Thursday, August 26, 2010

Baitullahil haram....Aku datang lagi...


Untuk kesekian kalinya, di sisimu Aku akan datang lagi ....
Aku ingin bersujud di sisi rumahMu..
Permudahkanlah segala urusanku sebelum,semasa dan selepas
ziarahku ke rumahMu

Sungguh...!! setiap hambaMu pasti ada ruang dan tempatnya untuk beruzlah dan bermunajat kepadaMu, sekalipun amat ramai yang menjadi tetamuMu...
Ya Rabb...lapangkanlah bagiku ruang dan tempatku di rumahMu nanti.

Di sini....RahmatMu ku pohon,
MaghfirahMu ku dambakan
Antal Wakil

Allahu Akbar walillahil hamd....

Setahun dulu telah berlalu..............
Setelah mendengar keterangan detail dr Pakar yg kutemui mengenai kedudukan tahap 'sakit' Ummi, Keinginan Ummi tak dapat ditahan. Spontan Ummi bertanya soalan ini kepada Dr Pakar separuh usia itu...
" Dr mengikut pengalaman dr, pasien dr yg seperti saya berapa lamakah tempoh hayat mereka jika tidak mengambil rawatan hospital..?".
" Setahun....". Jawab Dr. " Jika mengambil rawatan ,kemungkinan untuk serangan berikutnya dr..?" Soal Ummi lagi. " Err...Paling cepat 2 tahun...".
Justeru, setahun yg berlalu saat penuh debaran. Ummi mencongak2 usia dan waktu..." Umur Ummi jika tidak setahun ...2 tahun....". namun Ummi tidak mengalah. Lantas usaha merawat dicari .....
Alhamdulillah hingga saat ini, Allah menganugerahi Ummi waktu2 yang amat berharga untuk Ummi menambah amal dan usaha...
Syukur.....kiraNya Engkau Ya Allah memberiku peluang untuk menemui Ramadhan..sekali lagi. saat penuh barakah..Moga juga akan ditemukan lagi thn hadapan 1432 Hijrah pula....

Moga Engkau perkenan munajatku di sisi rumahMu...
Untuk kesekian kalinya Ya...Rabb...!
Allahumma Anta Rabbi, Khalaqtani...Waa ana Abduka, Waana ala ngahdika wawa'dika mastata'tu...Abuu laka binikmatika alaiyya..Waabuu bizambi faghfirli...fainnahu laa yaghfiruz zunubailla anta..

Ummu Wardah
27 Ogos 2010.
17 Ramadhan 1431H.


Ummi Wardah,
Bdr Puteri

Sunday, August 22, 2010

Wednesday, August 18, 2010

Gaza..Bumi yang di berkati Allah






Pohon-pohon kurma yang subur di Palestine

Sahabat.....Manisnya Ukhuwwah!


Meraikan majlis walimah anakda ke 3 ukht Dr Roslainy, bertemu juga dengan teman-teman lama. Majlis walimah anak-anak sahabat sudah menjadi majlis pertemuan teman/rakan yang lama tak bertemu...

Kak Zu, sekarang seorang pensyarah di sebuah Universiti Islam Patani senior Ummi semasa di Egypt 30 tahun dulu...ditemukan semula
masih dalam azam dan izzah yang sama..Alhamdulillah

Ustazah Arfah sekalipun dah menjaukau usia 60an tetapi MasyaAllah masih bertenaga...
Kami bersama meraikan tetamu dari Patani dalam majlis rengkas di S.Alam

Ummi Wardah

Sambutan Merdeka di SAMT Sultan Hisamuddin...


Perhimpunan pagi sempena sambutan hari merdeka 2010.



Merdeka....




Dapat hadiah basikal kerana jadi juara nilam...bolehla joging dgn berkayuh basikal nie..

Tahniah.

Catatan sempena sambutan merdeka 2010
di SAMTH.

Monday, August 16, 2010

Antara dua darjat.....


A new born ..form flood victim
Banjir di Pakistan

Penduduk kampung Pakistan mengharungi banjir menyelamatkan
nyawa dari bencana luar biasa.

Jam loceng terbesar di dunia yang mula berfungsi Ramadhan 1431 Hijrah.

Monday, August 9, 2010

Perutusan Ramadhan 1431 Hijrah

Perutusan Ramadhan Presiden IKRAM



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala pujian bagi Allah s.w.t yang telah menyempurnakan agamaNya , melengkapkan nikmatNya dan merelai Islam sahaja sebagai ad-Din. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya sehingga ke hari al-qiamah ………..Amin!

