Wednesday, March 31, 2010

Anda Stress..........?

Hari ini 31 Mac 2010 Ummi beserta sahabat sekerjaya menghadiri bengkel "pengurusan Stress" anjuran Unit Kaunseling PPD Klang dan In Fiution Sdn Brhd (tak ingat tepat) nanti Ummi betulkan . Kursus bermula dari 8.00 pagi hingga ke pukul 1.00 diadakan di Hotel Holidy Inn..Glenmerie, S.Alam. Hampir 70 orang para kaunselor sekolah menengah dan rendah daerah Klang turut hadir.. Jumpa teman lama yang sekursus semasa di UM dulu Cr Salina.dan bekas anak murid ummi yang sudah menjadi kaunselor sekolah juga...

"Best la Kmar kursus di sini... ..!" Ujar Cr Rafidah, rakan Ummi seusai kursus tengah hari tadi. Dewan kursus betul-betul menghadap padang Golf saujana mata memandang...ya la kita yang menjadi penghuni bandar selalu hanya melihat pemandangan hutan batu sahaja. Sesekali melihat kehijauan padang yang melaut...hati pasti rasa tenang dan damai. Sesuai dengan tajuk kursus Pengurusan Stress.

akan bersambung....

Hotel Holiday Inn Glenmerie bersebelahan DRB Hicom tempat baba kerja dahulu, selama lebih kurang 5 tahun..Hotel ini antara yang kami kunjungi kerana meraikan 'ulangtahun perkahwinan kami'. Makan berdua sahaja....masih ingat lagi abah memesan hidangan menu Japanese...hemm..pertama kali Ummi tahu sambal jepun 'Wasabe'....emm.Tak boleh nak makan lah ummi.

baba juga bawa kami sekeluarga ke sini bila DRB meraikan keluarga staf dalam majlis berbuka puasa, tazkirah serta solat terawih berjamaah, suatu ketika dulu....

DRB Hicom 10 minit perjalanan dari SAM Bestari, sekolah di mana ummi berkhidmat juga 5 tahun. 2004-2008. Ditakdirkan kami berdua sama tahun berpindah kerja. Hujung 2003 Baba bertukar dari PROTON ke DRB , dan 2009 berpindah pula dari DRB ke tempat Baba bertugas sekarang. Begitu juga Ummi . 2003 berpindah ke SAM Bestari, Subang Jaya dari SAMT Hisamuddin klang, dan 2009 berpindah pula dari SAM Bestari ke SAMTH klang semula.

5 tahun tempat kerja berhampiran memberi peluang dan ruang 'saat membahagiakan diri' di celah2 kesebokan tugas kerjaya dan dakwah...Alhamdulillah.. Banyak kenangan indah bersama. Kadang-kadang 'makan tengahari,sarapan pagi dan makan bekal bersama-sama. Sesekali jalan-jalan window shopping di Sunway atau Subang prade dll berdua sahaja... dan yang selalu ke program atau mesyuarat di KL jika weekdays pasti bersama pergi dan balik.............Agaknya jaga sekolah dan DRB pasti ingat kami ..yang balik tengah malam/dinihari kerana masuk kawasan sekolah/DRB untuk mengambil kereta yang di parking di sekolah Ummi atau di tempat kerja Baba di DRB.
Akan bersambung.....

Rokok mengandungi darah BABI...!!..?

CIGARETTES may contain traces of pigs' blood, an Australian academic says with a warning that religious groups could find its undisclosed presence "very offensive".

University of Sydney Professor in Public Health Simon Chapman points to recent Dutch research which identified 185 different industrial uses of a pig - including the use of its haemoglobin in cigarette filters.

Prof Chapman said the research offered an insight into the otherwise secretive world of cigarette manufacture, and it was likely to raise concerns for devout Muslims and Jews.

Religious texts at the core of both of these faiths specifically ban the consumption of pork.

"I think that there would be some particularly devout groups who would find the idea that there were pig products in cigarettes to be very offensive," Prof Chapman said today.

"The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians.

"It just puts into hard relief the problem that the tobacco industry is not required to declare the ingredients of cigarettes ... they say 'that's our business' and a trade secret."

The Dutch research found pig haemoglobin - a blood protein - was being used to make cigarette filters more effective at trapping harmful chemicals before they could enter a smoker's lungs.

Prof Chapman said while tobacco companies had moved voluntarily list the contents of their products on their websites, they also noted undisclosed "processing aids ... that are not significantly present in, and do not functionally affect, the finished product".

This catch-all term hid from public view an array of chemicals and other substances used in the making of tobacco products, he said.

At least one cigarette brand sold in Greece was confirmed as using pig haemoglobin in its processes, Prof Chapman said, and the status of smokes sold was unknown.

"If you're a smoker and you're of Islamic or Jewish faith then you'd probably would want to know and there is no way of finding out," Prof Chapman said.

The Sydney office of British American Tobacco Australia was contacted by AAP.

A spokeswoman said a comment would be provided although it was not immediately available.


--
Thank you in advance,
Shafriza

Tuesday, March 30, 2010

Suami anda 'Baran..'..........................?

Mari kita renung apa yang berlaku dalam institusi keluarga masyarakat kita hari ini. Berikut Ummi perturunkan pandangan dan jawapan untuk membantu dari seorang sahabat Ummi yang pakar dalam terapi psikologi.

Jawapan beliau berikutan kesah beberapa sahabat ummi yg lain yg telah berjaya membantu (satu langkah drp langkah seterusnya) seorang suri rumah yang diselamatkan dan berjaya keluar dari rumahnya juga dengan bantuan polis, akibat didera oleh suami yang "panas baran". Penderaan yang dialami memang mengancam keselamatan diri dan nyawanya.

