Friday, October 29, 2010
Thursday, October 28, 2010
Majlis APC SABK 2009..
Sek Agama Menengah Bestari Subang Jaya (SAM Best)
sekolah Ummi berkhidmat sebelum ini..
ketika mengendalikan program UBK di SAM Best 2006 -2008...
penerima lelaki En Fadhil Samangon, Ketua Guru Displin semasa
Ummi memangku PK Hem 2009..Terima kasih cikgu..!!
Moga anugerah yang diberi disyukuri dengan usaha meningkatkan azam untuk terus berkhidmat memberi yang terbaik mampu dijayakan membangun impian menjadi SABK Unggul menjelang 2012..
Ummi Wardah
Wednesday, October 27, 2010
Friday, October 22, 2010
ِ صورة عن سرطان قبل ان يزيد الى اثنين الى آخـــر........
....!!!
Sartan (cancer) and its treatment in Unani Medicine.
Abstract
The knowledge of Sartan (cancer) in the Unani (Greco-Arabian) systems of medicine can be traced to ancient times (131-200 A.D.). Like all other diseases its etiology has also been attributed to the combustion and imbalance of certain humors in the body. Unani simples-plants, animals and minerals-and formulations used for the treatment of the disease have been tabulated with recipes, methods of preparation, doses (wherever available) and modes of administration. The claims have been reviewed in the light of research work conducted in India during the last three decades.
Wednesday, October 20, 2010
Mari selusuri Surah2 Al-Quran
7 ayat pujian2an.....Betapa Agung kebesaran Allah Pemilik Segala Alam..
2- Surah Al-Baqarah: 286 Ayat.
Petunjuk Jalan Kebenaran dari jalan2 yang sesat iaitu: Jalan Kufur,Munafiq,Fasad...
3-Surah Ali Imran: 200 Ayat.
Pembeza (Al-Furqaan ) antara jalan,aktiviti,tingkah laku jalan2 kebenaran dengan yang lainnya.
4-An-Nisaa: 167 Ayat.
Peringatan asal kejadian Insan dari tubuh yang SATU. Golongan WANITA adalah amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah kepada para Wali dan PEMIMPIN.... hak pemilikan mereka dll...
5-Al-Maidah: 120 Ayat.
Tuntutan Allah kepada semua manusia agar TEGAK MENUNAIKAN JANJINYA2NYA:
Janjinya dgn Allah yg terkandung dalam Syahadah & janji2nya dgn Insan yg lain ..Itu adalah amanah yang menjadi pertanggung jawaban. Hakikat kehidupan dipenuhi dgn janji2 ingin melakukan/melaksanakan amal/kerja/ amanah...bermula dgn amanah kpd diri,keluarga(suami/isteri) dll... Aapa sahaja amal yg akan dilakukan semuanya bermula dgn akad/janji...berjanji dgn syahadah, beraqad ketika mengucapkan akad nikah, berjanji ketika menerima tugas/kerja...dll. semuanya...
Ayat2 awal mengungkapkan Peringatan: agar menjaga makanan..bermula dgn tatacara memakan daging sembelihan...
Bersambung....
Ummi Wardah.
4.00 pagi
13 ZulQaedah 1431 H.
Monday, October 18, 2010
Pusrawi...dijejaki buat diri mencari seuntai harapan...
ditemani Hubby....ku jejaki pusat ini..
Sapaan Dr Pakar ..seperti sebelumnya yang pernah ku dengari..
" Puan di sini saya selaku orang yang arif selok belok isu ini..saya amat berharap pn dapat memahami apa yang saya maksudkan..."
Sungguh .Dr F amat ingin agar Ummi dan Baba dengar dan fahami yg dikatakannya. Ia selaku seorang pakar yg telah berkongsi banyak cerita suka duka para pesakitnya..
Sekoyong2 Dr F memperkenalkan Ummi dengan staffnya yg baharu selesai melalui fasa-fasa rawatan dgn jaya..
