fikir pasal kedotoran atau kejuruteraan... kalau boleh dr tolong bagi pandangan dan pendapat tentang bidang2 trsebut

    ReplyDelete