"Panas baran" satu penyakit yang semakin sukar dikawal dan semakin menular di zaman ini. Beberapa punca yang perlu dilihat yang boleh menjadi antara punca isu:

i- Paparan cerita/drama dlm dan luar negara di media spt tv, umpamanya. Betapa paparan 'cara berkomunikasi', adegan ganas dalam mengurus emosi, menyelesai maslaah dll, yang amat terkesan kepada penonton, dan mendorong untuk meniru.

ii- Gaya hidup yang menekan. Panas baran banyak terjadi disebabkan stress/tekanan kehidupan hari ini yang kompleks. Dalam satu ceramah mengenai stress, yang Ummi ikuti pakar menerangkan banyak punca stress disebabkan ' keperluan /keinginan individu kpd meterial". Sebab itu semakin memiliki banyak harta/barang individu menjadi semakin stress.

iii-pemakanan amat berkaitan dengan tingkah laku seseorang. Maka penjagaan makanan samada dari sumbernya,kualiti dan kuantiti makanan juga amat perlu di amati.

iv-Tiada/kurang penghayatan kepada ajaran Islam,pengamalan yang songsang,menurun iman,kurang atau jauh dari nilai2 murni agama Islam yang sebenar.

v- Anak-anak yang bertabiat 'pemarah' samada di sebabkan persekitarannya atau tabii dari kecil jika tidak mendapat teguran berhemah/pendidikan yang baik dari rumahnya,sekolah dll akan 'terbiasa' sehingga boleh menjadi budaya hidup. Jika ini berlaku mengubah sesuatu yang sudah menjadi 'budaya' berbelas/berpuluh tahun pada seorang itu, ia bukan mudah pula untuk diubah/berubah. Justeru petua yang Ummi amalkan dan ajarkan pada anak-anak sebelum tidor pastikan membaca:
- Al-Fatihah 1X
-Ayat Kursyi 1X
-Al-Insyirah 1X
-3 Kul (Al-Ikhlas,Al-Falaq & An-Nas) 1X tiap2 surah.
-Doa nak tidor....

Antara doa bagi hati yang resah gelisah:


Justeru, insiden 'samseng jalanan' , pukul isteri dll contohnya merupakan betapa rendahnya tahap kawalan emosi marah. Rasa marah disebabkan perkara yang kecil pun sukar dikawal sehingga boleh menyebabkan kecederaan dan pembunuhan...

Berikut dipetik dari tulisan perbualan/perbincangan sahabat2 ummi mengenai isu ini. Moga nasihat pakar ini boleh dikongsikan dengan mereka yang mengalami atau ada ahli keluarga yang mengalami gejala yang sama.

Ummi Wardah

Salam,

i- Syabas dan tahniah semua yang terlibat. Kes ini jatuh bawah tajuk penderaan fizikal (nota kuliah ana). Pada pengamatan ana, kes seperti ini sudah terlalu lama berlaku dan dibiarkan kerana masyarakat tidak dididik apa patut dibuat dalam situasi ini.
Si suami sepatutnya diberi bantuan 'anger management' untuk membantu menangani panas barannya sejak dari awal lagi. Boleh dirujuk ke hospital di bawah jabatan psikiatri. Cuma masalahnya, kalau suami tak mahu pergi, isteri tak boleh nak heret suami pulak.

Kadang2 ada suami yang bertanggungjawab dari sudut memberi makan pakai, nafkah dll. Tetapi tidak dapat mengendalikan nafsu ammarahnya sehingga menyebabkan isteri didera. Sebab itu si isteri masih bersama suami kerana menyangka kesabarannya boleh mengubah si suami.

Namun sikap suami semakin menjadi-jadi. Kalau kena penjara pun tidak mengurangkan amarahnya, mungkin insaf sekejap. Tetapi kalau tak kena gayanya, boleh naik semula angin puting beliung :). Kalau isteri masih sayangkan suami dan sanggup bersamanya, nasihatlah suami untuk membuat rawatan. Kalau isteri sudah tidak sanggup bersamanya, isteri ada jalan keluar iaitu perceraian.

Cabaran dakwah hari ini antaranya menangani permasalahan sosial termasuk penderaan keluarga di dalam masyarakat. Mungkin kita perlu perbanyakkan PAKSI dan dapatkan kaunselor yang terlatih untuk masalah spesifik seperti ini.
Kalau ada suami yang ada masalah panas baran (mungkin diwarisi terutamanya yang ada darah pendekar tu :) dan hampir melakukan penderaan terhadap ahli keluarga, kenalah mula berjumpa pakar yang boleh membantu. Bagi penampaq tak cukup.. Silap2 yang nak menampar kena penampar balik, hehe...

Wassalam,
Pakar terapi.

Salam,

ii- Kes2 suami isteri yang seperti ini, ana ada satu ungkapan je, samada:
'See you in the court' (isteri yang berani menuntut haknya/ cerai) atau:

'See you in the hospital' (isteri yang tak berani menuntut haknya sehinggalah dia sendiri terlantar di hospital akibat didera atau masuk hospital sebab depression).

Isteri sebegini sebenarnya membenarkan dirinya didera. Inilah bentuk psychological abuse i.e. penderaan psikologi (meliputi penderaan emosi dan mental). Isteri tak nak buat pengaduan kerana khuatirkan keadaan suaminya.

Pelik ya? Dia tak risaukan dirinya sendiri yang dah lebam sana sini hatta patah riuk tulang temulang. Tetapi khuatirkan sekiranya suami ditangkap atau dirotan di dalam penjara! Ini selalu terjadi bagi isteri yang terlalu dependent kepada suami samada physical dependence (suami cari nafkah, isteri tak bekerja) atau emotional dependence (cinta buta :).

Dan ada suami yang menyedari kebergantungan isterinya lalu memanipulasi keadaan itu dengan ugutan2 untuk menakut2kan isteri agar tidak menceritakan kepada orang luar. Dalam drama di tv pun selalu kita lihat, isteri berdalih apabila orang luar menanyakan perihal mata lebamnya!

Wassalam.
Pakar Terapi.

Pernah terbaca artikel mengenai penderaan keatas isteri/wanita ni berlaku disebabkan wanita tersebut membenarkan ia berlaku. Dan berlaku berulang-ulang
Ana pernah handle satu kes suatu masa dulu. Suami main kayu tiga dengan rakan sepejabat yang berstatus isteri orang. Bermulalah episod penderaan pada isteri mental dan fizikal. Satu malam di bulan puasa suami telah menumbuk-numbuk muka isteri sehingga retak tulang pipi. Ana dan ibu mangsa membuat report polis.Namun apa kata isteri pada polis, dia diragut dan dia tak kenal penyerangnya! Dan polis tak dapat buat apa-apa pada suami! walaupun mereka sebenarnya tahu suami yang punya angkara.
Hany

Salam

Kes-kes isteri kena dera memang banyak tapi tak de apa tindakan sebab ada wanita yang tak nak dipanjangkan masalah..... redha dengan apa yang berlaku..... ??

