Sunday, February 28, 2010

Indahnya Hidup Bersyariat....

Hari ini berlangsunglah mesyuarat Agung Tahunan ke 3 PIBG SAMTSH. Ini bermakna berakhirlah tugas dan amanah yang digalas selaku AJK PIBG bagi sesi 2009-2010.

Jika sesi lepas 2/3 penggal ummi menjadi salah seorang penasihat PIBG, selanjutnya dilantik atas kapasiti Guru Kaunseling Sepenuh Masa (GKSM). Antara yang Ummi turut terlibat langsung mengendalikan program kepimpinan Khas Pengawas pada bulan Disember 2009.

Sebagai kenangan semua AJK diberi hadiah cenderahati berupa
buku tulisan Datok Ismail Kamus" Indahnya Hidup Bersyariat".

Moga buku ini akan dapat dibaca secepat mungkin. Satu lagi koleksi buku baru yang akan menjadi bahan bacaan ummi yang perlu dibaca.

Terima kasih atas hadiah yang diberi. Moga manfaatnya dapat dimanfaatkan juga kpd orang lain.

Ummi Wardah,
Bdr Puteri.

No comments:

Post a Comment