Sunday, June 27, 2010

وليمة العروس السعيدة...............

Dr Diayana

Pengantin lelaki, Ateeq Md Jalil berpakaian serba hijau

Baba & Sofiah berpakat pakai baju hitam...

Saturday, June 26, 2010

Teman kerjaya di SAM Bestari


Walimatul Urus Akh Khairul & Ukht Samihah

Ukhti Khadijah (Dijah) dan suami

Antara tetamu yang hadir Dr Ahmad Zainudin & isteri,
Ukht Mariyam Jailani & suami

Akh Ahmad Sufianabang pengantin perempuan & akh Fadli

Asma' bergambar bersama pengantin perempuan,

Orang Doha...

"Anta Plan nak berbulan madu ke mane...?".
"Pakcik bagi idea lah...". " Gini.......".

Ukht Azlina Rozy Abd Ghaffar

"Syukurlah ...akhirnya anta Khairul dah selamat bernikah hari ini..., Pakcik tumpang gembira".
Senyum gembira meraikan sahabat yang telah 'naik pangkat' jadi ' suami'...
Moga beroleh mawaddah dan sakinah...

Kedua mempelai dan tetamu Dr Ahmad Z dan isteri, Hj Nahar ,anak dan isteri

Kedua mempelai sama padan...

Nie pun pengantin gak....lame tapi...

Ummi Wardah

Friday, June 25, 2010

Indahnya Alam...

Semua ciptaan Allah indah belaka...Di Taman Bunga....

Di Lautan....

Di kala sangat sejuk....!

Monday, June 21, 2010

Ust Asri akan masuk UMNO....???

Artikel ini di siar pada 28 Mei 2010 dan masih ada dalam Malaysiakini.


Ulama Umno bakar kapal


Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mei 28, 10
10:43pm


Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.

Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.


Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.


Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.


Keserasian wajah 1Malaysia

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?



Di manakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai 'ala-ala Taliban'?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.


Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam. Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.


Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?


Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina 'Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.


Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan 'sijil awak tidak laku'.


Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.


Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk 'ala Umno' yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini. Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari 'mufti' yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar'iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!


Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.


Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.


Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!


Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya 'Melayu dan Mamak Penang' boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.


Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.


Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?


Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.


Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.


Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang 'narrow-minded' dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.


Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!


Penulis adalah pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia sebelum dilantik menjadi mufti Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003) dan lulusan Ijazah Hadith dengan mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001).

Beliau telah menghasilkan tidak kurang 20 buku, khususnya berkaitana dengan keagamaan dan membentangkan lebih 40 kertas kerja di peringkat tempatan mahupun luar negara.


Ummi paparkan di sini kerana selaku warga negara yg profesional kita perlu jadi rakyat yg perihatin dgn perkembangan isu-isu semasa...

Selamat membaca, berfikir dan menilai dengan pemikiran yang kritis dan objektif.

Mari kita peka dgn apa2 perkembangan yg berlaku di sekitar kita.

Moga kita tidak tersirna hanya kerana melihat seseorang itu 'hebat' kerana kedudukannya,ilmunya, pidatonya...dll.

Tahap manapun insan ia pasti akan diberi ujian bagi menguji siapakah yang benar2 beriman kepada Allah dengan sebenar2nya.....

" Dia lah yang menjadikan mati dan hidup untuk menjadi ujian siapakah di antara kamu yang terbaik amalannya". Al-Mulk: 2.


Ummi Wardah.

Bdr Puteri.

Bangunlah para Pemuda..!!

Mereka bangun....!!! menyahut seruan...

Saturday, June 19, 2010

Jejak Kasih 2


Saat berpisah...Kami tidak dapat mengelak dari kesedihan kerana entah
ada kesempatan untuk bersua kembali entahkan tidak..

Teman kuliah semasa di YPTIK....tidak pernah bertemu semenjak 1981....MasyaAllah
hari ini setelah semua menjadi warga emas kami ditemukan semula...

Pertemuan melali FB anakda Marhamah Rosli anak sulung Kak Gai. Turut
serta anakda Mohajir Rosli.

Pertemuan yang tak disangka-sangka..

Kak Gai bersama anakda Marhamah dan Muhajir 2 dari tujuh anaknya.

Ke Kota Bharu Lagi......

Di depan tangga untuk menaiki kapal terbang Fire fly balik ke KL..

