Thursday, February 25, 2010

Tempat belajar dan bermain tetap di kenang,,,,





Catatan Pengalaman Saat Menjadi Siswi di IPT....
(Menggamit cita menjadi Daie.)

Nilam Puri, Kelantan kawasan pekampungan. Masjid Kampung Laut merupakan tinggalan sejarah kegemilangan Islam yg melakar sejarahnya sendiri.

Di Kampung inilah terletaknya Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK ) yang telah diabil alih oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan akhirnya menjadi Universiti Malaya cawangan Kelantan pada tahun 1980. Keika itu, bagi pelajarnya di tahun 2 diberi pilihan samaada;
i) menghabiskan pengajian di YPTIK dan boleh menyambung pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Al-Azhar.
ii) atau masuk ke Tahun 2 UM dengan sedikit pengubahsuaian subjek dan bidang.mengikut
syarat Jabatan Pengajian Islam UM.
iii) atau boleh terus menghabiskan tahun2 seterusnya di Universiti Al-Azhar,Kaherah.

Ummi tekad memilih ke Al-Azhar terus ditahun 3. Bermakna Ummi hanya meneruskan pengajian di Al-Azhar untuk Tahun 3 dan 4 sahaja di peringkat degree. Ketika itu juga bagi anak negeri Selangor berpeluang mendapat biasiswa penuh untuk belajar di Al-Azhar.

Hati Ummi terus berbunga, bila permohonan biasiswa ummi berjaya. Tercapailah cita-cita dan angan2 sejak sekian lama ketika ummi darjah 4 di sekolah rendah lagi, untuk keluar negara. Masih terbayang-bayang ketika Ummi berdoa dan bermunajat, 'Ya ..Allah!kabulkanlah keinginanku,aku ingin menjejaki bumi arab khasnya Makkah dan Baitullah ketika umur ku 20an nanti". Subhanallah....!! Itulah ucapan syukur yang ummi ucapkan ketika sujud syukur di depan Multazam di Baitullah, saat diberi peluang menjadi tetamuNya sebagai salah seorang hujjaj pada tahun 1983. Ketika itu umur Ummi 23 tahun! MasyaAllah Ia Maha menerima doa hambaNya.

YPTIK, bangunannya terletak di sebelah bekas istana singgah Sultan Kelantan. Bangunan asrama puteri, bangunan asalnya merupakan sebahagian dari istana ini. Ada tasik dibelakang istana lama. Ada tangga batu hingga ke gigi airnya yang sejuk. Mengikut cerita di tasik dan tangga itulah tuanku raja bermain dengan tuan puteri Bunian bila singgah di istana ini..Allhu A'alam.

Bangunan asrama puteri yang awal pula adalah sebahagian dari bangunan istana singgah ini. Pelbagai peristiwa 'pelik' yang telah diceritakan teman2 senior telah berlaku di asrama tersebut. Diceritakan salah satu bilik yang dihuni pelajar asrama, merupakan bilik kecil sahaja. Hanya boleh diletakkan satu katil double dekker. Namun tiada yang 'tahan' menghuni bilik itu kecuali seorang siswi sahaja Kak Wardah.

Beliau merupakan anak seorang pembesar agama di istana Sultan Berunai. Kesempatan ummi berkawan rapat dengan adinda siswi ini Huda, dapat mengenali keluarganya. Beliau merupakan cucu kepada Syeikh Fadhullah Suhaimi, seorang ulamak terkenal di Singapura bahkan juga di nusantara ini. Antara yang amat dititikberatkan dalam keluarga ini, anak-anak mereka dilatih menghindar diri dari makanan yang subhat. Ummi masih ingat adinda beliau tidak makan roti kecuali roti India Muslim, sebarang biskut yang ada dipasaran kecuali yang diyakini benar2 ia merupakan produk muslim. Tidak minum kopi dan teh. Setiap malam sebelum tidor semua adik beradiknya minum susu. Beliau ada 3 beradik di YPTIK ketika itu.

Bahkan demi menjamin makanan yang sehat dan bersih, serta membolehkan mereka memberi tumpuan lebih untuk belajar, ayahda mereka menyediakan ' Tukang masak Khas'. Setiap tghri & ptg salah seorang dari mereka pasti akan mengambil 'mangkok tingkat' yang telah siap nasi beserta lauk pauk.

Ummi juga kekadang menemani Huda untuk mengambil mangkuk tersebut."Tukang masak nie, yang telah diselidiki latarbelakang dan telah diberi maklum prasyarat untuk penyediaan makanan mereka sepanjang di YPTIK...!! Yang penting selain bersih,berhasiat tiada perasa makanan, seperti ajino moto..!". Beritahu Huda kepada Ummi.

