Tuesday, March 16, 2010

Makan malam di Muara,Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.


Pelabuhan Klang Utara. Pemandangan dari Restoran D'Muara di pantai ,Pelabuhan Klang Utara. Restoran yang dikenali ramai di Klang dengan resepi ikan bakar,nasi lemak D'Muara dan seafood. Ade iklan restoran ini di Bandar Klang jika turun highway Utara-selatan. Dulu restoran ini kecil sahaja, sekarang dah semakin besar. Jika ada 'function' bagus juga buat di sini.


Abah dengan nsi putih biasa sahaja...

Yang nilah Nasi Lemak D'Mara tu...Ok la rasenya..mcm dulu2 juga. Pertama kali datang makan di sini mase tu anak seorang. Eerr 21 tahun dahulu...Tempatnya betul2 di muara. Restoran mase tu kecil sahaja. Kebetulan ketika kami makan air pasang besar, air pasang naik hampir mencecah lantai restoran. Ombak agak kuat. Agak takut juga di atas restoran tu sbb betul2 di atas air. Nampak kelibat ikan2 agak besar di bawah lantai restoran. Untuk ke tempat duduk makan ade jambatan kecil yang menghubungkannya. Alhamdulillah masa pasang yg sampai ke tepi tebing tu sekejap sahaja. Air mula surut kembali..!!
Hari ini Ummi,Baba,Asma &Sofia berkunjung lagi. ..Bukan kerana kenangan lama. Hajat meraikan Kak Cik (Asma) yang baru mendapat keputusan SPMnya hari ini.
Tempat ini....
Sekarang tak bimbang lagi. Nampak bangunannya lebih teguh dengan tiang konkrit. Kedudukannya pun lebih selamat, bukan di muara yang berombak besar seperti dahulu. Kedudukan restoran ini tidak jauh dari dermaga pelabuhan. Jika malam nampak lampu2 kapal besar yang sedang berlabuh berkelip2an.

Hidangan penuh Nasi Lemak D'Muara. Lauk tambahan Abah order ikan Siakap Bakar..

" Yang tu Sofia punya ke?. "Aaa..Adik ..kita kongsi je lah ye...". Acik kata. " Apa-apapun kita baca Bismillah dan doa dulu..".
Itulah adab makan. Terutama bila makan di luar rumah selain baca Bismillah dan doa petuanya juga amalkan baca " Bismilahil lazi La Yadhurru Maasmihi Syaiun fil Ardhi Wala fissamai Wahuwas Samiul A'alim..". Moga dgn membacanya makanan yg akan dijamah tu tak memberi mudharat samada sbb semula jadi atau lainnya ...I.Allah.

No comments:

Post a Comment