Thursday, February 11, 2010

Watikah Perlantikan PRS 2010





Hari ini UBK mengukir sejarahnya sendiri sekali lagi....

Pembimbing Rakan Sebaya merupakan unit penting yang akan membantu menggerakkan perjalanan aktiviti UBK di sekolah. Mereka merupakan satu unit group yang perlu dibina sikap-sikap yang terpuji seperti suka menolong,proaktif,mesra,bijak berkomunikasi,penampilan diri yang kemas,beradab sopan di samping juga seorang yang bijak mengurus masa dan diri juga bijak mengurus selaku pelajar yang pintar. Justeru kecemerlangan akademik semestinya tetap menjadi keutamaan kepada semua pembimbing rakan sebaya.

Sikap positif dan ahklak mulia merupakan antara ciri keistimewaan yang perlu ada dan dibina dalam diri semua PRS.

Sebagai Rakan Pembimbing sudah pasti mereka menjadi Qudwah Hasanah kepada semua warga sekolah khasnya rakan sebaya. Oleh itu latihan-latihan yang menjurus ke arah bimbingan menjadi antara fokus utama dalam siri latihan yang mesti diikuti oleh semua PRS.

Namun demikian keperluan perkhidmatan bimbingan dari PRS hanya akan dirasai penting jika setiap PRS berupaya dan berusaha menjadikan diri mereka orang yang betul-betul menjiwai tugas dan memahami peranan yang perlu dimainkan juga sejauh mana mereka bersedia memberikan khidmat yang diperlukan atau yang boleh ditawarkan kepada semua perlajar juga sekolah. Justeru PRS perlu bersungguh-sungguh memastikan keanggotaannya dalam UBK benar-benar mencapai impian dan matlamat yang perlu dicapai bukan sahaja oleh dirinya tetapi juga UBK dan sekolah amnya.

Membantu orang lain khasnya sesama saudara Islam merupakan satu tugas yang sinonim dengan tugas para Rasul iaitu membimbing manusia ke arah kebenaran dan kebaikan. Bukankah Ar-Rasul juga seorang pembimbing manusia ke arah keimanan dan kebenaran yang paling berjaya dan mulia? Contohilah bagaimana Ar-Rasul mengajak manusia kepada kebaikan. Oleh itu jika menjadi PRS yang aktif ia juga sebenarnya telah menepati tugas seorang insan yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Oleh itu beruntunglah mereka jika menerima jawatan ini dengan penuh sedar dan azam untuk terus cemerlang melaksanakan tugas-tugas yang sewajarnya, kerana ia tugas yang diwarisi dari para Anbiya' dan Ar-Rasul.

Semoga kesedaran terhadap tugas selaku rakan pembimbing akan diberkati Allah dan sentiasa diberi petunjuk untuk terus berjaya melaksanakan tugas dan amanah dengan jayanya.

Ummi Wardah
Ketua Guru Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah
GBK SM.

1 comment:

  1. laaa. da tuka kaler purple da??
    bagos2.
    ingatkan masih gune kaler yg lame.
    btw, semoga PRS dpt membantu guru2 memperbaiki sahsiah para pelajar samtsh.

    ps.rindu sgt kat skola..

    ReplyDelete