Semoga seluruh warga Pertubuhan IKRAM Malaysia, anggota keluarga mereka , seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera, sentiasa mentaati Allah s.w.t , memajukan diri serta memperkembangkannya hari demi hari supaya menjadi lebih baik dengan perjalanan masa, mampu menambah bakti kepada agama yang kita imani dan Ummah yang kita sayangi

Beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan, bulan yang dipenuhi keberkatan, semulia-mulia bulan. Di dalamnya diperturunkan al-Quran, dimenangkan Ummah menerusi peperangan Badr al-kubra, al-Yarmuk, al-Qadisiah, al-Hattin dan lain-lain lagi. Ia mengandungi sebaik-baik malam , yaitu malam lailatul qadar, yang lebih baik dari seribu bulan.

Ia bulan yang membuka ruang kepada semua Umat Islam untuk mempergandakan amal-amal soleh, ketaatan kepada Allah, yang akan mempergandakan pahala balasan amalan-amalan yang wajib sebanyak tujuh puluh kali ganda dan amal-amal sunat kepada pahala balasan amal-amal yang fardhu dan wajib. Satu gandaan yang amat luar biasa yang dibawa atau yang terkandung bersama-sama bulan Ramadhan yang penuh keberkatan

Sepanjang bulan Ramadhan masyarakat Islam dituntut melaksanakan ibadah puasa , membayar zakat fitrah, mereka keluar beramai-ramai melaksanakan sembahayang fardhu dan sunat tarawikh secara berjamaah di masjid-masjid dan surau-surau, memakmurkan rumah-rumah Allah s.w.t dan bulan Ramadhan dengan kegiatan-kegiatan membaca al-Quraan, i’tikaf sepanjang sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, menghidupkan malam-malamnya dengan sembahyang-sembahyang sunat tahajud, witir dan seumpamanya, mengingati Allah s.w.t dengan memperbanyakkan tasbih ,tahmid, istighfar, taubah, berdoa dengan doa-doa yang ma’athur , munajat, merenung kandungan kitabnya dan keajaiban alam semesta, mendalami sirah RasulNya dan memahami perutusan-perutusan dari sunnah-sunnah baginda, sejarah umat manusia, para-para Nabi dan Rasul dan pengikut-pengikut mereka, nasib kaum-kaum yang ingkar kepada perintah Allah, alam akhirat, kematian dan untung nasib manusia sesudahnya.

Menerusi ibadat puasa sepanjang bulan Ramadhan kita dituntut mengekang hawa nafsu minum dan makan serta mencampuri Isteri di waktu siang, mengasuh diri bersabar, menahan marah, menjaga lidah dan kehormatan peribadi sebagai orang Islam yang mulia, bersopan santun, sentiasa menghulurkan khidmat dan bantuan kepada golongan yang memerlukannya, berderma dan bersedekah, merasai sendiri kesedihan dan kepayahan, kelaparan dan kekurangan yang ditanggung selama ini oleh golongan fakir miskin, anak-anak yatim, golongan cacat dan tidak berupaya untuk menyara atau mengurus diri sendiri atau keluarga mereka.

Bulan Ramadhan merupakan bulan pembersihan jiwa daripada pelbagai penyakit-penyakit batin dan pembersihan diri daripada perilaku-perilaku yang buruk. Bulan yang sepatutnya kepada pejuang-pejuang Islam menyuburkan keinsafan dalam diri, kesabaran menghadapi cabaran-cabaran, keazaman mendokong Islam, ketaatan kepada Allah, kerinduan kepada al-Rasul s.a.w dan sahabat-sahabat baginda yang telah berkorban untuk Islam dengan setinggi-tinggi pengorbanan.

Dalam suasana bulan Ramadhan, mereka meredah sahara, gurun yang luas, jurang yang dalam, bukit bukau yang tinggi, di bawah panahan cahaya panas terik matahari mereka memikul panji-panji tauhid untuk dikibarkan di seluruh pelusuk semenanjung Arabia, menyempurnakan satu misi alami, insani yang amat mulia yang kemudiannya disempurnakan oleh para sahabat baginda.

Gunakanlah kesempatan yang masih lagi Allah berikan kepada kita semua menerusi bulan Ramadhan yang akan tiba beberapa hari lagi ini untuk memperbanyakkan amal-amal soleh, mentaati Allah s.w.t, menabur bakti kepada orang-orang yang memerlukan , terutama kepada lingkungan yang hampir dengan kita, anggota keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, kenalan dan rakan-rakan.

Jadikanlah bulan Ramadhan ini, bulan kita memperteguhkan hubungan dengan Allah s.w.t, hubungan silatul al-rahmi dengan anggota keluarga yang dekat dan jauh, sanak saudara, jiran tetangga, rakan-rakan dan saudara –saudara seperjuangan, sesama ahli-ahli pertubuhan IKRAM dan masyarakat Islam.

Bulan Ramadhan, sewaktu dimanfaatkan sepenuhnya mampu mengasuh diri dan peribadi kita semua, mengangkatnya ke satu tahap yang lebih tinggi dan sempurna, menjadikan semua kita golongan yang hampir, dekat kepada Allah s.w.t dan manusia, diri dan peribadi yang mengasihi Allah dan dikasihinya, disayangi manusia dan menyayanginya.

Semoga bulan Ramadhan pada tahun hijrah 1431 ini akan mengangkat kita semua ke darjat golongan-golongan ummah yang bertakwa, memiliki bekalan perjalanan kehidupan yang terbaik dalam pengembaraan masing-masing merentasi kehidupan sementara di dunia yang fana’ ini. Dengan itu kita akan mencapai matlamat daripada ibadah berpuasa, memperolehi bekalan taqwa yang merupakan sebaik-baik bekalan disisi Allah s.w.t

Allah s.w.t telah berfirman didalam al-Quran:

" ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون "



Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu ( ibadah ) puasa sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu mejadi orang-orang yang bertaqwa “ { surah al-Baqarah, ayat 183)

Firmannya lagi:

وتزودوا فان خير الزاد التقوى " “

Maksudnya: “ Sediakanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah sifat al-taqwa “ { Surah al-baqarah, ayat 197 )

Ahli-ahli pertubuhan IKRAM diharapkan akan memperolehi bekalan al-taqwa tersebut menerusi penghayatan bulan ramadhan sebaik-baiknya, memperbanyakkan amal-amal soleh. Mudah-mudahan ia akan mengangkat mereka maju dan mara melonjakkan wahana IKRAM dan perjuangan Islam menerusinya ke tahap yang lebih tinggi, meninggalkan kesan baik dan membina yang lebih besar dan luas kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan

Akhirnya sebagai penutup, bersesuaian dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati perutusan Nabi kita Muhammad s.a .w menerusi hadis baginda :

Rasulullah telah berucap di hari-hari terakhir bulan Syaaban kepada sahabat-sahabat baginda:



" أيها الناس : قد أظلكم شهر عظيم مبارك , شهر فيه ليلة خير من ألف شهر, شهر جعل الله صيامه

فريضة وقيام ليله تطوعا , من تقرب فيه بخصلة كان كمن أدى فريضة فيما سواه , ومن أدى فريضة فيه

كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه , وهو شهر الصبر , والصبر ثوابه الجنة , وشهر المواساة

وشهر يزاد فى رزق المؤمن فيه , من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار , وكان له

مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيء .

قالوا : يا رسول الله , ليس كلنا يجد ما يفطر الصائم , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يعطى الله

هذا الثواب من فطر صائما على تمرة أو شربة ماء أو مذقة لبن .

وهو شهر أوله رحمة , وأوسطه مغفرة, وآخره عتق من النار, من خفف فيه عن مملوكه غفر الله له وأعتقه

من النار, فاستكثروا فيه من أربع خصال: خصلتين ترضون بهما ربكم, وخصلتين لا غناء بكم عنهما, فأما

الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم : فشهادة أن لا اله الا الله , وتستغفرونه, وأما الخصلتان اللتان لا غناء

بكم عنهما : فتسألون الله الجنة وتعوذون به من النار, ومن سقا صائما سقاه الله من حوضى شربة لا يظمأ

حتى يدخل الجنة "



Maksudnya: “ Wahai manusia ! Kamu akan dinaungi satu bulan yang agung, yang penuh keberkatan. Bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu fardhu dan menghidupkan malamnya sebagai amalan sunnah.

Sesiapa yang menghampirkan dirinya kepada Allah menerusi amalan sunnah, dia seperti melaksanakan satu amalan fardhu selain amalan sunnah tersebut, dan sesiapa yang menunaikan satu amalan fardhu di dalamnya (bulan Ramadhan), dia seperti menunaikan 70 amalan fardhu selain amalan fardhu tersebut. Ia adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya ialah syurga. Ia juga adalah bulan memberi pertolongan dan bantuan.

Ia bulan di mana rezeki orang-orang yang beriman bertambah. Sesiapa yang menyediakan makanan kepada seseorang yang berbuka puasa , tindakan itu akan mengampuni dosa-dosanya dan membebaskan dirinya daripada api neraka, bagi dirinya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa sebarang pengurangan”

Sahabat-sahabat baginda langsung berkata: “Bukan semua kami memiliki sesuatu untuk dijadikan bahan berbuka seorang yang berpuasa”. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: “Allah akan mengurniakan ganjaran pahala saperti itu kepada seseorang yang menghidangkan untuk seseorang yang berpuasa berbuka walaupun sekadar seulas buah tamar, seteguk air atau seteguk air susu ….

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah pengampunan dan hujungnya adalah pembebasan daripada api neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan daripada hambanya, Allah lagi akan mengampuni dirinya serta membebaskannya daripada api neraka.

Perbanyakkanlah sepanjang (bulan Ramhadan) 4 kegiatan: 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah s.w.t, 2 kegiatan lain pula kamu sendiri amat perlu kepadanya: Adapun 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah, maka ia adalah ucapan syahadah: “ bahawa tiada tuhan melainkan Allah” dan kamu memohon keampunan daripadanya.

Adapun 2 kegiatan yang kamu sendiri amat perlu kepadanya, maka ia adalah: “ kamu memohon ( balasan ) syurga serta kamu meminta perlindungannya daripada api neraka. Sesiapa yang memberi minuman kepada seseorang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minuman daripada kolah airku yang menjadikannya sama sekali tidak akan kehausan sehinggalah dia memasukki syurga” (Riwayat ibnu khuzaimah dalam kitab sahihnya)

Sekian sahaja dahulu, semoga Allah menerima semua amalan kita sepanjang bulan Ramadan ini dan seluruh amalan kita sepanjang kehidupan kita semua.

Selamat berpuasa.



Wassalamualaikum



Ust Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad

Presiden IKRAM

28 Shaaban 1431H

9 Ogos 2010

Palestinians in Gaza don't want handouts and uncertainty and despair; they want their dignity and their freedom


"........the siege is not a siege on foods; it is a siege on freedoms -- freedom to move in and out of Gaza, freedom to fish more than three miles out at sea, freedom to learn, to work, to farm, to build, to live, to prosper.....Palestine journalist...







Sunday, August 8, 2010

Jaulah ke Jugra, Banting..Klang

Pelatih IPM sedang membuat latihan payung terjun..dari puncak Bukit Jugra.

Pemandangan cantik dari puncak Bkt Jugra



Menara mencerap bulan

Peninjau persendirian....sedang membuat pemantauan..!

Pemandangan dari atas puncak bukit...

Istana Bandar, Jugra.

Bangunan Maktab Tahfiz JAIS, Jugra

Tempat dimana program LADAP staff Sri Hira mengikuti kursus..
Ummi dijemput menjadi salah seorang fasilitatornya.


Di depan Kolam Ikan..pancing!

Antara ikan yang kami beli....

Inilah dia Kolam ikan yang dipunyai oleh akh Abdullah Sani

`

Ajarlah Anakmu Solat ketika berumur 7 tahun....

Sofiah Kauthar dah pun berusia 7 tahun. Gambar nie Ummi ambil hari ini 28 Sya'ban 1431/8 Ogos 2010 semasa Sofia solat zohor. Tarbiah solat ini amat menguji kesabaran ibu bapa kini.
" Kalau Sofia solat hari ini cukup 5 waktu ,Ummi akan bagi hadiah 'surprise' esok".

Itu antara janji Ummi pada Sofia. Memberi ganjaran sebagai galakan supaya solat .
Ummi terus berdoa, moga2 sehingga akhirnya Sofia dapat melakukannya dengan ikhlas dan sukarela kerana rasa tanggungjawab kepada Pencipta....
Khasnya di zaman anak2 begitu awal telah begitu terdedah dengan pelbagai cabaran ICT,TV,CD,DVD,Computer Games, Astro dan rancangan kartun 24 jam dll...

Begitu pantas masa berlalu. Febuari 2003, Masih jelas terbayang tika Ummi dimaklumkan ujian urine test Ummi 'positif' hamil. " Tahniah..!! ". Spontan Dr Zulhelmi yang ditemui memberi ucapan. Ummi dan Suami amat terkejut sekali.....!! Ya..selepas 9 tahun tidak hamil, tiba2 diberi 'anugerah' yang ditunggu2 selama ini. Ketika ia sampai sebenarnya kami 'dah lali' dengan doa kami itu...Biar betul..MasyaAllah!! Ummur anak Ummi ke 3 (Kak Cik) ketika itu 11 tahun....darjah 5 di Sri Hira'.

Bukan takpercaya kuasa dan takdir Allah...jauh sekali. Tetapi setelah melalui 'cubaan mendapat zuriat yang gagal' atas nasihat doktor pakar, kami pasrah....! Jika ada rezeki adalah jika tak memadai dengan zuriat yang ada...

Namun Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang......!
1998 Ummi dan Abah ke tanah suci mengerjakan haji. Ia pemergian kali ke 2 bagi Ummi...Antara doa kami yang pasti mohon dianugerahi lagi zuriat..yang soleh kalau boleh anak lelaki...Namun yang diberi juga puteri...Alhamdulillah kami tetap syukuri!

Peristiwa ini, mengingatkan Ummi kepada kesah Keluarga Imran apabila dianugerahi zuriat seorang puteriو مريم بنت عمران...walaupun yang dipohon seorang putera yang dapat mewarisinya. Namun Allah Yang Maha Berkuasa Amat Berkehandak mengikut takdirNya. Dialah yang menentukan jadinya sesuatu perkara. Moga2 zuriat yang dianugerahi disyukuri dan bakal jadi pewaris yang solehah mewarisi amalan para Solihin Al-Awwalun.....

ummi Wardah.
Bdr Puteri.

يوم الميلآد السعيدة

Juga Teacher Sapura , birthday dia 2 Julai...yang ke ...? Rahsia ma..


Ummi bergambar dengan Cikgu Zaharah

Antara yang turut menyambut hari lahir bulan yang sama Cikgu
Zaharah Hashim, Teacher Sapura,Ust Norkhairiah Hashim,Cikgu Sabariah. Ada 8 orang guru semuanya.....

Kek hari jadi kami yang Indah!!

Ada 6 biji massmelo putih susu yang yummy...............!!

Akhirnya tertunai juga hajat di hati kami yg ingin menyambut hari jadi bersama-sama....
Alhamdulillah...!

Ummi Wardah.


Saturday, August 7, 2010

Puasa Bulan Yg Mulia..!

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Sejak langit dan bumi diciptakan, Allah swt menetapkan 12 bulan dalam setahun.

"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram." (QS At Taubah : 36)

Itulah perhitungan waktu yang berlaku sepanjang sejarah manusia, sejak Adam turun ke bumi sampai terjadinya hari kiamat. Satu daripada 12 bulan tersebut bernama Ramadhan.

Pernahkah kita bertanya dalam hati kita :

Kenapa di bulan Ramadhan Allah swt wajibkan kita untuk melaksanakan puasa selama sebulan penuh dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari serta qiyam (berdiri beribadah) di malam hari?

Menariknya lagi, setiap tahun Ramadhan datang menemui kita tanpa kita minta. Tanpa diundang, ia datang :

  1. Membawa sejuta tarikan.
  2. Menghadiahkan banyak keistimewaan.
  3. Memberikan berbagai manfaat dalam hidup dan kehidupan kita.

Tujuannya tidak lain melainkan agar setiap tahun kita mendapat kesempatan mengikuti "Latihan Pengurusan Syahwat" secara percuma.

Ramadhan adalah salah satu bentuk kasih sayang Allah pada kita agar kita mendapat kesempatan mengikuti "Latihan Pengurusan Syahwat" tersebut secara intensif dan berulang-ulang.

Ini adalah kerana :

  1. Syahwat adalah ancaman kekal yang terbesar dalam diri orang-orang yang beriman.
  2. Syahwat mampu membinasakan kehidupan kita, baik di dunia mahupun di akhirat.
  3. Syahwat mampu membutakan mata hati dan fikiran kita sehingga yang haram menjadi halal, yang halal menjadi haram, yang baik menjadi buruk, yang buruk menjadi baik dan seterusnya.

Perlu kita sedari bahwa syahwat akan sentiasa menjadi ancaman dalam diri kita selama hayat dikandung badan. Oleh sebab itu, kita mesti berusaha untuk mengurus syahwat secara :

  1. Tepat.
  2. Maksimum.
  3. Berterusan.

Bagi memudahkan kita agar mampu mengurusnya dengan baik, di antaranya, Allah syari'atkan kepada kita kewajiban mengikuti "Latihan Pengurusan Syahwat" sebulan dalam setahun.

Ini bermakna, satu perduabelas (1/12) dari umur kita, khususnya sejak remaja (mukallaf) kita habiskan untuk mengikuti "Latihan Pengurusan Syahwat", Subhanallah...

Adalah sangat sesuai jika tujuan utama puasa Ramadhan itu adalah agar kita meraih darjat tertinggi di sisi-Nya, iaitu Taqwa.

Maknanya kita mampu mengurus semua aktiviti kehidupan dunia sementara ini sesuai dengan sistem Allah berdasarkan kepada hukum halal dan haram yang ditentukan oleh Allah serta terlepas dari tipu daya dunia dan syahwat yang sentiasa menjerumuskan kita ke lembah kehinaan.

Agar "Latihan Pengurusan Syahwat" yang diwajibkan selama bulan Ramadhan ini berterusan sepanjang tahun, maka Rasulullah saw membuka peluang latihan yang sama di hari-hari selepas Ramadhan. Di antaranya :

  1. 6 hari di bulan Syawal.
  2. Puasa mingguan (Isnin dan Khamis).
  3. Puasa bulanan (iaitu tarikh 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijriyah),.
  4. Hari Arafah (10 Muharram).
  5. Puasa Nabi Daud (sehari puasa dan sehari berbuka).

dan sebagainya.

Orang-orang yang menjalani dan mengikuti "Latihan Pengurusan Syahwat" Ramadhan seperti yang disunnahkan oleh Rasulullah saw (secara baik dan maksimum) pasti merasakan berbagai manfaatnya dalam kehidupan di dunia, khususnya dalam mengurus syahwat secara efektif dan berkesan.

Oleh sebab itu, kebiasaan dan perilaku hidup di bulan Ramadhan akan mampu mereka teruskan di luar bulan Ramadhan sehingga sampai bertemu Ramadhan yang berikutnya.

