Sunday, January 13, 2013

Sri Kota Specialist Medical Centre Klang


Pusat Rawatan Sri Kota Klang.


Sekali lagi, Alhamdulillah Ummi masih dapat berkongsi rasa dengan pembaca di blog ini. Moga ada manfaat yang dapat diambil jika ia bermanfaat buat anda. Jika tidak memada anda mendoakan Ummi setelah membaca tulisan ini. Sekalipun kita hanya bersua di alam maya, namun dgn rahmatNya moga Allah temukan kita suatu hari tidak di dunia moga di akhirat sana, dek rasa kasih sayang antara kita selaku saudara seugama.

Selamat Tahun Baru buat semua yang membaca blog Ummi yang sederhana ini. Alhamdulillah ucapan syukur yang diucapkan kerana betapa Ummi masih diberi peluang menghirup udara tahun baru, moga masih diberi peluang menambah amal dengan sedaya upaya dan qudrat yang dianugerahi Allah. Saat mengakhiri tahun 2012 melalui saat2 genting di bilik OT....benar ..!! dapat bernafas kembali bahkan beraktiviti kembali seperti hari ini ia anugerah.....!  hanya orang yang melaluinya sahaja benar2 dapat merasakan HEBATNYA kasih sayang Allah pada hambaNya. Ya Rabb.

ربى أوزعنى أن أشكر نعمتك التى أنعمت علىّ وأن اعمل صالحا ترضاه...

Alhamdulillah...kini Ummi masih dapat berkongsi dengan pembaca pengalaman benar selaku seorang pesakit CANCER yang berjuang menaruh harapan meneruskan kehidupan selaku hamba Allah yang punya tanggungjawab dan amanah. Moga Allah terus bersama Ummi menuntun kehidupa di jalanNya yang lurus dan penuh hidayah....

Doaku penuh syahdu kepada Yang Maha Mendengar tiap kali Ummi menadah tangan 

   "Ya Rabb, jikalah kehidupan ini lebih baik bagiku untuk aku menunaikan amanah yang belum selesai serta manfaat yang boleh dikongsikan, panjangkanlah umurku serta berkatilah ia, anugerahkanlah daku sabar dan sebab kesembuhan atas wabak dan ujian yang Engkau takdirkan atasku....Namun jika sebaliknya ia lebih baik bagiku, Maka akhirilah hidupku dengan husnul khatimah, Jadikanlah pertemuanku denganMu pertemuan yang baik, mulia, penuh keampunan dan ketenangan..." 

Selepas disahkan oleh pakar yang Ummi semakin sembuh dari pembedahan yang dilalui kini ummi melalui rawatan radioterapi. Mulai 31 Disember 2012 hingga esok 13 Jan 2013 Ummi telah melalui 10 kali rawatan radioterapi yang kesemuanya berjumlah 25 kali. Rawatan yang perlu dilalui dengan sabar...gitulah pesanan doktor dan jururawat dan pembantu2 di hospital..

Sabar dengan kemungkinan kesan2 sampingan rawatan yang terpaksa ditanggung pesakit, dan sabar kerana ia perlu dilalui setiap hari sebanyak 25 kali...mungkin sehingga Febuari barulah habis tempoh rawatan. Bermulalah rawatan daycare Ummi setiap hari di Hospital Sri Kota, lima belas minit perjalanan dari rumah....Alhamdulillah..

Beberapa hari di awal tempoh rawatan Ummi pergi dihantar dan diambil oleh  huby seperti biasa tiap kali rawatan di HKL juga. Pernah diambil oleh adik Ummi Bik Jah. Terima kasih semua kerana sentiasa memberi sokongan setiap kali melalui rawatan.

Rawatan Radioterapi perlu dilakukan setiap hari. Justeru untuk hari2 seterusnya Ummi perlu memandu sendiri ke hospital. Agak cuak juga di awalnya, kerana ialah...agak lama juga Ummi tak  memandu terutama selepas melalui pembedahan pada Nov.2012...Namun setelah berjaya memandu untuk pertama kalinya hari2 berikutnya menjadi lebih mudah. Moga akan selesai semua rawatan dengan jayanya...

Ummu Wardah
Bandar Puteri

Saturday, January 12, 2013

Perhimpunan Kebangkita Rakyat 12 Januari 2013 at Stadium Merdeka KL

Salah satu keluarga yang turut hadir bersama anak-anak 

Gambar atas, dua orang peserta HKR yang Osem......ha ha caya lah

Peserta HKR bersolat zohor berjamaah di dalam Stadium Merdeka. Mungkinkah ia buat pertama kalinya...??
Suasana solat subuh berjamaah di masjid negara pada 12 Jan 2013. Seperti solat jumaat ramainya.