Kenangan pd Bonda yg dikasihi...
Bonda, sudah tentu setiap ibu ada istimewanya yg tersendiri..
Seingat ummi amat banyak pendidikan dan qudwah hasanah yang ummi ingati dari bonda....ya ..amat banyak sekali..
Tak tertulis jika mahu ummi tulis. Memada yang ingin ummi nukilkan, moga ada pengajaran dan kebaikan untuk ummi dan anak-anak ummi.
Bonda seorang yang cerdas minda. " Dulu emak mana ade masuk sekolah seperti kamu hari ini. Adalah masuk sekolah 'dewasa' 3hari , pastu tu dah tak dapat nak pergi...". Cerita emak suatu hari. " Habis macam mana emak boleh membaca..?Boleh baca jawi dan rumi..". Soal ummi ingin tahu.
"....Itu...anak saudara emak abang Aziz tu, dia pergi sekolah. Bila dia balik sekolah emak suka bertanya. Dialah yang banyak menunjukkan emak huruf2 rumi. Rupanya huruf-huruf tu banyak di kertas koran (surat khabar) yang jadi pembungkus barangan....". Jelas bonda panjang lebar.
Bonda seorang yang kuat berusaha. Lepas itu bonda rajin melihat Abang Aziz membuat kerja rumah. Dia pun cuba-cuba mengeja dan menulis sehingga akhirnya bonda pandai membaca dan menulis.
Bukan itu sahaja, bonda juga kuat hafazannya. Beberapa surah amalan harian seperti Yasin dan Al-Mulk bonda hafaz. Guru Quran bonda jika tidak Atok , Neneklah. Bonda tidak pernah dihantar mengaji di rumah orang lain...
Jika malam jumaat pasti bonda akan mengingatkan kami semua ," Baca Quran. Ni malam jumaat arwah-arwah atok dan nenek kamu balik ziarah. Mereka sedih jika rumah ini seperti kubur, tanpa bacaan AlQuran..". Itu.... antara peringatan yang bonda sering ucapkan setiap malam jumaat tiba. Adakah benar arwah saudara mara ziarah rumah-rumah kita bila tiba malam Jumaat ...sehingga kini ummi belum terjumpa lagi dalil-dalil Qatie mengenainya. Allahu A'alam.
Yang ummi jumpa ya ada hadis menyatakan , maksudnya , janganlah jadikan rumah-rumah kamu seumpama kuburan. Ini kerana rumah yang sunyi tanpa bacaan Al-Quran.
Tapi peringatan bonda sudah jadi kelaziman kami seisi keluarga. Biasanya lepas maghrib hingga isya' malam jumaat sudah menjadi kebiasaan, kami akan masing-masing membaca Yasin. Kadang-kadang kami membaca bersama-sama. Sementelahan pula malam jumaat adalah malam cuti mengajar mengaji di rumah kami.
Ayah dan Bonda bukan sahaja jadi guru Quran kami adik beradik, tetapi juga menjadi guru Quran kepada anak-anak orang kampung, lelaki dan perempuan. Bila ayah dan bonda semakin sibuk dengan urusan sawah dan kebunnya, kamilah adik beradik menggantikan ayah dan bonda mengajar anak-anak jiran sekampung yang datang mengaji.
Ummi masih ingat lagi seawal umur 9 tahun ummi sudah menjadi guru quran kepada beberapa orang anak-anak jiran kami. Antaranya ada yang sudah berada di darjah enam, 12 tahun juga menjadi anak murid ummi ketika itu.
Hari Ahad adalah hari 'pengajian' ayah dan bonda di surau dikampung bersama Tok Kiyai Mursyidi. Seorang Tok Guru lulusan pesantren di beberapa pondok pesantren di Bagan Datoh,Perak...Orang yang tawadhuk dan lemah lembut. Semua kitab yang diajar dalam bahasa jawa halus. Ummi selalu melihat ayah berbincang dgn beberapa teman sekampungnya mengulangkaji kitab-kitab yang dibaca bersama Tok Guru. Agaknya berbincang mana yang belum dapat difahami dengan baik. Ayahlah yang jadi rujukan mereka.
Bonda pula ada mengajar kitab-kitab jawa itu kepada beberapa orang anak-anak sahabat sekampungnya di rumah. Mereka datang malam hari belajar dengan bonda kitab yang bonda pelajari di surau bersama Tok Guru. Mereka tidak hadir ke surau sendiri kerana semua murid Tok Guru di surau orang-orang dewasa atau tua-tua. Mereka malu untuk turut serta. Selalunya bila bonda bacakan kitab-kitab tu ummi tumpang sekaki mendengar sekali. Walaupun tak semua yang ummi fahami, kerana bahasa jawa itu....
Bonda..oh bonda..besarnya jasamu...
Bondalah ' tailor' kami sekeluarga. Bonda pandai menjahit baju dll. Menyulam dan membuat kerja-kerja tangan wanita. Baju-baju kami dan ayah bondalah yang menjahitnya...Bonda akan 'repair' sendiri mesin jahitnya jika rosak.
Kami semua dipaksa belajar menggunakan mesin jahit untuk menjahit yang mudah-mudah seperti menjahit kain batik atau pelikat. Alhamdulillah semua adik-beradik perempuan termasuk abang sulung ummi juga boleh menjahit. Arwah kakak sulung kami pula akhirnya menjadi tukang jahit yang mahir semasa hayatnya. Arwah Kak Pah (kakak sulong ummi) dan Kak Ani (anak ketiga bonda) yang mengambil alih tugas bonda menjadi tailor keluarga bila bonda semakin berusia.
Semasa ummi kecil dulu ummi masih ingat abang sulung ummi juga menjahit kain pelikatnya sendiri menggunakan mesin jahit bonda...jahitannya juga kemas....itu antara ilmu yang digunakannya juga selepas berkeluarga. Abang sesekali akan menjahit pakaian anak-anaknya yang koyak dll.
Eemm...Seingat ummi mesin jahit bonda masih ada sehingga sekarang. Kini mesin itu diwarisi kakak ipar ummi di kampung pula.
Aduhai bonda...betapa tak ternilai jasamu kepada kami semua..anak-anak bonda. Moga kebaikanmu menjadi pahala yang menjadi bekalanmua di Alam yang kekal abadi nanti. Kami anak-anakmu pasti akan terus mendoakan bonda . Moga kita ditemukan dan duduk bersama lagi di sana nanti....
Ummi wardah.
20 November 2009.
No comments:
Post a Comment