(...........lagi catatan dairy November )
Ahad 1 November bersamaan 13 Z.Qaedah Ummi, abah, Sofea, Bibik dan Nenek paman Isa dan Bik Non gi ziarah Kak Joha dan Abang Jani yang akan menunaikan haji tahun ini. Mereka akan bertolak pada hari Rabu 3.30 petang.
Ini adalah ziarah pertama kami setelah mereka sekeluarga berpindah ke rumah baru di Flat Seri Malaysia. " Kami dah duduk 2 tahun di sini.". Jelas Bang Jani pada kami.Rumah mereka di tingkat 12...Oo...tingginya..!!
Walaupun ada 3 bilik dengan 2 bilik air,tiada ruang lain kecuali ruang tamu untuk semua aktiviti seisi keluarga. Tapi itu memada bagi mereka, dibandingkan rumah dahulu yang selalu berlaku ' banjir kilat" tiap kali hujan turun dengan lebat...
Dengan saiz keluarga sederhana mereka, sungguh ummi lihat mereka gembira, anak-anak Kak Joha dan Bang Jani redha dengan apa yang ada...mereka tetap ramah menyambut kami selaku tetamu....macam-macam yang dihidangkan kepada kami sebagai juadah petang itu....
Kak Joha yang Ummi kenali ' wanita yang tabah'...Apa tidaknya..Dia biasa hidup susah dari kecil. Sama seperti keluarga kami juga. Kami memang dari keluarga bukan kaya tapi bukanlah miskin papa kedana..
Namun Kak Joha lagi susah hidupnya...Selepas ibu Kak Johar meninggal kerana melahirkan anak ke 5,Kak Johar tinggal dan membesar di rumah atok (Kakek ). Dia banyak membantu emak saudara menjaga Atok sehinggalah Atok meninggal duni pada tahun 1980an.
Ayahnya berkahwin lagi. Sejak itu 5 orang anak Wak Abdullah (ayah Kak Johar) hidup terpisah-pisah antara satu sama lain..........!!
Namun Ummi dengan Kak Joha ada kenangan zaman kanak-kanak dan remaja. Eemmm...best..!
Ummi dulu-dulu suka meneman Kak Joha bersembang....bersembang macam-macam. Kekadang sambil memicit Atok sampai Atok tidor.
Bila cuti sekolah Ummi memang suka bertandang rumah Atok..selalu tolong buat apa-apa yang disuruh bantu..
Maklumlah di rumah, emak selalu takda di rumah kerana ke sawah atau kebun hingga lewat petang. Ummi sukala bertandang di rumah Atok Ummi. Di situ tak ramai orang. Apalagi Kak Joha tak jemu melayan adik-adik sepupunya seperti Ummi ini. Kak Joha rajin mendandan anak-anak saudara atau adik-adik sepupunya.Kak Joha bolehla jadi tempat kami tumpang manja...
Namun semenjak dia berkeluarga dan tinggal di Kota Raya, Ummi jarang bertemu. Hari Raya atau sesekali jika Ummi bertandang ke rumahnya barulah kami berjumpa. Namun cerita-cerita lama dia tak lupa..Selalu sahaja bila berjumpa dia akan mengingatkannya.
Semalam.....
Ya..Kak Johar akan berangkat ke Makkah. Niatnya ikhlas ingin menjadi tetamu Allah. Kak Joha pesakit ' breast cancer" seperti Ummi juga.
" Dr dah tak bagi makan ubat selepas 5 tahun...". Beritahu Kak Joha. " Sekarang tangan Kak belah kiri, dah tak boleh digerakkan lagi..". Jelasnya lanjut. Melihat azam keduanya nak pergi haji, ummi terdetik rasa...lalu Ummi panjatkan doa, moga Allah mudahkan segala urusan keduanya di sana. Walaupun tampak uzur, tapi semangatnya membara ingin menjejak kaki ke Tanah Suci. Moga Allah memberkati musafir keduanya. Diberi Haji dan Umrah yang Mabrur. Aminn....
Jika panjang umur moga kita bertemu lagi.
Ummi Mar.
No comments:
Post a Comment