Tuesday, February 9, 2010

Wahai Ibu Ayah...kenalilah anakmu.......

Assalamualaikum.....ust...boleh bercakap sebentar..

" Harap bantu pelajar ini ya...smlm ayahnya telah menelefon saya mengenai anaknya. harap sekolah dapat membantunya...Ust Boleh ya...".

Ok...". Umi meletakkan gagang telefon sebaik habis bercakap dgn pentadbir. Ummi juga bertanya beberapa soalan mengenai butir diri murid. Begitulah antara rutin Ummi dan semua kaunselor sekolah bila-bila sahaja akan menjadi orang rujukan di sekolah. Fokus UBK di sekolah walaupun 'Core-businness 'nya adalah sesi kaunseling murid Individu dan kelompok. Namun demikian UBK juga di harap membantu kes2 yang berkaitan guru dan kakitangan bahkan ibu bapa, pekerja2 kontrak yang bertugas sebagai jaga, pelayan dewan makan dan pekerja pembersih kawasan....

Pendek kata UBK perlu berperanan dan bersedia memberi perhidmatan bantuan kepada semua kategori warga sekolah.

Antara 'isu biasa' yang dihadapi jika awal tahun begini ialah anak2 yang tak selesa tinggal di asrama. Ada anak yang mudah melakukan perubahan dan penyesuaian diri dengan rakan sosial, persekitaran baru dll.

Bila anak2 mula tinggal di asrama terutama pelajar tingkatan 1 dan 4,apatah lagi jika tiada pengalaman tinggal di mana2 asrama sekolah sebelumnya, ada yang amat tertekan lantaran banyak asbab:
1- harapan ibu ayah yang terlalu tinggi kepada anak agar si anak segera berubah agar cpt berdikari,bijak berhubung dgn rakan sebaya dan membiasakan diri dgn peraturan2 sekolah dan asrama. Sedangkan semasa di rumah pula ramai yang dimanjakan. Tidak berapa perihatin.

2- Tidak pandai berkomunikasi dgn rakan sebaya. Di asrama adik beradiknya ialah semua rakan asramanya. Mereka juga terpaksa berkongsi banyak perkara dan benda...yang tidak berlaku di rumahnya. Ini semua amat rimas dirasai oleh setengah penghuni asrama yg baru.

3- Di asrama segalanya ada jadual yg rigid bagi semua aktiviti murid. Ini amat memenatkan. Murid hanya dpt berehat mengikut waktunya. Jika di rumah dia boleh mengatur sendiri waktu study dan rest....!
4- Di asrama segala keperluan peribadi kena di urus sendiri. Sedangkan jika di rumah ramai yg membantu. Ada kakak,Emak,Atok atau nenek bahkan ada bibik pembantu...

PESANAN UMMI BUAT PARA IBU/BAPA ANAK2 CEMERLANG...

1. Jika anak anda merupakan anak cerdas pintar pastikan anda juga melatihnya bijak bersosial/berkomunikasi dan bijak mengurus emosinya. Bagaimana..? Tingkatkan kemahiran anda menyantuni anak2 dgn membaca dan mendalami ilmu berkaitan.
2. Jika ANDA bercita2 tinggi anak anda akan belajar di sekolah berprestasi tinggi suatu hari, Latihlah anak anda mengurus sendiri keperluan peribadinya di rumah sehingga menjadi satu kebiasaannya.
3. Jika ANDA berharap anak anda memilih "kerjaya profesional" suatu hari nanti, bantulah/bimbinglah anak anda menjadi pelajar yang 'SMART' belajar dari kecil lagi. Dorongan dan disiplin perlu diterapkan sebijak mungkin sehingga menjadi budaya dalam dirinya.

Ummi mencadangkan ini semua kerana:

i) Pelajar yg cerdas pintar akan berpeluang untuk bersekolah di sekolah2 terbaik di seluruh negara .Yang pasti mereka akan berpisah dgn keluarga ketika berumur 13 tahun/tingkatan 1 lagi.

ii) Mereka akan menjadi penghuni asrama yg menjadi rumah keduanya, bahkan mungkin tempoh masa di asrama lebih banyak berbanding di rumahnya. Anak anda memerlukan kemahiran mengurus diri dan keperluan-keperluan peribadinya sendiri.

iii) Anak anda terpaksa berkongsi dgn rakan sebaya yg menjadi adik beradiknya di asrama. Mereka akan berkongsi banyak perkara, dgn 'adik beradik' yg ramai.. Kemahiran bersosial,berkomunikasi memudahkan anak anda terus cemerlang dalam akademik dan sahsiah/akhlak diri.

Moga tips ini membantu untuk Anda terus melihat anak anda bijak bestari...!!

Ummi Wardah
SAMT Sultan Hisamuddin.

No comments:

Post a Comment