Hari ini dalam sejarah......
Coretan (1)
Hari ini 21 Syawal 1439 hijrah.
Walaupun dah penghujung Syawal..tetapi jamuan makan 'open house' makin lebat. Masyarakat kita meraikan aid fitri dgn jamuan makan sebulan juga..jika tak kerana jemputan biasanya kurang atau tiadalah kunjung mengunjung sesama kita hatta jiran tetangga...
Agaknya bila kita semua berazam kembali kepada tuntutan aid tu ye..
Aid Fitri pada bulan Syawal hanya disambut hari pertama sahaja. Sunnat bertakbir bermula ghurub matahari malam awal Syawal@malam hari raya, sehinggalah imam takbiratul ihram solat sunat Aiddul fitri shj. Yg afdhalnya malam syawal tu jagan tidor banyak tetapi penuhkan dengan bertakbir sebab malam tu Allah kurniakan pelepasan azab neraka bagi yang memohonnya. Tanda meraikan ' kemenangan' melalui ujian sebulan Ramadhan.
Bab bekunjung hari raya ni, yang penting jgn lupa puasa enam Syawal . Jangan dek kerana sebok memenuhi undangan sampaikan terlupa mengejar pahala berpuasa sunat enam yang meyamai puasa setahun ganjarannya...
Yang lama/panjang sambutannya...aa..nanti Aidul Adha..4 hari lamanya. Boleh bertakbir banyak-banyak. Menyembelih korban ..aa...ajak mai kekawan manjamu makan. Tapi tak gitu pulak ya... Terkenang masa belajar di Kelantan antara 79-81 dulu-dulu. Boleh kata tiap-tiap rumah buat jamuan korban. Tu yang meriah sambutan Aidul Adha berbanding Aidul Fitri yang hanya disambut ala kadar dan sehari sahaja. Tapi sekarang di Kelantan ke Terengganu ke same jer la rasa ummi. Tandanya bila raya Iduul Fitri berbondong-bondong anak kelantan dan terengganau yang balik kampung sampai jam jalan raya ke sana...tapi masa Idul Adha tak jam pun...agak-agak umi budaya sambutan di sana pun dah tak jauh beza dengan di negeri lain dah...tak macam dulu-dulu..sambut habis puasa enam macam hari raya kedua dalam bulan syawal nie..
Bab sambutan ni, pun sebenarnya tak perlu lama. Agak-agak ummilah, sambutan perayaan ni memang Islam tak galakkan berlama-lama. Sebab jika lama-lama tu banyak mengundang pembaziranlah agaknya. Bazir masa, tenaga dan harta...... bahkan Islam melarang kita berlebih-lebih dalam bergembira.....
EEEmmm...mai kita sama fikir dan laksanlah no..
Ummi Mar
21 Syawal 1430H
No comments:
Post a Comment