Wednesday, November 11, 2009
Musafir...Harus/Sunnah..?
Kenangan Musafir ke Europe 2007
Dalam kehidupan kita banyak perkara yang tak dijangka boleh berlaku. Tetapi sebaik-baiknya jika boleh biarlah banyak perkara termasuk dalam perancangan kita. Menyebut perancangan, Ummi selalu kata ia adalah bermula dengan angan-angan, cita-cita yang diingini dalam minda dan hati..
Lepas tu kita berusaha untuk melakukan apa yang diingini dan doa n tawakkal.
Antara yang Ummi angan-angankan dulu dan kini ingin musafir ke luar negara selain menunaikan haji. Ingin melihat negara orang. Ya lah orang kata jauh berjalan luas pengalaman.
Tetapi terfikir juga haruskah kita bermusafir nie...Yelah kalau semata -mata nak berjalan, teringat betapa ramai orang yang memerlukan bantuan dan sokongan kita. Ketika itu, keinginan musafir itu sudah bukan jadi keutamaan dalam hidup. Bukan kerana tidak mampu. Biarlah kita musafir tetapi musafir kerana keharusan syara' , bukan semata-mata memenuhi keinginan naluri atau nafsu tabie..apatah lagi jika hanya untuk berseronok-seronok sahaja.
Moga musafir Ummi ,musafir yang diberkati dan di dalam perlindungan Allah walau di mana dan ke mana jua...
Ummi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment