Sunday, October 18, 2009

Bila Takdir Allah Telah Tiba....

Catatan (2)

Tanggal 15 Okt 2009 adalah hari yang tidak dapt Ummi lupakan.....

Masakan tidak......!!
Pukul 8.25 minit malam tersebut Ummi dan Abah dalam perjalanan ke mesyuarat Wanita pusat. Seperti biasa Abah akan jadi driver dan teman setia Ummi menghantar dan menunggu ummi hingga mesyuarat selesai. Perjalanan dari Klang ke KL bukannya dekat. Paling cepat pun dengan pemanduan abah yang standard jika tiada aral 45 -50 minit, barulah kami sampai di kompleks JIM tu. Jika ummi yang memandu paling cepat standard pemanduan ummi 1jam barulah sampai.
Dipendekkan cerita.....mlm 2 Okt tu Ummi memang agak ' rasa berat' nak pergi mesyuarat, wlpn dah maklum awal dan memang bersedia untuk pergi..tetapi entah kenapa hati ummi agak liat sikit malam itu..hingga Ummi menyuarakan pada along...Mlm ni ummi rasa ' segan je' nak pegi, tapi abah tu amat bersemangat nak hantar pula..
Ummi pun segera ambil beg khas yang biasa dibawa untuk mesyuarat dan bergegas keluar menuju kereta yang telah beberapa minit abah menunggu di dalam keretanya...

" Kenapa lambat mi, kan dah lewat ni...". rengus abah pada ummi sebaik ummi melabohkan punggung di seat duduk sebelah kiri.

Sampai di depan kedai 99 ummi suarakan keinginan makan jagung rebus. Tanpa berlengah abah pun segera berhenti di warung jagung rebus di depan kedai 99 dan membeli 2 tongkol jagung siap untuk di makan. Kami berdua pun meneruskan perjalanan sambil asyik bercerita dan makan jagung rebus yang masih panas itu...

Lebihkurang sepuluh minit kami telahpun sampai di tol Jalan Kebun..Ummi merasakan kelainan pemanduan abah, kenapa abah terlalu dekat dgn kereta didepannya semasa hampir dengan pos bayaran tol...hatiku berdoa moga selamat perjalanan ini.

Selepas melepasi tol abah mula memecut laju, lantas ummi bertanya," Agak-agak pukul berapa bah kita boleh sampai di kompleks JIM ni..?". Tanya ummi ingin kepastian. Mensyuarat sepatutnya bermula 8.30 malam, sedangkan kami masih lagi di Shah Alam.

" InsyaAllah pukul 9.15 kita akan sampailah..". Jawab Abah dengan bangganya. Ini ummi kira kerana abah cukup yakin dengan kekerapannya memandu dari Klang ke KL abah mampu memecut laju dan menggunakan jalan-jalan yang paling tepat. Kalau ummi hanya tahu 2 laluan sahaja untuk ke sana, tapi abah memang ummi akaui banyak jalan-jalan pilihan yang diketahuinya. KL bagi abah merupakan laluan hariannya.

Beberapa minit kemudian, " Kenapa lain macam je kereta depan tu umi...". Abah bersuara. Ya Ummi juga melihat tiba-tiba salah sebuah kereta di depan kami di lorong laju mengalihkan pemanduan ke lorong sebelah kiri. Ummi melihat seolah-olah ada sesuatu terbang melayang, dan tiba-tiba kereta di depan kami bergerak perlahan dan menahan break kecemasan.

Berkata-kata hati ummi..." Eeehhh ..kenapa ni ..la abah ...!!!". Baam ....!!! Bunyi dentuman amat kuat kereta abah melanggar kereta BMW di depan kami. Ummi sempat menahan dari terhantuk ke hadapan...tetapi tiba2...badan Ummi ternaik ke atas dan hampir tercampak ke belakang. Kepala ummi terhantuk sesuatu, tudung tercabut ke belakang dan kaca mata ummi terpelanting entah di mana..... Ummi sempat mendengar bunyi brek yang ditarik sekuat hati dari arah belakang kereta kami. Ummi yakin itu adalah bunyi brek yang ditarik dengan sekuat hati oleh pemandu BMW di belakang kami yang menghentam kereta kami. Selepas beberapa saat semua 3 buah kereta yang terlibat pun terhenti di lorong paling kanan(lorong paling laju) di lebuh raya KESAS berhampiran exit S.Alam/Puchong....

Aku hanya menyebut .." Ya Allah, Lailahaillah......bah apa yang berlaku ni...ya Allah...!!." OK OK ummi jangan panik......kita accident ni...". Abah nampak agak cemas. Aku melihat asap keluar dari enjen kereta kami, lalu aku segera menjerit , " Bah ..jom kita cepat keluar...!! ada asap kereta..!!". Aku amat bimbang jika berlaku kebocoran tangki minyak yang boleh menyebabkan kebakaran. Waliyazubillah....!!

Seseorang membuka pintu kereta dan meminta kami segera keluar dari kereta, bimbangkan keselamatan kami. Selepas abah mendapatkan kaca matanya yang terpenting kami pun keluar. Ummi cuba berdiri tapi tak boleh disebabkan kepala ummi pening dan terhoyong hayang. Melihat keadaan ummi, Abah segera memegang ummi. dan bertanya, " Ummi rasa apa..?". " Ummi pening dan rasa terhoyong hayang ni..". Agaknya dentuman kuat letika melanggar dan dilanggar menyebabkan kepala ummi terhantuk dan terlantun. Tetapi ummi tak pasti terhantuk apa kepala ummi. Ummi cuma merasakan leher agak sakit dan kepala bengang.Untuk meredakan keadaan ummi terus duduk bersimpuh di tepi divider lebuhraya supaya ummi tidak tumbang sementara abah berurusan dengan pemandu terlibat dan kumpulan ' penarik kenderaan' tot tot...

( bersambung....)

No comments:

Post a Comment