Thursday, February 11, 2010

Dorongan untuk ANDA menulis....Tulislah..!!

Bacalah pandangan ini,
agar kita mendapat sesuatu dan akhirnya menulis sesuatu. Moga ilmu yg dimanfaatkan akan menjadi 'amal jariah' bila kita telah wafat nanti...

Ikhwah/akhawat sekelian,

Ini dari Prof Abdullah Hassan - rakan facebook ana - suami Puan Ainon pengasas dan pemilik PTS. Ini rangsangan untuk kita menulis demi Islam ..

Pak Syed ..Insyallah bakal penulis serious..

...wassalam. ..

Apabila Tuan Shahrul Nizam Junaini bertanya kepada saya bagaimana mahu menjadi penulis yang 'baik' dan prolifik, maka jawapan saya adalah begini.

1. Perlu ada dorongan. Dorongan menulis ilmu itu sebagai ibadat adalah sangat membantu.

Ada dua cerita yang mendorong dua orang yang berlainan.

a. Saya mengetahui menuliskan ilmu itu adalah ibadat. Namun, kali pertama saya diberi penjelasan yang baik adalah sekitar 20 tahun dulu. Apabila Tuan Haji Zainal Abidin Safarwan, penyusun Kamus Melayu Besar Utusan, memberi tahu saya beliau sudah 36 tahun mengerjakan Kamus itu, - pada masa itu - dengan bertemankan timbunan bahan bacaan dan sebuah radio, hanya mengharapkan balasan pahala Allah, agar setiap huruf dalam bukunya itu sama seperti sebiji gandum yang akan bercambah tujuh ... dan setiap cabang berbuah 100 biji, dan setiap biji akan mengulang proses yang sama, untuk selama-lamanya. ) Bayangkan berapa huruf yang Tuan tuliskan!!

b. Sahabat saya Tuan Jeniri Amir, di Universiti Malaysia Sarawak, didorong oleh suatu peristiwa sedih. Akibat menjadi penjamin pinjaman rakan baik, beliau terpaksa melangsaikan pinjaman tersebut. Beliau menulis dan menulis bagi menghasilkan wang tersebut. Itulah sesuatu yang beliau pandai melakukannya. Beliau tidak pernah menyesali nasibnya.

2. Penting!!! Banyakkan membaca (mendengar kuliah orang pandai), dan apabila ada banyak maklumat tentu kita akan gatal tangan mahu menulis lagi.

3. Mesti ada teknik. Itulah sebabnya penulis PTS diwajibkan menghadiri kursus Teknik KJ. Dengan teknik yang berkesan, kerja sukar menjadi mudah.

4. Mesti ada alat kerja yang baik. Alat kerja penulis adalah bahasanya. Penulis yang menggunakan bahasa Melayu Tinggi akan lebih mudah mengungkapkan konsep dan proses yang tinggi dan sukar. Dalam bahasa rendah, ada konsep dan proses yang tidak dapat diungkapkan dengan baik. Itulah sebabnya PTS mewajibkan penulisnya menghadiri kursus Bahasa Melayu Tinggi.

5. Mesti ada falsafah kerja yang disuruh oleh Islam. Pendeknya, apa yang tidak disuruh oleh Islam, janganlah dibuat. Tidak perlu juga kita berdebat panjang mencuba menghalalkan apa yang tidak. Falsafah ini diserapkan dalam kursus teknik menulis dan Bahasa Melayu Tinggi. Mereka yang tidak menghadiri kursus ini mungkin tidak dapat memahami betapa pentingnya perkara-perkara ini.

Agaknya, pedoman ringkas ini perlu dibaca oleh pengarang, dan mereka yang mahu menjadi pengarang, khususnya di PTS.

Wassalam.

Menulislah, jangan sampai jadi begini!

Petikan dari hantaran sahabat Ummi,
Bdr Puteri.

1 comment:

  1. Saya sendiri pada mulanya tidak yakin hendak menulis. Sekarang Alhamdulillah...

    http://www.syahrulnizam.com/

    ReplyDelete