Friday, November 25, 2011

Usratunaa.......

Dah jadi kemestian perhimpunan keluarga pada malam hari raya. Biasanya kami akan berkumpul adik beradik di mana bonda kami tinggal. Oleh kerana Bonda dah tinggal dengan kami maka rumah kami jadi tempat perhimpunan setiap Hari Raya Aidul Fitri dan Aidul Adha..


Anakda Sofiah Kauthar...Ya Allah berilah daku peluang untuk mendidik
dan membimbingnya menjadi anak yang solehah.......Sungguh ia masih memerlukan ibu dan
ayahnya di samping..Ya Allah panjangkan siaku dan anugerahilah daku kesihatan yang boleh membantu anak-anakku...Antal Mustaan..wa nikmal wakiill...

Perjalanan mencari sebab kesembuhan...berada di ladang Herba
Sabah Snake Grass di Negeri Sembilan. Pokok Belalai Gajah...tapi malangnya Ummi tidak
serasi dengan herba ini..

Bergambar bersama Bonda Hajjah Hafsah pada hari raya 2011. Bonda sudahpun berusia 80 tahun pada 2012 ini. Ibu sudah lupa banyak perkara, namun syukur Alhamdulillah, ibu masih ingat untuk solat dan membaca semua wirid dan zikir yang biasa diamalkannya. Begitu juga ibu masih ingat surah2 dalam juzuk 30 dari Al-Quran yang dihafaznya.dan dibaca ketika solat...walaupun perlu dipimpin..

Jamuan juadah yang dibawa oleh masing-masing..portluck...

Di airport KLIA menyambut ketibaan sukarelawan Aqsa Syarif Ukht Azian dan rombongan ke Gaza pada Ramadhan 1431 H yang lepas..
Sofiah juga tempias semangat ..siap memakai mafla Al-Quds..!! Moga satu hari benar-benar Sofiah juga menjadi bakal pejuang yang gagah menegak kebenaran....di mana juga di muka bumi ini..

Masya Allah negriku yg Indah....


Pemandangan Sungai Kangsar dari Badar Di Raja K Kangsar



Perjalanan ke Grik Timor/Lenggong


Banjaran Titiwangsa menjadi benteng negeri2 di sebelah timor & Barat M'sia.


Sawah pad berlatarbelakangkan banjaran bukit bukau yang hijau...
amat nyaman dipandang mata
sepanjang perjalanan ke Lenggong Perak



Do you not see that Allah has made subject to you whatever is in the heavens and whatever is in the earth and amply bestowed upon you His favors, [both] apparent and unapparent? But of the people is he who disputes about Allah without knowledge or guidance or an enlightening Book ( Luqman: 20 )


Catatan kamera Ummi
April-Mei