Ya..Pn S berumur 60 tahun.
" Macam orang berumur awal 50an Ummi...tampak sihat..ceria dia..". Baba memaklumkan pada Ummi seusai pertemua dgn Dr F kelmarin..
Hati Ummi kali ini cukup pasrah...kiranya inilah ' jalan terbaik' yang ada Ummi pasti akan laluinya..
Kenangan dulu, tiap kali Ummi mohon doa dan istiharah..pasti akhirnya Ummi 'enggan' mengingati:
" Chemotraphy, Surgery, Radiotraphy dan Hormon...."
Ia umpama satu cerita duka..perjalanan ke hujungnya...!!
Allahumma Yassir Wala Tuasyirr...!!
Ummi Wardah
11 ZulQaedah 1431H.
Saturday, October 16, 2010
Satu perjalanan.....disusuri semula buat kali ke 2
Dalam derita penduduk Palestine..namun pintu syurga terbuka luas buat mereka yg ikhlas berjuang....
Sungguh! janji Allah pasti tiada siapa yang bisa menyanggah....
Ummi Wardah
Friday, October 8, 2010
Di Haramain.....Ogos-Sept 2010
Thursday, October 7, 2010
Monday, October 4, 2010
Penampilan Daie yg Wibawa....
Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Cara tutur kata dan penampilan seorang pendakwah akan menarik perhatian orang yang mendengar dan melihatnya kerana pada dasarnya jiwa manusia cenderung dan tertarik dengan penampilan yang indah dan baik.
Dari sini kita boleh melihat bahwa yang dipilih sebagai pegawai-pegawai pemasaran hasil keluaran sesuatu kilang adalah orang-orang yang berpenampilan menarik di samping kualiti produk yang terbaik.
Pada hakikatnya, dakwah adalah menawarkan sebuah risalah dan landasan pola berfikir yang tercermin dalam :
1. Akhlak.
2. Keperibadian.
3. Penampilan.
Imam Hasan Al-Banna pernah ditanya :
"Kenapa kamu tidak menyusun buku?"
Beliau menjawab :
"Tugas aku bukanlah untuk menyusun buku kerana buku biasanya akan diletakkan di perpustakaan dan amat sedikit sekali orang yang mahu membacanya. Berbeza halnya dengan seorang muslim, ia adalah 'buku yang sentiasa terbuka' ke mana pun ia berjalan, itu adalah dakwah."
Betapa ramai pendakwah yang tidak pandai bercakap dan berkhutbah tetapi dengan rahmat Allah, ramai mad'u yang berdiri di sampingnya.
Ini disebabkan oleh :
1. Getaran jiwanya.
2. Pantulan wajahnya.
3. Kelembutan perasaannya.
4. Penampilan yang simpatik.
5. Keimanan yang mendalam (al-iman al-amiq).
6. Kefahaman yang tepat dan menyeluruh (al-fahmu ad-daqiq)
yang dimiliki oleh seorang pendakwah.
Ini bukanlah merupakan perkara yang baru kerana ia sudah ada sejak masa-masa awal perjalanan dakwah Islamiah.
Kita boleh menyaksikan sahabat Dihyah Al-Kalbi ra, delegasi Rasulullah saw yang diutuskan untuk menemui Heraklius, penguasa Romawi.
Dihyah ra termasuk dalam deretan sahabat yang terkemuka. Ia mempunyai bentuk tubuh badan yang baik dan wajah yang tampan.
Suatu ketika (tatkala menyampaikan wahyu), Jibril as pernah turun dengan menyerupai Dihyah ra. la bukan termasuk ahli Badar. Peperangan yang pertama kali ia ikuti adalah perang Khandaq. Ia juga ikut serta dalam perang Yarmuk sebagai pemimpin pasukan ketumbukan.
Mush'ab bin Umair ra juga berwajah tampan dan berpenampilan simpatik. Ibnu Sa'ad menceritakan dalam ‘Thabaqat’nya.
