.........Dr Chua mendedahkan tentang sebab utama timbulnya isu "Kalimah Allah" ini keatas Majalah The Herald adalah bersifat tekanan politik apabila Majalah tersebut meletakkan gambar perhimpunan besar-besar BERSIH yang diadakan pada akhir tahun 2007, dari situlah tekanan mula dikenakan ke atas mereka oleh KDN.
Beliau juga menyentuh tentang peguam kerajaan yang lansung tidak membantah hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwaraya maka inilah yang menjadi asas yang digunakan oleh Hakim untuk membuat keputusan.

Beliau memberi contoh peristiwa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1977, PAS menang dalam Pilihanraya dan dapat memerintah Kelantan. Kemudiannya kerajaan BN merancang untuk menjatuhkan PAS. Mereka menggajikan samseng untuk membuat huru hara di Kelantan. Samseng-samseng ini membuat kacau bilau dengan membakar rumah orang China, membakar kedai, dan membakar kereta dan banyak harta benda.

Inilah taktik kotor mereka yang jelas dilakukan untuk merampas sesebuah negeri yang jatuh dari tangan mereka atas kehendak rakyat sendiri.
BN menyangkakan bahawa kaum Melayu/Islam dari PAS terutamanya akan bangun menentang dengan kerasnya keputusan Mahkamah dan orang Kristian pula akan bangun memberontak apbila gereja mereka dibakar. Tetapi semuanya ini tidak berlaku malah perpaduan diantara parti Pakatan Rakyat dan antara kaum dan agama terus kekal harmoni dan lebih kukuh lagi.
Ini menambah kan luka pada kerajaan BN sebenarya dan terpaksa merekacipta banyak isu lagi.
Ummi Wardah berdoa:
Ya Rabbi waddih lana ma la na'lamu...Innaka Antal Alimul Hakim...
No comments:
Post a Comment