Perkenalan dan muayasyah dgn Huda, sesungguhnya mengajar betapa pentingnya ibubapa mendidik dan menjaga pemakanan demi perkembangan anak-anak yang soleh dan solehah..! Faktor yang amat payah dilaksanakan dengan gaya pemakanan masyarakat hari ini..!! Tempias persahabatan ini, Ummi juga cuba/amat ingin mengawal pemakanan ummi walaupun tidak seketat Huda dan keluarganya.....Ummi amat mengkagumi perkara ini.

Sekalipun mereka tinggal di istana, anak2nya dilatih membuat sendiri makanan kegemaran seperti aiskrim, kek, biskut, mee dll . Mereka juga dilatih menjahit sendiri pakaiannya. Kata Huda setiap kali hari raya ayahda mereka akan membelikan sekayu kain untuk mereka adik beradik. Itu antara sebab mengapa pakaian mereka adik beradik sama corak dan warna.

Betapa 'azim' ayahda bonda mereka dapat mendidik semua 9 orang adik beradik puteri mereka menjadi anak-anak yang amat taat dan cerdik. Seingat Ummi ketiga2 adik beradik ini telah menamatkan pengajian ijazah pertama di YPTIK dan Masters di Univ. Al-Azhar juga akhirnya. Mewarisi ayahda mereka yg juga lulusan Univ. Al-Azhar.

Gambar (1) Merupakan Dewan Johor. Dibangunkan dengan sumbangan dari Kerajaan Negeri Johor. Di atasnya dahulu merupakan Perpustakaan Al-Malik Faisal. Kerana kelengkapannya mendapat sumbangan dari Al-Malik Faisal Raja Arab Saudi suatu ketika dahulu. Perpustakaan inilah menjadi tempat ummi beruzlah ketika Ummi mengulangkaji pelajaran saat Ummi menjadi siswi selama 3 tahun dari tahun 1979-1981.

Banyak kenangan semasa menjadi siswi yang masih terpahat kukuh di jiwa dan sanubari ummi. Tika Ummi kembali.....melihat kesan-kesan آثارذكريات di sini, semuanya umpama ' filem yang ditayangkan semula'. Seolah kesan2 jejak langkah dari asama ke msjid, kuliah dan dewan besar serta perpustakaan terukir di lorong2 serta jalanannya....Aaah ..!! kenangan indah selaku siswi Kuliah Syariah Wal Qanun tahun 1 hingga 3.


Masjid Kampung Laut, asalnya terletak di Kampung Laut, Kota Bharu. Tetapi telah dipindahkan di sini kerana YPTIK merupakan gedung menara Ilmu semasa Kerajaan PAS Kelantan memerintah dahulu. Oleh kerana dari segi sejarahnya masjid ini juga sinonim sebagai tempat rakyat kelantan menimba ilmu maka masjid ini dipindahkan ke sini bagi mengekalkan sejarahnya yg menjadi tumpuan rakyat menimba ilmu. Ini sejajar dengan kedudukan YPTIK pada pandangan rakyat Kelantan.

Bagi Ummi kenangan semasa remaja ,masjid inilah tempat ummi dan rakan2 siswa/siswi berehat dan bersolat berjamaah. Solat zohor,asar maghrib isya' dan subuh. Solat malam,qiamullail dan pelbagai lagi acara diadakan di masjid.

Masih terasa2 bila para jemaah bertahlil,bertasbih, bertahmid selepas solat sehingga bergema ruang masjid dgn suara jamaah. Seolah2nya masjid juga turut bersama.....masjid ini amat besar jasanya mendidik jiwa remaja siswa siswi YPTIK, mencintai Allah dengan praktikal ibadah yang amat mengesani jiwa. Kesannya amat mendalam, berbekas sehingga kini....terima kasih buat guru-guru pembimbing yang tak jemu ketika memimpin solat, memberi kuliah, tazkirah dan usrah di masjid ini....

Bila ummi meninjau asrama...aarrrgh...masih seumpama dahulu .Bangunannya tidak berubah cuma berubah fungsi. Kini ia sudah menjadi dewan pentadbiran dan kuliah Bahasa Arab. Bangunan asrama puteri yang lebih besar telahpun dibangunkan di belakang sana..!!

Antara kenangan indah zaman menjadi penghuni asrama, betapa kami memanfaatkan ruang lapang di tengah2 bangunan asrama satu tingkat itu(ruang kod badminton) untuk mengadakan kuliah khas Feqh An- Nisa'. Antara penyampai yang memberi kuliah ialah: DSS Utama Hj Hasan Ahmad yang sekarang menjadi Mufti Negeri Pulau Pinang. Saat itu beliau juga merupakan pensyarah dan warden asrama kami.

