Sunday, February 28, 2010

Tip's Komunikasi Sejahtera....suami -isteri

Beza Cara berfikir dan Bertindak antara Lelaki & Perempuan.

Sedikit info mengenai mekanisma otak lelaki dan wanita apabila menghadapi isu salah siapa dan mengapa susah sangat lelaki nak salahkan dirinya sendiri..

Orang lelaki kebanyakkannya, yang berkonsepkan "monotrek", kurang menggunakan bahagian emosi yang terdapat di tengah-tegah otak. Binaan ini bertujuan supaya orang lelaki fokus mindanya kepada perkara-perkara luaran. Agar org lelaki cepat mengubah sekelilng dan menerokai alam luas. Cepat menyalahkan orang lain, perkara lain, persekitaran untuk membaiki sesuatu isu atau rintangan.

Orang perempuan kebanyakannya, multitrek dan minda yang fokus kepada hubungan interpersonal, maka banyak menggunakan bahagian emosi sebagai motivasi untuk mengeratkan hubungan peribadi. Perempuan akan cepat menyalahi dirinya apabila timbul sesuai isu agar dapat bersedia untuk menjaga hubungan dengan orang lain. Dengan ini orang perempuan mudah menyalahkan diri sendiri berbanding lelaki.

Lelaki kelihatan ego kerana tidak mahu menyalahkan diri sendiri. Tetapi hakikatnya ialah binaan atau litar mindanya tidak berkait dengan emosi dan dalaman dirinya. Ini bertujuan agar lelaki cepat bertindak "menyerang musuh" semasa lelaki sedang berjuang berperang di lapangan. Kalau binaan lelaki yang juga sama seperti perempuan, tidak adalah kejayaan tentera menawan musuh kerana asyik berperasaan salah diri sendiri daripada menyalahkan musuh.

Oleh itu, kita pintar jika kita tahu bagaimana untuk menguruskan suami yang sedang menghadapi kesalahan.

Jika suami membuat silap.. pada peringkat awalnya mereka tidak akan mengaku kesilapan diri, mereka akan mencari kesalahan orang lain. Ini mekanisma awal terjadi secara spontan kerana binaan itu. Contoh, suami balik dari kerja, tersepak cawan yang ditinggalkan oleh anaknya di tepi pintu. Maka marahlah dia kerana anak tidak simpan cawan itu selepas digunakan. Petangnya pula, dia pula yg minum di tepi pintu, dan bangun ke halaman rumah dan kembali terlupa dan tersepak cawan itu. Dia pasti akan memarahi anak-anaknya kerana tak cepat ambilkan cawan yang dia minum tadi menyebabkan dia tersepak cawan. Lelaki ini akan mula memikirkan kesilapannya apabila jiwanya tenang dan ketika dia bersendirian.

Oleh itu, jika suami anda sedang menghadapi sesuatu kesalahan. JANGAN sekali-kali anda terus fokus kepada kesilapan dirinya. Contoh dia terlanggar tepi tebing semasa memandu, dan dia mengadu kepada anda, jangan terus kata, "Abang tu yang selalu lalai.. tengok benda lain"..Ini akan memanaskan hormon marahnya. Sebab mekanisma otaknya ialah sedang memikirkan perkara luaran. Isteri yang bijak ialah dengan bersama dia pada peringkat awal, melihat faktor luaran dahulu seperti, "Ye ke abang.. tebing tu rendah kot, hingga abang tak nampak.. atau stering kereta kita licin kot.. abang terlucut... atau cuaca berkabus kot.. atau budak-budak main kat depan menyebabkan abang tak nampak...".. Pasti lelaki ini berasa anda bersama dengan dia dan menghormatinya dan menganalisa bersama-samanya. Perlahan-lahanlah anda bawa pemikiran dan perbincangannya daripada kemungkinan- kemungkinan perkara luaran kepada faktor kesilapan dalam dirinya.

Dengan cara ini anda telah dengan bijak menguruskan kesilapan suami anda ini.

Selamat Mencuba

Pak Utih

Hantaran seorang sahabat Ummi.
Moga ada manfaat yg boleh dikongsi bersama.


Ummi Wardah.

Bdr Puteri

No comments:

Post a Comment