Monday, May 3, 2010

Cuti-cuti Di Melaka




Sungai Melaka ' Venice Melaca'

Sungai Melaka yang dibangunkan menjadi tempat pelancongan di Melaka. Pelancong boleh menaiki boat/feri kecil mudik sepanjang sungai ini. Air sungai Melaka ini sentiasa penuh kerana sungainya telah dibenteng/di bina empangan yang menghalang air sungai menjadi surut. Ini membolehkan boat/feri pelancong berterusan mudik di sungai ini. Ia juga bertujuan menutup lumut dan segala kekotoran di tebing sungai apabila surut, yang dikira mencacatkan kecantikan wajah sungai. Namun demikian bau hanyir air sungai yang menusuk hidung tidak mampu untuk disembunyikan. Mungkin gelaran 'Venice Melaka' agak tercemar dek bau hanyir air sungai ini. ...sebenarnya beginilah keadaan kebanyakan nasib sungai2 di Malaysia terutama yang terletak di tengah-tengah bandar-bandar seperti, Sg Klang, Sg Gombak dan Sungai Melaka ini..!!

Feri/Boat pelancongan yang digunakan untuk mudik di sepanjang sungai Melaka dengan harga RM10 bagi dewasa.

Nampak ramai juga pelancong yang menaiki feri/boat yang disediakan.

Alhamdulillah..Dah habis makan licin semua masakan asam pedas yang ummph itu..!

Jika ke Melaka kami sekeluarga tidak akan melepaskan peluang makan masakan terkenal orang Melaka iaitu ' Masak Asam Pedas Ikan Melaka'. Tetapi kali ini bukan ikan sahaja akh Zairi dan Cikgu Aziz telah memperkenalkan pula daging 'tetel masak asam pedas' . Eeemm, memang 'kaw' masak asam pedasnya. Restoran tu pula di tengahnya ada tasik , canti lagi bersih...Terima kasih kepada keduanya atas santunan antum pada kami sekeluarga.

Bergambar di depan restoran masakan 'Asam Pedas'.

Hari Jumaat 30 April sekolah SAMT Sultan Hisamuddin, telah 'bercuti peristiwa' sempena perasmian sekolah pada hari Khamis 29 April. Abah turut mengambil cuti dan kami telah bermusafir ke Melaka. Kebetulan pula pada hari sabtu ada reunion teman2 lama abah di sekolah menengah dahulu..Agak ramai juga teman-teman abah yang datang dengan family...dan dah kelihatan berusia belaka. Pengerusi memaklumkan baru seorang di kalangan mereka yang dah bercucu....

Bersembang dengan isteri-isteri antaranya ialah Pn Meggie, ahli 'team debat' sekolah menengah sains PP yang ketuanya ialah abah sendiri. Beliau bertemu jodohnya dgn pendebat lelaki sesama teamnya itu..Rupanya mereka tinggal di seksyen 7 Shah Alam. Ada yang datang dari jauh, Pulau Pinang, Johor Bharu dan KL...

Namun kami tidak dapat menyertai mereka untuk program malam dan kesokan paginya kerana kami ada acara lain yang perlu diikuti pula pada hari ahad. Pukul 6.30 petang kami meminta diri untuk pulang ke Klang. Alhamdulillah pukul 10.30 malam barulah kami tiba di rumah.

Catatan Ummi Wardah.
Bdr Puteri
3 Mei 2010.


No comments:

Post a Comment