"Ibu Mush'ab adalah wanita yang kaya raya. Ia memberikan sebaik-baik pakaian dan sebaik-baik wangian untuk Mush'ab. Seluarnya buatan Hadhramaut. Rasulullah saw pernah bersabda, 'Aku tidak pernah melihat di kota Makkah ini orang yang lebih indah rambutnya, lebih halus pakaiannya, dan lebih banyak kenikmatannya, daripada Mush'ab bin Umair ra.'"
Ja'far bin Abu Thalib ra yang meraih ‘syahadah’ (kesyahidan) dalam perang Mu'tah juga berwajah tampan dan berpenampilan menarik. Beliau termasuk delegasi yang diutus oleh Rasulullah saw kepada para raja dan penguasa.
Dari Abu Hurairah ra, ia berkata bahwa ada seorang laki-laki tampan yang datang kepada Rasulullah saw lalu berkata,
"Ya Rasulullah, sesungguhnya saya adalah orang yang suka keindahan dan saya telah diberi oleh Allah keindahan itu seperti yang engkau saksikan sehingga saya tidak suka jika ada orang yang melebihi saya meskipun hanya berupa sandal. Apakah ini termasuk sifat sombong?"
Rasulullah saw menjawab :
"Tidak, sesungguhnya yang dimaksudkan dengan sifat sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan (menghina) orang lain." (HR Abu Daud)
Begitu pula seorang pendakwah yang hidup dalam sebuah masyarakat atau yang menjadi utusan pada sebuah yayasan atau jamaah, hendaklah sentiasa berpenampilan baik dan berakhlak mulia.
Sebuah ungkapan mengatakan :
"Kejayaan sebuah misi akan bergantung kepada si pembawa misi tersebut."
Penampilan dan akhlak yang baik akan membuatkan orang yang baru sahaja memandangnya menjadi tertarik dan simpati. Maka kita akan menjumpai ada sebahagian orang yang menggantungkan kepercayaan melalui pandangan matanya.
PANDANGAN KASIH SAYANG
Rasulullah saw bersabda :
"Barangsiapa memandang saudaranya dengan kasih sayang niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya."
Apakah pandangan yang dimaksudkan oleh hadits di atas?
Adakah ia pandangan sekilas lalu atau pandangan yang dipenuhi keteduhan dan kasih sayang?
Yang dimaksudkan oleh hadits di atas adalah pandangan yang ditujukan pada hati dan mengajaknya berbicara dengan lemah lembut.
Umpama seperti sebuah kamera, hanya dengan satu petikan butang dapat menangkap gambar yang sangat indah.
Itu semua tidak akan dapat direalisasikan kecuali dengan pandangan yang :
a. Tulus dan suci.
b. Penuh kasih sayang.
c. Penuh rasa cinta kerana Allah.
Mata adalah alat terpenting bagi seorang pendakwah dan merupakan wasilah yang memberi kesan yang sangat besar bagi pendakwah.
Ini adalah kerana ketika seorang pendakwah memandang saudaranya sesama muslim dengan penuh kasih sayang, seakan-akan ia telah memberikan hartanya yang paling berharga.
Jika pandangan seseorang yang dipenuhi oleh rasa dengki sahajapun mampu menghancurkan, maka pandangan yang penuh cinta dan kasih sayang juga sangat berpengaruh dalam menghantarkan kepada kebenaran yang akhirnya dapat mempereratkan barisan dan memperkuatkan bangunan. Ini merupakan kekuatan terpendam yang dimiliki oleh manusia.
Apa yang kita sembunyikan dalam hati akan tersingkap dengan tatapan mata. Seorang muslim adalah cermin bagi saudaranya.
Allah swt berfirman :
"Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui suatu apa pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur." (QS An-Nahl : 78)
Suatu ketika seorang pendakwah diundang untuk memberikan ceramah di suatu perkhemahan musim panas di salah satu negara Arab. Pendakwah itu sudah biasa mengenali pemuda-pemuda yang ikut serta dalam perkhemahan itu.
Tatkala pendakwah itu datang ke tempat itu pada waktu yang telah ditentukan, ternyata tidak seorang pun menyambut kedatangannya. Beberapa saat kemudian ada beberapa pemuda yang berjalan dengan berhati-hati serta penuh malu menuju ke arah pendakwah tersebut dan itulah yang menyebabkan mereka mendapat hukuman dari ketua perkhemahan mereka.
Suasana pun menjadi sangat kaku dan ianya berlangsung agak lama sehingga pada masa solat berjamaah dan santapan makan pun suasananya masih terasa kaku.
Kemudian pendakwah itu dipersilakan untuk memberikan ‘taushiah’ (nasihat). Pendakwah tersebut sama sekali tidak menyinggung kejadian yang baru sahaja berlaku yang belum pernah dijumpainya sebelum ini.
Setelah acara selesai, dia pun pulang, tetapi khuatir dengan kejadian suasana kaku seperti itu jika tidak diluruskan, pemuda-pemuda tadi akan tercelup atau terbiasa dengan perilaku yang bertentangan dengan ruh dakwah dan ukhuwah Islamiah.
Di atas rasa tanggungjawab tersebut, beliau menyempatkan diri untuk bertemu dengan pemuda-pemuda tersebut.
Dalam pertemuan itu beliau mengatakan :
"Sesungguhnya apa yang saya alami pada pertemuan pertama di perkemahan itu membuatkan saya sedih. Jika peraturan perkemahan adalah seperti itu (iaitu : tidak boleh menyambut tetamu), maka itu adalah sesuatu yang sangat keterlaluan. Peraturan tentera sekalipun tidak melalaikan etika memuliakan tetamu yang mesti disambut dengan hangat, lebih-lebih lagi jika tetamu itu adalah tetamu undangan. Tambahan pula ini adalah perkhemahan berbentuk lslamik.
Rasulullah saw bersabda :
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia menghormati tetamunya." (HR Muslim)
Sebenarnya apa yang saya alami di waktu itu boleh saya jadikan sebagai tema ucapan saya dengan menunjukkan di mana letaknya kesalahan sikap itu namun manhaj dakwah mengajarkan agar saya tidak marah hanya kerana perasaan peribadi. Oleh kerananya, saya tahan perasaan marah saya demi menghormati petugas perkemahan itu. Meskipun pada waktu itu saya boleh membahasnya secara singkat dan dengan sindiran sahaja, tetapi saya lebih mengutamakan ketaatan dan berjalan sesuai dengan peraturan perkemahan.
Kaidah kita dalam memberikan nasihat itu adalah :
Hendaklah nasihatmu terhadap saudaramu kamu lakukan :
a. Dengan sindiran dan bukan terang-terangan.
b. Untuk membimbing kepada kebenaran bukan untuk menyakiti.
Saudaraku sekalian, sesungguhnya orang seperti saya ini datang ke tempat ini dengan melalui perjalanan yang panjang dan meletihkan serta menempuh jalan ribuan batu.
Saya datang kepada kamu dengan perasaan rindu dan kasih sayang tanpa ada tujuan duniawi dan tujuan peribadi.
Saya datang untuk melihat wajah-wajah kamu dan itulah nikmat yang sangat besar yang dapat menghilangkan rasa penat dan lelah setelah menempuh perjalanan yang panjang.
Pandangan inilah yang sering terukir dengan untaian kata yang amat indah :
“Barangsiapa memandang saudaranya dengan pandangan penuh kasih sayang,
maka Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya.”
Allah swt berfirman :
"Bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Rabb-nya di pagi dan
petang hari dengan mengharap keridhaanNya, janganlah kedua mata kamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (QS Al-Kahfi : 28)
Apakah setelah semua ini kamu mengharamkan pandangan itu dan menghalangi datangnya ‘maghfirah’ (ampunan) Allah swt?
