Thursday, October 22, 2009

21 Oktober 2009..Hari Bersejarah

Catatan (3)

21 Oktober 2009: Hari yang amat bersejarah buat ummi...mana taknyer...
Berakhirlah tempoh ummi memangku jawatan selaku PK HEM SAMTH selama 10 bulan......Jan. - Okt. 2009.
Ya Allah aku bersyukur padaMu memberi peluang menambah nilai amal dan pengalaman selaku pentadbir....
Ummi banyak mempelajari sesuatu sepanjang tempoh -tempoh tersebut....

Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh itu. Bantuan,sokongan dan sumbangan semua Semua Pentadbir,S/U Unit Hem, Staf sokongan dan Penyelia Asrama dan barisan Waden Asrama. Akhirnya anak-anak didik dari saf pengawas hinggalah kepada murid di kelas ..terima kasih semua ..Ummi just to say,
" I love U'll lillahi Ta'ala..."


Allahu Akbar....ummi amat terasa bagaikan terngiang-ngiang lagi doa dan munajat ummi apa yang ummi rasa dan fikir ketika memanjatkan doa ......di sekeliling Kaabah ketika bertawaf dan ketika sujud dan munajat di malam hari......

Lantas bila Ummi melihat surat BPI KPM semalam yang Pn Ramlah adalah PK HEM SAMTH mulai 16 Oktober 2009, hatiku amat teruja sekali, " Ya Allah Engkau Mendengar doaku ya Allah..

Ya Allah tetapkanlah hati ummi di jalanNya. Rasa kecil dgn keinginan dunia ini......
Dalam sujud syukur ummi menagisi kekurangan yang ummi lakukan sepanjang tempoh itu...
Bimbang dengan tugas dan amanah yang telahpun dipikul di bahu....yang semuanya bakal menjadi persoalan di MahkamahMu ya Allah...

Ramai k/tangan awam menganggap 'pangkat' itu kemuliaan dan kebanggaan...Ya betul juga tu, tetapi ummi yakin jika orang yang mengingati mahkamah Allah ' kebanggan itu' amat digeruni.....

" Ya betul lah ustazah...nak ucap takziah/tahniah saya tak taulah jadinya...". Ucap teman seperjuangan....
Takziah kerana sepertinya ' turun darajat' . Tahniah kerana dirasakan rengan tubuh memikul beban.....selepas ini boleh tidur lebih lena ....

Ala kullihal ....Alhamdulillah....

Ummi
Bdr Puteri

2 comments:

  1. salam ustazah.
    saya pun tataw nak ucap ape kat ustzh.
    tp paper pon,
    terima kasih sy ucpkan atas sume kerjasama yg ustzh pernah berikan pd ktorg sume (MPA 08/09).
    kut2 ade terasa hati ke, mintak maap ye
    ;)

    selamat bertugas sbg kaunselor~
    ^_^

    ReplyDelete
  2. Ooo...wslkm..Anti ye Zida a silent follower rupenye...Ust Ok je di mana-mana juga ditugaskan. InsyaAllah sebagai Kaunselor dah diajar menjadi orang yang boleh/cuba boleh berada dan berkomunikasi dgn apa jua keadaan...just to share like my friends said," U just enjoy your self...! and U must win...! and be happy ..!"
    I'll try to built and practise.. in my life...
    Ust...

    ReplyDelete