Saya ada satu kes dimana isteri di nafikan hak harta sepencarian. .. semua harta atas nama suami walaupun isteri bayar dengan duit gaji beliau. bila cerai ...isteri tak dapat apa...apa sebab tak de bukti dia yang bayar....pakai bank in transfer je... Rumah...kereta ...even nafkah ....dinafikan. mentang-mentang isteri bekerja..... semua perbelanjaan ditanggung oleh isteri...... Suami gaji besar tapi tak tahu mana laburkan duit.....

Kat mana nak buat pengaduan ni??
Rose

Salam~

Mengucap panjang... Kebanyakkan isteri ini has been 'held hostage' by the husband.

Satu hal ana nak sentuh pada isteri yang bekerja. Suami jangan ambil kesempatan. Suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri secara yang hak. Berikan elaun bulanan pada isteri. Juga berikan elaun pakaian setiap 6 bulan contohnya. Ingat apabila isteri bekerja, beliau meringankan beban kewangan keluarga dan beliau wajar diberikan imbuhan selain dari nafkah wajib atas suami.

Dr
Pensyarah Univ.


Salam~

1- Sebagai jalan keluar, si isteri boleh memohon cerai di mahkamah syariah. Dokumen seperti laporan polis, laporan perubatan, laporan kaunseling dll bolehla digunapakai untuk tujuan tersebut.

2-
Isteri boleh failkan saman tuntut harta sepencarian walaupun harta didaftar atas nama suami..kena tindakan segera, nak elak masalah lain..cth, kalau rumah, suami boleh jual @ transfer atas nama org lain..better masukkan kaveat (perintah larangan) dulu..

Moga diamati. dan bertindaklah dgn bijaksana.

Wassalam.
Peguam Syarie

Salam~

Monday, March 29, 2010

Ceramah berkaitan Cancer oleh 'MAKNA'...

ItalicSebahagian peserta yang hadir mendengar penerangan mengenai cancer.

Dengan kerjasama JK Latihan,Unit Bimb. & Kaunseling, Unit Kesihatan serta PIBG, hari ini kami telah menjayakan program dari pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang di sekolah. Kali ini, unit Ummi telah diamanahkan menguruskan proram ini. Alhamdulillah 2 ceramah telah dijayakan sekali. 4 in one lah kiranya . 30 minit pertama kami diberikan penerangan oleh MAKNA berkaitan Cancer ,gejala,punca2nya, simptom awal dan cara-cara pencegahannya secara klinikal dan alternatif .Kos rawatan dll. Ceramah ke dua pula berkaitan dengan "Komunikasi Berkesan" yang disampaikan oleh Pegawai Kaunselor PPD Klang En Adnan Mansur.



Penceramah dari MAKNA yang sedang memberi penerangan mengenai cancer. Di akhir program ini beliau mengedarkan borang untuk sumbangan/donation kepada MAKNA yang boleh dibuat secara potongan gaji dll. Ramailah juga peserta yang mengisi borang untuk donate dgn harapan akan menjadi antara yang dapat memanfaatkan 'perkhidmatan' dari MAKNA jika ada yang terkena cancer suatu hari.

Moga ia bermanfaat bagi semua.

Ummi Wadah.
29/3

Ubat Penawar Cancer..?

Tanaman keladi tikus (Typhonium flagelliforme) adalah tanaman sejenis pokok setinggi 25 cm hingga 30 cm, termasuk dalam kategori tumbuhan semak, habitatnya yang menyukai tempat yang lembab yang tidak terkena cahaya matahari. Tanaman berbatang basah ini biasanya tumbuh di tempat terbuka pada ketinggian 1.000 meter di atas permukaan laut. Bentuk daunnya bulat dan hujungnya yang runcing berbentuk jantung. Ianya berwarna hijau segar dan akarnya(umbi) berbentuk bulat rata sebesar buah pala.

Tanaman ini pertama kalinya di diselidik secara saintifik dan disahkan sebagai tanaman herba oleh penyelidik dari Malayia, Prof Dr.Chris K.H.Teo,Dip Agric (M), BSc Agric (Hons)(M), MS, PhD yang juga penaung Cancer Care Penang, Malaysia. Sejak tahun 1995 Prof. Chris Teo membuat kajian tentang tanaman ini, hasilnya menunjukan Ekstrak Typhonium Flageffiforme dan campuran bahan tambahan detoxifikasi jaringan darah. Keladi tikus ini akan lebih berkesan apabila ianya dicampurkan dengan beberapa jenis herba ini, seperti sambiloto, temu putih dan rumput mutiara. Ramuan ini mengandungi ribosome inacting protein (RIP), zat antioksidan dan zat antikurkumin. Kombinasi ketiga zat dalam campuran ramuan tersebut menghasilkan mediator yang menstimulasikan penguat sel dalam sistem kekebalan tubuh untuk membunuh sel kanker. Beberapa tahun kemudian, khasiat Keladi Tikus menjadi perbincangan hangat di kalangan ahli-ahli perubatan.

Seorang isteri kepada doktor dari Indonesia telah menghidapi penyakit kanser payudara, doktor tersebut dikenali sebagai Dr Pattopai. Isteri beliau hanya bergantung pada kaedah kemoetrapi sahaja untuk menyembuhkan penyakit itu. Beliau merasakan isterinya begitu terseksa dan rawatan itu akan memberikan pelbagai kesan sampingan. Setelah itu, beliau mencari alternatif lain untuk menyembuh penyakit isterinya. Tanpa tidak disengajakan, beliau terbaca sebuah buku yang membahaskan tentang khasiat tanaman keladi tikus karya Prof. Chris Teo. Setelah kembali ke Indonesia beliau segera mencari tanaman tersebut yang akhirnya terdapat di Pekalongan, Jawa Tengah.

Setetelah itu beliau mencampurkan keladi tikus tersebut bersama herba-herba tambahan seperti yang dinyatakan buku Prof. Chris Teo. Setelah itu, sel kanser tersebut dapat dimusnahkan secara perlahan-perlahan dan memberikan kesan positif terhadap isterinya dari segi kondisinya. Selama tiga bulan pengamalan, Pattopai membuat pemeriksaan doktor dan hasilnya sel kanser tersebut semakin negatif.