Tidakkah kamu mengetahui dari perjalanan hidup Rasulullah saw, betapa berharganya nilai sebuah pandangan?
Marilah kita lihat bagaimana kisah Ka'ab bin Malik ra, seorang sahabat yang termasuk dalam deretan sahabat-sahabat yang tidak ikut serta dalam perang Tabuk.
Allah swt menurunkan hukuman kepada ketiga orang itu, di antaranya adalah Ka'ab bin Malik, iaitu agar seluruh kaum muslimin tidak menjalinkan hubungan dengan mereka.
Ka'ab berkata :
'Kaum muslimin telah memencilkan kami selama lima puluh hari hingga bumi ini terasa sempit dan rasanya tidak ada tempat kembali kecuali Allah swt. Sayalah yang paling teguh di antara ketiga orang tersebut.
Saya masih tetap ikut solat berjamaah di masjid dan masih tetap pergi ke pasar walaupun tidak seorangpun yang mengajak saya berbicara.
Saya datang kepada Rasulullah saw yang di waktu itu sedang duduk di masjid selepas mengerjakan solat. Saya mengucapkan salam lalu saya duduk di sebelahnya sambil sesekali memandang kepada beliau. Tatkala saya menatapnya, beliau memalingkan wajahnya.
Saudaraku sekelian, hukuman itu datangnya dari Allah swt. Meskipun demikian, Rasulullah saw yang diutus sebagai rahmat bagi sekelian alam masih tetap memandang kepada Ka'ab ra dan begitu juga dengan Ka'ab yang masih berusaha untuk mencuri pandang.
Hukuman itu adalah untuk pengajaran dan tarbiyah dan bukan untuk balas dendam. Jika kita kehilangan pandangan yang penuh kasih sayang, maka kita telah kehilangan rahmat kehidupan.
Setelah pembicaraan tentang pentingnya pandangan itu selesai, ramai di antara pemuda-pemuda tersebut yang menangis serta air mata mereka membasahi pipi-pipi mereka.
Beberapa hari kemudian ramai di antara pemuda-pemuda tersebut yang mengirim surat mengungkapkan kebenaran apa yang telah pendakwah itu sampaikan.
Siapakah pendakwah tersebut?
Beliau adalah Abbas Hasan As Siisi, seorang dari generasi pertama yang mendapat tarbiyah secara langsung dari Imam Hasan Al Banna. Beliau merupakan seorang yang mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman tentang rahsia hati.
Generasi pertama didikan Imam Hasan Al Banna itu benar-benar telah mengetahui rahsia hati manusia. Oleh kerananya, langkah yang mereka tempuhi memang diorientasikan untuk membersihkan hati mereka dengan hidayah llahiah terlebih dahulu dan kemudian setelah itu mereka memberikan pengetahuan dan pengalaman yang mereka dapatkan kepada orang lain.
Maka dari semua itu, kita dapat memahami bahwa sesungguhnya pendakwah yang mendapat bimbingan adalah mereka yang menyampaikan sesuatu kalimat :
1. Tepat pada masa dan tempatnya.
2. Berkesan pada jiwa.
3. Memberi pengaruh kepada akal.
4. Bermanfaat.
Ini adalah kerana kata-kata adalah dakwah, maka tingkat kesedaran dan ketelitian berkadar lurus dengan usaha-usaha menyentuh dan mengetuk hati sehingga objek dakwahpun menyambutnya.
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilham-ilham yang baik sehingga kami mampu untuk memahami rahsia hati ini lalu berusaha untuk mengetuk pintunya, membuka ruangannya, memenuhi dinding-dindingnya, berinteraksi dengan perasaan-perasaan yang mendiaminya serta membimbing dan mengarahkannya ke suatu matlamat yang suci dalam mengagungkan Pencipta dan Pemilik hati ini iaitu Allah Jalla Jalaaluh.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS