Sunday, March 11, 2012

Saturday, March 3, 2012

3ND CHEMO....


Sekali lagi hari debaran tiba semula....

Seperti yang Ummi katakan ntah tiap kali sampai saat menghadapi tarikh rawatan ia menjadi sedikit trauma dlm diri....wlpn munajatku tak pernah tinggal..menharapkan " kehendakNya' yang luar biasa...

Seperti selalu my hubby teman setia menghantar Ummi ke HKL awal-awal pagi 29/2/2012 yang lepas. Kami bertolak lebih awal kerana ingin ziarah jenazah menantu PM Fauziah di seksyen 8. Seuasi ziarah kami meneruskan perjalanan ke HKL. Kami tiba lebih awal dari selalu. Selepas selesai pendaftaran utk warded seperti selalu, Ummi dan hubby terus ke wad yang ditentukan.

MasyaAllah ramainya pesakit yang senasib..!!
" Wad 1,2..semua penuh puan. Yang ada di wad 3. Itupun tinggal satu katil sahaja...". Nurse yang bertugas memaklumkan kepada Ummi seusai urusan pendaftaran masuk..

" Tak palah Nurse..saya akan tinggal di sini sementara mendapat wad yang lebih baik..". jawab Ummi sambil mengambil semua barang dan menuju katil yang disediakan. Alhamdulillah ala kulli hal. Ummi membayangkan pesakit2 di Gaza,Iraq,Syria dan tempat2 lain yang bergolak.

Mereka sedang diuji dengan yang lebih dahsyat lagi..namun mereka sabar...... apalah sangat kekurangannya jika dibandingkan dgn hospital di sana...menyediakan diri untuk menerima seadanya memudahkan pemyesuaian diri. Ini menjadikan kita tetap ' tenang dan dapat berfikir rasional" hingga kita dapat mengatur dan merancang apakah yang perlu dilakukan sepanjang tempoh di wad. Jika dapat memahami ini..ia sudah cukup untuk menyatakan syukur Alhamdulillah....

Antara yang Ummi lakukan pastikan membaca Quran sebanyak mungkin setiap kali selepas solat fardhu. Walaupun katil Ummi ditepi laluan utama, ditepi meja kerja nurse itu tidak dijadikan sebab halangan. Ummi membaca dengan paling perlahan sekadar boleh didengari telinga sendiri sehingga merasa ' puas' barulah Ummi berhenti...

Alhamdulillah buku yang dibaca juga telah habis..sepangjang di dalam wad 2 buah buku telah habis di baca. Seperti biasa bila dah penat Ummi mengambil tasbih dan berzikir dengan wirid2 biasa...sehinggalah penat atau terlelap...Ummi hanya bertegur sapa dan bersembang jika perlu dengan rakan se wad yang sebelah menyebelah....kerana kebanyakan pesakit juga hanya berehat, tidur atau melayani perasaan masing2 juga. Ada yang sentiasa menahan sakit sehingga tidak mampu baring, ada yang asyik ketandas, ada juga yang bersembang panjang dgn rakan sebalah dan setiap kali juga ada yang sedang nazak....Amat2 menginsafkan diri bila tinggal di wad..terasa kematian amat2 hampir...

Kesempatan berjamaah ketika solat fardhu dengan beberapa pesakit yang masih ingat bersolat..juga amat menbahagiakan...Namun masih ramai pesakit yang masih bertenaga dan kuat tetapi tidak juga bersolat..Ini pengalam di wad 3. Wad orang kebanyakan dan pelbagai bangsa.

Hari ke 2, sekitar 8 pagi nurse memberitahu Ummi, " Puan ada wad kosong di wad 2. Puan mahu berpindah ke situ. Harap puan bersiap barang untuk dipindahkan" . Beritahu nurse pada Ummi. Ummi terus sahaja bersiap barang untuk berpindah. Wad 2 sekalipun masih dom namun situasinya lebih baik. terutamanya tandas yang lebih bersih serta penghuni yang kurang jumlahnya dari di wad 3,

Satu lagi di wad yang lebih baik ini juga ada kemudahan dan suasana pergaulan pesakit yang lebih baik. Antaranya semua pesakit muslim menutup aurat. Keduanya yang masih kuat biasanya tetap bersolat. Ketiga ada aktiviti khas bagi yang mahu menyertai, contohnya aktiviti riadhah, kraftangan games dll yang disediakan di bilik khas. Tujuannya agar pesakit terhibur dan mengisi masa senggang dgn ceria.

Bila berpindah ke wad 2 , juga pesakit di depan katil sedang nazak. tak berapa lama beliau menghembuskan nafasnya yang akhir...ramai kaum keluarga yang datang. Nurse dan beberapa pekerja hospital mengangkat jenazah ke dalam keranda jenazah untuk dibawa ke bilik mayat.
Itulah kesudahan bagi setengah pesakit " cancer" ..terasa masing2 menunggu kesudahan satu perjalanan............

' Ustazah..katil yang ustazah duduk tu pagi tadi baru jer pesakit indian yang hari tu meninggal..". Beritahu teman sebelah wad memberitahu Ummi ketika bersama dalam program riadhah pagi itu. Sedikit tersintak dengan pemaklumannya. Tidaklah takut, tetapi terbayang2 ketika baring atau duduk di katil..".emm...tadi pagi jenazah dok baring atas katil ni...".Kadang2 bila terasa seperti basah cepat2 sensitif ..basah apalah tilam ni....bila tersedar berlapik getah..aahhgh ..perasaan. Ya Allah berilah ketabahan dan sabar...

Setelah penat membaca majalah yang dibelikan abah semalam, Ummi terlelap dengan menutup muka dgn majalah itu. Tiba2," Assalamualaikum Kmar...". Kedengaran suara Liya yang datang ziarah. Liya datang dengan ceria dan penuh di tangan dengan beberapa makanan, ada jagung, buah mangga dan air. Ummi lantas bangun dan makan bersama Liya bekalan yang dibawa itu. Amat gembira bila diziarahi sahabat. Namun biasalah wad pesakit onkologi ini kurang dilawati tetamu...mungkin tidak digalakkan oleh pengurusan hospital atas sebab keselamatan pesakit...

' Puan tak lama lagi rawatan puan akan dimulakan.." beritahu nurse kepada Ummi. " Baik. saya mahu bersolat zohor dahulu nurse". Ummi pun segerameminta izin dari Liya untuk membersih diri ke tandas ,berwudhuk dan terus memunaikan solat zohor. Seusai solat Liya memohon diri beredar.

Tepat pukul 2.30 petang 1 Mac 2012, 3nd chemo di mulakan. Setelah drip dimasukkan proses dimasukkan ubat tahan muntah terlebih dahulu..selepas beberapa ketika setelah diuji semua tiub yang dipasang betul barulah dimasukkan ubat-ubat chemo...seperti selau 5 tuib besar dimasukan satu persatu...

Seperti biasa Ummi meminta nurse menyebut Bismillah dgn kuat sehingga Ummi dapat membaca doa. Ketika itu ayat-ayat Quran yang Ummi ingat Suarah Al-Mulk sehingga akhirnya yang mmg ummi pasang dari hp Ummi.

Hampir 30 minit semua ubatan selesai dimasukkan. Terasa sedikit sakit kepala ...selepas selesai sekitar pukul 4 petang Abah telah pun sampai. Nusre membuka semua tiub yang dipasang.

Alhamdulillah semua proses rawatan kali ini dimudahkan Allah..syukur Alhamdulillah thumal khamdulillah...

Hasbunallahu wanikmal wakil...

Sekitar 5 petang setelah semua urusan charge out selesai..Ummi dan Abah meninggalkan HKL untuk pulang ke rumah..sekitar 6 petang kami pun sampai di Bandar Puteri...

Setakat ini Ummi masih diberi kesihatan yang bertambah baik setelah 3nd Chemu yang telah dilalui..Alhamdulillah..

Ummi Wardah.