Sunday, May 23, 2010

UBK,PRS mengedar Kad Hari Guru...............


Kad Ucapan hasil kreatif oleh Unit Penerangan & Multimedia PRS SAMTSH & dibantu oleh GBK sempena sambutan hari guru 2010.

Ucapan Khas untuk semua guru...dengarnya ada guru yang tertinggal tak dapat kad...Mohon maaf kerana tak kira betul2 jumlah cikgu..InsyaAllah cuba di berikan kemudian...


Happy Teacher's Day....Guru Pembina Negara Bangsa...

Sempena sambutan Hari Guru 2010, UBK dengan kerjasama PRS telah mengadakan aktiviti Menaut Kasih. Salah satu aktivitinya ialah mengedar/memberi kad ucapan tanda perihatin dan terima kasih di atas segala sokongan para guru kepada semua aktiviti UBK selama ini...Terima kasih cikgu..!!!

Objektif aktiviti ini:
i- melatih PRS -membudayakan diri suka memberi penghargaan/terima kasih kepada mereka yang pernah membantu aktiviti UBK selama ini.
ii-Menanamkan sikap PRS yang disenangi dan penampilan positive kepada orang lain.
iii- Mengukuhkan silaturrahim antara UBK,PRS dan semua guru-guru.

Moga akhirnya nanti PRS benar-benar terbina menepati falsafahnya " Membantu diri untuk menolong orang lain".

Cukuplah untuk Ummi merasa bangga jika semua ahli PRS mereka yang dilihat carrying,loving dan warming etc.

Budaya "Mesra & Ceria" itulah gambarannya.....

Catatan Ummi Wardah,
SAMTSH.




Add Image

No comments:

Post a Comment