Adalah amat dikesali bahwa fenomena umum yang muncul dalam masyarakat kita menunjukkan bahwa Ramadhan dengan segala keagungan, tarikan dan keistimewaannya tidak lebih dari bulan bermusim.

1. Musim beramai-ramai ke Masjid, khususnya solat Tarawikh. Itupun hanya di hari-hari permulaan dan tidak bertahan sampai ke akhir Ramadhan.

2. Musim kreativiti seni dan budaya yang bercirikan Islam samada yang menyentuh lagu, pakaian, penampilan mahupun yang lain-lain.

3. Musim pengajian, ceramah dan siaran Islam walaupun sebahagiannya nampak semacam dipaksakan dan sesetengahnya melanggar nilai-nilai Islam itu sendiri.

4. Musim membantu anak yatim dan fakir miskin. Namun setelah Ramadhan selesai, tamat pula kebiasaan yang baik tersebut sehingga jumlah fakir miskin semakin bertambah.

5. Musim mendekatkan diri kepada Allah dengan berbagai ibadah. Namun setelah Ramadhan pergi, kita pun menjauhkan diri dari Allah dan bahkan tidak jarang pula yang terus melupakanNya.

Pokoknya, apabila Ramadhan tamat, selesai sudah semua bentuk ketaatan, ibadah dan kebaikan tersebut.

Yang lebih merisaukan kita lagi ialah Ramadhan dijadikan musim berlumba-lumba untuk mengumpulkan dan memuaskan berbagai jenis syahwat seperti berlumba-lumba dalam :

  1. Berbelanja makanan dan minuman.
  2. Memperagakan pakaian.
  3. Membeli kenderaan dengan alasan untuk pulang ke kampung.

Akibatnya, untuk mendapat apa yang diinginkan walau apapun yang dilakukan tanpa melihat dari sudut kebersihan sumbernya. Bahkan ada pula dengan niat yang tidak baik seperti hanya ingin menunjuk-nunjuk kepada orang-orang di kampung dengan kenderaan baru yang dibelinya.

Fenomena lain yang tidak kurang menggusarkan kita adalah apabila berbagai kebaikan dan ketaatan yang dilakukan di bulan Ramadhan hanyalah sekadar tatacara rasmi semata-mata dan tidak jarang pula dimanfaatkan sebagai peluang perniagaan untuk mencari kekayaan.

Kita boleh nampak dengan jelas berbagai ketaatan dan kebaikan yang dilakukan belum sampai kepada :

  1. Suatu kesedaran yang datang dari lubuk hati yang dalam (ikhlas kerana Allah).
  2. Kefahaman yang benar akan hakikat dan peraturan dalam bulan Ramadhan.

sehingga ianya menjadi kebiasaan yang berterusan selepas Ramadhan selesai hingga bertemu Ramadhan berikutnya.

Jika demikian halnya, adalah sesuatu yang tabi'e bahwa syahwat menjadi masalah terbesar dalam hidup kita.

Perilaku buruk seperti :

  1. Suka berbohong.
  2. Mengumpat.
  3. Hasad dengki.
  4. Tamak (rakus) pada habuan duniawi.
  5. Menipu.
  6. Bersikap curang.
  7. Berzina.
  8. Tidak wara' (menjaga diri dari makanan dan minuman yang haram dan syubhat).
  9. Rasuah.

serta berbagai bentuk kejahatan dan perbuatan tidak bermoral lainnya tumbuh dan subur kembali setelah Ramadhan selesai.

Ini adalah kerana dari segi kenyataannya :

  1. Di bulan Ramadhanlah kita sirami syahwat kita dengan berbagai benih yang membuatkan ia tumbuh subur dalam diri kita.
  2. Di bulan Ramadhan juga kita manjakan syahwat makan, minum, pakaian, tempat tinggal, wang, kenderaan dan berbagai bentuk syahwat angan-angan duniawi lainnya.

yang pada akhirnya tumbuh dan berkembang di bulan yang penuh berkat iaitu syahwat duniawi, bukannya ketaqwaan kepada Allah, kerinduan bertemu denganNya, yang menjadi sasaran utama disyaria'tkannya ibadah puasa di bulan Ramadhan.

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (QS Al-Baqarah : 183)

Akibat negatif lain ialah pembiayaan kita menjadi sangat tinggi di bulan Ramadhan. Keperluan makanan, pakaian, wang, kenderaan dan sebagainya meningkat naik sepanjang bulan Ramadhan.

Permintaan kepada berbagai keperluan hidup melonjak terus sehingga mengakibatkan harga- harga melambung tinggi yang memberi kesan langsung terhadap bertambahnya kesukaran hidup jutaan saudara-saudara kita yang tidak berkemampuan (fakir miskin).

Ditambah pula dengan tradisi balik kampung dan sambutan hari raya yang memerlukan pembiayaan yang besar dan menimbulkan berbagai masalah, risiko keamanan dan bebanan yang berat dalam hidup kita.

Semua perkara tersebut di atas berlaku sebagai akibat dari kurangnya kita menghayati hal ehwal berkaitan ibadah Ramadhan serta pelaksanaannya yang melencong dari format "Latihan Pengurusan Syahwat" Ramadhan yang disyari’atkan oleh Allah dan RasulNya.

Hasilnya sudah boleh dipastikan iaitu kita akan melencong dari yang telah disasarkan oleh Allah dan RasulNya iaitu :

  1. Mencapai tahap taqwa.
  2. Mendapat rahmat Allah.
  3. Meraih ampunan Allah.
  4. Selamat dari ancaman neraka Allah.

Atau dengan kata lain, pada kenyataanya :

  1. Ramadhan telah menyuburkan syahwat kecintaan duniawi kita.
  2. Ramadhan telah melahirkan berbagai kesukaran dalam hidup kita di dunia dan juga menagih kesulitan hidup di akhirat sebagai akibat dari penyimpangan kita dalam pelaksanaan ibadah Ramadhan atau tidak bersungguhnya kita dalam menjalani dan memanfaatkan peluang "Latihan Pengurusan Syahwat" selama bulan Ramadhan.

“Ahlan wa sahlan yaa Ramadhan" atau Selamat datang wahai Ramadhan... Itulah yang diucapkan oleh kaum Muslimin di seluruh dunia menjelang tibanya bulan Ramadhan.

Di negara-negara umat Islam, kita dapati ribuan sepanduk menyambut Ramadhan tersebar di mana-mana.

Bahkan yang amat menjolok mata ialah sebahagian tokoh, ahli politik, seniman, ahli muzik, media dan parti-parti politik yang tidakpun mengambil berat dengan Islam bahkan sesetengahnya memusuhi prinsip-prinsip dan ajaran Islam tidak mahu ketinggalan dalam menyambut kedatangan bulan yang penuh berkat ini melalui berbagai acara, program, sepanduk, iklan dan pamplet (jadual imsakiyah Ramadhan) samada di media cetak mahupun elektronik.

Perkara ini mereka lakukan dengan harapan akan memperolehi keberkatan (materialistik dan populariti) di Bulan Ramadhan.

Bagi sesetengah ahli politik dan parti politik, tentunya dengan harapan mereka akan memperolehi sokongan kaum Muslimin khususnya pada musim-musim pilihanraya yang mendatang.

"Ahlan wa sahlan yaa Ramadhan" adalah sebuah ungkapan yang sangat dalam maknanya.

Ungkapan yang mencerminkan penghormatan luar biasa bagaikan menyambut kedatangan tetamu yang sangat mulia.

Memang demikianlah halnya di mana Ramadhan dengan segala aktivitinya adalah saat yang terbaik untuk mengikuti "Latihan Pengurusan Syahwat" bagi orang-orang yang beriman.

Ramadhan adalah bulan kemenangan hamba mukmin jika dia berhasil memperolehi :

  1. Kasih sayang.
  2. Ampunan.
  3. Jaminan keselamatan dari api neraka.

dari Allah Rabbal Alameen.

Kita juga temui dalam bait-bait sya'ir yang dilantunkan dalam sesetengah nasyid yang tertulis :

"Selamat datang wahai bulan Ramadhan... Kedatanganmu membawa kemuliaan, wahai bulan Al-Qur'an" .

Ramadhan adalah bulan berinteraksi dengan Al-Qur'an secara intensif dan maksimum dimulai dari :

  1. Membacanya.
  2. Menghafalnya.
  3. Memahaminya.
  4. Mengamalkannya.
  5. Menyebarluaskan ajarannya.

Ramadhan bukan bulan promosi dari parti, organisasi, kelompok dan saat berlumba-lumba meraih kekuasaan dan kepentingan dunia lainnya bahkan ia adalah bulan :

  1. Limpahan rahmah (kasih sayang).
  2. Maghfirah (keampunan).
  3. ‘Itqun minan nar' (terbebas dari api neraka) di akhirat kelak.

Itulah yang dirasakan oleh Salafush Soleh generasi pertama umat Islam. Mereka merasakan kesan amaliyah Ramadhan sepanjang tahun. Setelah enam bulan melepasi Ramadhan, mereka meminta dan berdoa kepada Allah agar dipertemukan semula dengan Ramadhan berikutnya.

Apa yang digambarkan sebelum ini adalah kebiasaan yang salah dalam menyambut dan melaksanakan aktiviti di bulan Ramadhan.