Typhonium Flagelliforme merupakan nama saintifik bagi sejenis pokok herba iaitu keladi tikus. Pokok herba ini boleh

merawati pelbagai jenis penyakit kanser. Daripada pokok herba ini kami telah menghasilkan produk yang berasaskan 100% herba keladi tikus tanpa sebarang campuran bahan kimia bagi memudahkan cara pemakanannya untuk merawat

kanser. Produk ini dinamakan Super Typhonium Flagelifforme atau kapsul keladi tikus yang telah terbukti melalui ujian makmal. Ianya juga boleh dijadikan sebagai makanan tambahan.

CARA PEMAKANAN

Sebotol 60 kapsul RM80(3 btol tempoh sebulan)

6 kapsul sehari, 3 kapsul pagi 3 kapsul malam

(bergantung pada kondisi pesakit)

Ingin bersama kami memerangi kanser!! Jika ya, mulakan makan sihat dan gaya hidup sihat sekarang!!

Untuk Maklumat Lanjut:

www.penawarkanser.com

http://bebaskanser.blogspot.com

Wan 0179075355(Sel & K.L)

Saturday, March 27, 2010

Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara....

Hari ini Mungkinkah ia berulang kembali....

Hampir setahun ' a silent killer' yg telah kunjung tiba. Benar.... ia ujian yang dikehendaki Allah jua...Namun hari ini 27 Mac 2010 Ummi merasakan kelainannya...Tubuh ummi memberikan isyarat yang agak luarbiasa.
Adakah saat ' ketentuanNya' semakin hampir.....!

Ya Allah ..
Aku berserah padaMu atas takdir dan ketentuanMu..
Jikalah ini tempoh yang engkau tentukan
Ampunilah aku
Aku memohon kepadaMu
Moga saat aku bertemu Mu
Saat aku sujud dan beribadah kepadaMu
Tetapkanlah imanku
kesabaranku
keikhlasanku
dalam segalanya..

Rabbana aatina fiddunia khasanah
wafil akhirati khasanah
wa qina azabannar.
Amin.

Ummi Wardah
4 pagi 28 Mac 2010.

PALESTINE hakikat di sebalik dunia yang bergolak...

Mari kita sedari...hakikat apa yang berlaku..!!
Isu ummat Islam yang wajib setiap muslim tahu,faham dan sedar..

Risalah dari Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah saw dan para pengikutnya… Al-Quds merupakan taman yang harum semerbak, lokasi yang senantiasa melemparkan senyuman, malamnya dipenuhi dengan selawat dan munajat, dan siangnya dipenuhi perjuangan dan aktiviti-aktiviti dakwah.

Sejarah Al-Quds adalah sejarah risalah dan perjuangan para rasul, yang diterima dari satu nabi kepada nabi yang lain dan satu dari satu risalah ke risalah yang lain hingga yang terakhir risalah nabi Muhammad saw yang diterima daripada seluruh nabi pada puncak pertemuan di langit yang penuh keberkatan. Di hadapan pintu-pintunya gugur syahid para pejuang dan pahlawan dan di sekelilingnya melahirkan para pejuang yang beriman. Di hadapan pintunya sentiasa berlaku pertarungan sengit yang berpanjangan antara kebenaran dan kebatilan yang kadang-kadang kebatilan menang pada awal pertarungan namun pada akhirnya kebenaran akan memenangi dalam pertarungan ini.

Ketetapan (Tsawabit) yang tidak boleh diubah;
  • Palestin dan Al-Quds merupakan sebahagian dari aqidah umat Islam, kerana itu mengambil mudah isu keduanya bererti mengambil mudah ke atas kitab Allah, peradaban ummah dan keimanannya.
  • Masalah Palestin merupakan amanah yang tergantung di tengkuk setiap muslim, dan menolongnya adalah wajib dan mempertahankannnya adalah suatu kefarduan, sementara mengambil mudah terhadapnya adalah suatu jenayah dan kesalahan.
  • Bekerjasama dengan Zionis dan orang-orang yang bersekutu dengan mereka serta berurusan dengan mereka, bererti memerangi Allah, agama dan umat Islam, berdasarkan firman Allah:فَلْيَحْذَرْ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih”. (An-Nuur:63)
  • Jihad untuk mengembalikan bumi Palestin dan Al-Aqsa adalah wajib fardu ain ke atas setiap muslim, semua dituntut untuk mempertahankan, menjaga tempat-tempat suci dan melindunginya, kerana al-Aqsa merupakan qiblat pertama, Tanah Haram ketiga dalam Islam dan tempat persinggahan dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj nabi saw.

Ucapan terima kasih yang ditolak dan pengabaian hak Palestin yang menjijikan

Sesungguhnya di antara rencana jahat dunia ke atas seseorang ialah seperti yang berlaku pada tarikh 3 Mac yang lalu. Iaitu seperti yang dilakukan Netanyahu, Perdana Menteri Zionis dengan menyatakan rasa terima kasih kepada para pemimpin Arab di atas sikap mereka yang baik?! Begitu juga Hillary Clinton yang menyatakan rasa terima kasihnya terhadap pendirian Arab yang ‘berani’.

Beliau gembira setelah melihat sikap berdiam, membiarkan dan keengganan mereka daripada mengecam atau menentang keputusan penyatuan masjid Ibrahimi di Khalil dan masjid Bilal di Beitlehem kepada Israel yang jelas melakukan banyak perlanggaran terhadap hak-hak asasi dan undang-undang antarabangsa.


Inilah yang terjadi di Tebing Barat di bawah pengawasan dan pendengaran pihak berkuasa Palestin di Ramallah, yang diiringi usaha yang keras sebagai persiapan untuk membangun Haekal Sulaiman di atas tapak Masjid Al-Aqsa seperti yang dilakukan pada tarikh 15 Mac 2010 yang lalu sebagai isyarat permulaan “Agenda pembangunan Haekal”.


Al-Aqsa; Allah yang melindunginya dan tangan-tangan ini yang menjadi taruhannya


Zionis selalu bercita-cita mewujudkan identitinya setiap kali mendapat kesempatan untuk merealisasi idea pembinaan Haekal di atas keruntuhan Masjid Al-Aqsa.

Di sebalik penyembelihan yang berlaku di sekitar Masjid Al-Aqsa (8/10/1990 ) muncul arkeologi Zionis “Joseph Sierg” di TV Perancis dengan mengatakan: “Israel dalam waktu terdekat akan segera memulakan pembinaaan Haekal ketiga di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa yang mampu dilakukan dengan menggunakan teknologi moden”.

1)Selang beberapa hari pada bulan November Yitzak Shamir Perdana Menteri Israel ketika itu, memberi reaksi ke atas tindakan penyembelihan itu beliau mengumumkan: “Inilah masanya untuk memanjangkan sempadan Israel dari laut Merah hingga ke sungai Furat “.


Pada September 1991 akhbar Hahdashout melaporkan bahawa gerakan pemimpin Gunung Haekal telah melakukan peletakkan batu asas – yang beratnya 6 tan yang dibungkus dengan bendera Israel – ke tempatnya yang terletak di atas tanah suci.

Tidak hairan … Siapakah yang paling menepati janji, ancaman dan ketentuannya dari Allah SWT kerana Allah SWT telah berfirman;

إِنَّ اللهَ يُدَافِعُ عَنْ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ . أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ. الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلاَّ أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللهُ وَلَوْلا دَفْعُ اللهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللهُ مَنْ يَنصُرُهُ إِنَّ اللهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ


“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman.Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat. Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu, (yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: “Tuhan Kami hanyalah Allah”. dan Sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa”. (Al-Hajj:38- 40)


Ke manakah Shamir pergi? Pergi ke neraka Jahim, memperolehi berbagai laknat, sementara para pemimpin Haekal senyap sunyi dan tidak mampu mencapai misi mereka.

Kita telah menyaksikan dengan mata kepala kita pada akhir-akhir ini bagaimana lelaki dan wanita serta para pemuda dari anak-anak Palestin dengan gagah berani menghadang tentera bersenjata dengan dada yang terbuka sebagai benteng dan tangan-tangan mereka yang kosong dari senjata, kecuali senjata iman, aqidah dan gigih dalam berjihad dan mengimpikan syahid. Benarlah firman Allah yang menggambarkan tentang mereka:


: الَّذِينَ قَالَ لَهُمْ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ . فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنْ اللهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللهِ وَاللهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ

“(yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, Maka Perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi penolong Kami dan Allah adalah Sebaik-baik Pelindung”. Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. dan Allah mempunyai karunia yang besar”. (Ali Imran:173-174)


Dan benarlah sabda Rasulullah saw ketika menyampaikan perwatakan umatnya, sabda baginda:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ يُقَاتِلُوْنَ عَلَى أَبْوَابِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ
Umatku akan tetap tegak dalam memegang kebenaran, berjuang di pintu-pintu baitul Maqdis, tidak takut dan gentar terhadap celaan orang-orang yang mencela mereka, sehingga datang keputusan Allah sementara jiwa mereka tetap demikian”. (Muslim)

2- Ketika Ariel Sharon terpilih sebagai Perdana Menteri beliau mengumumkan pendiriannya yang bertekad menghancurkan Intifadah dalam tempoh seratus hari. Namun Intifadhah masih tetap ada dan kekal bahkan bertambah kuat hari demi hari, malahan memberikan tentangan sengit kepada pasukan keselamatan Israel hingga mengembalikan keyakinan kepada keupayaan umat untuk mendapatkan haknya dan melawan musuh Yahudi perampas. Dan menegaskan kepada para pemimpin yang angkuh bahawa cita-cita besar mereka mustahil dapat dicapai.
Ke manakah perginya Sharon? Sampai sekarang dirinya masih terlantar dalam keadaan koma antara hidup dan mati. Beliau tidak mengetahui keputusan Allah untuk merealisasikan janji dan ancaman Allah terhadapnya.

Arab menyediakan perlindungan untuk Zionis

Pada hakikatnya yang dituntut pada Arab adalah menghentikan berbagai perancangan menyahudikan Al-Quds, penghancuran Masjid Al-Aqsa, perampasan masjid Haram Al-Ibrahim dan masjid Bilal, perampasan dan penghancuran Baitul Maqdis dan melupakan keganasan ke atas Gaza dan berbagai kehancuran dan perobohan yang menimpa mereka sedangkan mereka masih tetap sabar dan teguh berada dalam keadaan dikepung dan kelaparan.

Ternyata berlaku peristiwa yang menghinakan di dalam Liga Arab kerana menyediakan perlindungan dan laluan dengan memberikan kuasa sebagai presiden kepada Mahmud Abbas untuk berunding dengan regim Zionis selama empat bulan! - Seseorang akan kehairanan dan bertanya-tanya; sejak bilakah Arab menimbang-nimbang keputusannya dalam jangka waktu berbulan-bulan? ! - Sejak bilakah Mahmud Abbas memerlukan izin dari Arab sedangkan dialah yang memberikan izin kepada Israel secara sendirinya ketika Persidangan Oslo untuk memutuskan keluar daripada delegasi Madrid dari Arab Bersatu?!

- Kenapakah ada perlindungan Arab ini?!
- Mengapa saat menjelang sidang puncak Tripoli?!
- Mengapa di tengah kebencian Eropah akibat dari pemalsuan Israel ke atas pasport enam negara?!
- Mengapa setelah sidang puncak Assad – Ahmadinejad? !!
- Mengapa dan dalam masa yang sama meruntuhkan rumah-rumah penduduk Al-Quds?!!
- Mengapa dan dalam masa yang sama melakukan pengawasan ke atas pembinaan penempatan baru Israel di Tebing Barat?!