Kali ini Acik dan Sofiah turut serta

Di Pantai Cahaya Bulan/PCB


Untuk memudahkan perjalanan kami sewa kereta


Dalam penerbangan ke Kota Bharu menaiki Air Asia.Com

Sofiah Kauthar juga bersama..semasa flight nak naik dia kata," Ummi takutnya...!".

Hampir menaiki kapal terbang di LCCT

Menuju ke kapal terbang untuk berlepas. Sofiah turut
menggalas bear & bantal busuknya.

Pada 10 -11 Jun 2010 sekali lagi Ummi dan Abah ke Kota Bharu untuk tujuan pengubatan Ummi. Ini kunjungan Ummi kali yang ke 3. Kali ini kami ditemani anakda Asma' dan Sofiah Kauthar kerana kebetulan cuti sekolah.

Kebetulan pula Abah mewakili JIM Pusat ke Mukatamar PAS di Putik. pada 11 jun. Untuk kemudahan perjalanan sepanjang tempoh dua hari di KB kami menyewa kereta. Dapatlah kami menziarahi sekitar KB , namun jalan-jalan di KB agak sesak. Beberapa pandua arah pula tak berapa dapat difahami menyebabkan silap jalan beberapa kali,. Maka berpusing2lah kami sekitar KB, sehingga tidak dapat menyelesaikan urusan pengubatan pada hari pertama tiba seperti yang dirancang.

Kami hanya tiba ketika hampir tengahari dan hanya dapat berada di tempat berubat sebentar sahaja. Kami juga sudah begitu agak keletihan. Ia lah untuk memastikan kami berada di LCCT kami telah pun bersiap seawal jam 4.00 pagi. Kami bertolak dari rumah ke LCCT 5.15 pagi. Setelah solat subuh di stesen Shell S.Alam kami meneruskan perjalanan ke LCCT di temani anakda Ummu Hani dan tiba di airport sekitar 6.15 pagi.

Penerbangan dengan Air Asia berlepas tepat jam 7.35 pagi. Hampir 1 jam 05 minit berada di udara kami pun tiba di Lapangan terbang Sultan Ismail Putra seawal 8.35 pagi. Tetapi disebabkan kesesakan lalulintas kami agak lewat tiba di destinasi yang dituju. Setibanya di Berek 12 kami sebenarnya telah amat keletihan. Itulah antara sebab kami diminta datang pada keesokan hari pula.

Alhamdulillah setibanya kami ditempat penginapan dengan bantuan Tn Syed Ibrahim yang kebetulan pula berada di KB juga bersama keluarganya telah membantu kami menempah penginapan. Sekitar 2.00 petang dan sampai di bilik penginapan kami sebenarnya sangat keletihan. Justeru petang itu kami berpakat untuk berihat sahaja. Ditambah pula anakda Sofiah tidak berapa sihat.

Selepas asar Ummi dan Abah telah keluar ke Pasar Besar Khadijah yang terletak hanya beberapa meter sahaja dari tempat penginapan kami. Setelah membeli sedikit oleh-oleh dan makan malam bungkus kami pun balik semula ke hotel penginapan. Malam Abah hanya melayari internate di lobby hotel sementara kami tidor awal agar cukup rehat untuk meneruskan urusan-urusan hari esok.

Alhamdulillah Ummi bangun awal pd pagi Jumaat itu, dan dapat menghabiskan bacaan Surah Al-Kahfi sebelum solat subuh sementara menunggu abah bangun untuk sedia bersolat subuh.
" Pagi ini Abah kena keluar awal dan akan ke Putik dengan pakcik Syed Ibrahim. Ummi uruskan semua persiapan anak-anak dan nanti isteri Tn Syed, Dr Melasutra akan menemani Ummi ke Berek 12 tu". Pesan Abah pada Ummi sebelum pergi bersama Tn Syed Ibrahim.

Ummi lantas memastikan anak-anak telah bersiap dan bersama turun bersarapan di kafe hotel penginapan. Tepat 8.35 pagi Dr Mela telah bersedia di dalam kereta menunggu kami untuk ke destinasi yang dituju. Eeemm rupanya Dr Mela amat cekap memandu dan cepat mengingat nama-nama dan landmark jalan-jalan ke destinasi yang dituju. Sebenarnya sekalipun Ummi bukan kali pertama tetapi 'lambat ingat' jalan2 dan arah tanda. Itu antara punca kami tersesat jalan hari sebelumnya.

Perjalanan kami lebih cepat tiba di destinasi hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit dari tempat penginapan kami...Alhamdulillah..

Setelah berada di situ hampir satu jam kami terus pulang ke hotel semula. Sofiah dan Asma tidak melepaskan peluang untuk mandi di kolam renang hotel sehingga hampir 12.00 tengahari. Selepas bersiap semua barang-barang kami turun ke loby untuk penyerahan kunci bilik/Check-out seterusnya menunggu Abah tiba dari program yang diikutinya.

Tidak banyak tempat yang kami lawati kali ini. Kami ke PCB melihat deru ombak Laut China Selatan yang biru terbentang....Dulu PCB di kenali sebagai Pantai Cinta Berahi, tetapi apabila PAS memerintah Kelantan ia ditukar kepada Pantai Cahaya Bulan. Namun ia masih mengekalkan singkatan namanya PCB juga.

Sementara Abah bersolat Jumaat kami singgah dan makan ikan goreng celup tepung sebagai menu makan tengahari kami.

Sempat berpusing2 di resort berhampiran yang masih pula mengekalkan nama PCB dengan nama asalnya....! Rupanya ada yang mungkin 'tak suka' untuk berubah, wlpn PCB bila berubah kepada Pantai Cahaya Bulan ia lebih 'manis' berbanding asalnya Pantai Cinta Berahi. Ia seolah menggambarkan PCB tempat memadu asmaradana yang biasa menjadi tabiat muda-mudi yang buruk akhlaknya....aahhh...manusia yang lupa..amatlah mudah cenderung kepada apa yang nafsunya ingini...Moga yang baik itu akan dikekalkan olehMu Ya Allah..!! Agar manusia kembali kepada mengimaniMu dengan sebenar-benar ibadah dan pengabdian..

Selepas bersolat zohor dan asar jamak kami berehat sebentar di surau resort itu. Kami mendapat jemputan makan malam di rumah sahabat kami Dr Hafidzah dan Cik Rahimi pula. Abah memaklumkan selain kami keluarga Abu Urwah juga akan turut serta begitu juga beberapa sahabat lain turut bersama di rumah Dr Hafidzah untuk makan malam yang disediakan nanti.

Hampir pukul 5 petang kami meneruskan perjalanan ke rumah Cik Rahimi di Jalan Bayam Kota Bharu. Sepanjang perjalanan kami dapati banyak gerai keropok di kiri dan kanan jalan. Kami singgah membeli keropok untuk oleh-oleh siap di pek di dalam kotak bagi kemudahan bila di air port nanti. Amat ramah penjual keropok yang kami singgah. Siap menyediakan kotak dan pelekat percuma untuk kemudahan pek semua keropok yang dibeli. Alhamdulillah....

Kami meneruskan perjalanan ke rumah Dr Hafidzah. Pukul 6.30 petang kami tiba di rumah beliau. Abu Urwah dan keluarganya telahpun sampai terlebih dahulu. Kami terus dijamu makan malam yang lazat, sup ayam kampung, daging kambing stew, itik goreng berempah, salad dan pemanis mulut puding kastard. Eeemm memang amat lazat....namun Ummi terpaksa berpantang makan mengikut kadar memada sahaja..

Sofiah pula tidak selera makan kerana demam menyerang semula....badannya mula panas. Ummi amat bimbang jika berterusan bagaimana nanti untuk menaiki pesawat....Melihat keadaan itu, Dr Hafidzah mencadangkan ubat demam dengan dimasukkan ke dubur supaya cepat 'kebah' demam. Sungguh setelah dimasukkan ubat hanya beberapa ketika Sofiah semakin sehat. Selera makan Sofiah terus bangkit.
" Cik, Piah nak makan ayam gorengla...". Pintanya kepada kakaknya. Sebenarnya itik goreng tapi yang ppasti Sofiah memang tak tahu.Sebenarnya anakku yang bongsu ini memang agak tinggi selera makannya. Itu antara sebab utama badannya ada tanda-tanda obesiti....kami semua sebenarnya risau dengan keadaan 'selera' adik nie...

Seusai makan kami bersolat jamak maghrib dan isya'. Sambil berbual kami dijamu lagi dengan minuman teh herba panas. " Sedaap..". Beritahu Kak Aliza isteri Abu Urwah. Tak lama kemudian Dr Sharleena dan Ustazah Tempawan dan keluarganya pula tiba bersama makan malam dengan hidangan yang disediakan. Bertambah meriahlah perbualan kami.....

Ummi agak risau bila jam menunjukkan 9.00 malam tapi Abah belum lagi menunjukkan tanda nak bangun. Walaupun airport Sultan Ismail Putera hanya mengambil masa 30 minit dalam keadaan biasa tapi kami bimbang jika ada kesesakan lalulintas atau sebarang masalah di jalan raya kami tidak dapat tiba di airport mengikut masa sepatutnya. Satu jam sebelum penerbangan biasanya penumpang sudah perlu bersedia untuk check-in.
Penerbangan kami sepatutnya 9.50 malam, tetapi abah memaklumkan delay ke 10.25 malam. Itu agaknya kenapa Abah seperti masih mahu meneruskan perbualan dengan sahabat-sahabatnya...
Bila jam menunjukkan 9.15 Ummi telah tidak sedap hati dan terus memaklumkan kepada Abah agar kita beredar ke airport...Setelah bersalaman dengan semua yang ada kami pun meninggalkan rumah Dr Hafidzah menuju airport Sultan Ismail Putera. Namun Dr Hafidzhah amat bimbang jika kami tidak dapat sampai tepat seperti masa yang sepatutnya. Justeru beliau dan Cik Rahimie telah menjadi penunjuk arah mengikut jalan-jalan rentas melalui kampung-kampung sehinggalah kami sampai ke jalan utama ke lapangan terbang.
" Peed cekap sungguh memandu..". Akui Abah.
Akhirnya kami tiba di Lapangan terbang pukul 9.50 malam. Abah sangat bimbang kerana dia juga perlu memenuhkan tangki minyak kereta sebelum kereta yang disewa dikembalikan semula.

Abah menurunkan kami di pintu utama , seterusnya Ummi , Asma dan Sofiah membuat urusan 'check-in' semua barangan dan urusan tiket dengan penerbangan fire-fly sementara Abah membuat urusan pemulangan kereta.

Ummi agak bimbang disebabkan semasa check-in semua penumpang sudahpun masuk di balai menunggu. Mungkin penumpang akhir yang membuat urusan Check-in. Namun setelah dihubungi oleh counter dimaklumkan penerbangan telah delay sekali lagi. Pesawat hanya akan berlepas pada pukul 10.35 malam. Aaaargh....lega..kerana kami masih ada masa yang panjang sebelum panggilan masuk bermula....Aku segera menghantar sms kepada Dr Hafidzah memaklumkan perkara itu agar beliau juga akan berasa lega....

Jam 10.30 malam barulah kelihatan pesawat Fire-Fly mendarat. Setelah ruang kargo dikosongkan panggilan masuk ke pesawat diumumkan. Kami terus berbaris menaiki pesawat. Fire Fly pesawat kecil sesuai dengan slogannya " Fire-Fly Penerbangan Komuniti Anda".

Hampir pukul 11.40 malam barulah kami tiba di Subang Airport. Sofiah sudah kelihatan amat mengantuk dan letih. Alhamdulillah selepas semua bagasi di ambil, rupanya Along telah lama menunggu. Perjalanan Subang ke rumah sekitar 40 minit. Hampir satu pagi barulah kami sampai di rumah....Habislah sudah satu siri perjalanan demi mengharapkan pengubatan dan kesembuhan....
Ya..Rabb..moga Engkau kabulkan doa dan harapan hambaMu ini...Alaika tawakkaltu wailaika anabtu wailaikal Masiir..



Ummi Wardah

GuruKu Yang dihormati

Pn. Khairiah Sujud, pengetua SAMTSH teman seperjuangan
dari mula Ummi menjadi guru.

Pn. Hjh Saadah Bahruddin, mantan Pengetua SAM Bestari Subang Jaya.


Ust Hjh Habsah dikenali dgn Ibu Habsah dan Ust Hjh Aminah
Murid senior SAMTSH dan bekas guru senior SAMTSH.


Ust. Hjh Hapsah


Ust. Hjh Aminah