Sunday, January 24, 2010

Fasilitator Ko-Kurikulum 1 2010



Sabtu 22/1 Ummi sekali lagi diminta menjadi fasilitator program PK Ko-Ko bagi kursus pengerusi dan SU persatuan dan Kelab. Progrm bermula pukul 10.30 pagi dan berakhir 12.45 tghri..
Perkongsian mengenai Merancang dan menggerakkan aktiviti Persatuan/Kelab.

Ummi amat gembira kerana semua peserta hampir 80 orang memberikan respon yang baik sepanjang sesi. Bagi Ummi ia suatu kepuasan bekerja bila sering dapat berkongsi apa yg kita ada dengan orang lain. Moga ia boleh menyumbang dalam pembangunan sahsiah bakal2 generasi pimpinan ini di masa akan datang..Ummi amat yakin semua peserta yang mengikuti program kali ini mereka yang amat positif untuk ditingkatkan ke arah menjadi pimpinan sekolah yang cemerlang.

Ini dibuktikan bila sesi bengkel nampaknya kumpulan2 telah menunjukkan keupayaan bakat kepimpinan mereka. Setiap kumpulan memahami seorang pengerusi persatuan mesti bijak bermimpi. Ialah mesti boleh membayangkan impiannya mengenai kelab/persatuan yg dipimpinnya wajah/bentknya pada tahun 2010.

Moga sumbangan Ummi diberkati Allah...

Ummi Wardah
SAMTH.

No comments:

Post a Comment