Selain itu Datuk Hj Hasyim Yahaya bekas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disamping isteri beliau Datin Seri Hajjah Aminah. Ketika itu Datuk Hj Hasyim merupakan pensyarah YPTIK yg mengajar subjek Tafsir Al-Ahkam. Juga Prof.Datin Dr. Hajjah Faezah Ismail isteri kepada Prof. Datuk Mahmood Zuhdi. Keduanya juga pensyarah kami di YPTIK. Datin Faezah merupakan pensyarah Feqh Al-Ibadat semasa ummi di tahun 1. Beliau mengajar kami berkaitan feqh ibadat ,solat,puasa dll dengan begitu detail sekli. Mankala Prof. Datuk Dr Mahmood Zuhdi merupakan pensyarah subjek Madhal Al-Qanun dan Fiqh Al-Muqarin., ketika ummi di tahun 2 dan 3. Terima kasih cikgu...Moga pahala dan ganjaran kebaikanlah untuk antum semua......Aminn.

Selain dimanfaatkan dengan majlis ilmu, kod badminton itu juga dijadikan ruangan kami para siswi mengadakan qiamullail secara individu dan beramai-ramai, terutama ketika malam-malam bulan Ramadhan...Aaaarhh... amat indah zaman itu. Ummi selalu melihat bila terjaga tengah malam atau di waktu sahur, beberapa siswa senior berqiamulalil penuh khusuk di situ....bagi kami yang junior sudah tentu ingin mencontohi yang baik2 dari mereka.....bahkan kami selalu diperingatkan untuk turut serta meraikan "malam2 sunyi sebagai puncak ibadah fardiah" dalam usrah dan halaqah tazkirah yang diadakan bersama kakak-kakak senior...Jazakumullahu khairan...betapa besarnya jasa kakanda semua. membimbing kami. Ummi pasti masih ingat mereka hingga kini. Antara yang masih dekat di hati, Kak Fatimah, Rogayah, Zaharah, Hasmah dan ramai lagi...

Kesempatan ummi menjadi siswi di YPTIK juga meluaskan ukhuwwah ummi dengan pelajar dari seluruh pelusuk nusantara. Ada siswi dari Singapura, Berunei,Thailand dan Indonesia selain dari semua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Banyak perkongsian cerita suka duka umat Islam Nusantara dikongsikan bersama.

Kenangan yang tak dapat dilupa... ketika ujian hafalan dan huraian Ayat2 Ahkam di depan pensyarah yang sedang mentasmi', tiba-tiba Ummi 'menangis secara spontan' bila membaca ayat2 yang berkaitan hukum dan pelaksanaannya... Ummi tak dapat meneruskan bacaan lantaran amat2 sedih kerana ayat yang dibaca berkaitan dgn peristiwa benar yang terjadi di sebuah kg di Pattani. Malam sebelum ujian sahabat2 Ummi dari Thailand menunjukkan bagaimana seorang Tok Imam di Kampongnya SYAHID kerana dibunuh dengan kejam oleh penduduk sebuah kampung Siam ketika melalui kampung tersebut balik dari menyampaikan pengajiannya.

Orang-orang kampungnya telah mencari ke kampung Siam berkenaan dan mengorek semula mayat yang telah ditanam oleh penduduk kampong siam tersebut. Penduduk kampong siam berkenaan ketika mereka sampai telahpun meninggalkan kampung mereka terlebih dahulu setelah mereka menanam mayat Tok Guru berkenaan, dek kerana ketakutan dengan bakal kedatangan penduduk kampung Muslim yang mana Tok Guru berkaitan tinggal.Peristiwa ini dirakam oleh orang kampong sahabat2 ummi yang bercerita dengan penuh hiba. Mereka menangis teresak-esak melihat gambar-gambar yang disampaikan kepada mereka...Ummi turut simpati...sehingga terbawa2 ketika ujian...

Pelbagai diskusi ilmiah dalam aspek pendidikan,ekonomi, politik, agama dan kemasyarakatan menjadi program-program yang diatur oleh persatuan siswa dan universiti. Sedikit sebanyak ia mengajar erti syukur dengan nikmat Allah atas nikmat ukhuwwah Islamiah ini. Benarlah, sesungguhnya sebaik-baik manusia ialah yang paling bertaqwa.


Ummi Wardah.
Bdr Puteri.

1 comment:

  1. Alhamdulillah..!Catatan Ummi dgn tajuk ini telah diterbitkan menjadi satu dari kumpulan tajuk2 penulisan sahabat2 Ummi . Buku bertajuk : Bekalan Di Perjalanan: Risalah IKRAM Edisi Pelancaran; Terbitan; IKRAM Malaysia, Percetakan Majujaya Sdn Bhd, Ampang. Selangor. Dis.2010.

    ReplyDelete