Tuesday, March 16, 2010

Jalan-jalan di UiTM S.Alam.


Jalan-jalan di UiTM,S.Alam. Abah bawa kami mengimbau kenangannya ketika menjadi siswa di UiTM 25 tahun dahulu. Melalui semua lorong dan jalan yg mengingatkan kenangan lalu tika melakar sejarah kehidupan sebagai siswa dan penggerak aktivisme pelajar IPT. Selaku salah seorang MPP UiTM sekitar pertengahan 80an. Menang selaku calon Kajian Perakaunan. Gelaran sebagai 'cikgu' di kalangan bekas anak muridnya di salah sebuah Kolej swasta di Klang juga menyumbang sokongan sehingga memenangkan kerusi yang ditandingi. Itu...cerita abah pada kami tika bercerita kenangan lama.....tika melalui lorong,tangga,jalan-jalan dan laluan lif di Bangunan utama yang memiliki puncak tertinggi.

Sofia Kauthar & Asma'

Sofiah di tingkat paling atas Bangunan SASS UiTM.

Abah & anak2 meninjau Bandaraya S.Alam dari menara SASS UiTM.

"Air tu kotor Cik..!. Jangan pegang..la.!". Sofia kata.
"Piah takutla air tu..takut ada buaya..!".
He he he...buaya.!!

Ni la tempat air pancut yg Sofia kata ade buaya..ade ke patut..!

"Ni antara kerusi/bangku yg kami duduk dulu2 dgn kawan2...".Abah kata.


"Hari ini , duduk dengan keluarga pulak.."

Catatan Ummi hari Sabtu 13Mac 2010. Selepas menghadri walimah anak rakan, bekas pentadbir sekolah Ummi Pn Muriseh, suatu ketika dahulu.

Ummi Wardah.
Bdr Puteri.

No comments:

Post a Comment