Agar kita terhindar dari kebiasaan yang salah tersebut, perlu kita renungkan dan pastikan beberapa keistimewaan Ramadhan seperti yang telah dijelaskan oleh Allah dan Rasulnya Muhammad saw seperti berikut :

1. Ramadhan adalah waktu yang termahal dalam hidup kita yang datang setiap tahun tanpa diundang. Di dalamnya terdapat satu malam lebih baik dari 1,000 bulan. Malam itu dinamakan oleh Allah dengan Lailatul Qadr seperti yang tercatat di dalam surah Al- Qadr, ayat 1- 5. Waktunya adalah pada 10 hari terakhir Ramadhan seperti yang diisyaratkan oleh Rasulullah saw dalam beberapa haditsnya.

2. Ramadhan dengan segala aktivitinya, khususnya puasa adalah saat keemasan untuk mengikuti "Latihan Pengurusan Syahwat" dan disiplin tinggi dalam hidup melalui berbagai ibadah yang kita lakukan samada di siang hari mahupun di malam harinya.

Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw bersabda :

" Puasa adalah perisai. Jika salah seorang di antara kamu sedang puasa, maka janganlah berkata kotor dan berperilaku buruk. Jika ada orang yang menghasut untuk menimbulkan kekecohan atau mencacimu maka katakanlah : Saya ini sedang puasa, dua kali. Demi Zat yang diri Muhammad ada di tanganNya, bahwa bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari wangian kasturi. Dia telah meninggalkan makan, minum dan syahwatnya demi Aku (Allah), puasa itu untukKu dan Aku yang akan membalasnya dan satu kebaikan akan dibalas menjadi sepuluh kali ganda." (HR Bukhari)

3. Ramadhan adalah bulan bertaburan dengan rahmah dan berkah. Ramadhan adalah saat terbaik untuk taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah), kembali ke jalan Allah dan bertaubat di atas segala dosa, kesalahan dan kelemahan kerana di bulan ini pintu syurga Allah buka selebar-lebarnya, pintu neraka Dia tutup serapat-rapatnya dan syaitan-syaitan dibelengguNya sebagaimana yang disebut dalam hadits riwayat Imam Baihaqi, Ahmad dan Nasa'i. Oleh sebab itu, berbuat kebaikan dan ketaatan di bulan Ramadhan terasa lebih mudah dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain.

4. Ramadhan dengan segala aktivitinya adalah saat yang paling berharga untuk meraih kesihatan ruhiyyah, perilaku dan juga fizikal. Telah banyak penelitian dilakukan oleh para pakar tentang pengaruh puasa terhadap kesihatan bagi yang melakukannya. Di antaranya seperti yang dikatakan oleh Dr Abdul Jawad As-Shawi, pakar ilmu kesihatan di Lembaga Pengkajian Sains dalam Al-Qur'an dan As Sunnah yang berpusat di Makkah bahwa manfaat puasa di bulan Ramadhan bukan hanya bagi yang melakukannya semasa berada di negaranya (muqim), tapi juga termasuk yang musafir dan orang tua yang berat baginya berpuasa.

Inilah rahsia mukjizat Al-Qur'an yang tercantum dalam surah Al-Baqarah ayat 184 di mana Allah menyebut " Dan jika kamu puasa, ia adalah lebih baik bagimu. Perkataan " Khair" dalam bahasa Arab adalah "isim tafdhil" atau " superlative degree" yang mencakupi kebaikan kesihatan jiwa dan kebahagian di dunia dan akhirat. Oleh sebab itu, Allah tutup ayat tersebut dengan " Jika kamu mengetahuinya".

5. Orang-orang yang berpuasa akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, di dunia iaitu ketika berbuka dan kedua di akhirat, iaitu ketika ia bertemu Allah di syurga sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

6. Puasa itu akan memberi syafaat (sokongan kuat) di akhirat bagi yang melakukannya.

Dari Abdullah Bin Umar ra bahwa Nabi saw berkata :

" Puasa dan Al-Qur'an memberi syafa'at bagi hamba (yang melakukan dan membacanya) pada hari kiamat nanti. Puasa berkata : Ya Rabb… Saya larang dia dari makanan dan syahwat di siang hari, maka berilah dia syafa'at. Lalu Al-Qur'an berkata : Saya larang dia tidur di malam hari, maka berilah dia syafa'at. Maka keduanya (Puasa dan Al-Qur'an) diizinkan oleh Allah untuk menjadi syafaat baginya.” (HR Ahmad)

Ya Allah, panjangkanlah umur kami sehingga kami sempat untuk bertemu dengan Ramadhan kerana sesungguhnya ia adalah bulan rahmat, berkat, pahala berganda, keampunan, kegembiraan, kesihatan dan syafa'at bagi para Mu'minin dan Mu'minat yang melaksanakan puasa dan ibadah-ibadah yang lainnya dengan penuh keikhlasan dan hanya mengharapkan balasan yang terbaik dariMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

Wednesday, August 4, 2010

Tyson memeluk Islam ketika di penjara ....??

MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.