Friday, January 29, 2010

Riadhah....& Remaja !

































Dulu-dulu semasa Ummi remaja, kami tidak perlukan aktiviti bersenam atau bersukan...sbb kami anak kampung. Setiap hari beriadhah secara tak langsung melalui setiap kerja yang dilakukan. Contohnya; pagi2 ke sekolah kayuh basikal paling kurang 3-4 batu pergi dan balik...Bahkan ada yang lebih..! Itu yang kami dulu sehat2 belaka. Di kelas jarang yang berani tunjuk mengantuk ketika cikgu mengajar. Ditambah pula ramei cikgu kami yang garang2...

Jika di sekolah ya memang ada...Ummi juga merupakan pemain simpanan pasukan 'netball' sekolah SK Pt 6. Pasukan ksekolah kami antara yang diigeruni di daerah kami.. Wlpn hanya selaku pemain simpanan, Ummi juga terpaksa mengikuti aktiviti latihan bermain bola netball secara intensif. Boleh dikatakan setiap petang ada sahaja latihan, terutama jika ada perlawanan yang akan disertai diperingkat daerah...

Sepanjang pemerhatian ummi, Ummi melihat betapa ramainya anak2 murid Ummi yg mengalami obesiti. Juga ada yang masih muda sudah mengalami pelbagai penyakit spt; ..cancer,diabities, darah tinggi dll....

Fenomena pemakanan hari ini yang tidak berapa sihat walaupun sedap ditambah pula dengan pencemaran udara dll yang agak keritikal maka jika pun beriadhah ia boleh pula menyebabkan tidak sihat jika terdedah dgn udara dan cahaya matahari.

Akhirnya jika kita dalami kita akan merasakan "Sesungguhnya perlindungan yang boleh menyembuhkan serta yang melindungi dari bahaya penyakit itu han yalah Allah sahaja....
Justeru di samping menjaga pemakanan, emosi dll maka berusaha beribadah dgn sebaik mungkin, juga memanjatkan doa kepada Allah amat bermanf aat. Bahkan bagi muslim ia perlu dibuat dengan seikhlas/sekhusu' yg mampu dilakukan. Ia bisa menjadi ubat yg amat mujarab bagi mukmin.

No comments:

Post a Comment