Pelabuhan Klang Utara. Pemandangan dari Restoran D'Muara di pantai ,Pelabuhan Klang Utara. Restoran yang dikenali ramai di Klang dengan resepi ikan bakar,nasi lemak D'Muara dan seafood. Ade iklan restoran ini di Bandar Klang jika turun highway Utara-selatan. Dulu restoran ini kecil sahaja, sekarang dah semakin besar. Jika ada 'function' bagus juga buat di sini.
Hari ini Ummi,Baba,Asma &Sofia berkunjung lagi. ..Bukan kerana kenangan lama. Hajat meraikan Kak Cik (Asma) yang baru mendapat keputusan SPMnya hari ini.
Tempat ini....
Sekarang tak bimbang lagi. Nampak bangunannya lebih teguh dengan tiang konkrit. Kedudukannya pun lebih selamat, bukan di muara yang berombak besar seperti dahulu. Kedudukan restoran ini tidak jauh dari dermaga pelabuhan. Jika malam nampak lampu2 kapal besar yang sedang berlabuh berkelip2an.
Itulah adab makan. Terutama bila makan di luar rumah selain baca Bismillah dan doa petuanya juga amalkan baca " Bismilahil lazi La Yadhurru Maasmihi Syaiun fil Ardhi Wala fissamai Wahuwas Samiul A'alim..". Moga dgn membacanya makanan yg akan dijamah tu tak memberi mudharat samada sbb semula jadi atau lainnya ...I.Allah.
No comments:
Post a Comment