Demikianlah kami melihat bahawa ‘jubah’ Liga Arab longgar dan luas, melindungi Netanyahu dari darah Mabhouh, memberikan kehangatan dari udara dingin yang melanda negara-negara Eropah di mana warga Israel menggunakan pasport dengan gambar secara haram dalam misi melakukan pembunuhan ke atas anggota Pergerakan HAMAS di Dubai dan menyembunyikan inisiatif Arab terhadap kerja terkutuk itu. Orang yang menikam dada Mabhouh adalah warga Israel dan Amerika sehingga sukar memberkas pembunuhnya pada sidang Tripoli yang akan datang .… Namun ingatlah Israel sering mengalami berbagai isyarat penghalang dari satu warga Arab…

Dalam menghadapi tentangan
  • Kita adalah umat yang agung, keasliannya terserlah semasa berada dalam penderitaan dan kesukaran. Justeru umat mestilah melakukan strategi jangka panjang yang bersumber dari pegangan umat dan identitinya. صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَShibghah Allah dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? dan hanya kepada-Nya-lah Kami menyembah”. (Al-Baqarah: 138

  • Bahawa kesatuan umat, kesatuan amal Islami, kesatuan kepemimpinan dan kesatuan manhaj merupakan dharurah syar’iyyah (keperluan syarak) dan penting dalam menghadapi tentangan.
  • Kita harus mengamalkan perintah Allah sebagaimana firman-Nya:وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambah untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)”. (Al-Anfal:60)
Sekalipun kecanggihan yang dimiliki Israel pada hakikatnya akan menemui kehancuran


Sekalipun Israel memiliki gudang senjata nuklear, meskipun Amerika mendukung sepenuhnya, meskipun Arab melakukan pakatan bersamanya, tidak akan sama sekali memberikan keamanan dan ketenangan ke atas wilayah kita yang terjajah kepada mereka, itu hanya untuk sementara waktu namun mereka akan hancur dalam waktu terdekat, bukti-buktinya sangat banyak: -

Allah telah menyampaikan berita kepada kita dalam surat Al-Isra’ bahawa zionis akan berada dalam kesombongan sebanyak dua kali .. dan pada saat ini kita sedang menghadapi kesombongan yang kedua kalinya dan untuk kali yang terakhir ini Allah akan menghancurkan mereka dan memberi mereka dengan azab yang buruk; sebagai ganjaran di atas kesombongan mereka di hadapan Allah, dan penghinaan mereka terhadap tanah haram dan tempat-tempat suci. Allah berfirman: فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الآخِرَةِ لِيَسُوؤُواْ وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُواْ الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam mesjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai”. (Al-Isra:7)

Dan sesuai dengan sunnatullah dalam silih berganti zaman, akan terjadi kehancuran suatu bangsa disebabkan oleh kezaliman, kekejaman dan penindasan. Allah berfirman: فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِينَ ظَلَمُواْ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَMaka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”. (Al-An’am:45) وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِدًا Dan (penduduk) negeri telah Kami binasakan ketika mereka berbuat zalim, dan telah Kami tetapkan waktu tertentu bagi kebinasaan mereka”. (Al-Kahfi:59)

- Bahawa Israel sentiasa menanggung kekalahan dan pengunduran tentera setelah mengalaminya secara berturut-turut, dimulai dari kekalahan dari perang 1973, pada Intifadah pertama tahun 1987, pengunduran tentera dari Lebanon Selatan, Intifadah kedua tahun 2000, dan yang terakhir kalah dalam peperangan melawan Hizbullah di Lebanon serta pengunduran yang memalukan dari Semenanjung Gaza tanpa mencapai matlamat yang diinginkan.

- Terjadinya perubahan demografi yang berpihak pada penduduk Arab atau apa yang mereka sebut “bom biologi”, yang memberikan kelebihan kadar kelahiran warga Palestina dan Zionis dengan nisbah 7: 1.

Sementara itu regim Zionis menyeru untuk mengisytiharkan nama “negara Yahudi” sebagai pelaksanaan awal pengusiran warga Arab dan menutup pintu hak pengembalian wilayah seperti tahun 1948.

- Rasulullah saw telah menyampaikan berita gembira bahawa –yang senantiasa memberikan harapan kepada kita- akan terjadinya pertempuran yang menentukan antara Yahudi dan umat Islam yang mana kemenangan akan dikecapi oleh Islam dan umat Islam. Nabi saw bersabda:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمْ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ
Tidak akan terjadi kiamat sampai umat Islam berperang dengan Yahudi, kemudian umat akan memerangi mereka, sehingga orang-orang Yahudi bersembunyi dibalik batu dan pohon, lalu batu atau pohon tersebut berkata: “Wahai muslim! Wahai hamba Allah! Ini ada orang Yahudi dibelakang saya, kemarilah dan bunuhlah, kecuali pohon gorqod; Karena ia merupakan pohon Yahudi”. (Muslim)

Dari sini kami sampaikan… bahawa Israel pasti akan hancur sedangkan Masjid Al-Aqsa pasti akan tetap berdiri dan tegak selama dunia masih ada. Allah berfirman:


فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاء وَأَمَّا مَا يَنفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الأَرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الأَمْثَالَ

Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; Adapun yang memberi manfaat kepada manusia, Maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan- perumpamaan”. (Ar-Ra’d:17)

Artikel Asal: http://www.ikhwanon line.com/ Article.asp? ArtID=61633&SecID=213

Bangsa yang di laknat Allah kerana "Degilnya"

Helikopter Israel,yang menggurkan bom berangkai atau posforus ke ruang udara Gaza...dalam perang awal tahun baru-baru ini.

Kenyataan balas Aqsa Syarif atas ucapan Pres. Israel selepas pertemuannya dgn Barrak Obama..(Ketua negara pelindung Israel)

Assalamualaikum,

Pertemuan empat mata di antara Presiden Barrack Obama dan Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu masih meninggalkan pelbagai persoalan. Namun yang pasti Netanyahu telah membuat pengumuman yang mungkin memperdalam 'perselisihan' di antara Amerika dan Israel, negara yang sering dipertahankan dan dilindungi oleh kuasa besar itu.

Pengumuman yang dibuat oleh Netanyahu adalah menyangkut tentang dasar Tel Aviv dalam projek pembinaan penempatan Yahudi di negara Palestin yang terjajah iaitu di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur. Dalam suasana tegang berikutan keganasan polis Israel di persekitaran Masjid al-Aqsa dan pembinaan semula kuil Hurva yang telah roboh berhampiran Masjid al-Aqsa, pengumuman Netanyahu meruncingkan lagi keadaan.

Tanpa menghiraukan pandangan masyarakat antarabangsa bahkan mengenepikan 'nasihat' Amerika Syarikt, Netanyahu mengumumkan akan terus menambah penempatan Yahudi di Baitul maqdis timur. Tindakan ini dilihat sengaja untuk menggagalkan proses rundingan damai dengan pihak berkuasa Palestin yang seringkali gagal akibat dari kedegilan Tel Aviv untuk meneruskan pembangunan penempatan Yahudi di negara Palestin yang terjajah.

Netanyahu seterusnya mendakwa orang-orang Yahudi sudah mewarisi Baitul Maqdis semenjak 3,000 tahun yang lalu, menjustifikasikan pembinaan penempatan kekal untuk penduduk Yahudi di sana.

Di dalam menilai dakwaan Netanyahu kita akan ketepikan sentimen-sentimen yang dianggap menyebelahi mana-mana agama termasuklah agama Islam. Kita ambil pendekatan ini untuk mengelak dakwaan pihak lain bahawa umat Islam bias dan cenderung untuk membuiat tafsiran sendiri berdasarkan prinsip agama mereka. Dengan itu persoalan ini akan dilihat dari sudut yang boleh dinilai oleh sesiapa jua samada dia beragama Islam, kristian, Yahudi bahkan jika dia seorang yang tidak beragama sekalipun. Penilaian yang akan digunakan ialah neraca keadilan dan hakikat sejarah.

Dari sudut keadilan- yang boleh diukur dengan perundangan, jelas dakwaan Netanyahu tidak punya sebarang 'locus standi'. Ini adalah kerana baitul Maqdis timur dan Tebing Barat adalah wilayah yang diduduki (terjajah). Status wilayah ini sebagai negara Palestin yang terjajah adalah berdasarkan peruntukan Resolusi PBB 242 yang diterima dan diputuskan oleh Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1967 sejurus selepas Israel menceroboh dan menduduki Baitul Maqdis Timur, Tebng Barat, Semenanjung Gaza, Tanah Tinggi Golan dan Semenanjung Sinai. Resolusi 242 menetapkan Israel wajib berundur dari wilayah yang ditawan dan kembali ke sempadan sebelum Jun 1967.

Sempadan ini yang diberi jolokan garisan hijau (green line) diputuskan dalam Perjanjian penamatan perang Rhodes pada tahun 1949 selepas perang arab-Israel yang pertama. Garisan hijau ini adalah sempadan entiti Israel dan negara Palestin yang tinggal selepas pelan pembahagian PBB 1947 iaitu berdasarkan Resolusi 181 (1947) dan ditambah dengan wilayah yang dirampas Israel pada perang 1948. Sempadan ini meletakkan israel berbatasan dengan Baitul Maqdis Timur dan Tebimng Barat yang diperakui sebagai negara Palestin.

Ini bermakna pendudukan Israel ke atas Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur adalah haram dan tidak diperakui oleh Badan dunia PBB. Dalam ertikata lain Israel telah melanggar ketetapan PBB dan boleh dikenakan tindakan yang biasa bagi mana-mana negara yang melanggar ketetapan PBB iaitu samada dikenakan sekatan ekonomi atau tindakan ketenteraan.

Berdasarkan kepada realiti perundangan antarabangsa- Israel sudah jelas melanggar undang-undang. Bermakna dakwaan Netanyahu bahawa Israel berhak ke atas Baitul Maqdis timur adalah dakwaan yang menyalahi undang-undang antarabangsa dan piagam PBB. Apapun tafsiran sejarah yang hendak dikaitkan dengan kewujudan bangsa Yahudi di Baitul Maqdis tidak boleh dijadikan hujah untuk menyokong atau mengabsahkan dakwaan Netanyahu.

Baiklah sekiranya mereka menggunakan alasan sejarah, maka kita akan menilai sejarah pula secara objektif berdasarkan kebenaran sejarah semata-mata tanpa ada sebarang kepentingan puak, bangsa atau agama tertentu.

Palestin dan baitul Maqdis- khususnya sudah wujud sebagai pusat tamaddun tertua di dunia. jauh sebelum kehadiran Nabi Ibrahim AS yang sama-sama diperakui oleh umat Islam, Kristian dan Yahudi sampai ke Baitul Maqdis (atau Urshalem - nama lamanya), sudah ada penduduk asal dari keturunan Kanaan. Mereka inilah nenek moyang penduduk bumiputera palestin pada hari ini.

Di samping mereka disertai pula oleh kaum Filistin dan juga Phonecean dari pulau-pulau yang berselerak di laut Aegean dan Mediterranean. Mereka telah membina penempatan tidak kurang dari 10,000 tahun yang silam. Kemudian datang pula kaum-kaum yang mempunyai gagasan imperialisme seperti Assiria dan Babilonia yang datang melakukan pembantaian dan perhambaan ke atas penduduk Baitul Maqdis. Ini bererti kaum Yahudi yang dikaitkan sebagai keturunan Nabi Yaakub (atau Israel) adalah kaum pendatang.

Mereka telah berjaya memakmurkan bumi Baitul Maqdis di bawah kepimpinan beberapa orang Nabi seperti Nabi Daud dan Sulaiman AS. Namun mereka juga seperti umat yang terdahulu melakukan pelbagai kezaliman dan kerosakan sehingga mereka dihancurkan oleh musuh sebanyak dua kali dalam sejarah - bahkan peristiwa kehancuran ini disebut di dalam al-Quran dan kitab perjanjian baru (Bible) serta disahkan oleh fakta sejarah. Apabila berlaku kehancuran kedua di tangan empayar Rum, orang yahudi tidak dibenarkan menetap di Baitul maqdis selama lebih kurang 700 tahun.

Senario ini berubah apabila Baitul Maqdis di ambil alih oleh kerajaan islam di bawah pimpinan Khalifah Umar al-Khattab.
Umar telah mengistiharkan kota Baitul maqdis sebagai kota terbuka yang mana setiap jiwa akan dijamin keselamatannya tanpa mengira bangsa dan agama. tempat-tempat ibadah dijamin keselamatan oleh pihak pemerintah/khalifah . Inilah yang dinamakan al-Uhda al-Ummuriyah (Dekalarsai Keamanan Umar). Senario ini berterusan sehingglah pecahnya Perang salib 400 tahun kemudian. Sebagaimana yang disaksikan oleh sejarah tentera salib telah membunuh umat Islam, yahudi dan juga Kristian unitarian (yang memperakui Tuhan yang satu).

Keadaan kembali aman setelah salahuddin mengambil alih Baitul Maqdis dari tentera salib.
Baitul maqdis sekali lagi menjadi kota keamaan terbuka dan bebas diziarahi oleh sesiapa. Begitulah keadaan terus berlangsung sehingga berdiri pula entiti haram israel pada tahun 1948. Kini sekali lagi penduduk Arab yang beragama Islam dan Kristian menjadi mangsa keganasan dan cauvinis yahudi zionis.

Apa yang dapat disimpulkan dari kebenaran sejarah ialah:
1- Baitul maqdis bukan milik ekskulif mana-mana bangsa atau agama.
Ia telah diistiharkan sebagai kota keamanan dan terbuka kepada semua pemeluk agama. apakah alasan yang hendak digunakan untuk mewajarakan orang Yahudi mendakwa Baitul maqdis milik eksklusif mereka sahaja.

Dari dua sudut pandang iaitu perundangan dan kebenaran sejarah apa yang boleh disimpulkan ialah tel Aviv membina penempatan haram di atas tanah/wilayah yang diduduki secara haram.

Dengan sendirinya dakwaan Netanyahu dapat ditolak dan diketepikan begitu sahaja. Ia tidak dapat dipertahankan dalam mana-mana mahkamah keadilan. Tidak ada mana-mana peguam yang sanggup mewakili Netanyahu untuk mempertahankan pendiriannya. Kesnya telah diputuskan tanpa mahkamah perlu bersidang.

Apakah hasrat yang terselit dari 'kedegilan' israel untuk meneruskan pembinaan penempatan Yahudi. Tidak syak lagi bahawa ia adalah sebahagian dari perancangan untuk mengyahudikan baitul maqdis.

Mereka telah membatalkan status permastuatinan ramai penduduk Baitul Maqdis, merampas tanah mereka, merobohkan rumah mereka dan memagari kediaman mereka dengan tembok-tembok tinggi. Kemudian mereka bina pula kuil Hurva yang tidak jauh dari Masjid al-Aqsa. Semua ini adalah sebahagian dari perlaksanaan strategi untuk merampas masjid al-Aqsa dan meronohkannya untuk pembinaan kuil atau haikal Sulaman.

Dalam membicarakan tentang tuntutan Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa yang mereka dakwa didirikan di atas tapak asal rumah ibadat mereka (haikal) ada suatu perkembangan yang menarik. Golongan akademik yahudi di universiti-universiti di Israel telah memutuskan berdasarkan penyelidikan mereka:
i) 'temple' atau kuil yahudi yang dimusnahkan oleh tentera Rum kali kedua pada 70 S.M (Sebelum Masehi) sebenarnya terletak kira-kira 500 m ke tenggara Masjid al-Aqsa.

ii) Tembok tangisan (sebenarnay tembok ini dinamakan tembok Buraq sempena Isra' Mikraj rasulullah SAW) bukan sebahagian tembok kuil kedua yahudi yang dimusnahkan oleh Rum.

Di antara golongan akademik yang menolak Masjid al-Aqsa dibina di atas tapak kuil yahudi ialah Dr Earnest Martin. Berdasarkan kehadiran mata air yang mengalir yang merupakan sebahagian dari keperluan kuil yahudi tidak dapat dikesan di perkarangan masjid al-Aqsa tetapi beberapa ratus meter ke selatan masjid iaitu di Gihon Spring. Pandangan Dr Earnest Martin ini menguatkan lagi tesis Dr benjamin Mazar, mantan Presiden Universiti Hebrew yang melakukan kerja-kerja penggalian di sekitar masjid al-Aqsa dan di bawahnya, bahawa tidak ada tanda-tanda yang menyerupai kuil yahudi di sana.

Kesimpulannya; ialah:
i) golongan pelampau yahudi zionis hanya menggunakan alasan-alasan agama yang palsu untuk meneruskan agenda pendudukan israel ke atas bumi Israel.
Oleh itu adalah,
ii) amat penting bagi semua pihak untuk menyedari fakta dan hakikat sebenar tentang Baitul Maqdis supaya tidak terpedaya dengan alasan-alasan yang diadakan-adakan untuk menutup segala pembohongan zionis Israel

Dr Hafidzi Mohd Noor
Ahli Lembaga Pengarah AQSA SYARIF

Friday, March 26, 2010

Lawatan Maahad johor ke SAMT Sultan Hisamuddin ..

Para pelajar putera Maahad Johor di samping bas sekolah mereka saat hampir mengakhiri lawatan ke sekolah kami.


" Ok terima kasih semua. Sila la jemput ke Johor pula...." Itulah antara ungkapan 'Wida' para pelajar dan guru dari Ma'ahad Johor sebelum berlepas pulang.....". Kami pun jawab " Terima kasih kerana berziarah. Moga ada perkongsian yg boleh dimanfaatkan antara kita semua.

Guru Pengiring bersama pelajar lelaki STAM dari Maahad Johor.


Kumpulan Pelajar Puteri dan Guru-guru pengiring Ma'ahad Johor dan para pentadbir SAMT Sultan Hisamuddin.
Diraikan dengan jamuan makan tengahari di dewan makan asrama puteri.

Pentadbir dari dua Sekolah Menengah Agama Selangor dan Johor. Berbincang dan bertukar pandangan sambil makan tengahari.
Meraikan tetamu, guru pengiring perempuan.


Anak-anak buah..adik2 Sofia Kauthar.


Semasa kami di KL ni le juga Pakcik Naizam (adik babah) sekeluarga datang ke rumah. Mereka sebenarnya on the way balik dari Kulim ke Johor, setelah menghabiskan cuti persekolahan di Kg Sungai Limau,Lunas, Kedah. Dok lah mereka dengan Bik Win. Mereka tak beritahu awal untuk datang. Mujurla Bik Win balik rumah petang tu dengan along dari Kg nenek di Sg Besar. Kalau tak tak taula macam mana .....

Pesan Ummi pada sedara semua jika nak ziarah kenalah khabor dulu....Al-maklum kami nie selalu juga takda di rumah. Seboklah kata gitunyer...terutama Babah..! Kesian benor lah jika mai dtg dari jauh kami tiada....kan nayer jadinya..Sian kami pada semua...


Si kembar berposing di buaian di beranda rumah...dgn ibunya.


Sofia amatla gembira bila bertemu si kembar nie dan adik2 tu. Siap ditunggunye. Dan dilayannyela dgn mainan2nya yang mana ade. Dia kata tu adik2 dia . Ada 3 semuanya, wlpn sebenornya dia adalah yang bongsu dari 4 beradiknya sendiri tu....he he he...budak.!!


Ummi Wardah.
Bdr Puteri.