Tuesday, May 25, 2010

Belajar dari sejarah siri 11 - Bhg 4

Assalamualaikum,
Baru kini dapat menyambung penulisan.

Adek-adek dan anak-anak ku, untuk mendirikan satu umat yang kuat maka ia mesti memiliki kekuatan. Kekuatan itu adalah jelmaan dari Islam itu sendiri.

Ramuan no wahid yang perlu ada pada umat itu ialah ciri kesajagatannya - atau universalism. Inilah aspek yang pertama-tama kita belajar apabila mula mendekati dakwah iaitu Islam itu sifatnya 'alami.

Lain-lain ciri telah sama-sama kita maklumi spt syumul dan inkilabi (merubah).
Ciri alami ini amat jelas pada jamaah Rasulullah SAW seperti yang aku huraikan dalam bhg yang lepas. Sekiranya dakwah ini hanya menumpu kepada bangsa Arab sahaja atau Quraish sahaja maka amt jelas dari senarai 52 orang yang mula-mula menerima dakwah Rasulullah SAW terdapat di sana bukan Arab dan bukan Quraish. Bahkan di kalangan Quraish sekalipun hanya 3 orang sahaja dari keluarga Bani Hashim.

bibit-bibit kepada pembinaan tamaddun yang hebat seperti yang dihuraikan oleh Ibnu Khaldun di dalam kitab-ul-iktibar. Ciri-ciri 'inclusiviti' dan 'celebrate diversity' inilah yang memberikan kekuatan kepada umat islam. Ini adalah sunnah dan ini juga yang boleh kita pelajari dari sunnah alam.

Dalam Sains tabii sekalipun 'diversity is a measure of sturdiness' (the greater the diversity the more robust the community). Dalam Crop Science - variety is a mark of viability. The lesser the variety the greater the susceptibility to diseases/pest attack. Rumusannya semakin rencam sebuah komuniti semakin utuh dan stabil.

Dakwah kita adalah 'dakwah ilallah' (seruan kepada Allah) , bukan dakwah kepada bangsa (apapun istilah yang diguna - 'kesetiaankah' atau 'ketuanankah' ia membawa maksud yang sama. Cuba kita renung. Kita iklanlah pada kain pemidang di tepi jalan 'Kami menyeru kepada kesetiaan bangsa'.

Bagaimanakah bangsa lain memahami seruan ini? Apakah tidak timbul persoalan, 'Apakah aku ada tempat dalam agenda seruan kepada kesetiaan bangsa ini?' Jika aku menyertai mereka, di mana aku boleh berperanan dalam agenda mereka.' Jika kita terus berpegang dengan slogan ini, akhirnya kita akan dapati jemaah kita hanya menghimpun orang melayu. Tidak ada di sana bangsa lain selain melayu, tidak ada bangsa cina, india, benggali, iban, kadazan-dusun, murut, melanau dan sebagainya. Aku jamin perjuangan engkau tidak akan disokong oleh bukan melayu. Bahkan melayu chauvinis dan 'bigot' akan tertarik dengan seruan engkau dan akan merosakkan risalah 'alami' yang engkau bawa. Ibrahim Ali dan PERKASA juga mungkin berkira-kira untuk menjalin kerjasama.

Aku berterus terang dengan engkau orang. Aku bersama dalam satu jamaah yang di dalamnya ada india tulen, Cina tulen, Melanau, Kadazan-Dusun dan ramai lagi yang tidak boleh dikategorikan sebagai melayu.

Lagipun di Malaysia ini, berapa peratuskah orang melayu? Tak sampai 50%. Apakah kita boleh membina kekuatan umat Islam dengan hanya menghimpun orang melayu? Bukankah lebih baik jika seruan Islam kita untuk semua, bukan hanya kepada orang melayu.

"Berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah dan jangan kamu bercerai berai. Ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu dahulunya (masa jahiliyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelematkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk'.

Bangsa Arab tidak pernah mengenal kesatuan sebelum Islam. Sebelum Islam mereka hidup dalam lingkungan suku bangsa masing-masing. Mereka saling bermusuhan dan berbunuh-bunuhan. Begitu kuatnya solidariti (Assobiyah Arab) sehingga apabila mereka merancang untuk membunuh Rasulullah SAW mereka bersepakat supaya setiap suku diwakili oleh seorang pemuda yang akan menikam Rasulullah SAW di perbaringannya serentak.

Dengan ini Bani Hashim tidak akan membalas dendam kerana semua suku terlibat membunuh Rasulullah SAW. Ini bererti Bani Hashim mempertahankan Rasulullah SAW kerana Assobiyah dan sedia berperang dengan sesiapa sahaja demi membela maruah keluarga yang tercalar dengan terbunuhnya Rasulullah SAW.

Sikap ini tergambar pada sesiapa sahaja yang mendukong fahaman Assobiyah. Presiden Kennedy merumuskannya dengan ungkapan ini 'My country, right or wrong!" (My family, right or wrong!' Dalam makna lain aku akan pertahan keluarga aku atau bangsa aku tanpa mengira samada dia benar atau salah).

Rumpun bangsa melayu juga tidak pernah mengenal kesatuan sebelum Islam. Mereka hidup salinhg bermusuhan. Bahkan suku Jawa dan Sunda yang sama-sama beragama Syiwa Buddha sebelum Islam tidak pernah bersatu. Mereka membina empayar Pajajaran (Sunda) dan Majapahit (Jawa) yang saling bermusuhan sehinggalah kedua-duanya di satukan di bawah rahmat Islam. Pajajaran diwarisi oleh Kerajaan Islam Banten dan Majapahit diwarisi oleh Kerajaan Islam Demak. Kedua kekuatan baru yang ditemukan oleh Islam bergabung tenaga untuk mengusir Portugis di Laut Jawa dan Selat Melaka.

Bangsa Arab disatukan hati mereka sebelum mereka disatukan. Bangsa melayu disatukan hati mereka sebelum mereka disatukan. Kesatuan ini adalah kesatuan yang bertunjangkan tauhid. Inilah bentuk kesatuan yang memungkinkan umat Islam membina mercu tamaddun yang digambarkan oleh Ibnu Khaldun dalam kitab-ul-iktibar apabila beliau merumuskan teori kitaran tamaddun yang menjadi asas kepada binaan kekuatan Islam pada peringkat permulaannya.


Dr Hafidzi Mohd Noor

No comments:

Post a Comment