Wednesday, January 13, 2010

Program PMD samtsh 2010

Gambar2 sekitar program yag dikendalikan.

Wlpn penat, Ummi rasa berbaloi dan tetap gembira. Mengendalikan program motivasi atau Program Maju Diri setiap hari bermula dengan Ting. 1,2,3,6Bawah Stam dan Tingkatan 5 esok memang memerlukan ketahanan diri dan stamina serta semangat yang kuat.Namun melihat wajah2 ceria anak-anak murid Ummi terasa satu kepuasan.

Ummi dapat turut berkongsi idea,ilmu dan kemahiran untuk membina jati diri anak2 didik ianya terasa suatu kepuasan. Namun dengan usia Ummi 50 tahun pasti bukan seperti seorang yg berumur 35 tahun. Jikalah Ummi mengenang ini, Ummi terasa 'seorang tua', tetapi bila terkenang Ar-Rasul mula menjadi Rasul ketika usia mencecah 40 tahun dan mula berperang dan menjadi pemimpin negara ketika berumur 55 tahun, Azimm Jiddan!!....
Ya..... Baginda bukan seorang muda. Tetapi seorang Dewasa/Tua , namun cukup bertenaga, berpengalaman dan berkemahiran...Sungguh jika sekarang 55 tahun adalah had minimum tempoh pencen wajib bagi kakitangan awam ...rupanya bagi Rasullullah saw qudwah bagi seorang DAIE, ia merupakan permulaan satu era baru dalam kepimpinan dan tanggung jawab ...Memikul amanah yang paling besar selaku pemimpin Ummah dan mengetuai satu Daulah...!!!!

Terkenang Ibu para Mukminin yang pertama Sy. Khadijah ketika membantu Ar-Rasul usianya sudah 55 tahun. Walaupun beliau hanya berkesempatan 7-8 tahun sahaja menjadi pembantu yang hebat kepada pejuangan awal Ar-Rasul dalam era pembinaan rijal Al-Awwalun, namun Khadijah hingga saat akhir hayatnya mendambakan diri untk perjuangan suci ini...tidak pernah mengaku kalah bahkan terus 'sabar' menyumbang jiwa raga & harta demi menunaikan amanah Ilahi kepada suami yang tercinya.....membina generasi yang benar2 bertaqwa.......

harta,jiwa raga diserahkannya
kerehatan,kegembiraan dikorbankannya
Demi perjuangan suci
membantu suami yang tercinta
Mununai amanah dan janji
Hidup dan mati kerana Agama yang suci!

Ummi amat2 bersyukur kerana Allah telah memberi peluang kepada Ummi untuk menerusakan perjuangan yang dirintis oleh suami isteri yang mulia ini Muhammad bin Abdullah Rasullullah saw dan Sy Khadijah bt Khuwailid Ummul Mukminin....

Mengingati siri perjuangan keduanya ...hati berasa2 dekat dan ada kesinambungan tugas yang diwarisi...moga ia suatu yang benar2....Ya Allah terimalah amal hambaMu...., dan menepati apa yg diwarisi ini sejalan dgn tugas Baginda dan isterinya....!!!! Aminn..

Namun akur dengan fizikal seorang wanita, juga amat merasa lemah fizikal....semalam Ummi tersa amat2 letih ...selepas asar Ummi amat terasa hilang stamina. Bila ummi ingat2 semula, rupanya Ummi tak makan seharian kecuali air kosong...gara-gara bila sangat penat Ummi tak lalu makan....Bila ummi makan ptg hari badan terasa longlai tak bermaya.....
Namun setelah berehat seketika Alhamdulillah Ummi tersa sedikit bertenaga untuk meneruskan bagi menghadirkan diri di mesyuarat/taklimat di pejabat pusat.

Namun musyuarat yang sepatutnya 8.30 malam ummi hanya dapat bersama dlm majlis taklimat pada pukul 10.00 malam.....orang kata hadir di hujungnya...Alhamdulillah abah ...sekali lagi menjadi teman setia menghantar dan menemani ummi sepanjang menghadiri mesyuarat dan taklimat seperti selalu.....jazakumullahu khairan...abah!

Emmm...sehingga minggu hadapan barulah berakhir program PMD ini bila tingkatan 4 mendaftar ke sekolah.....pada 20 Jan. 2010.
Moga Allah terus memberi kekuatan....apakah ada lagi peluang di masa akan datang !!

Ummi Wardah
SAMTH,Kg Jawa Klang.

No comments:

Post a Comment