Tuesday, March 30, 2010

Suami anda 'Baran..'..........................?

Mari kita renung apa yang berlaku dalam institusi keluarga masyarakat kita hari ini. Berikut Ummi perturunkan pandangan dan jawapan untuk membantu dari seorang sahabat Ummi yang pakar dalam terapi psikologi.

Jawapan beliau berikutan kesah beberapa sahabat ummi yg lain yg telah berjaya membantu (satu langkah drp langkah seterusnya) seorang suri rumah yang diselamatkan dan berjaya keluar dari rumahnya juga dengan bantuan polis, akibat didera oleh suami yang "panas baran". Penderaan yang dialami memang mengancam keselamatan diri dan nyawanya.

"Panas baran" satu penyakit yang semakin sukar dikawal dan semakin menular di zaman ini. Beberapa punca yang perlu dilihat yang boleh menjadi antara punca isu:

i- Paparan cerita/drama dlm dan luar negara di media spt tv, umpamanya. Betapa paparan 'cara berkomunikasi', adegan ganas dalam mengurus emosi, menyelesai maslaah dll, yang amat terkesan kepada penonton, dan mendorong untuk meniru.

ii- Gaya hidup yang menekan. Panas baran banyak terjadi disebabkan stress/tekanan kehidupan hari ini yang kompleks. Dalam satu ceramah mengenai stress, yang Ummi ikuti pakar menerangkan banyak punca stress disebabkan ' keperluan /keinginan individu kpd meterial". Sebab itu semakin memiliki banyak harta/barang individu menjadi semakin stress.

iii-pemakanan amat berkaitan dengan tingkah laku seseorang. Maka penjagaan makanan samada dari sumbernya,kualiti dan kuantiti makanan juga amat perlu di amati.

iv-Tiada/kurang penghayatan kepada ajaran Islam,pengamalan yang songsang,menurun iman,kurang atau jauh dari nilai2 murni agama Islam yang sebenar.

v- Anak-anak yang bertabiat 'pemarah' samada di sebabkan persekitarannya atau tabii dari kecil jika tidak mendapat teguran berhemah/pendidikan yang baik dari rumahnya,sekolah dll akan 'terbiasa' sehingga boleh menjadi budaya hidup. Jika ini berlaku mengubah sesuatu yang sudah menjadi 'budaya' berbelas/berpuluh tahun pada seorang itu, ia bukan mudah pula untuk diubah/berubah. Justeru petua yang Ummi amalkan dan ajarkan pada anak-anak sebelum tidor pastikan membaca:
- Al-Fatihah 1X
-Ayat Kursyi 1X
-Al-Insyirah 1X
-3 Kul (Al-Ikhlas,Al-Falaq & An-Nas) 1X tiap2 surah.
-Doa nak tidor....

Antara doa bagi hati yang resah gelisah:


Justeru, insiden 'samseng jalanan' , pukul isteri dll contohnya merupakan betapa rendahnya tahap kawalan emosi marah. Rasa marah disebabkan perkara yang kecil pun sukar dikawal sehingga boleh menyebabkan kecederaan dan pembunuhan...

Berikut dipetik dari tulisan perbualan/perbincangan sahabat2 ummi mengenai isu ini. Moga nasihat pakar ini boleh dikongsikan dengan mereka yang mengalami atau ada ahli keluarga yang mengalami gejala yang sama.

Ummi Wardah

Salam,

i- Syabas dan tahniah semua yang terlibat. Kes ini jatuh bawah tajuk penderaan fizikal (nota kuliah ana). Pada pengamatan ana, kes seperti ini sudah terlalu lama berlaku dan dibiarkan kerana masyarakat tidak dididik apa patut dibuat dalam situasi ini.
Si suami sepatutnya diberi bantuan 'anger management' untuk membantu menangani panas barannya sejak dari awal lagi. Boleh dirujuk ke hospital di bawah jabatan psikiatri. Cuma masalahnya, kalau suami tak mahu pergi, isteri tak boleh nak heret suami pulak.

Kadang2 ada suami yang bertanggungjawab dari sudut memberi makan pakai, nafkah dll. Tetapi tidak dapat mengendalikan nafsu ammarahnya sehingga menyebabkan isteri didera. Sebab itu si isteri masih bersama suami kerana menyangka kesabarannya boleh mengubah si suami.

Namun sikap suami semakin menjadi-jadi. Kalau kena penjara pun tidak mengurangkan amarahnya, mungkin insaf sekejap. Tetapi kalau tak kena gayanya, boleh naik semula angin puting beliung :). Kalau isteri masih sayangkan suami dan sanggup bersamanya, nasihatlah suami untuk membuat rawatan. Kalau isteri sudah tidak sanggup bersamanya, isteri ada jalan keluar iaitu perceraian.

Cabaran dakwah hari ini antaranya menangani permasalahan sosial termasuk penderaan keluarga di dalam masyarakat. Mungkin kita perlu perbanyakkan PAKSI dan dapatkan kaunselor yang terlatih untuk masalah spesifik seperti ini.
Kalau ada suami yang ada masalah panas baran (mungkin diwarisi terutamanya yang ada darah pendekar tu :) dan hampir melakukan penderaan terhadap ahli keluarga, kenalah mula berjumpa pakar yang boleh membantu. Bagi penampaq tak cukup.. Silap2 yang nak menampar kena penampar balik, hehe...

Wassalam,
Pakar terapi.

Salam,

ii- Kes2 suami isteri yang seperti ini, ana ada satu ungkapan je, samada:
'See you in the court' (isteri yang berani menuntut haknya/ cerai) atau:

'See you in the hospital' (isteri yang tak berani menuntut haknya sehinggalah dia sendiri terlantar di hospital akibat didera atau masuk hospital sebab depression).

Isteri sebegini sebenarnya membenarkan dirinya didera. Inilah bentuk psychological abuse i.e. penderaan psikologi (meliputi penderaan emosi dan mental). Isteri tak nak buat pengaduan kerana khuatirkan keadaan suaminya.

Pelik ya? Dia tak risaukan dirinya sendiri yang dah lebam sana sini hatta patah riuk tulang temulang. Tetapi khuatirkan sekiranya suami ditangkap atau dirotan di dalam penjara! Ini selalu terjadi bagi isteri yang terlalu dependent kepada suami samada physical dependence (suami cari nafkah, isteri tak bekerja) atau emotional dependence (cinta buta :).

Dan ada suami yang menyedari kebergantungan isterinya lalu memanipulasi keadaan itu dengan ugutan2 untuk menakut2kan isteri agar tidak menceritakan kepada orang luar. Dalam drama di tv pun selalu kita lihat, isteri berdalih apabila orang luar menanyakan perihal mata lebamnya!

Wassalam.
Pakar Terapi.

Pernah terbaca artikel mengenai penderaan keatas isteri/wanita ni berlaku disebabkan wanita tersebut membenarkan ia berlaku. Dan berlaku berulang-ulang
Ana pernah handle satu kes suatu masa dulu. Suami main kayu tiga dengan rakan sepejabat yang berstatus isteri orang. Bermulalah episod penderaan pada isteri mental dan fizikal. Satu malam di bulan puasa suami telah menumbuk-numbuk muka isteri sehingga retak tulang pipi. Ana dan ibu mangsa membuat report polis.Namun apa kata isteri pada polis, dia diragut dan dia tak kenal penyerangnya! Dan polis tak dapat buat apa-apa pada suami! walaupun mereka sebenarnya tahu suami yang punya angkara.
Hany

Salam

Kes-kes isteri kena dera memang banyak tapi tak de apa tindakan sebab ada wanita yang tak nak dipanjangkan masalah..... redha dengan apa yang berlaku..... ??

Saya ada satu kes dimana isteri di nafikan hak harta sepencarian. .. semua harta atas nama suami walaupun isteri bayar dengan duit gaji beliau. bila cerai ...isteri tak dapat apa...apa sebab tak de bukti dia yang bayar....pakai bank in transfer je... Rumah...kereta ...even nafkah ....dinafikan. mentang-mentang isteri bekerja..... semua perbelanjaan ditanggung oleh isteri...... Suami gaji besar tapi tak tahu mana laburkan duit.....

Kat mana nak buat pengaduan ni??
Rose

Salam~

Mengucap panjang... Kebanyakkan isteri ini has been 'held hostage' by the husband.

Satu hal ana nak sentuh pada isteri yang bekerja. Suami jangan ambil kesempatan. Suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri secara yang hak. Berikan elaun bulanan pada isteri. Juga berikan elaun pakaian setiap 6 bulan contohnya. Ingat apabila isteri bekerja, beliau meringankan beban kewangan keluarga dan beliau wajar diberikan imbuhan selain dari nafkah wajib atas suami.

Dr
Pensyarah Univ.


Salam~

1- Sebagai jalan keluar, si isteri boleh memohon cerai di mahkamah syariah. Dokumen seperti laporan polis, laporan perubatan, laporan kaunseling dll bolehla digunapakai untuk tujuan tersebut.

2-
Isteri boleh failkan saman tuntut harta sepencarian walaupun harta didaftar atas nama suami..kena tindakan segera, nak elak masalah lain..cth, kalau rumah, suami boleh jual @ transfer atas nama org lain..better masukkan kaveat (perintah larangan) dulu..

Moga diamati. dan bertindaklah dgn bijaksana.

Wassalam.
Peguam Syarie

Salam~

No comments:

Post a Comment