Wednesday, December 15, 2010

peasanan dan awas ya....

Asalamulaikum wrh.

Anda ada motorsikal..?
Baru beli....dah agak lama tp dijaga elok..?
Harap baca pesanan di bawah moga membantu...!

1-Walaupun antum memandu kereta, tetapi kekadang pakai juga motosikal untuk ke kedai, surau, hantar anak tusyen, ke rumah jiran, mesyuarat tempatan, dll.Justeru JANGAN LUPA KUNCI XTRA motor anda.Pesan juga pada anak2 antum/anda.
Baru2 ini , ketika bawa 3 anak solat Isyak, kami pergi awal & dapati ramai jamaah tengok video dalam masjid.Rupanya rakaman CCTV motor ahli jamaah dicuri KETIKA RAKAAT PERTAMA(merujuk masa pada CCTV).
Dua remaja, datang selamba, pakai topi keledar, tengok cctv tak kisah pun.Sorang buat lakonan naik motor ahli jamaah macam motor dia. keluarkan skru driver dan tuil kunci/suis motor.Kemudian kawannya yg bermotosikal tu tolak motosikal curi itu(kawannya bawa la) dengan kaki.Tanpa hidupkan injin.
Hilang di kegelapan malam.Mungkin disorok di sesuatu tempat.Kemudian tunggu van/lori angkut utkdi jual.Tunai paling kurang rm500-untuk 'spare-part'.Mungkin juga ditolak terus ke bengkel yang memang subhat buat kerja ini...
MAKA JGN YAKIN DAN TAWAKKAL SAHAJA, KUNCI MOTOR dengan kunci pendua lain motor ANDA WPUN DI SURAU/MASJID.Hilang ?pasti tak jumpa.
2-TIPS polis-jika jumpa remaja menolak menolak motosikal dengan kaki secara beriring DUA buah motosikal, sila AMBIL NO PENDAFTARAN kedua-duaNYA, REPORT polis terus, biar peronda tanya.Tak ada masalah!
Sebab baru2 ini, saya nampak macam tu.(selepas kes kat masjid tu 4, 5 hari berlalu). Saya syak saja.Buat tak kisah..., saya menunggang motosikal.Dalam hati teragak-agak, nak siasat ke tidak?...Sbb motor itu baru, Yamaha.Takkan dah rosak dan tayar tak pancit! Tiga remaja. Bila saya cuba kejar, dah HILANG sejauh 7 km.maknanya mereka bukan lah laju sangat, tetapi telah melencong dalam lorong tikus(semak) untuk disorokkan.
Ringkas cerita, bila saya call balai, MEMANG CONFIRM ada pengadu report hilang motor di lokasi berhampiram, time yang hampir sama, dan itulah SATU-SATUNYA laluan(yg saya nampak!) yang boleh dilarikan motor tersebut(sbb di tepi hway, sehala, ada divider).


ini pesanan dr yg berpengalaman...moga2 ada manfaatnya...........
mari kita turut sama mebenteras gejala kebinasaan akhlak di kalangan warga remaja....hari ini!

Ummi Wardah

No comments:

Post a Comment