Selain mencantikkan halaman rumah sebenarnya pokok-pokok sentiasa berbakti kepada kita penghuni rumah. Peranan pokok ialah menghasilkan oksijen yang amat diperlukan oleh manusia. Itulah ibadah yang dilakukannya tanpa cuai sebagai pengabdiannya kepada Allah demi membantu manusia meneruskan kelangsungan hidup sebagai khalifah di bumi ini...Adakah kita selalu menyedari hakikat ini....?
Justeru bagi ummi antara petua yang diamalkan bila menghampiri pokok-pokok yang ada di halaman tu selalu bercakap-cakap dan berterima kasih atas peranannya ini..Ya..zahirnya mereka tiada respon spontan kepada kita kecualilah pokok semalu, tetapi hakikat yang kita pelajari dari ilmu aqidah ya.. semua pokok juga berinteraksi dan boleh bertutur sebenarnya. Tapi Maha Suci Allah yang menghijab kita buat seketika di dunia ini...ia juga bakal menjadi saksi di akhirat atas amalan yang kita telah lakukan didunia ini.
An-Nur:41. Maksudnya,
Petua yang Ummi amalkan ini, ummi selalu lakukan bila ummi di dapor kepada pokok renek di tepi sinki, begitu juga pokok yang ditanam di dalam pasu berair dibilik UBK sekolah. hasilnya MasyaAllah pokok -pokok ini menghairankan Ummi kerana ia begitu subur dan menghijau, sehinggakan teman sebilik Ummi di bilik UBK juga heran pokok yang Ummi tanam subur menghijau sekalipun tidak mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Subhanallah...!!

" Tidakkah engkau tahu(Muhammad)bahawa kepada Allah-lah bertasbih apa yang ada di langit dan di bumi, dan juga burung yang mengembangkan sayapnya. Masing2 sungguh telah mengetahui cara berdoa dan bertasbih. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan ".
Petua yang Ummi amalkan ini, ummi selalu lakukan bila ummi di dapor kepada pokok renek di tepi sinki, begitu juga pokok yang ditanam di dalam pasu berair dibilik UBK sekolah. hasilnya MasyaAllah pokok -pokok ini menghairankan Ummi kerana ia begitu subur dan menghijau, sehinggakan teman sebilik Ummi di bilik UBK juga heran pokok yang Ummi tanam subur menghijau sekalipun tidak mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Subhanallah...!!
Pokok-pokok renek bukan sekadar hiasan, tetapi ia memberi hasiat yang sangat baik untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Pokok oregano ini contohnya amat subur dan amat mudah ditanam dan dijaga. Orang Europe mengeringkannya serta mengekspotnya untuk kegunaan masakan macaroni. Kita boleh mendapatkannya di mana-mana supermarket..!Begitu..mereka memperomosikan makanan dan masakan mereka kepada dunia. Siapa yang tidak mengenali macaroni yang amat dekat dengan jenama Kolonial Makanan Segera Pizza hut, Mc Donald dll...
Jika kita gunakannya dalam masakan macaroni memang sedap. Ummi suka memakannya sebagai ulam ketika makan. Ia menghasilkan bau yang segar...Selalu jika kita beli di pasar ulam-ulaman ini, paling kurang seikat berharga 50 sen hingga satu ringgit. Kadang-kadang untuk menghabiskannya mengambil masa beberapa hari dan kita simpan di dalam peti sejuk di rumah.
Ada ketika juga jika kita selalu tidak makan di rumah lantaran sibuk atau bertugas di luar kawasan, ulam yang kita beli sudahpun layu dan mungkin juga rosak. Jadi Ummi amat gemar menanam sendiri ulam-ulaman ini kerana selain segar dari pokok, mengambil mengikut kadar keperluan ia juga amat menjimatkan. Disamping..rasa best..nikmat, rasa amat gembira bila tengok pokok-pokok menghijau...menenangkan fikiran dan mendekatkan rasa syukur pada Penciptanya...

Taman mini herba.
Tinggal di bandar yang memiliki kawasan tanah yang kecil, masih memberi peluang untuk mewujudkan taman mini. Taman mini herba yang ditanam dengan pelbagai pokok ulam-ulaman juga mat bermanfaat.
Daun-daun pokok yang hijau menandakan proses membuat makanan /fotosentisis berlaku. Semakin banyak dedaun yang hijau bermakna semakin banyak oksijen yang dihasilkan..Maha suci Allah yang menyediakan teknik pembersihan udara secara tabii kepada manusia. Alangkah hebatnya kasih sayang Allah pada manusia ini...!!
Pokok misai kucing,pokok delima, chekor dan pokok selasih, pokok kari,pokok limau purut serta pegaga. Inilah antara pokok-pokok yang ada dihalaman rumah ummi. Ummi ambil daunnya untuk pengubatan cancer yang dideritai. Diambil beberapa helai daunnya direbus dengan pelbagai tambahan herba dan rempah ratus dan diminum airnya mengikut sukatan dan kekerapan yang ditentukan oleh tabib yang mengubati Ummi.
Daun delima pula boleh mengubati cirit-birit akibat keracunan makanan. Ambil secekak daunnya direbus dengan 2 cawan air dan diminum bila sejuk, insyaAllah boleh menyembuhkan. Ketika abah sakit perut balik dari lawatan ke Indonesia tempoh hari setelah bertanya tabib yang mengubati ummi , ummi buatkan ubat sendiri untuk abah dan Alhamdulillah sembuh dari sakit perut yang dideritai sehingga terpaksa bercuti /mc kerja beberapa hari, juga setelah makan ubat yang diambil dari dr namun belum juga sembuh sepenuhnya walaupun ubat sudah dimakan. Selamat mencuba....
Ummi Wardah.
Bdr Puteri.

No comments:
Post a Comment